Erra Fazira dikaitkan perceraian Engku Emran – Nabila, jangan persendakan takdir rumahtangga orang. Tak semena-mena, nama Erra Fazira terpalit dengan perceraian Engku Emran dan Noor Nabila semalam. Dirinya dikaitkan seolah tahu kenapa pasangan ini melafazkan talak semalam.
Marah dengan fitnah yang sengaja direka, primadona ini bingkas meluahkan isi hatinya berkaitan hal yang tidak ada kaitan dengannya langsung di Instagram storynya semalam.
“Jangan macam ini… Nak sensasi pun, jangan buat fitnah!
“Saya tak pernah memberi sebarang komen sebegini. Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” tegasnya.
Dalam hantaran yang dimuat naik menerusi Insta Story miliknya, terdahulu, menerusi perkongsian sebuah akaun Facebook, pengendalinya sengaja meletakkan ‘clickbait’ atau umpan kononnya primadona filem Melayu itu mendedahkan sikap sebenarnya Engku Emran.
Ads
“Masalah itu tidak dapat dibendung lagi”. Baru sahaja Engku Emran cerai, Erra dedah ini sebenarnya berlaku sebelum itu,” demikian tulisan yang berunsur fitnah itu.
“Jangan Persendakan Takdir Rumahtangga Orang…”
Berikutan hal ini, Erra Fazira memberikan nasihat agar netizen tidak mempersendakan takdir perjalanan kehidupan seseorang khususnya mereka yang bercerai.
Pada perkongsian sama, aktres berusia 49 tahun itu turut mengingatkan orang ramai supaya jangan mudah menghukum pasangan yang bercerai.
Ads
“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kelak,” katanya.
Semalam, Engku Emran, 48, melafazkan talak satu terhadap Noor Nabila, 39, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seminggu selepas kisah rumah tangga menjadi perhatian umum apabila Nabila mendedahkan suaminya menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan hubungan rumah tangga mereka.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ajal dan jodoh ketentuan tuhan,berpuluh tahun hidup bersama peluang berbakti pada pasangan sehingga ke akhir hayat ternyata beri kepuasan yang tersendiri.
“Saya puas hati dapat berbakti terhadapnya sepanjang 48 tahun perkahwinan kami.”
“Dia (Mek Habsah) ada cakap umurnya dah tak lama. Saya pun faham dan reda sebab terlalu lama dia sakit.
Demikian kata Rahamis Hamid, 72, suami kepada penyanyi dan pelakon, Habshah Bakar yang meninggal dunia pagi ini.
Habsah, 67, atau lebih sinonim dengan panggilan Mek Habsah menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat masalah paru-paru kronik pada jam 2.45 pagi.
Rahamis berkata, isterinya kritikal sejak Jumaat lalu apabila keadaan kesihatannya menurun.
“Hari-hari saya tak pernah tertinggal datang melawatnya di wad. Dia dah hilang selera makan sejak Jumaat sehingga Ahad.
“Dia tanya saya pada Jumaat itu boleh tak balik rumah? Saya kata nak balik macam mana kerana paras oksigennya menurun 30 peratus dan dia perlukan oksigen. Sabtu lalu saya datang melawatnya dan doktor beritahu suruh tunggu.
“Katanya Mek Habsah akan pergi bila-bila masa. Harapan untuk pulih dah tiada. Dia dalam keadaan tak sedar kerana doktor bagi ubat morfin untuk bagi dia tenang,” katanya yang ditemui di Masjid Bilal Bin Rabah, di sini, hari ini.
Menurutnya, anak-anak dan cucu juga sudah dibawa menziarahi Mek Habsah semasa akhir hayatnya.
“Saya akan kenang saat-saat indah sepanjang kami bersama. Kali terakhir kami keluar berdua ialah semasa hadir ke majlis perkahwinan Datuk Siti Fairuz pada 24 Jun lalu.
Allahyarham Mek Habsah meninggalkan dua anak iaitu Rosmawaty dan Rosmarina serta 10 cucu.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Jika Rasa Tindakan Saya Salah, Beranilah Khabarkan Tarikh Sebenar Pernikahan Kedua Itu” Mamazie. Itulah antara luahan ibu kepada penyanyi Shila Amzah dan juga bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon era 1980-an, Datuk ND Lala, Fauziah Sarman atau lebih mesra dipanggil Mamazie.
Wanita kuat itu turut menyatakan dirinya sudah lama ‘move on’ dengan apa yang sudah Allah tentukan dalam hidupnya. Terbaru menerusi perkongsian di laman sosialnya, Mamazie menyatakan dirinya sudah lama berasa tertipu dengan bekas suaminya itu.
“Seorang wanita istimewanya terlahir dengan sifat punya emosi – dan dengan emosi inilah wanita kuat untuk menjadi apa sahaja, baik yang punya suami, yang ada anak-anak atau mereka yang ditakdirkan Allah untuk hidup sendirian.
“Saya sendiri tidak pernah merasa diri saya kuat untuk mendepani apa yang terjadi dalam fasa hidup saya sebagai isteri dan ibu – kerana mungkin berpuluh tahun hidup saya fokus untuk suami dan anak-anak. Itu pun mujurlah Allah menganugerahkan saya anak yang mencari rezeki di bidang seni sejak usianya kanak-kanak – jadi itu menjadi asbab untuk saya lebih melihat ‘dunia’ dan minda saya menjadi lebih ‘terbuka’ dengan perangai manusia.
“Saya menulis kali ini bukan untuk terus mendedahkan aib peribadi saya tetapi ada banyak perkara seakan perlu saya jelaskan. Ada yang merasakan saya tidak boleh move on dengan apa yang sudah Allah tulis untuk saya – sedangkan jiwa saya sangat tenang secara total.
“Apakah meluah rasa tanda orang itu ‘meroyan’ dan tidak menerima kenyataan?
“Saya sangat bersyukur dilepaskan mengikut undang-undang agama, saya dikatakan pernah mengugut dan mendesak untuk diceraikan.
“Saya merasakan apakah tidak cukup lagi penipuan yang sudah bertahun-tahun saya dengar? Apakah kalau kalian di tempat saya, adakah hanya akan tersenyum? Atau mungkin terus sahaja redha bila tahu rumahtangga yang dijaga selama 34 tahun hingga punya 2 orang cucu ‘diusik’ oleh seorang perempuan yang pernah saya layan dengan sangat baik?
“Bertahun lamanya pelbagai cerita sampai ke telinga saya tetapi saya menafikan sehinggalah Allah ‘mengirim’ kisah panjang berkaitan isu kereta yang membabitkan anak lelaki kami – di situlah terbongkar segalanya dengan bukti yang membuka mata dan jiwa saya yang selama ini tertipu dengan lakonan yang dibuat.
“Apa perasaan kalian melihat bukti yang sahlah suami saya ketika itu sudah bernikah dengan perempuan yang pernah sama-sama kami anggap seperti anak?
“Ketika itulah fikiran saya seakan ‘mengimbau kembali’ bentuk layanan buruk yang saya dan anak-anak terima yang berubah secara jelas – rupanya dalam diam sudah menduakan saya.
“Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Saya takkan Tarik balik gelaran PENYONDOL untuk budak ni. Kalau bukan PENYONDOL Nak panggil apa ye?!
“Jika rasa tindakan saya yang salah, beranilah khabarkan kepada semua tarikh sebenar pernikahan kedua itu.
“1 April lepas Bekas suami saya beri tahu depan anak saya dia baru bernikah dec 2022 tahun lepas. Adik ipar saya diipoh bagi tahu Abangnya perkenalkan bahawa budak itu isteri ke 2 pada 2019.
“Isteri baru bekas suami saya pulak kata pada kawannya di Kedah mereka dah 8 tahun bernikah. “Perjanjian perkahwinan tak boleh daftar kat Malaysia dan tak boleh ada anak”.
“Selepas anak saya ambik kereta di Kedah satu demi satu Allah bongkar – saya mendapat banyak info mengenai ini. Bayangkan apa rasanya bila tahu pernikahan ini sudah terjadi lebih lapan tahun lalu – jadi selama tempoh itu saya masih menjalankan tanggungjawab sebagai isteri semampu saya tanpa mencurigai apa-apa – apakah ini semua masih salah saya?
“Tipulah kalau saya tidak merasa sedih tetapi masa sudah merawat jiwa saya secara total – lebih lagi anak-anak sangat memahami keadaan saya.
“Allah datangkan pada saya ramai insan-insan baik yang tidak mampu untuk saya balas budi baik mereka. Jujur, mereka yang tidak punya kaitan darah dengan saya ini lebih kerap bertanya khabar, sedaya upaya mengisi masa saya kerana ‘bimbang’ saya terlalu bersedih.
“Tapi, jujur rasa sedih itu sudah tiada dalam jiwa saya. Saya juga tidak berdendam dan mengharapkan bekas suami saya berjaya mencapai bahagia yang didambakan. Alhamdullilah, untuk 34 tahun ini saya sudah menjaga nama baik suami saya sehingga hak saya dipijak-pijak seperti ini.
“Semoga Allah terus memberikan saya kekuatan dan ketenangan.
“Terima kasih untuk anak-anak – Shila, Syafiq, Syahir dan Syada yang sentiasa ada untuk Mak. Terima kasih cucu-cucu saya yang menceriakan saya. Terima kasih Allah membuka mata dan jiwa saya untuk melihat 1001 penipuan dan penganiayaan yang dilakukan selama ini.
“Alhamdullilah untuk rasa bahagia hari ini. Aamiinn.” luah Mamazie.
Tan Sri Musa Hassan pilih Qistina Lim, titip pesanan mudah-mudahan jadi isteri yang taat.Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita dikenali sebagai Qistina Lim Sabtu malam lalu.
Majlis perkahwinan itu dikongsikan di facebook oleh adiknya, Mohammad Izzat Hassan yang memperlihatkan gambar persandingan, keluarga dan tetamu yang hadir di majlis resepsi yang diadakan d Hotel Double Tree I-City Shah Alam.
Dalam ucapannya, Mohammad Izzat menulis,
“Selamat datang Kak Long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah,” katanya.
Selain itu, pendakwah selebriti, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar turut membuat siaran langsung Facebook yang berdurasi dua minit 18 saat berkaitan majlis resepsi pasangan mempelai itu.
Bahkan dirinya berkongsi pesanan yang diberikan oleh Tan Sri Musa Hassan buat isterinya, Puan Sri Qistina Lim.
Beberapa pengguna Facebook yang menonton siaran langsung itu mengucapkan tahniah dalam masa yang sama mendoakan rumah tangga pasangan itu berkekalan.
Musa sebelum ini berpisah dengan isterinya selepas Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42 memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.
Nora Danish baiki diri sepanjang Ramadan, tak mahu buat solat dengan tergesa-gesa. Semakin manis dan dilihat semakin banyak berkongsi perkara yang baik.