Fouziah Gous Kongsi Tip Dua Kali Khatam Al-Quran Sepanjang Ramadan

Alangkah beruntungnya Datin Fouziah Gous apabila berjaya khatam Al-Quran buat kali kedua di bulan Ramadan tahun ini. Menerusi instagram miliknya, beliau berkongsi momen manis ini pada Jumaat terakhir Ramadan yang lalu.

Segala puji pujian bagi Mu Ya Allah. Hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan(25) dengan izin Allah SWT selesai khatam untuk kali ke 2 di bulan Ramadhan.

Tak pernah saya rasa perasaan syukur seperti ni
اَلْحَمْدُلِلّهِ.

Sebenarnya,saya khatam jam 3 pagi tadi ketika semua sedang tidur.
Excited sangat ,terus bagi tahu suami, keluarga dan ustazah. Pada waktu yang sama serba salah nak kongsi di IG.

Saya hanya ingin berkongsi kegembiraan dan kenangan di sini.
Bila ada throwback 5 -10 tahun akan datang sekurang kurangnya buleh la refer di sini untuk di lihat.
Saya doakan,semoga kita semua terus istiqomah bersama Al Quran
‎ إن شاء الله

Fouziah Gous Kongsi Tip Dua Kali Khatam Al-Quran Sepanjang Ramadan

Doa Suami Sebaik Dengar Berita Gembira Daripada Isteri

Apabila khabar gembira ini disampaikan pada suami, Datuk Zhaf Yusof, beliau turut berasa bahagia dengan kejayaan isterinya. Dan inilah doa yang dititipkan buat isteri.

IKLAN

Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ
Tahniah buat isteri Nor Fouziah telah Khatam Al Quran bersama ustazah nya
17th Ramadhan 1442H (Nuzul Quran)

Im truly happy for you

Ya Allah, Tuhan kami!
Terimalah doa dan amalan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Yang Maha Mengetahui.

Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat, Lagi Maha Mengasihani. Tunjukkanlah dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran.

IKLAN

Ya Allah!

Kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran. Dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami.

Fouziah Gous Kongsi Tip Dua Kali Khatam Al-Quran Sepanjang Ramadan

Ini Tip Khatam Al-Quran 2 Kali Dari Fouziah Gous

Menerusi ruangan komen, Fouziah berkongsi bagaimana berjaya khatam Al-Quran sepanjang Ramadan ini.

IKLAN
  • Kena korbankan masa hanya untuk Al-Quran
  • Tak tengok TV langsung.
  • Kurang socmed.
  • Baca Al-Quran setiap kali lepas solat. Baca setakat mampu tapi fokus sebelum dan selepas Subuh lebih kurang 1 – 2 jam.
  • Selepas terawih sambung 1-2 jam lagi. InsyaAllah mesti boleh.

Tapi saya spent kadang-kadang 2-3 jam. InsyaAllah kalau kita nak betul, buat kena betul-betul fokus. Bila anak-anak tidur time tu la kejar masa. Di ofis pun cuba selit-selit, insyaAllah.”

Fouziah Gous Kongsi Tip Dua Kali Khatam Al-Quran Sepanjang Ramadan

Berbual dengan suami sebelum tidur, Fouziah Gous pecah rahsia rumah tangga buat pasangan yang terlalu sibuk.

Sumber/Foto : Fouziah Ghous, Zhaf Yusof

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI