Fazeera Selamat Bersalin, Fizo Terharu Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Isteri. Tahniah diucapkan buat pasangan popular Fizo Omar dan isterinya Fazeera yang baru saja menyambut kelahiran anak kedua mereka petang tadi.
Untuk pengetahuan Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda yang kini baru berusia setahun.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Fazeera Selamat Bersalin, Fizo Terharu Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Isteri
Seperti mana perkongsian di laman sosial, Facebook Fizo meluahkan rasa syukur ke atas kurniaan anak perempuan ketiganya.
Pada hari Jumaat, anak pasangan ini telah selamat menjengah dunia. Paling terharu apabila Fizo memberitahu dia berpeluang menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim isterinya.
Ads
“Syukur Alhamdulillah
Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room utk melahirkan secara normal.
Pengalaman yg sgt berharga dlm hidup saya apabila diberi peluang utk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang utk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. YA ALLAH..tak terkata.
Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial diatas pengalaman yg luar biasa ini dan layanan yg sgt baik,” kongsi Fizo yang turut memberitahu isterinya bersalin di ANDORRA Women & Children Hospital.
Memang cukup membimbangkan apabila kanak-kanak yang masih kecil cukup berani memandu kenderaan sendiri. Namun terkini, polis menolak sebarang unsur mistik dikaitkan dengan kes kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta lebih kurang 2.5 kilometer (km) sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menolak dakwaan wujud isu mistik seperti ditularkan, sebaliknya siasatan mendapati kanak-kanak itu mengetahui fungsi pedal minyak dan gear.
Shariman berkata, berdasarkan siasatan yang dibuat, didapati kanak-kanak tersebut juga tahu dan menunjukkan bagaimana cara menurunkan brek kenderaan itu.
“Kanak-kanak tersebut juga menunjukkan cara menghidupkan enjin dan dapat menghidupkan enjin apabila diminta.
“Antara lain, kanak-kanak lelaki itu mampu menerangkan penggunaan gear kepada pegawai penyiasat trafik, selain tahu mengundur kereta,” katanya kepada pemberita pada Khamis.
Tambah beliau, melalui pemeriksaan dashcam, pihaknya mendapati pemanduan kanak-kanak itu tidak begitu stabil ketika kejadian pada malam Selasa.
“Kadangkala, sedikit memasuki lorong bertentangan dan kadang ke kiri dan ke kanan,” katanya.
Ketika diminta mengulas sama ada kanak-kanak itu turut diambil keterangan, beliau menyatakan kanak-kanak tersebut ada dibawa ke balai polis trafik Langkawi oleh ibu bapa semasa keterangan ibu bapa diambil.
Menurut beliau, pihak polis telah menemubual awal kanak-kanak tersebut sebelum ini.
Terdahulu dilaporkan kejadian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu sebuah kereta dikaitkan pula dengan unsur mistik.
Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan kisah berkenaan, namun rakaman audio perbualan suara kanak-kanak itu menceritakan kejadian tersebut kini tular di media sosial sejak malam Rabu.
Sebelum ini, seorang budak lelaki berusia enam tahun mengejutkan orang ramai apabila memandu kereta lebih kurang 2.5 kilometer (km) dengan membawa adiknya yang berusia tiga tahun untuk ke kedai di Langkawi sebelum terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada malam Selasa.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mingguan Wanita: Walau apa pun yang berlaku, orang ramai diharap jangan membuat spekulasi sendiri, serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut. Paling penting sebagai mak ayah, pantau perlakuan anak-anak selalu.
Anak 2 tahun menyusu badan menangis dipaksa duduk seat sendiri, bapa kongsi pengalaman buruk naik pesawat.
Pastinya ini situasi yang tidak dijangka sama sekali. Sebagai anak kecil rasa takut akan menguasai diri apatah lagi ianya berlaku dalam sebuah pesawat yang mana penumpang tidak bebas bergerak seperti di dalam mall.
Satu perkongsian dari seorang bapa, Fear Dawood di fbnya mengenai syarikat penerbangan baru yang didakwa “kurang ihsan” sebaliknya bertegas mengikut undang-undang membuatkan ramai berkongsi akan kisah dilaluinya.
Masing-masing dilihat kurang bersetuju dengan undang-undang terlampau tegas kerana ia melibatkan seorang anak kecil yang ketakutan menangis kerana perlu duduk di kerusinya sendiri sedangkan anak badan.
Baca kisahnya:-
CUBAAN MY AIRLINE HALAU ANAK USIA 2 TAHUN DARI PESAWAT YANG SEDANG BERLEPAS
Bunyi agak melampau tapi hakikatnya benda ni terjadi pada aku, wife dan anak aku yang memang kitorang akan ingat sampai bila-bila.
Untuk korang yang selalu travel atau plan untuk travel dengan anak kecik dengan flight, semoga sharing ni dapat membantu.
Maaf kalau posting yang sebelum ni agak samar2 sebab kejadian baru je berlaku beberapa jam sebelum aku buat posting tu (sebab terlalu penat dan kecewa akibat flight yang delay dan insiden yang terjadi).
Susulan dari posting yang sebelum ni, aku nak cerita sikit ape yang berlaku sepanjang insiden.
24 May 2023 (LGK-KUL) Flight Z97704
LANGKAWI AIRPORT
Insiden bermula dari Airport Langkawi. Aku dah buat web check in sehari sebelum disebabkan flight balik tak open lagi sebelum aku datang ke Langkawi (21 May 2023). Aku pernah di SOUND oleh Ground Staff My Airline di KLIA2 masa flight ke KBR.
Diorang suruh print boarding pass sebab diorang tak terima e-boarding pass kalau lebih dari 1 orang dalam 1 phone, katanya 1 phone 1 boarding pass, walhal boarding pass yang lain tu anak-anak & wife aku (yang tengah handle anak bongsu umur 2 tahun dalam stroller) bukannya trip sekolah! So untuk mengelakkan masalah yang terjadi seperti sebelum ni, aku pun decide untuk print boarding pass sebelum board.
My Airline takde kiosk macam A** Asia, nak print kena lah pergi ke kaunter check in. Maka aku pun pergi ke kaunter tersebut macam yang aku pernah buat di Airport lain sebelum ni.
Cuma kali ni, staff diorang bagi instruction lain sikit. Dia cakap “abang nak print boarding pass, kena bawak semua luggage & owner boarding pass sekali”. Aku dah pelik masa tu sebab aku just nak reprint boarding pass, so just bawak ID yang berkenaan jela, kenapa nak bawak bag semua???
Tapi aku diam je dan heret anak bini dan luggage bawak ke kaunter. Sampai di kaunter, staff cakap, “kapal kita full encik, so untuk elakkan overload, encik kena check in semua luggage. Minimum kita ada 15kg for RM90”. Aku pun terkejut dan cakap dengan dia, aku taknak check in, aku just nak print boarding pass, tapi dia teruskan memaksa.
Siap suruh timbang satu2 bag kitorang dan malangnya semua bag comply dengan berat hand carry allowance dan diorang tak boleh nak cari point. Punya lah tak puas hati, sampai ada staff di kaunter boleh keluar soalan “ni cabin size ke?”. Korang hari-hari menghadap luggage, takkan tak boleh beza size cabin ke tak kan
So, disebabkan dia tak boleh nak pusing cerita lagi, dia pun bagi boarding passes kitorang dengan muka yang paling kelat dia boleh buat. Maka aku pun heret semula keluar anak bini luggage dari kaunter tu.
Boarding time 1600, so 1530 kitorang pun masuk ke departure hall. Dekat dalam baru keluar dekat board yang flight kitorang delay kepada 1820. Aku perasan dekat boarding pass tadi ada perubahan masa walaupun staff muka kelat yang printkan tadi tak inform pun flight delay. So kitorang pun tunggu lah sampai boarding time yang berikutnya.
Masa tunggu, ada lagi staff MY Airline approached kitorang mintak check in luggage kitorang tapi kali ni for free. So, memahami situasi diorang nak elakkan kesesakan cabin storage nanti, aku agreed untuk bagi diorang check in walaupun sayangkan bag (sebab bag akan calar n kemek) dan sebagai tolak ansur walaupun diorang tak boleh paksa.
BOARDING TIME
Sampai masa untuk boarding, proses semuanya lancar sampai lah kitorang masuk ke dalam pesawat. Tiba time untuk cabin crew check semua passenger, salah sorang tanya dekat wife aku, ”anak puan ada seat ke?”. Wife aku pun reply “ada.
Tapi boleh tak u bagi infant punya belt sbb anak I menyusu badan n takut dia tak boleh duduk diam dekat seat dia sbb dia baru 2 tahun”. Maka dia pun refer pada crew leader dan datang semula bagitau “tak boleh puan, 2 tahun ke atas kena duduk di seat”. So kitorang pun okay, takpelah dah diorang taknak bag (padahal masa flight datang KUL-LGK diorang bagi je sebab anak aku baru 2 TAHUN 5 HARI).
Pesawat dah mula bergerak, wife aku start dudukkan anak aku dekat seat dan pakaikan seatbelt, maka anak aku start menangis dan meronta-ronta. Dia bangun dan duduk dekat wife aku. Cabin crew tadi datang semula dan remind untuk suruh anak aku duduk.
HANYA remind sahaja tanpa bertanya anak aku okay ke sebab masa tu anak aku menangis teruk sebab baru je bulan lepas naik flight duduk dengan emaknya, tiba-tiba kali ni kena duduk sendiri. So lagi sekali, aku pula yang mintak benda yang sama i.e infant belt aka seat belt extender yang diorang ada iklankan dekat page diorang baru-baru ni.
Menyedihkan, diorang tetap tak nak bagi. Wife aku cakap, “bagi la belt tu, at least anak I diam kalau duduk dengan I dan safety pun comply sbb dia baru je masuk 2 tahun. Untuk take off dan landing je. Masa fly nanti dia okay boleh duduk seat dia”. Sadly, diorang tetap taknak bagi dan dia keep repeating “this is our policy”.
Bayangkan dengan anak aku menangis non stop dekat 20 minit berhingus-hingus sebelum take off, diorang teruskan briefing tanpa pedulikan apa jadi dekat anak aku. Perasaan tertekan tu tak payah cakap la, korang yang ada anak kecil mesti faham kan.
Nak pasang seatbelt dekat car seat pun struggle, inikan nak suruh duduk diam dekat airplane seat dengan seat belt 20 minit, korang rasa? Aku malas nak argue dengan policy bodoh yang diorang buat tu, aku cakap dekat wife takpe, kita cuba je buat anak duduk guna seat dia.
Sampai lah masa kapal nak take off, anak aku still menangis n berdiri atas seat sebab tak nak kena ikat. Dah letak elok, dia bangun meronta-ronta. Kali ni, chief’s cabin crew sendiri datang dan cakap “encik, anak encik kena duduk dengan seat belt, kalau tak kapal tak boleh nak take off” dengan nada yang agak keras macam takde apa-apa yang berlaku.
Aku pun balas, “bukan saya sengaja, anak saya kecik lagi, kena ambil masa lah. U pun tengok sendiri kan? Sebab tu I mintak u bagi infant belt tapi u tak nak bagi”. Lagi sekali, dia ulang policy bodoh dia dan berkeras suruh anak aku duduk immediately.
Ikut hati memang aku dah berangin sangat n nak je jerit kat muka dia, tapi disebabkan keimanan yang tinggi, dan kepercayaan yang sangat kuat kalau kita sabar, Allah sayang kita, maka aku tanya dia “sekarang nak buat macamana, anak I taknak duduk diam dekat seat dia. So macamana?” Guess what, dengan sombong dan angkuhnya dia balas “YOU HAVE TO! WHAT EVER IT TAKES”. Hebat kan jawapan dia?
Dengan tak mempedulikan situasi yang sedang berlaku, ketua kabin tadi terus angkat phone dan bagitau sesuatu pada kapten kapal aka pilot yang bertugas masa tu. Aku rasa dia tak cerita pun situasi sebenar tapi just bagitau ada passenger tak nak duduk dekat seat.
Masa ni la saat paling bersejarah dan memalukan dalam hidup aku dan wife bila mana lepas je crew tadi letakkan phone, serta merta kapten kapal announced “to passenger seating on row **, please give your cooperation to remain seated or else, we will call our ground security to DISSEMBARK YOU FROM THE PLANE”.
Aku ingatkan dalam movie dan berita pasal terrorist attack je yang kena dissembark from the plane. Rupanya anak menangis tak nak duduk pakai seatbelt pun kena weiii!!! Kena batang hidung sendiri baru tau macamana rasa dia.
Bayangkan perasaan aku dan wife masa tu yang tengah struggle nak tenangkan anak yang tengah menangis teruk demi nak ikut SOP diorang, tiba-tiba kena ugut sampai nak halau keluar dari flight!
Aku tau masa tu, wife aku dah sangat2 sedih dan kecewa dengan situasi yang berlaku, tapi still kuat dan even tak menangis pun (I’m proud of u yang). Aku sangat berterima kasih pada salah sorang crew dalam tu yang datang selepas tu dan bercakap sangat polite dan faham situasi kitorang (Sharma nama dia) dengan mintak maaf sebab pihak dia tak boleh provide n kitorang terparksa follow policy diorang.
Dia ada cuba cakap dan pujuk chief yang sombong tu untuk bagi infant seat belt untuk memudahkan urusan take off tapi malangnya dia tetap tak benarkan dan dia tak boleh buat apa-apa sebab orang bawahan. Wife aku pun cakap dekat dia “takpe lah u nak i tekan n pijak anak i supaya dia duduk dekat seat dia i buat, u suruh pilot u tekan minyak laju2 untuk take off”. Maka kapal pun take off la dengan anak aku yang terus menerus menangis sambil di grip oleh wife aku.
Habis je take off, dan flight stable, anak aku pun mula berhenti menangis dan situasi kembali tenang sebab budak umur 2 tahun, tengah fasa tantrum sebab semua kena bertukar. Makan kena ada rasa yang dia nak, duduk ikut cara dia nak, berjalan pun ikut mood dia, kan?
Sepanjang kejadian berlaku, aku sempat rekod beberapa video utk evidence aku sendiri for future reference or action. Ada salah sorang cabin crew perasan dan inform pada chief tadi.
TIBA DI KLIA2
Sampai je di airport, keluar dari pesawat, ada 4-5 orang ground staff security tunggu dan tahan kitorang. Rupanya, chief cabin tadi instruct untuk tahan dan suruh aku padam video yang staff dia nampak aku rekod masa insiden atas flight tu!
Good thing is, security personnel sangat berhati-hati dan mintak aku cerita situasi apa yang berlaku. Aku pun cerita satu per satu (walaupun dah lewat gila masa tu dengan penat dan laparnya aku wife dan anak-anak).
Selesai cerita, security personnel pun terdiam dan sangat faham situasi aku. Masa tu la chief cabin crew tu mencelah dan buat-buat cerita macam dia yang mangsa dan kitorang yang buat salah sebab menyukarkan flight dan record video tanpa kebenaran bagai.
Dengan serba salah dan takutnya, security tu mintak maaf dan mintak belas ehsan utk aku padam video2 tu. Aku pun mintak maaf semula dekat dia, aku tak boleh padam sebab ni evidence aku kalau apa2 jadi dekat aku, kalau aku share experience aku ni tanpa bukti, aku just fitnah company diorang dan boleh kena saman.
Security tu pun bagi cadangan kalau dia mintak chief cabin tadi minta maaf, boleh ke aku padam video tu. Aku balas, “ u rasa dia nak ke mintak maaf? Sepanjang flight takde single apologies pun dia cakap inikan sekarang semata sebab nak padam video”. Dia kata boleh dan dia cuba. Aku dah bergerak keluar nak ambik luggage yang dah di check in sebelum ni sebab taknak buang masa.
Sambil bergerak aku toleh, dan YA, BETUL SANGKAAN AKU dia memang taknak say sorry pun atas apa yang dia dah buat even sampai kapten kapal cuba nak halau aku anak beranak keluar dari kapal.
Maka aku teruskan perjalanan dan security tadi follow kitorang sampai ke baggage claim area. Diorang still merayu dan cakap kalau viral ni, kitorang kena buang kerja. Ikutkan hati, aku cakap kat diorang memang aku nak viral je tapi aku considerate lagi.
Aku bagi nama, contact number dan email supaya diorang raised up this issue dan at least aku dapat a sincere apology from the management tentang cubaan halau aku anak beranak keluar kapal dan memalukan kami, dan pastikan benda ni tak jadi pada aku dan orang lain yang sama situasi dengan aku.
Diorang pun take note dan cakap akan investigate benda ni dan email pada aku. Maka aku anak beranak balik dengan perasaan sedih, kecewa, malu dan kelaparan. Anak sulung aku umur 9 tahun saksi kejadian pun tak lalu makan bila sampai di rumah sebab terlalu penat.
Paling menyedihkan, anak bongsu aku yang 2 tahun tu dan wife aku langsung tak makan dan terus tidur sampai kesokkan harinya akibat menangis terlalu lama atas flight. Last si bongsu ni makan pukul 11 pagi sebab sekarang ni fasa dia memilih sikit untuk makan.
Kesudahannya, sampai sekarang aku tak terima apa-apa email. Aku cuba reach My Airline dekat comment posting video yang diorang claim “ALL OUR FLIGHT COME WITH SEAT BELT EXTENDERS, AVAILABLE UPON REQUEST…” sebab official page tak boleh direct message, dan diorang hanya DM semula macam machine, ulang yang mereka commited dengan complying regulation budak 2 tahun kena duduk seat sendiri, dan end of story tanpa ada intention utk investigate the real situation.
So, tiada peluang di situ dan aku rasa sini je option yang lebih sesuai. Korang refer salah satu video yang aku attached dan nilai sendiri safety measurement anak aku yang duduk dekat seat dia sendiri tu, valid ke tak, dengan longgarnya seat belt dan dengan tak boleh duduk elok (budak 2 tahun kan? What do you expect?) tapi ape pun kenalah comply dengan rules diorang kan?
Kesimpulannya, pada korang yang plan nak travel dengan MY Airline dengan anak umur baru masuk 2 tahun atau 3 tahun atau anak yang size nya tak berapa besar dan tak boleh duduk diam dekat seat diorang macam robot yang di program, better batalkan niat atau cuba airline lain instead.
Supaya korang tak kena macam aku dan menyesal kemudian hari. Buat masa ni My Airline memang is a NO untuk aku dan family sebab diorang sangatlah tidak mesra kanak-kanak dan NOT CHILD FRIENDLY.
Terima kasih pada yang membaca dari awal sampai habis. Mohon share pada kenalan atau ahli keluarga untuk awareness bersama. Semoga kalian dan keluarga sentiasa dilindungiNya.
Kisah sedih akka nasi lemak viral, di sebalik popualariti akui masih menyewa. Rumah Pun Tiada Perabot. Tidak semua populariti baik untuk sebahagian orang. Ada yang membantu, tapi tak kurang juga ia mampu mendatangkan tekanan. Contoh Youtuber Sugu Pavitra yang mengambil keputusan berdiam diri di media sosial selepas kisahnya menjadi sorotan media.
Terkini, populariti yang tak terjangkau di media sosial melibatkan Akka Nasi Lemak Viral atau nama sebenarnya Sangeetha yang berniaga di Sri Kembangan.
Selepas kisahnya berniaga nasi lemak dengan pelbagai lauk pauk viral, gerai kecilnya menjadi tumpuan ramai.
Diberitakan orang beratur hampir 6 jam untuk mendapatkan nasi lemaknya yang tular di media sosial. Ramai menjangkakan, bila ramai membeli, maka keuntungan semakin banyak namun satu sorotan video memperlihatkan “populariti” itu tidak mampu membeli ketenangan kepada kehidupannya.
Jelas dalam video dikongsi, kelihatan tubuhnya semakin kurus. Bukan kerana tak makan tapi sebab tak lalu makan kerana badannya agak penat mencuci bekas-bekas makanan selepas habis berjualan.
“Perniagaan ini telah menjejaskan kesihatan badan saya. Bukan saja perlu cuci periuk belanga tapi kereta juga setiap hari. Kereta bau ayam dan udang. Semua ini memenatkan hingga saya tak lalu makan dan sebab itulah badan jadi kurus.
Ya, mak-mak pun biasa lalui hal ini. Bila badan terlalu penat memang tak larat nak makan.
Bahkan akka nasi lemak viral turut meminta masyarakat tidak bercakap bukan-bukan disebabkan badannya yang agak kurus itu.
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) May 18, 2023
Sebalik popularitinya itu juga, akka nasi lemak viral mengakui hidupnya tidak sesenang mana. Dia masih menyewa satu bilik kecil dan tidur di satu tilam bujang bersama anak-anak.
“Sofa dan perabot pun tiada di rumah. Masih bergelut untuk kehidupan.Banyak yang mampu kami beli walau gerai ini menjadi viral,’ katanya yang meminta pada sesiapa yang bertanya tentang kisah kehidupannya, boleh datang ke gerai jualannya dan dia akan menjawab semua soalan di tanyakan.
“Jangan menghina saya di media sosial. Datang ke gerai dan saya boleh luangkan masa sekurang-kurangnya lima minit menjawab setiap pertanyaan orang ramai,” katanya yang meminta orang ramai memahami keadaannya dan berkelakuan baik dan melayaninya seperti manusia lain.
Ya, tidak semua yang kita nampak viral itu tidaklah indah di mata kerana ada kisah di sebalik yang kita tak tahu.