Asam pedas ikan kembung yang sedap ialah bila kuahnya pekat. Bila hirup kuah memang terasa cukup lengkap rasanya. Asam pedas yang kebiasaannya menggunakan ikan sebagai bahan utama adalah hidangan popular di selatan tanah air terutama di Melaka dan Johor.

Bagi masyarakat Johor, asam pedas juga dipanggil gulai dan ikan kadang kala diganti dengan ayam sebagai bahan utama untuk memasak hidangan gulai ayam asam pedas. Bagi anda yang nak cuba masak asam pedas ikan kembung, boleh cuba  seperti yang dikongsi oleh Cik Puan Aini ini. Memang mudah dan yang paling penting, sangat sedap!

Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa

Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa, Nah Ini Resipinya

Nah Ini Resipinya

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan kembung
4-5 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya
1 biji tomato
Cili kisar secukupnya
Air asam jawa / pes asam jawa
Garam secukupnya
Minyak masak

BAHAN KISAR:

1/2 biji bawang besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan (jika suka)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 paket pes asam pedas (optional)

Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa, Nah Ini Resipinya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan cili kisar secukupnya. Kacau hingga tumisan pecah minyak dan garing. Ia penting supaya cili masak dan tidak mentah.

3. Masukkan air asam jawa/ pes asam jawa ikut kepekatan yang disukai.

4. Bila kuah sudah mendidih, boleh masukkan ikan. Masak seketika.

5. Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan, bendi, tomato. Boleh juga masukkan apa sahaj sayur kegemaran.

Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa, Nah Ini Resipinya

6. Perasakan dengan garam secukupnya. Seimbangkan rasa ikut selera.

7. Bila semua sudah sempurna, padamkan api. Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air. Ubah suai kepekatan ikut cita rasa.

Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa, Nah Ini Resipinya

8. Asam Pedas Ikan Kembung sedia untuk dinikmati.

Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa, Nah Ini Resipinya

Kredit resipi & foto: Cik Puan Aini

Artikel berkaitan: Resipi Asam Pedas Ayam Berempah, Lengkap Cara Buat, Senang Nak Masak!

Laksa Ala-Ala AEON Guna Pes Asam Pedas, Memang Betullah Rasanya SAMA!

Resipi Asam Pedas Melaka & Johor, Kuah Pekat Secukup Rasa Sedapnya!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI