Dilahirkan sebagai satu-satunya anak tunggal sementelahan percubaan demi percubaan ibu dan ayah untuk mendapatkan zuriat, akhirnya setelah 15 tahun menanti… akhirnya aku lahir. Sebaik kelahiranku, doktor memaklumkan peluang untuk ibu hamil lagi tipis kerana faktor usia dan masalah ketidaksuburan yang dialaminya. Menjadi satu-satunya anak dan paling didambakan, serba yang sempurna dan terbaik layak untuk ku.
Ibu dan ayah berkemampuan dari segi kewangan. Apa saja permintaan ku tidak pernah gagal mereka tunaikan. Kerana dididik mementingkan kesempurnaan, aku membesar menjadi lelaki yang tidak boleh menerima kelemahan, bangga diri, tak suka melihat orang yang lemah dan tak suka dengan orang yang meningkah tiap tutur kata ku. Tiap kali berlakunya percanggahan pendapat, apa jua cara kemenangan akhirnya perlu berpihak kepada ku. Pendek kata aku tak suka kalah.
Cinta palsu
Sebelum mengenali Naema, sudah berpuluh-puluh wanita ku tinggalkan sebegitu sahaja. Sikap ku yang cerewet,malas melayan wanita yang bersikap keanak-anakan. Kelebihan paras rupa yang dikurniakan Allah menjadikan aku lebih terdorong memilih wanita yang bersifat keras, ada sisi ego, matang dan dalam pada masa yang sama masih boleh dibentuk peribadinya. Dalam erti kata lain mudah menerima arahan.
Bersama Naema, pelbagai ujian tingkah laku sudah aku lakukan. Nampaknya hanya dia yang kekal tegar bertahan. Rimas dengan desakkan ibu, Naema ku bawa pulang untuk diperkenalkan kepada ibu dan ayah. Pertemuan pertama telah membuatkan ibu cukup menyenangi Naema. Sedikit fakta ringkas tentang Naema, dia anak bongsu satu-satunya anak perempuan daripada lima bersaudara.
Adik kesayangan abang-abangnya, seorang wanita berdikari yang mempunyai aura keibuan dan sifat-sifat seorang isteri. Naema tahu aku sejenis keras kepala dan tiap kali berselisih faham. Naema pandai memainkan peranannya. Dia tidak akan bertingkah pendapat dengan aku, sebaiknya memilih untuk akur dengan aku. Ketahanan dirinya melayan sikap ku membuatkan aku tidak teragak-agak meminangnya sebagai suri halalku.
Segalanya perlu mendapat persetujuanku
Ads
Bagai pinang dibelah dua…sama cantik sama padan kata kenalan di laman muka buku kami. Sebagai lelaki sudah tentu aku bangga dengan pujian sebegitu. Perlahan-lahan kami mula mengenali satu sama lain lebih mendalam. Seperti mana aku dibesarkan dahulu, sebegitu juga aku mahu Naema dilayan sebaiknya.
Hanya yang terbaik untuk isteriku. Serba urusan rumah tangga, bil, urusan membeli pakaian, perabot, makanan aku lebih cenderung menguruskan sendiri. Bukan tak mempercayai isteri, terbiasa dididik sebegitu menjadikan aku tak betah membiarkan Naema memilih bagi pihak ku. Naema pula nampaknya senang dan sudah mula bertanyakan pendapatku sebelum membuat pembelian apabila dia membeli belah sendirian.
Menjelang tahun kedua perkahwinan kami, Naema sudah mula menyuarakan hal anak. Dalam diam rupanya Naema makan hati memandangkan sehingga ke tahun kedua perkahwinan kami belum lagi ada tanda-tanda dia hamil. Cakap-cakap orang membuatkan dia berkecil hati dan ada yang mula mempersoalkan kesuburannya.
Ego yang membunuh
Ads
Bermulalah fasa pujuk memujuk yang Naema lakukan terhadap aku, di mana dia mengharapkan aku sudi menemaninya untuk bertemu doktor pakar. Syaitan apa yang merasuk diriku, aku menjadi begitu marah dengan ayat doktor pakar, kesuburan dan anak. Berani Naema mengatakan aku yang bermasalah.
Sebenarnya Naema sudah pun melalui ujian kesuburan, tetapi tidak ada masalah dari dirinya. Doktor menyarankan aku, suaminya untuk melalui ujian kesuburan. Bagi aku perkara ini benar-benar menyinggung perasaan kelakian ku. Tak boleh ke kita mencuba kaedah normal tanpa perlu merujuk hal berkaitan suami isteri hingga ke pengetahuan orang luar?
Sejak itu aku jadi cepat baran, melenting dan mudah meledak melibatkan perselisihan perkara kecil. Aku jadi kerap marah dan kerana lewat mengangkat telefon Naema lazimnya akan ‘disajikan’ dengan kata-kata kesat yang terhambur dari mulutku. Naema yang dahulunya isteri yang akur lagi patuh, berubah menjadi pendiam.
Ads
Marah yang membarah
Naema diam aku marah, Naema tak angkat telefon aku marah, Naema menjawab aku marah. Aku jadi terlalu marah dengan Naema. Rumah yang sepatutnya menjadi zon terbaik untuk kita bersama tersayang menjadi tempat aku menghamburkan semua rasa marahku.
Aku perasan tiap kali aku muncul, Naema akan ketakutan. Pernah satu ketika Naema seperti orang hilang jiwa dan rasa… bak zombi. Jasadnya ada, tapi jiwanya kosong melayang. Aku tak suka dan tak boleh dengar bila dia memulakan ayat, ‘jom kita bincang’… kerana bagiku itu semua cara nak menyakitkan hati ku. Tanpa sedar aku sebenarnya yang menyakitkan Naema dan mendera mental serta emosinya.
Sampai ke titik kemuncaknya malam itu, aku bergaduh lagi dengan Naema. Hanya kerana mencari kunci keretaku yang entah di mana aku letakkan, aku terlepas kata, ‘kalau aku tak jumpa kunci kereta ni…sebaik aku melangkah keluar…jatuh talak!’.
Aku hempaskan pintu bilik sekuat hati. Dari luar aku boleh mendengar Naema mengucap kerana terkejut dengan kata-kata ku. Dia juga menangis semahunya sambil menutur kata maaf.Kerana amarah akhirnya, aku terlajak kata. Aku telah mencalarkan hati Naema dan meruntuhkan rumah tangga ini.
Kesempurnaan yang aku dambakan, menjadikan aku lelaki yang mengecewakan. Suami yang gagal dan melukakan wanita sebaik Naema. Maafkan aku Naema. Maafkan segala khilafku.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kuncinya, jangan sesekali bandingkan isteri bekerja dengan suri rumah kalau bab kekemasan rumah. Ada masa dia mampu sambung uruskan waktu balik kerja dan ada sebaliknya.
Balik-balik nak mandi pun tak sempat, mampu salin baju sahaja. Bukan malas tetapi tertidur dek kepenatan.
Itulah dilema sesetengah isteri bekerja, tetapi kadang ada suami tak faham. Nak elakkan hubungan suami isteri jadi keruh, cuba hadam perkongsian daripada Firdaus Shakirin. In shaa Allah, masih sempat untuk baiki suasana rumah tangga.
Bila Isteri Bekerja
Rumahnya mungkin tidak sekemas rumah mereka yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Pakaian suami dan anak-anak mungkin tidak dibasuh, dilipat dan diseterika setiap hari. Dapurnya mungkin tidak berasap sepanjang masa kerana dia bekerja, dia keluar pagi, balik petang.
Ada juga yang dah malam baru sampai rumah.
Sederhanakanlah tuntutan anda sebagai suami terhadapnya, dia keluar mencari rezeki untuk mengurangkan dan meringankan beban anda. Dia sedang membantu memperbaiki ekonomi keluarga. Dia buat semua itu untuk membayar “hutang-hutang” anda.
Usahlah membandingkan dirinya dengan apa yang dibuat oleh isteri-isteri yang lain. Orang lain mungkin masih boleh melayani suami mereka seperti RAJA, boleh menghidangkan makanan betul-betul di depan mata. Tapi dia hanya boleh melayani anda sekadar kemampuannya sahaja.
Dia tahu untuk rasa letih, dia juga tahu untuk rasa penat.
Bantulah Isteri Mana Yang Patut
Dia hanyalah seorang wanita biasa, kudratnya tak sama dengan kudrat anda. Tolonglah dia sebagaimana dia menolong anda, kurangkanlah bebanan dia sebagai seorang isteri dengan membantunya melakukan kerja-kerja rumah. Sederhanakanlah tuntutan anda untuk dia memenuhinya, berikanlah dia ruang, peluang dan masa untuk berehat juga.
Kerana dia juga bekerja, dia juga perlu membahagikan masa untuk kerjaya dan keluarga. Jika anda “mampu” , sudah pasti dia tidak perlu bersusah payah untuk keluarganya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Budaya merajakan suami ini bukanlah benda baru. Malah masih ada lagi ibu-ibu yang mana anak perempuannya baru bergelar isteri, dipesan supaya jangan susahkan suami sebaliknya jika mampu, buatlah ke semua kerja rumah sendirian tanpa melibatkan suami. Alasannya tak manis pula bila si suami tu disuruh-suruh dan diarah-arah isteri. Nanti dikatanya suami ikut telunjuk kata isteri.
Sebaliknya kalau kita ikuti kisah-kisah Rasulullah S.A.W menyantuni isteri-isterinya lain pula kisahnya. Baginda suami yang ringan tulang, tak lokek menyumbang tenaga membantu isteri dan menjahit sendiri pakaiannya yang koyak. Jika masakan si isteri kurang sempurna,penuh berkias Rasulullah S.A.W sampaikan supaya isteri tidak terasa kerana faham penat lelah si isteri yang memasak. Begitulah tingginya akhlak Rasulullah sebagai seorang suami.
Menurut perkongsian saudara Mohd Fhais apa yang diulas ini adalah benar. Sebenarnya untuk mendidik lelaki yang budiman haruslah bermula sedari mereka kecil. Apabila mereka terbiasa melihat tiada layanan istimewa melibatkan gender sepanjang mereka dibesarkan, Insyallah satu hari nanti mereka bakal menjadi suami, bapa dan juga anak lelaki yang membahagiakan orang tuanya, isterinya dan juga anak-anaknya.
Ayah Buat.. Anak Ikut.. Mak Jadi Mangsa
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.
Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.
Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.
Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.
Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.
Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!
Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin.
Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.
Zaman dulu, orang kata, susah nak jaga anak perempuan berbanding anak lelaki. Sebab tu, anak perempuan dikongkong berbanding anak lelaki.
Zaman ini, rasanya perumpamaan tu dah tak boleh pakai. Mak ayah sekarang rasai sendiri. Jaga anak perempuan dan anak lelaki sama hebat cabarannya. Cuma anak perempuan lain yang kita risau, anak lelaki pula ada benda lain yang kita gusarkan. Generasi Millenia sekarang memang lain macam!
Pengaruh Internet dan Media Sosial Zaman Sekarang
Sebagaimana ia mempunyai banyak kelebihan, begitu banyak juga kemudaratan yang boleh berpunca daripadanya.
Sekarang ramai ibu bapa yang memberikan anak-anak dengan telefon pintar, lengkap dengan data internet. Dengan mengakses internet, anak-anak terdedah dengan pelbagai maklumat, termasuk yang ‘tak sepatut’nya. Sebab itu, mak ayah tolong pantau apa anak-anak tengok. Jangan ingat anak terperap di rumah dengan telefon, anak-anak anda tak terdedah dengan pelbagai gejala negatif.
Berapa banyak kes melihatkan anak-anak akibat pengaruh internet. Pernah terjadi kes anak berusia 12 tahun ditahan setelah disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang diasuh ibunya (akhbar Sinar Harian 2019). Anak itu terpengaruh gara-gara melihat satu video di handphone.
Itu belum lagi kes berapa ramai anak gadis yang hilang kesucian dan yang lari dari rumah ikut teman lelaki yang hanya dikenali di laman sembang online! Aduh, menakutkan bukan? Jadi mak ayah, TOLONG PANTAU anak-anak bila handphone mereka ada akses internet!
Jangan Percaya Anak Seratus Peratus!
Itu bab internet. Sikap anak-anak hari ini juga perlu diberi perhatian terutama ketika mereka sedang meningkat remaja. Jangan terlalu berikan kebebasan pada mereka tanpa pemantauan. Tak kira anak lelaki atau anak perempuan.
Apa saja yang anak beritahu, TOLONG simpan sikit rasa curiga. Bukan bermakna kita tak percayakan mereka, tapi kita kena ada rasa sangsi agar kita akan sentiasa pantau mereka. Kalau anak cakap nak habiskan masa di dalam bilik seharian sebab belajar, cuba intip. Betul ke dia belajar? Atau sedang bersembang di alam maya?
Jadi Orang Paling Rapat Dengan Anak
Jadi mak ayah bukan tugas mudah lebih-lebih lagi zaman sekarang. Kalau dulu, mak ayah pukul, anak tak berani nak lari dari rumah. Paling tidak lari rumah kawan sekampung. Tapi sekarang, salah marah sikit pun dah lari berdesup!
Sebagai mak ayah, anda yang paling ‘kenal’ sikap anak masing-masing. Tak semestinya guna pendekatan kekerasan. Kadangkala pendekatan lembut lebih terkesan di hati mereka.
Di usia remaja, anak memang kuat memberontak dan sering anggap mereka betul. Kalau mak ayah tegur, dikatakan tak faham mereka. Itulah cabaran mak ayah kena hadap.
Tak Salah Sporting Sikit…
Apa pun, bila anak meningkat remaja, terutama ketika usia belasan tahun, jangan biarkan mereka jauh dari kita. Sentiasa bertanya tentang kehidupan seharian mereka, kenal kawan-kawan mereka.
Bersikap sporting dengan anak-anak, jangan terlalu mengongkong. Misalnya, ada masa kalau mereka nak keluar dengan kawan, jangan bantah. Boleh izinkan tapi anda tahu dengan siapa, ke mana mereka pergi dan apa aktiviti mereka. Seeloknya, anda hantar dan jemput mereka. Tapi, tak boleh selalu.
Ada mak ayah tak suka anak-anak bawa kawan-kawan ke rumah. Tapi sebenarnya itu paling elok. Sekurangnya mereka ada depan mata kita. Lepak pun di rumah. Bayangkan kalau anak-anak keluar lepak di luar. Macam-macam boleh jadi. Lagi pula, bolehlah kita berkenalan dengan kawan-kawan dia tu.
Zaman Sekarang Agama Benteng Paling Utuh!
Dalam hidup, jangan pinggirkan agama dalam kehidupan kita. Begitu juga dalam mendidik anak-anak. Bila kita sudah tanamkan agama dalam hati mereka, insya-Allah…apa juga mereka lakukan, mereka takkan terpesong jauh.
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi...