Selalunya doa mak tiada hijabnya. Sebab itu mak kena doakan yang baik-baik kepada anak supaya kelak menjadi kebanggaan yang mak ayah harapkan.
Begitu juga tanggungjawab seorang anak, bukan hanya untuk membalas jasa mak ayah selama membesarkan kita. Tapi juga doa untuk mereka. Inilah antara amalan yang dibawa oleh mak ayah apabila meninggal kelak.
Sebab doa seorang anak untuk mak ayah tiada hijabnya, lebih-lebih lagi bila mak ayah tiada lagi di dunia. Kita tak tahu keadaan mereka ‘di sana’. Perbanyakkan doa supaya mereka diberi kesenangan di sana.
Inilah yang dikongsikan oleh Tuan Ameer Hamzah tentang mimpi seorang wali semasa berada di perkuburan, tatkala melihat ramai ahli kubur mengais-gais rumput mencari sesuatu. Rupanya, apa yang dicari oleh ahli kubur ini adalah doa dari anak-anaknya.
Doa Anak Tiada Hijabnya Buat Mak Ayah Yang Meninggal
Kisah ini diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi seorang Wali di perkuburan. Di dalam mimpinya, wali itu melihat roh ahli-ahli kubur sedang mengais-ngais rumput seperti mencari sesuatu.
Tetiba beliau terlihat seorang roh ahli kubur yang sudah berusia tua duduk istirahat di atas kuburnya sendiri.
Beliau bertanya kepada roh orang tua tersebut:
Wali : Pakcik, kenapa pakcik duduk istirahat dengan tenang, sedangkan ramai ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Roh Orang tua: Jikalau kau mau tahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yang masih muda di situ. Penjual daging itu adalah anakku.
Wali tersebut lalu terjaga dari mimpinya.
Keesokan harinya… Wali itu pergi ke pasar mencari penjual daging seperti yang digambarkan dalam mimpinya.
Setelah ketemu beliau hanya memperhatikan dari jauh kelakuan penjual daging tersebut.
Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur’an.
Wali tadi terkejut lalu menemui pemuda tersebut.
Ads
Wali: Assalammualaikum anak muda, saya ada beberapa pertanyaan untuk anak muda.
Penjual daging: Waalaikumsalam, ya boleh. Apakah pertanyaan itu?
Wali: Adakah kamu mempunyai seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang di kubur di kampung ini?
Penjual daging: Ya ada. Itu adalah Ayahku.
Wali: Aku ada melihat Roh ayahmu dalam mimpiku. Beliau tenang di sana. Apa yang kamu lakukan untuk ayahmu wahai anak muda?
Penjual daging: Aku membaca Al-Qur’an dan aku berdoa kepada Allah… Jika bacaanku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkannya untuk ayahku.
Iktibar dari kisah ini… Kenapa roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawanannya, Mereka sedang mencari percikan-percikan doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz “Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat”.
Mengapa roh orang tua itu hanya duduk istirahat, kerana doa anaknya selalu dikhususkan untuknya.
Pesanan:
Perbanyaklah berdoa untuk kedua ibu bapa dan saudara kita yang sudah tiada untuk kesenangan mereka di alam barzakh.
Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutama anak laki-laki yang mana syurganya di bawah redha ibunya….
Ads
Amalan Sunnah Rasulullah
Laksanakan 7 Sunnah Nabi Muhammad SAW :
1. Solat Tahajjud
Kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya.
Doanya mudah termaqbul dan membuat kita semakin dekat dengan Allah SWT
2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, kita membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul, atau ayat qursi.
3. Pergilah ke masjid (Khususnya di waktu subuh)
Sebelum melangkahkan kaki ke manapun, langkahkan kaki ke masjid dahulu, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin, tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .
4. Jaga Solat Dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
Yakinlah, kekuatan solat Dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.
5. Jaga sedekah setiap hari
Ads
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat-lipat ganda.
6. Selalu Jaga wuduk
Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,
“Orang yang selalu berwudhu senantiasa merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia belum solat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa yaitu “Ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT”
7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI SEMUA DARI SEKSA KUBUR, HARAMKANLAH NERAKA ATAS JASADKU, JASAD KEDUA ORANGTUAKU DAN SETIAP ORANG YANG MEMBACA RISALAH INI.
Semoga bermanfaat kepada yang membacanya… Aamiin..!! Wallahualam
Mingguan Wanita : Sedekahkan setiap pahala yang anak lakukan untuk kesenangan mak ayah yang meninggal di ‘alam sana’.
Kalau zaman dahulu, bila nenek moyang nak keluar rumah mesti ada ayat dan doa untuk pagar rumah. Bukan dengan amalan terpesong tapi dengan menggunakan ayat-ayat al Quran.
Dengan pagar rumah ini, bila kita nak keluar pergi mana-mana pun kita akan rasa selesa dan selamat. Moga-moga rumah terlindung dan perkara yang tidak diingini seperti pencuri atau sebaliknya.
Jangan pagar rumah dengan amalan ‘syirik’, cukuplah dengan membaca doa yang dan ayat al Quran. Semoga Allah lindungi. Amalan ini bukan hanya dibaca untuk keluar kediaman tapi juga untuk kedai dan pehabat kita.
Inilah antara doa untuk pagar rumah yang dikongsikan oleh Ida Shahida. Moga ia memberi manfaat terutamanya bagi keluarga yang selalu tinggalkan rumah untuk bertugas atau sebagainya.
Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::
1. Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
2. Berselawat ke atas Nabi SAW ~ (3x)
3. Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
4. Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)
“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”
Bermaksud :: “Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.
Bantuan dan pertolongan kepada orang lain tak semestinya dengan wang ringgit. Tak kira apa juga jenis ‘pertolongan’ asalkan ia dapat ‘mempermudahkan’ urusan orang lain, cukup besar maknanya dan semoga ia juga menjadi salah satu asbab kita masuk ke dalam syurga hendaknya.Malah percayalah, apabila kita ‘mempermudahkan’ urusan orang lain, nescaya kelak tuhan akan mempermudahkan urusan kita pula nanti.
Masa saya tengah angkat beras masa tu, ada sorang pak cik datang kat saya. “Banyak lagi ke dik beras?”. Saya ingat dia nak beras. Saya pun bagi dia satu beg beras dan barang dapur.
“Eh bukan dik. Pak cik tak nak. Pak cik tengok adik dok angkut beras banyak ni pak ingat nak tolong angkat sekali. Adik ada buat bantuan ya? Pak cik nak bagi duit pak cik tak mampu, tapi kalau tolong adik sikit-sikit ni bolehlah..”.
Mempermudahkan Urusan Orang Lain
Allah, Allah pak cik ni buat saya terharu petang tadi.Disaat ada dikalangan kita yang terkesan, kita kena belajar ‘mempermudahkan’ urusan orang lain, macam yang pak cik ni buat.
Kalau kita jadi suami, kita ‘permudahkanlah’ segala urusan isteri dan keluarga kita.
Jika kita jadi isteri, kita usahalah untuk ‘permudahkan’ urusan suami dan anak-anak kita.
Jika kita jadi kakak atau abang, kita ‘permudahkanlah’ urusan adik-adik kita yang mungkin tengah struggle.
Kalau kita jadi bos, kita ‘permudahkanlah’ urusan pekerja-pekerja bawah kita.
Kalau kita jadi cikgu, kita ‘permudahkanlah’ urusan anak-anak murid kita. Bantu mereka apa yang patut kalau mereka keluarga orang susah.
Kalau kita jadi orang kaya, kita ‘permudahkanlah’ urusan kita untuk bantu orang miskin yang memerlukan.
Kalau kita ada rezeki lebih sikit, kita ‘permudahkanlah’ untuk bantu beli barang-barang kat mak cik, pak cik pasar malam atau mana-mana peniaga tepi jalan.
Kalau kita order food panda atau grab food, kita ‘permudahkanlah’ urusan mereka dan berilah mereka tips sikit.
Kalau kita jadi seorang jiran, kita ‘permudahkanlah’ bantuan kepada jiran-jiran setempat yang memerlukan.
Pendek kata, tak kira siapa pun kita, cubalah untuk ‘mempermudahkan’ segala urusan orang lain. Kelak satu masa nanti Tuhan akan ‘mempermudahkan’ urusan kita bila kita sempit, InsyaAllah.
Sebelum saya balik, pak cik tadi datang ketuk pintu kereta saya. ‘Dik, pak cik tak tau nak sedekah apa. Ni pak cik ada air bersih banyak dalam kereta. Adik gunalah buat basuh tangan ke apa ke ye..’
Saya tak terkata apa. Terharu saya. Moga Syurga buatmu pak cik.
p/s: sharelah ye kalau status ni bermanfaat. Moga kita semua dimasukkan ke dalam Syurga asbab mempermudahkan urusan orang lain. Doakanlah saya Muhammad Yusof termasuk dalam golongan ini.
p/s/s: ni saya sertakan botol air paip yang pak cik ni bagi kat saya. Nanti ada orang kata saya reka cerita pulak.
Baca Lagi Di Sini:
‘Isteri Jenis Apa Kamu Ni, Suami Kena Basuh Pinggan..’ Terkejut Ditegur Saudara Jauh
Bila Tengok Orang Struggle Besarkan Anak, Jangan Mengata! Tapi Ringankan Tulang Membantu
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya sebolehnya, belajarlah mempermudahkanlah urusan orang lain walau apa juga caranya. Kita tak tahu amalan yang manakah diterima. Mudahan-mudahan ia menjadi salah satu asbab kita masuk ke dalam syurga nanti.
Cara mudah untuk dapat pahala tanpa kita sedar adalah dengan memberi sedekah barang-barang untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. Biasanya sejadah, al-Quran, telekung yang biasa diwakafkan di surau atau masjid untuk kegunaan sesiapa sahaja.
Sebenarnya, banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk dapat pahala. Memberi makan atau hanya sedekah RM1 pun sudah membantu kita untuk membuat amal jariah.
Seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin tentang pahala yang sentiasa mengalir. Boleh kita amalkan untuk diri sendiri ataupun dengan niat kepada arwah mak ayah kita.
Sudah tiga kali Jumaat isi minyak tak payah bayar…
Pagi tadi singgah satu stesen minyak yang terletak di kawasan kampung dalam perjalanan ke tempat kerja. Saya cakap minyak RM3, habis dia isi, saya nak bayan dan dia berkata,
“Dah ada org bayarkan…”
Saya tanya, siapa yang bayarkan, hanya saya seorang yang ada kat sini. Katanya ada seorang hamba Allah ni dah bagi duit untuk bayarkan sesiapa sahaja yang singgah untuk isi minyak. Jadi, encik tak perlu bayar.
Saya cakap ini kali ketiga saya berhenti hari Jumaat untuk isi minyak dan tak kena bayar. Orang yang sama ke yang bayarkan?
Dia kata ya, orang yang sama. Saya tanya lagi, orang kampung ni ke? Tak, saya tak kenal pun, dia cuma singgah isi minyak dan dia cakap dia nak bayar minyak orang lain jugak. Jadi, dia tinggalkan duit siap-siap.
Cemburu Dengan Amal Jariahnya
Allahuakbar, cemburunya saya dengan pahala yang dia dapat dan amal jariah yang dia buat.
Mengalir laju pahala masuk akaun dia selagi mana sedekah dia tu memberi manfaat kepada orang lain. Mudah nak buat pahala itu jadi banyak dan berganda-ganda serta mengalir sentiasa.
Kita pun boleh ikut jugak, bagi sejadah atau telekung kat kawan-kawan, selagi kawan-kawan guna, kita dapat pahala.
Wakaf dan infaq harta ke jalan Allah, bantu dan tolong anak yatim dan orang susah, apa saja yang boleh menambahkan amalan kita untuk kemudian hari ini, elok kita buat masa kita hidup.
Jangan tunggu mati, dah mati nanti tidak boleh buat apa-apa dah. Tak boleh bangun atau datang dalam mimpi.
Pesan pada anak-anak: “Tolong wakaf apa-apa kat mak dan tolong sedekah apa-apa atas nama ayah…”
Masa hidup ini kita buat siap-siap untuk diri sendiri supaya bila kita dah mati, pahala itu sentiasa mengalir berpanjangan..
Orang lain dapat kebaikan atau manfaat dari apa yang kita buat, maka kita sentiasa dapat pahala.
MW: Cara inilah yang membantu kita esok-esok di ‘sana’ nanti.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...