Kisah sebuah keluarga yang hidup seramai 32 oang dalam satu rumah viral dan jadi cerita panas selepas orang ramai melihat suasana dalam rumah.
Mengikut sumber Harian Metro 32 penghuni itu terdiri daripada lima keluarga membabitkan 12 lelaki dan wanita dewasa serta 20 kanak-kanak berusia antara 13 tahun hingga 11 bulan.
Bila cerita ini dipanjangkan, ada yang positif dan bersimpati dengan nasib keluarga ini yang terpaksa tinggal sebumbung dalam keadaan sempit dan tidak selesa di rumah di Kampung Banggol Petai Luar, Pendang.
Namun ada juga pihak yang mengeluarkan pendapat betapa pentingnya family planning bila sudah berumah tangga.
Mungkin kita mempunyai pandangan yang berbeza, untuk lebih dekat ikuti perkongsian daripada Puan Intan Dzulkefli, sejauh mana pentingnya merancang keluarga…
Perlu Ke Family Planning
Ada ramai sebenarnya wanita hidup dalam dilema bila tiba bab family planning.
Ada yang suami sekadar weekend-husband, tetapi minta isteri beranak tiap tahun. Mungkin kerana dia tidak melihat sendiri betapa kalutnya si isteri sendirian menguruskan makan, minum, kencing, berak, tantrum anak-anak sementara dia di kejauhan.
Ada suami yang prihatin kesihatan isteri, lalu menolak menggunakan ikhtiar yang disarankan KKIA supaya badan isteri tak rosak, katanya. Tetapi tidak pula prihatin bila waktu subur isteri, tidak pula disiplin memberikan kerjasama untuk merancang kehamilan.
Ads
Family planning is very important for both husband & wife to sit down & decide together. Each pregnancy should be planned, intended & wanted.
Tak boleh serahkan bulat-bulat kepada isteri untuk fikirkan sendiri. Bila terbabas, suami pun kata, “alaa.. dah rezeki,” padahal isteri baru sembuh depresi selepas bersalin kelahiran terdahulu.
Family planning is not just a “woman” thing, it’s a shared fertility control with both the man & the woman. The key is cooperation & communication between husband & wife.
Kalau si suami inginkan zuriat setiap tahun, maka suami perlu lebih banyak luangkan masa untuk membantu isteri dengan urusan rumahtangga dan menguruskan anak-anak.
Adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab suami untuk memastikan isterinya mendapat hak untuk rehat yang secukupnya.
Ads
Bukalah mata luas-luas untuk mengesan perubahan emosi isteri. Lihatlah dalam-dalam matanya yang menanggung seribu satu kelelahan.
Isteri juga perlulah berterus terang dengan suami tentang keadaan diri yang mungkin belum bersedia dari segi emosi & fizikal. Malah, jika diarahkan oleh doktor agar merancang dengan kaedah tertentu demi maslahat kesihatan badan, janganlah berdegil. Terutamanya jika isteri ada history kemurungan selepas bersalin (PPD).
Our children have the right to be raised with love by their happy & calm mother, not with the mother who is emotionally unstable due to PPD & depression.
Kadang memang di depan suami & orang lain, di medan sosial isteri menulis dan menunjukkan reaksi positif.
“Alhamdulillah, rezeki.”
Tetapi jauh di sudut hatinya, siapalah yang mahu benar mengerti. Malah ada yang hingga depresi akibat fizikal dan emosi stress beranak rapat. Hanya yang melalui benar-benar tahu.
Nak diluahkan apa gunanya, kerana dikemudian hari tetap dirinya sendiri yang menanggung loya, muntah, pening, sakit & segalanya. Itu belum lagi bab dikecam bodoh tak bertempat kerana turutkan sangat kehendak suami yang musibat.
Ads
After all, lesson should be learned. Everyone deserves the rights to make a choice for their own life.
Anak Itu Memang Rezeki Tapi…
Bayi dan anak kecil memang comel, tetapi ia datang dengan pakej amanah dan tanggungjawab yang menuntut kesediaan mental, fizikal dan emosi kedua belah pihak.
Kesediaan suami untuk meningkatkan usaha menambah pendapatan keluarga. Ya, anak itu rezeki, tetapi rezeki tidak datang bergolek. Ia perlu usaha, doa, tawakal dan kerja keras.
Kesediaan isteri untuk mengharungi detik morning sickness, bersalin, berpantang dan menyusukan anak hingga cukup haul. Ya, anak itu rezeki, ia juga amanah yang perlu dijaga dan dididik sepenuh hati bukannya main ala kadar.
Bebanan rumahtangga ini harus dipikul berdua. Suami isteri seperti sayap kanan dan kiri untuk terbang ke syurga. Jika hanya sebelah sayap sahaja yang berusaha keras untuk terbang, it will go nowhere.
If the husband is not a superman, then he doesn’t deserve a superwoman as his wife. – Dr Harlina Siraj
Ordinary women will only end up being super-tired-women, if they ever try too hard to be & do everything, all alone.
After all, super tired woman will be like a living zombie. & she is no fun to be with.
Nota:
Bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi sebenarnya pendedahan kisah keluarga ini untuk membuka mata masyarakat supaya membantu keluarga ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isunya.. masa berpantang inilah isteri mengidam saat manis dibelai dan dimanja suami baik terutama sentuhan emosi. Salah satunya, ketika isteri melalui 40 hari tempoh berpantang, suami sentiasalah bersedia untuk sama-sama jaga anak.
Realitinya, ramai di kalangan isteri yang terpaksa menerima hakikat dia seolah-olah berpantang sendirian. Walaupun suaminya ada di dalam rumah bersama dengannya.
Pada suami apa yang dia nampak, apa yang dia buat. Misalnya jerangkan air, angkat air, basuh baju, sidai kain itu sudah memadai. Sedangkan ada lagi hal-hal remeh (seperti yang suami fikir) tapi isu itu besar untuk isteri.
Kenapa Suami Kena Jaga Anak Sama Masa Isteri Berpantang
Ketika Isteri Mandi, Suami Tolong Jaga Anak
Ada sesetengah suami fikir, bayi yang lena tidur selepas menyusu itu tak perlu ditemani sesiapa. Asal sudah masuk ‘baby coat’ selamatlah dia. Dan tentunya mandi ibu berpantang lebih lama. Lagi-lagi yang bersalin caeser.
Dia perlu lindungi luka pembedahan dengan balutan khas. Mandi dengan hati-hati dan prosesnya panjang.
Emosi pun kena tenang ketika mandi herba. Memang perlahan pergerakannya sebab isteri masih belum berdaya.
Selesai mandi, kawasan luka perlu dikeringkan. Tak kiralah jahitan di perut atau bahagian lain. Segalanya perlu teliti, dan disapu ubat.
Masa Isteri Makan, Berilah Masa Untuknya Menikmati Lauk Berpantang
Jadi, suami duduklah di sisi anak. Temani bayi anda itu. Kalau tak tahu buat apa pun, tenunglah wajah bayi.
Dan tengok-tengoklah kalau-kalau ada semut atau serangga kecil yang kadang datang tanpa diundang.
Jangan pula diganggu tidur bayi itu. Terjaga pula bayi nanti. Kasihan ibunya yang baru hendak menikmati makanan berpantangnya.
Itulah nanti sumber makanan untuk bayi anda. Masa berpantang inilah ibu cukup runsing bila susu tak keluar.
Susahnya hati, nanti bayi kelaparan.
Waktu Menyusu Belah Malam, Suami Sokonglah Tubuh Isterimu
Tak ramai yang sanggup berjaga sama dengan isteri. Menahan tubuh lemah isteri ketika memberi susu pada bayinya di malam hari.
Ada sesetengah bayi baru lahir akan berjaga malam.
Walaupun sudah diberi susu, tetap dia mahu bercerita. Layanlah bayi anda itu, berikan ruang untuk isteri tidur seketika.
Nanti bila isteri terjaga, dia sudah ada tenaga untuk menyusukan bayinya di tengah malam.
Kadangkala perubahan rutin sebegini akan mengundang konflik kepada pasangan muda. Apa pun banyakkan bersabar dan terima ujian menjaga isteri dan anak di malam hari dengan redha.
Bahagianya Isteri Bila Suami Prihatin
Benar, tak semua suami dapat lakukan ini. Lagi-lagi mereka perlu bekerja dengan rutin masuk pejabat ‘9 am to 5 pm’.
Namun, pengalaman berpantang ini cuma 40 hari saja. Tak lama mana, congak-congak sebulan je masanya. Berkorbanlah masa dan tenaga untuk seketika.
Jaga anak sama-sama dengan isteri.
Menjadi suami yang prihatin, memahami emosi isteri berpantang akan mengurangkan kadar emosi meroyan isteri anda.
Hendak beri tips bagaimana tangani emosi isteri secara tepat, rasanya suami lebih tahu apa yang isteri inginkan.
Suami kan orang yang paling dekat dengan isteri, tentu-tentulah suami lebih faham emosinya.
Hidup tak sebumbung, itulah yang boleh dikatakan bila dah tak ada hati dan perpisahan menjadi jalan terakhir bagi pasangan. Mahu tak mahu, kdup perlu diteruskan.
Tak kisah hidup dah tak sebumbung dengan pasangan tapi masih ada lagi tanggungjawab yang dipikul dalam tuntutan memberi nafkah pada anak. Paling penting, jangan sesekali memburukkan pasangan sebab sebelum ini kita pernah hidup bersamanya.
Hidup Tak Sebumbung Jangan Bermusuhan, Kekal Bersahabat
Dalam perkongsian Firdaus Mokhtar turut memesan pada pasangan yang sudah berpisah supaya tidak bermusuhan dan jangan sesekali membiarkan anak dengan langsung tidak memberi nafkah.
Dalam kehidupan, ada banyak perkara yang kita tak mahu, tapi tetap berlaku. Contohnya bercerai.
Kita berpisah hidup dengan pasangan. Yang pernah bercinta, hidup dan segalanya dengan kita.
Sebab berlaku perselisihan yang kita tak dapat nak berlapang dada, kita pilih jalan akhir untuk tidak lagi hidup sebumbung.
Benar kawan-kawan, semua ini dibenarkan oleh Allah. Sekali pun ini yang Allah paling tak suka.
Namun, setelah semua itu berlaku, bukanlah kita punya lesen atau kebenaran untuk memburukkan bekas pasangan kita. Kita mengajar anak-anak untuk mengata ayah dia. Kita ajar anak berperasaan tak betul kepada mak dia.
Cerita pula segala lemah dan kurang bekas pasangan ke kawan kawan, keluarga dan siapa sahaja yang kenal kita. Sebolehnya nak letak salah berpisah itu pada sebelah pihak.
Kawan kawan sekalian,
1. Sekali pun jodoh tak panjang, kita masih boleh hidup seperti biasa. Bertegur dan berbincang. Terutama tentang zuriat yang lahir daripada diri kita dan pasangan kita dahulu. Itu benih cinta kita. Jadi masih perlu kepada aturan bersama.
2. Anak-anak yang lahir ini ada ikatan darah daripada mak ayah dia. Maka macam mana jauh terpisah pun, tetap menjadi tanggungjawab mak ayah kandung dia untuk membesarkan mereka.
3. Jangan sampai kerana marah kita kepada bekas pasangan kita, anak-anak jadi mangsa. Mereka diabai dan tidak dipedulikan. Terutama nasib akhirat mereka.
4. Ramai sangat anak-anak hasil rumah tangga yang retak jadi anak-anak bermasalah. Sekolah terganggu, pelajaran entah ke mana dan yang paling kita takut mereka ini akan ada masalah emosi. Tak ada kasih sayang.
5. Yang tak ada kasih sayang seorang ayah akan mencari lelaki di luar rumah. Anak lelaki pula tiada kawalan seorang ayah akan jadi anak yang keras, kuat melawan dan tak lekat di rumah. Hilang selalu. Bebas dengan kawan kawan.
6. Kawan-kawan, kalau pun hubungan kita tak berjaya di dunia. Moga dengan perceraian itu kita tidak semakin jauh dengan Tuhan.
Begitulah.
Mingguan Wanita : Benci sekalipun pada bekas pasangan, jangan sampai memburukkan sebab kita ada sejarah manis bersamanya sebelum ini. Sudah takdir, jodoh hanya setakat itu.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Anak jantan tak semestinya diajar hebat membelasah, didiklah anak menjadi lelaki budiman yang tahu baik, buruk sesuatu perkara.
Bukannya tahu hendak menang dan tunjuk hebat semata. Berbalik kepada didikan mak ayah, jika sedari kecil mak ayah membiasakan anak-anak membudayakan perkara sebegitu.
Maka hingga dewasa perkara itu berlarutan. Ikuti perkongsian Dr Karya Kayra ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Didiklah Anak Menjadi Lelaki Budiman
Anak jantan tak semestinya kena diajar hebat membelasah, bergaduh dan bertumbuk.
Selalu lelaki “acah kaki gaduh” ini macam tin kosong, isi tiada – bunyi sahaja yang kuat.
Antara memilih mendidik anak lelaki menjadi hebat bertumbuk ala jantan dengan mendidik anak lelaki menjadi lelaki budiman, saya pilih mendidik menjadi lelaki budiman.
Salah tetap salah walaupun itu anak sendiri.
Maaf cakaplah ibu bapa jenis di dalam gambar dibawah inilah, apabila guru memaklumkan kesalahan anak, terus mak bapaknya melenting marah dan terus mencari-cari salah si guru pula. Korek selagi boleh apa sahaja aib guru itu untuk dicampakkan kembali ke muka guru.
Berkeras, tidak mahu berbincang tatkala sang guru cuba berusaha mendidik anak itu. Seolah-olah anaknya itu seorang nabi, suci dari segala dosa.
Cara Mendidik Anak Jantan
Sedangkan menurut Dr. Yusuf Qhardawi tempoh usia anak 7 tahun hingga 15 tahun itu ialah tempoh mendisiplinkan anak.
Andainya pada usia kritikal mendidik anak ini, dan ibu bapa:
1) Gagal mendisiplinkan anak pada umur ini.
2) Malah gagal memberitahu kepada anak apa yang betul dan apa yang salah.
3) Gagal melatih anak solat setiap waktu.
4) Juga gagal melatih anak menutup aurat.
5) Gagal mengajar anak menghormati guru dan orang lebih tua.
6) Dan gagal mendidik anak perkara Adab dan Akhlak.
7) Akhir sekali gagal memberikan hukuman yang adil jika anak melakukan kesalahan seperti buli atau melakukan jenayah dan sebagainya. Maka lihatlah “kesan kegagalan itu” dalam diri anak dan keturunan seterusnya pada masa hadapan.
Saya mencadangkan kepada semua yang bergelar ibubapa agar banyakkan membaca buku dan artikel mengenai tatacara mendidik anak pada setiap peringkat usia menurut islam.
Dari anak itu lahir sudah diajar bagaimana cara ibu, bapa perlu lakukan dalam usaha mendidik anak sehinggalah anak itu sudah berkahwin. Ada masa perlu bertegas dan ada masanya perlu menjadi sahabat anak.
Ada tempoh-tempoh usia si anak yang ibubapa kena turut sama bertanggungjawab mematuhi kaedah pendidikannya.
Anda mahu membawa anak-anak ke syurga, jadi anda tiada pilihan kecuali menunaikan tanggungjawab mendidik dan memberi nafkah anak di dunia ini lagi.
Andainya anda sebagai ibu dan sebagai bapa gagal, maka bersedialah untuk menjawab di hadapan Allah SWT di Padang Mahsyar nanti.
Tiada istilah anak derhaka kepada ibu dan bapa yang gagal.
Yang ada cuma ibu dan bapa yang derhaka dalam menunaikan tanggungjawab yang di-amanah-kan tuhan.
Kayra.
A Mother With 3 Sons. #CreditPhotoToHananiDaud #PendidikanAnakMenurutIslam
Mingguan Wanita : Didiklah anak menurut Islam, belajar dan penuhkan ilmu di dada dalam membesarkan anak-anak. Memang tak mudah namun berusahalah menjadi mak ayah yang berilmu.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....