Sediakan payung sebelum hujan. Ibarat peribahasa ‘malang tidak berbau’, pada kebiasaannya, kejadian yang tidak diingini senantiasa berlaku tanpa diduga. Sebagai ketua keluarga sudah pasti anda perlu melindungi orang yang tersayang.
Apatah lagi jika sesuatu berlaku pada anda, pastinya anda tidak mahu orang tersayang terbeban lebih-lebih lagi selepas pemergian anda.
Hargailah mereka yang tersayang! Sekurang-kurangnya, ambillah salah satu pelan takaful Bertempoh atau Penyakit Kritikal untuk diri anda dan seisi keluarga. Dengan adanya perlindungan sebegini pastinya dapat menjamin masa depan keluarga tercinta.
Bagi anda yang belum mengetahui sebenarnya banyak faedah yang akan anda sekeluarga terima jika mendapat perlindungan takaful.
Disini kami ingin kongsikan ciri-ciri dan manfaat terbaik apabila kita menggunakan dana KWSP untuk perlindungan takaful. Sememangnya sangat berbaloi! Berikut adalah kebaikan yang perlu anda tahu:
Penggunaan dana KWSP untuk mengambil perlindungan takaful adalah sesuatu yang tidak merugikan (perlindungan keluarga dan masa depan).
Jumlah sumbangan bulanan tidak membebankan – ditolak terus dari dana KWSP dan tidak mengganggu komitmen gaji bulanan sedia ada.
Pelan takaful ini merangkumi perlindungan untuk ahli keluarga tersayang – hanya dengan melalui potongan dana KWSP.
Melalui dana KWSP, boleh miliki pelan takaful keluarga yang sangat berkualiti (PruBSN adalah pengendali takaful keluarga dengan reputasi terbaik – Jenama Takaful Keluarga Terbaik selama 10 tahun berturut-turut) dengan harga yang berpatutan tanpa rasa terbeban.
3 Kepentingan Melindungi Keluarga Dengan PruBSN Takaful
Tahukah sebenarnya Dana KWSP anda boleh melindungi anda dan keluarga? Ahli KSWP boleh melakukannya dengan cara yang ringkas dan mudah iaitu melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Bukan itu sahaja, buat ahli KWSP, anda juga boleh menggunakan dana KWSP untuk mendaftar pasangan dan anak-anak anda. Dengan ini, jika apa-apa berlaku kepada anda di kemudian hari, ahli keluarga yang lain boleh meneruskan kehidupan dan kekal dilindungi
Terdapat tiga kepentingan jika anda lindungi keluarga dengan PruBSN Takaful. Pertama, sudah pasti ianya lebih selamat dan patuh syariah. Pelan takaful menggunakan konsep bantu membantu antara satu sama lain dalam kalangan pemegang sijil dan polisi selari dengan konsep Ta’awun.
Ads
Kedua, ianya sangat mudah. Hal ini kerana pembayaran dibuat terus dari dana KWSP. Ketiga, ia memberikan jaminan perlindungan bagi anda dan orang yang tersayang.
Pelan Takaful PruBSN Lindung Famili adalah antara pelan terbaik yang melindungi keluarga dan waris anda dari belenggu kewangan jika anda sudah tiada. Bukan sahaja melindungi anda tetapi juga tanggungan anda dengan melalui perlindungan Kematian dan Kehilangan Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD) dengan sumbangan serendah RM13.80^ setahun.
Malah anda dan orang tersayang juga berhak mendapat perlindungan tambahan sehingga tiga kali ganda apabila berlaku Kematian akibat kemalangan. Eksklusif buat ahli KWSP ianya sangat memberi kelebihan di mana Dana KWSP anda boleh melindungi anda dan keluarga.
^Untuk perempuan bukan perokok, berumur 1 hingga 35 tahun (umur pada hari lahir akan datang), dan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000.
Ads
Selain itu, dana KWSP juga memberikan peluang untuk anda melindungi keluarga menerusi PruBSN Cegah Famili. Perlindungan takaful bagi 43 penyakit kritikal dan Kematian untuk anda dan ahli yang dilindungi dengan sumbangan serendah RM16.30^ setahun bagi setiap ahli yang dilindungi melalui i-Lindung menggunakan dana KWSP anda.
^Untuk perempuan bukan perokok, berumur 1 hingga 35 tahun (umur pada hari lahir akan datang), dan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000.
5 Manfaat PruBSN Lindung Famili
Terdapat lima manfaat pelan takaful yang ditawarkan oleh PruBSN Lindung Famili;
Jaminan pembaharuan tahunan sehingga umur 75 tahun.
Pengunderaitan yang Ringkas.
Tiada tempoh menunggu.
Jaminan perlindungan bagi manfaat Melindungi kematian dan kehilangan upaya kekal & menyeluruh sehingga RM200,000.
Bayaran manfaat sehingga 300% jika kematian akibat kemalangan.
4 Manfaat PruBSN Cegah Famili
Jaminan pembaharuan tahunan sehingga umur 75 tahun
Jumlah perlindungan sehingga RM200,000
Melindungi 43 penyakit kritikal
Pembayaran manfaat apabila meninggal dunia
Pelan perlindungan yang ditawarkan adalah untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan dengan penuh yakin dan menikmati ketenangan minda. Sememangnya pelan takaful yang ditawarkan ini mempunyai banyak kelebihan. Bagi anda yang sangat menyayangi keluarga jangan lupa untuk memilih pelan perlindungan takaful keluarga dengan PruBSN Takaful.
Bagaimana Untuk Mendaftar?
Sangat mudah, semuanya boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian dengan cara anda hanya perlu muat turun Aplikasi KWSP i-Akaun untuk mendaftar atau klik pada pautan ini.
Ads
Cara mudah daftar:
Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun dengan mengimbas kod QR ini dan log masuk atau daftarkan diri jika tidak mempunyainya.
Kemudian anda boleh isikan semua butiran yang diperlukan dan akhirnya buat pembayaran yang akan ditolak daripada akaun KWSP anda. Mudah bukan?
Jadi usah tunggu lagi, daftarlah hari ini untuk perlindungan di masa hadapan yang lebih terjamin. Nak tahu maklumat lebih terperinci, anda boleh layari laman sesawang PruBSN i-Lindung di sini.
Nak menang hadiah keseluruhan bernilai RM170,000? Jom sertai peraduan FAM-TASTIC BONANZA! Daftar untuk pelan PruBSN Cegah Famili dan PruBSN Lindung Famili hari ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun dari sekarang sehingga 30 April 2024.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak yang sedang menyusukan bayinya secara ekslusif tidak perlu berasa bimbang dan menghentikan penyusuan ibu. Kerana, Covid-19 tidak berjangkit melalui susu ibu.
Hal ini ditegaskan oleh Ketua Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Haliza Yussoff yang mana beliau menyeru agar ibu semua ibu yang sedang menyusukan bayi di rumah teruslah berbuat demikian.
Panduan Menyusukan Bayi Semasa Wabak Covid-19
Maklumnya,
Buat pengetahuan semua, COVID-19 tidak berjangkit melalui susu ibu. Dengan mengambil kira manfaat penyusuan susu ibu serta kelebihan yang terdapat dalam susu ibu itu sendiri.
Pusat Laktasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menyeru semua ibu di Malaysia untuk terus menyusukan bayi dengan mematuhi langkah-langkah seperti berikut:
1. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer). 2. Kepada ibu yang mempunyai tanda-tanda jangkitan pernafsan seperti batuk, demam dan/atau kesukaran bernafas, segera mendapatkan rawatan perubatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran. 3. Sekiranya batuk, sentiasa mengambil etika batuk yang baik iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk atau bersin dan membasuh tangan serta mengasingkan diri daripada bayi kecuali pada waktu penyusuan.
Jika Ibu Positif Covid-19, Teruskan Penyusuan Ikut Langkah Ini
1. Sekiranya ibu telah disahkan positif COVID-19, ibu perlu guna topeng muka (facemask) semasa penyusuan dan perlu mencuci tangan dengan teknik yang betul sebelum dan selepas memegang bayi. 2. Sekiranya ibu mengalami gejala yang teruk disebabkan oleh jangkitan COVID-19 adalah dinasihatkan untuk memerah sisi ibu(express breast milk) dan dapatkan orang yang sihar untuk memberikan susu perahan ibu kepada bayi dengan menggunakan sudu dan/cawan yang bersih.
Penyusuan ibu adalah terbaik dalam pelbagai situasi. Semoga semua ibu dan bayi di Malaysia dilindungi.
MW :Semoga ibu dan bayi dilindungi daripada virus Covid-19 yang semakin menular ini.
Baru 10 hari lalu bernikah, namun apakan daya ajal, maut di tangan Tuhan. Guru yang maut dalam kemalangan jatuh gaung di Kampung Kijang berhampiran Jambatan Merotai, Tawau, awal pagi tadi baru saja melangsungkan pernikahan pada 27 Julai lalu.
Dayana Damsah, 27, yang maut di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki bersama tiga rakan sekerjanya terbabas sebelum terjunam ke gaung.
Dayana-Nurhan Baru Bernikah 10 Hari
Dalam pada itu, menurut ibu mentua mangsa, Pujiah Narusin, 56, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tawau, dia dimaklumkan oleh anaknya, Nurhan Ayub, 27, iaitu suami kepada Dayana yang memintanya segera ke hospital kerana menantunya itu terbabit kemalangan kira-kira 7.50 pagi.
“Ketika itu kami cuma dimaklumkan ada mangsa yang terkorban, namun identiti belum dapat dikenal pasti sehinggalah pengecaman dibuat ahli keluarga,” katanya.
Pernikahan Berlangsung 10 Hari Lalu
Tambah Pujiah, Dayana dan anaknya melangsungkan pernikahan pada 27 Julai lalu dan majlis kenduri dibuat di kediaman sebelah pihak perempuan di Kampung Pasir Putih pada hari yang sama.
“Pihak kami pula baru sahaja selesai mengadakan kenduri pada Sabtu iaitu 1 Ogos lalu di Kampung Muhibbah, sebelum Nurhan pulang bertugas di Kemaman, Terengganu petang semalam,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian menimpa menantunya itu.
Selain Dayana, kemalangan ini mengorbankan seorang lagi rakan mangsa, Nurizyani Kafli@Masri, 24, yang meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tawau sementara dua lagi rakannya Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin cedera parah serta mendapat rawatan di hospital yang sama.
Semua mangsa mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas dan dalam perjalanan dari Jalan Merotai menuju ke sekolah ketika kejadian berlaku.
Sementara itu, suami mangsa yang bekerja sebagai jurutera dengan syarikat minyak dijangka tiba dari Terengganu jam 7 malam ini. Menurut perkongsian sahabat baiknya, Haniff Istiqamah di akaun facebooknya.
Inna Lillah Wa Inna Ilaihirojiun
Pohon DOA buat rakan Facebook saya.
Sahabat kita Dayana Damsah, isteri kepada Nurhan Ayub terlibat dalam kemalangan bersama 3 rakan guru di jalan Merotai, Tawau Sabah.
Pernikahan sahabat kami ini, baru berusia 10 hari. Nikah 27 Julai lepas.
Nurhan juga baru saja balik ke Semenanjung atas faktor kerja semalam. Berpisah sementara dengan Isterinya juga kerja sebagai seorang guru di SK Umas-Umas.
Sempat call Nurhan tadi, sekarang dia berada di KLIA dan bergegas balik ke Tawau, Sabah.
Sama-sama kita doakan, agar Allah berikan kekuatan buat keluarga dan dipermudahkan urusan mereka.
Maaf sahabat, tidak dapat bersama. Berat ujian sahabatku
AL FATIHAH
MW: MW merakamkan ucapan takziah buat keluarga Dayana dan suaminya, Nurhan. Semoga suaminya tabah dan redha dengan ujian yang maha berat. Kehilangan isteri tersayang apatah lagi di saat baru saja melafazkan ijab dan kabul bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Â
Tip basuh baju putih ini memang khas buat mak-mak yang ada anak sekolah atau suaminya yang bekerja pakai kemeja putih. Ya, mudah dan tak payah gigih berus di bilik air sebab masuk mesih basuh pun baju putih akan cuci bersih tanpa kotoran.
Macam mana nak buat, anda kena cari bahan yang dikongsikan Puan Zakiah Hassan ini dulu…
Bahan-bahannya:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Cara-cara Basuh Baju Putih:
1. Lemporkan baju sekolah agama dulu ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Bubuh air.
5. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket..atau kesan kotoran yang lain. Lepas tu jangan lupa lempor dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh.
8. Pergilah keluar berjimba dengan anak2 dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.
9. Balik rumah dah siap.
10. Sidailah baju putih tersebut sambil kembang hidung hinshinsss melihatkan kebersihannya.
Mak Ramli tak sental langsung leher baju budak darjah 1 tu. Maka kurang sedikit muscle lengan MR..kohkohkoh.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...