Duit raya, adakah nafkah wajib suami kepada isteri. Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja tentang pakaian baru, juadah enak, dan kunjungan sanak saudara tetapi juga merupakan peluang untuk menyemai kasih sayang dalam rumah tangga.
Duit Raya, Adakah Nafkah Wajib Suami Kepada Isteri
Salah satu amalan yang semakin popular ialah pemberian duit raya daripada suami kepada isteri. Ia seakan menjadi satu amalan setiap kali hari raya. Namun apakah sebenarnya hukum suami memberi duit raya kepada suami?
Bukan Kewajipan, Tapi Tanda Penghargaan
@fazuramyDah nak dekat raya ni apa la salahkan bagi hint dekat suami tercinta darlings semua . mana la tahu dapat lebih dan untuk anak-anak sekali. HEHE admin gurau je. Kadangkala kita kena kongsikan rezeki dengan yang tersayang mengikut kemampuan masing-masing. Darling semua jangan lepaskan peluang saat akhir ini untuk membeli baju raya koleksi ihsan di hati aidilfitri diberkati di FAZURA Store :- ✨Sunway Putra Mall, Lot G31 (KL) ✨The Curve Shopping Mall, Lot 147B (PJ) ✨ East Coast Mall, L1-21 (Kuantan, Pahang) Mini Stores: ✨SOGO KL (Level 3)
Dalam Islam, suami wajib memberi nafkah kepada isteri – makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan asas. Namun, duit raya tidak termasuk dalam kategori wajib tersebut. Ia adalah pemberian sunat, yakni hadiah atau sedekah yang dilakukan atas dasar kasih sayang.
Walaupun bukan satu kewajipan, amalan ini sangat digalakkan, kerana ia boleh menggembirakan hati isteri, menzahirkan penghargaan, dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Jadi, adakah duit raya merupakan nafkah yang perlu diberikan kepada isteri setiap kali hari raya?
Satu prinsip yang penting dalam pemberian nafkah ialah nafkah harus diberikan mengikut kemampuan suami. Sesungguhnya, Islam tidak mewajibkan suami menyediakan lebih daripada yang mampu, namun suami perlu berusaha sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab tersebut dengan adil. Jika suami mampu memberikan lebih daripada keperluan asas, ini sebenarnya merupakan satu kebaikan dalam kehidupan keluarga.
Selain itu, menurut Seksyen 72, Kewajipan menanggung nafkah anak dalam Akta 303 – Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, ‘… adalah menjadi kewajipan seorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaanya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.”
Ads
Nafkah yang wajib diberikan oleh seorang suami kepada isteri dalam perkahwinan adalah keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, dan kebersihan diri. Pemberian wang tunai atau “duit raya” bukanlah satu kewajipan dalam nafkah suami kepada isteri, melainkan hanya pemberian tambahan berdasarkan kemampuan dan kebaikan suami.
Nafkah yang diberikan hendaklah mengikut kemampuan suami, dan tidak melebihi keperluan asas yang diwajibkan oleh agama. Prinsip keadilan dalam pemberian nafkah adalah penting, dan suami hanya diwajibkan memberikan yang mampu tanpa membebankan diri sendiri.
Sesuai Dengan Semangat Aidilfitri
Aidilfitri adalah hari kemenangan dan kegembiraan. Islam menggalakkan kita untuk membahagiakan orang lain, terutama ahli keluarga. Memberi duit raya kepada isteri bukan hanya soal wang, tetapi simbol perhatian dan kasih yang tidak terucap dengan kata-kata.
Bayangkan senyuman isteri apabila menerima sampul kecil berisi duit raya dari suami, beserta ucapan manis atau doa penuh makna – ia boleh menjadi kenangan terindah dalam hidup berumah tangga.
Ads
Tak Perlu Nilai Besar, Cukup Ikhlas
Tak perlu jumlah besar – RM10, RM50 atau RM100 pun sudah cukup, asalkan disertakan dengan niat ikhlas. Yang penting adalah makna di sebalik pemberian, bukan nilainya.
Pahala Menggembirakan Isteri
Sabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Tirmizi)
Pemberian kecil seperti ini boleh menjadi sumber pahala yang besar, apatah lagi jika ia mampu menambah kebahagiaan dalam rumah tangga.
Penutup
Para suami, jangan lepaskan peluang untuk berkongsi rezeki dan kasih sayang sempena Aidilfitri ini. Duit raya untuk isteri bukan sekadar amalan moden – ia adalah satu tanda cinta yang kecil, tetapi besar maknanya.
Seronok kalau dapat peluang buat Umrah dalam usia yang muda, apa lagi kalau dapat pergi bersama keluarga.
Tetapi sebelum pergi buat umrah, kita kena lah cukupkan ilmu dan tip untuk mudahkan segala urusan sepanjang melakukan ibadah di sana.
Jadi rasanya perkongsian Doktor Khairul Faizie ini sangat berguna untuk kekal sihat, cergas, sepanjang mengerjakan ibadah umrah.
Tip Buat Umrah
Selain perlu buat persediaan fizikal awal awal ( bersenam selalu supaya fit untuk tawaf, saie, dan sebagainya + ambik vaksin + jaga pemakanan), semasa di tanah suci, gunakan face mask jika perlu. Dan sentiasa minum air zamzam. Alhamdullilah, sepanjang aku buat umrah tahun lepas, memang langsung tidak batuk, selsema, sakit tekak. Dah balik Malaysia pun Alhamdullilah sihat.
Yang aku amalkan ialah, setiap kali masuk masjid, aku akan minum air zamzam terlebih dahulu. Selesai solat sebelum keluar dari masjid, pun mesti minum air zamzam. So at least, minum 2 kali setiap waktu solat. Kalau duduk iktikaf, tekak mesti kering sebab kita baca Al Quran, so bawak botol siap-siap isi air zamzam ( tak payah nak berulang alik ke tong air zamzam).
Dan paling penting, tahu sunah yang betul masa minum air zamzam. Setiap kali minum tu, berdoa lah bersungguh sungguh minta kesihatan ( dan lain lain). Mohon sihat fizikal & mental, sebab kadangkala mental koyak ( jadi malas nak turun awal iktikaf di masjid– ini rugi).
Paling syahdu kalau di Masjidil Haram. Sambil berdiri teguk air zamzam, kita menghadap kiblat… kita lihat Kaabah. Feeling yang tak boleh diungkapkan.
Jangan lupa bawa botol, tapau air zamzam dalam botol untuk bawak balik hotel. Minum air zamzam puas puas pula di hotel, atau masa dalam bas pergi ziarah luar.
Kalau cintakan syurga, buat extra kebaikan… tolong ambik kan air zamzam untuk jemaah di masjid. Masa kau mencangkung nak tadah air zamzam kat tong, ringankan tangan. Memang ramai yg hulur cawan kertas tu. Tak apa. Sabar. Tolong je . Ikhlaskan hati. Kalau time berbuka puasa, boleh tolong edarkan air zam zam utk jemaah. Ini semua boleh jadi asbab Allah kurniakan rezeki sihat kepada kita.
Adab Adab Minum Air Zam Zam Mengikut Sunnah Nabi SAW:
1- Pegang cawan / botol dengan tangan kanan.
2- Berdiri, menghadap kiblat, dan berdoa dengan doa yang di baca oleh Ibnu Abbas :
“Perceraian adalah pilihan terbaik untuk ibu dan ayah”– luahan anak Edika Yusof. Anak sulung kepada pelakon Edika Yusof dan isterinya Nor Hidayah, iaitu Fardeen Nasrulhaq yang kini berusia 21 tahun, mengakui bahawa keputusan ibu bapanya untuk bercerai merupakan langkah yang paling sesuai bagi mereka berdua.
“Perceraian Adalah Pilihan Terbaik Untuk Ibu Dan Ayah”– Luahan Anak Edika Yusof
Fardeen yang setia menemani ibunya ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin lalu menyatakan bahawa keputusan tersebut dilihat mampu mengurangkan tekanan emosi yang dialami oleh kedua-dua ibu bapanya.
“Selagi saya masih bernyawa, saya akan jaga ibu. Tak banyak yang saya boleh ucapkan, tapi pada pandangan saya, ini adalah jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya tenang.
Menurut Fardeen, dirinya sudah terbiasa menjaga ibunya sejak kecil dan perkara itu bukanlah sesuatu yang asing buatnya.
Dalam prosiding yang berlangsung pada pagi Isnin, mahkamah menetapkan 5 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai yang difailkan oleh Nor Hidayah. Peguam syarie yang mewakili Nor Hidayah, Mohd Yazid Hazim daripada firma guaman Tetuan Yazid Azuhan Associates, turut memaklumkan bahawa pihak mahkamah memberikan keizinan kepada Edika untuk melafazkan cerai pada tarikh tersebut.
Edika dan Nor Hidayah telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2003 dan hasil perkahwinan selama lebih 20 tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Bila kita tengok agak susah untuk melihat air mata suami. Ada pun mungkin sebab kejadian-kejadian sedih yang mungkin berlaku pada ahli keluarga. Selepas itu, rasanya susah nak lihat air matanya.
Kalu dibandingkan dengan isteri atau wanita, air mata ini memang sinonim dengannya. Kadang-kadang perkara yang remeh pun dia boleh mengalirkan air mata.
Begitu juga dalam rumah tangga, dalam tempoh perkahwinan itu, pernah tak, anda melihat pasangan anda menitiskan air mata? Hanya yang kelihatan adalah air mata isteri sahaja. Mahalnya air mata suami. Ikuti kupasan tentang isu ini bersama Puan Asniza Mamat, Pegawai Psychology Kanan, Pusat Asasi UIA.
Puan Asniza Mamat
Lumrah Wanita
Bagi wanita, menangis itu melegakan. Mudah menangis bukanlah dikaitkan dengan sifat keanak-anakan sebaliknya, ia adalah ruang luahan apabila kata-kata tidak mampu untuk digambarkan.
Lelaki juga seperti wanita. Mereka memiliki sensitif spot (soft spot) yang tersendiri dan apabila spot ini disentuh dan ditekan keterlaluan ia juga boleh membuat dia menangis, cuma sukar untuk dia tunjukkan secara terang-terangan.
Sebenarnya, lelaki sukar memperlihatkan air mata mereka kerana sifat semula jadi lelaki untuk melindungi dan menjadi benteng yang kuat walau pun dalam hati mereka juga remuk dan parah.
Ada lelaki menangis kerana tekanan orang yang dia sayang, keluarga atau isteri, ada yang menangis ketika bermunajat pada Allah, ada yang menangis kerana dikhianati sahabat. Cuma kadang ia mudah terlihat dan kadang sukar disebabkan memilih untuk tidak diperlihatkan
Hati Sudah Terguris
Ketahuilah, apabila suami menangis, itu tandanya dia sudah buntu, lemas, tersepit dan tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Jika hati mereka terguris dengan kata-kata yang terlalu tajam dan penghinaan juga mampu membuat mereka menangis terutama dari seorang isteri.
Apabila suami menangis, bermakna hatinya sangat terguris. Bergantung pada situasi mereka, menangis itu tanda sayang yang sangat dalam dan apabila suasana mampu dipulihkan mungkin hubungan masih berjalan dengan baik atau sebaliknya.
Tawan Hati Suami
Bagi isteri, jika sifat diri membuatkan jatuhnya air mata suami, segeralah memohon maaf kerana maaf itu adalah ‘master eraser’.
Berbincanglah dari hati ke hati dengan matlamat kebaikan bersama bukan untuk menang atau mencari salah. Lelaki suka bila dirinya didahulukan dan diutamakan. Sesuai dengan fitrah seorang ketua keluarga.
Nasihat Untuk Isteri
Sebagai isteri perlu belajar memahami suami, bagaimana didikannya, tahap pengetahuannya dan suai padankan bagaimana peranan yang perlu dimainkan isteri agar mampu menjadi pasangan yang didambakan bukan menghambarkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...