
Kalau zaman dahulu, bila nenek moyang nak keluar rumah mesti ada ayat dan doa untuk pagar rumah. Bukan dengan amalan terpesong tapi dengan menggunakan ayat-ayat al Quran.
Dengan pagar rumah ini, bila kita nak keluar pergi mana-mana pun kita akan rasa selesa dan selamat. Moga-moga rumah terlindung dan perkara yang tidak diingini seperti pencuri atau sebaliknya.
Jangan pagar rumah dengan amalan ‘syirik’, cukuplah dengan membaca doa yang dan ayat al Quran. Semoga Allah lindungi. Amalan ini bukan hanya dibaca untuk keluar kediaman tapi juga untuk kedai dan pehabat kita.
Inilah antara doa untuk pagar rumah yang dikongsikan oleh Ida Shahida. Moga ia memberi manfaat terutamanya bagi keluarga yang selalu tinggalkan rumah untuk bertugas atau sebagainya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Ini Untuk Elak ‘Gangguan’, Amalan Sunnah Patut Buat Dalam Kehidupan Harian
Amalan Tathaiyur, Jangan Bergantung Pada Tak Pasti, Percayalah Pada KetentuanNya
Info Lebih Menarik DI SINI
Pagar Rumah, Elak ‘Ancaman’ Tak Diduga
Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::
1. Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
2. Berselawat ke atas Nabi SAW ~ (3x)
3. Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
4. Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)
“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”
Bermaksud :: “Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.
5. Lafazkan “BISMILLAHITAWAKKALTUA’LALLAH” ~ “LA HAULAWALA KHUWATA I’LLA BILLAH ‘ILL ‘ALIYIL ‘AZIIIM” ~ (1x)
Mingguan Wanita : Sentiasa baca dan amalkan setiap kali keluar rumah.

Sumber: Ida Shahida
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makruh Gosok Gigi Selepas Zohor! Bau Mulut Orang Berpuasa Seharum Kasturi

Isi Kandungan
ToggleSelalunya kalau berpuasa, bila bercakap ada yang akan tutup mulut. Bimbang dikatakan bau mulut. Maklumlah makan hanya waktu sahur dan selepas itu tiada apa-apa makanan yang diambil.
Kadang-kadang menggosok gigi boleh membuatkan kita kembali rasa segar dan membantu hilangkan bau mulut. Tak kan lah setiap masa perlu gosok gigi. Ini belum lagi ada yang bangun lambat dan hanya menggoisok selepas zohor.
Ramai yang tidak tahu gosok gigi boleh boleh mengurangkan pahala kita berpuasa. Malah, ada waktu-waktu tertentu yang dilarang untuk memberus gigi. Bukan membatalkan puasa tapi mengurangkan pahala puasa yang kita lakukan pada hari itu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Boleh Suka-suka Sendawa Depan Orang, Hukumnya Makruh Nabi Pun Larang
Doktor Ini Kongsi Cara Nak Elak Mulut Berbau Pada Bulan Ramadan
Gosok Gigi Elak Bau Mulut Semasa Puasa
Dalam perkongsian video ini:
“Gosok gigi di bulan puasa tidaklah membatalkan puasa. Cuma dihukumkan makruh bila gosok gigi lepas waktu zohor, kalau sebelum zohor tak makruh pun. Makruh ni dikira kurang pahala puasa.
Ini kerana menggosok gigi selepas zohor Ketika berpuasa dihukumkan makruh kerana ia boleh menghilangkan dahaga dan menghilangkan bau mulut mulut orang berpuasa.
Nabi S.a.w menyebut, bau mulut orang yang berpuasa itu wanginya seperti kasturi di sisi Allah
Sebaiknya kita elakkan supaya pahala puasa kita tidak berkurangan.
Sumber: Mencari Redha Allah
Hukum Berus Gigi Semasa Puasa
Soalan: Bersugi itu sunat, tapi kenapa ketika berpuasa perkara sunat seperti itu tidak boleh kita buat. Bagaimana dengan mereka yang mulutnya berbau, tidakkah ini mengganggu orang lain ketika solat jemaah ataupun di pejabat?
Jawapan Dr MAZA:
1. Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w:
لَوْلاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي أَوْ عَلَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلاَةٍ
“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku ataupun manusia nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2. Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda:
لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ المِسْكِ

“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
3. Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.
4. Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut.
5. Adapun dakwaan bahawa ubat gigi yang ada sekarang tidak boleh digunakan kerana ada rasa tertentu, ini tidak kukuh kerana kayu sugi zaman dahulu juga ada rasa yang tersendiri. Selagi mana ia tidak masuk ke dalam perut dengan sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.
6. Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu, jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perlis
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Panik, Kalut, Lakukan Perkara Ini Apabila Mak Ayah Meninggal Dunia

Isi Kandungan
ToggleJangan panik, kalut, lakukan perkara ini apabila mak ayah meninggal dunia. Bertenang dan jangan panik. Maklumkan kematian kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat bagi membantu pengurusan jenazah. Kemudian hubungi ahli keluarga bagi memaklumkan berita pemergian si mati.
Itulah antara tip penting bila berhadapan dengan kematian ahli keluarga. Apatah lagi telah pergi meninggalkan kita merupakan mak atau ayah.
Jangan Panik, Kalut
Waris yang bertindak sebagai pentadbir atau wasi perlu mengetahui apa yang harus dilakukan. Seperti mana perkongsian di akaun twitter saudari Izah@nuizart memberi beberapa tip apabila berhadapan dengan kematian mak dan ayah. Seperti mana pengalamannya semestinya pengalaman saudari Izah sangat berharga buat ingatan bersama.
“Things To Do Lepas Parent Meninggal. Based on my recent experience handling my father.Saya letak sini untuk future reference dan bantu korang prepare juga.
SEWAKTU PARENT SAKIT – NAZAK :
- Tanya khairat kematian daftar mana
- Nak tanam kat mana
- Kubur nak macam mana
- Minta ayah/ibu maafkan anak-anak, ajak adik beradik balik
- Bantu ucap syahadah
LEPAS MENINGGAL
- Kalau meninggal kat rumah, buat report panggil polis, kalau meninggal kat hospital, Dr jadi saksi.
2.Hebahkan kepada keluarga belah suami, isteri, kawan FB, minta cuti kepada boss
- Panggil orang untuk uruskan jenazah ikut khairat kematian. Anak lelaki bantu mandikan jenazah ayah. Kucup jenazah, jgn kena airmata, pakaikan kain ihram.
- Buat solat jenazah, anak lelaki imamkan
- Gali kubur, perempuan jangan masuk, elak binaan atas kubu, buat tahlil dirumah atau masjid.
- Isteri dlm iddah, jgn berhias, jgn pakai warna menonjol, elak keluar rumah Iddah 4 bulan 10 hari hari kecuali perlu.
- Daftar kematian kat pejabat pendaftaran negara, dia akan potong IC, buat surat mati
- Check hutang ayah/ibu dengan sedara atau rakan
- Businessman, tengok dengan supplier, settle sewaan
- Duit dari akaun bank keluarkan sebelum freeze
- Kwsp, zakat, pergi unit wang tak dituntut (7 tahun)
- Check wasiat, hibah, uruskan harta kalau perlu faraid
- Untuk businessowner, update ssm
- Check dengan clients/vendors/supplier kalau ada hutang.
- Tanya bank kalau ada hutang
- Kalau ayah meninggal, sedara lelaki pakcik, atok & sedara bantu bagi makan minum pada ahli keluarga kita selama 3 hari
- Santuni rakan parent
- Buat haji badal
- Take care of yourself while taking care of others.
“Waktu parent kita meninggal, dari segi psychology, memang berat untuk emosi seorang anak.
“Tak salah menangis, cuma jangan merantapi. Bantu sesama adik-beradik untuk urus emosi.
“Jaga diri, cuba sehabis baik untuk kekal tenang dan elak buat keputusan terburu-buru.
“Take care. Moga Allah beri our parents husnulkhotimah,” kongsi Izah yang semestinya dapat kita pelajari bersama-sama.
Baca Disini : Budak Lelaki 4 tahun Meninggal Dunia Disyaki Didera 5 Rakan Kakak, Ibu Bapa Dipenjara Sebab Dadah

“Moga Dipermudahkan Segala Urusan” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang memberi pandangan dari pengalaman mereka.
Sumber / Sumber Foto : Twitter Izah
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lima Waktu Tak Pernah Tinggal, Ini Puncanya Solat Tapi Hasilnya Tiada

Isi Kandungan
ToggleLima waktu tak pernah tinggal, ini puncanya solat tapi hasilnya tiada. Ternyata solat tak pernah tinggal bukanlah jaminan anda berhasil kerana banyak perkara perlu dititikberatkan.
Solat bukan sekadar ibadat yang dilakukan secara terburu-buru atau hanya memenuhi tuntutan agama. Solat membawa makna yang lebih daripada itu.
Kongsi Ustaz Firdaus Mokhtar, pada hari ini, ramai antara kita yang solat tapi hasilnya tiada. Maksud hasil ini ialah kita jadi manusia yang penuh akhlak dan adab. Namun sebaliknya yang banyak berlaku.
Lima Waktu Tak Pernah Tinggal
Betul kita solat tapi masa kita bersendirian kita berbuat dosa. Layan pornografi. Iya solat 5 waktu tak tinggal tapi kita keluar makan dengan makwe (kekasih) berpegangan tangan. Kita solat siap ajak kawan-kawan, tapi keluar daripada surau tudung tak pakai.
Jika kita sudah solat tapi kita masih lakukan maksiat tanpa ada rasa bersalah, itu tanda kita belum solat dengan sempurna. Masih banyak kekurangan. Atau boleh jadi kita solat tanpa ilmu yang betul.
Rasulullah (selawat) kata solat ini tiang agama. Maksudnya tertegaknya agama dalam diri kita adalah kerana solat kita. Makanya mudah kita faham kalau kita solat, maka kita adalah manusia yang ada agama. Tapi sebaliknya berlaku, kita ahli maksiat. Allahu.
Ini Puncanya Solat Tapi Hasilnya Tiada
Antara sebab utama adalah ilmu tentang solat kita masih di tahap rendah. Buktinya makna bacaan dalam solat pun kita tak faham.
Mulut terkumat kamit baca semua bacaan solat, tapi haram sepatah pun tak faham apa kita sebut. Belum cerita yang baca tak betul. Main ikut hafalan waktu kecil bawa ke besar. Bila periksa rupanya ya ampun banyaknya salah bacaan.
Solat tapi penuh lalai, langsung tak fokus. Pun jadi sebab juga solat kita sia-sia.
Ini yang Allah sebut dalam Quran surah Al-Ma’un, ayat 4 dan 5;
“Maka kecelakaan besar bagi mereka yang bersembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada sembahyangnya.”
Baiki Solat Sebaiknya
Allahu. Sebab lalai sahaja terus solat kita Allah tak terima. Jadi celah mana kita nak berjaya dengan solat kita? Tak ada tuan-tuan, tak ada.
Maka atas sebab itu mari kita baiki solat kita bersama. Ini yang perlu kita buat dulu.
1. Pastikan setiap satu bacaan dalam solat kita betul. Cari bahan baca, semak balik. Cari guru juga untuk semak betul ke tidak kita sebut. Iyalah, bacaan dalam solat ini bukan bahasa Melayu. Ini yang pertama.
2. Hafalkan maksud setiap bacaan tadi. Supaya kita jadi hamba yang faham apa yang kita cakap dengan Tuhan dalam solat kita. Kita tak nak kita jadi burung kakak tua depan Tuhan. Bercakap tapi tak tahu apa yang kita sebut.
3. Belajar lahirkan rasa dalam solat kita. Cuba bangkitkan rasa kehambaan. Rasa diri kita hina. Kita cuma hamba yang lemah dan kerdil. Punyalah banyak dosa yang tak putus-putus. Mengaku salah depan Tuhan.
Seterusnya bangkitkan rasa berTuhan. Rasa kita ada Tuhan yang Maha Baik. Maha Mendengar. Maha Tahu segala-galanya tentang kita. Dia yang menghidupkan dan memberikan kita semua yang kita ada.
4. Belajar adab dalam solat. Ada banyak adab yang kita kena jaga. Antaranya solat dengan pergerakan yang perlahan dan teratur. Bukan terkejar-kejar. Laju macam kena kejar hantu.
Pandangan mata yang dijaga. Sekarang ada handphone, lagilah. Letak dalam poket, kejap lagi handphone bergetar, kita mulalah terfikir siapa yang telefon. Ini semua merosakkan adab dalam solat kita. Haa.. hal ini kena teliti juga ya.
Jangan Sambil Lewa Menyembah Allah
Moga kita semua jadi hamba yang pandai menyembah Allah. Tidak sambil lewa. Kerana yang kita harapkan solat kita mampu untuk membentuk diri kita dengan akhlak yang terpuji.
Juga supaya kita kembali ke akhirat nanti, kita tidak kecewa dengan hidup yang Tuhan beri buat kita di dunia ini. Amin.
Firdaus Mokhtar,
Masih belajar.
Artikel Berkaitan:
Tak Khusyuk & Lupa Rakaat Solat, Amalkan Bacaan Ini, Elak Gangguan Jin Khanzab
Amalkan ‘Ayat Pengasih’ Ini, Bacalah Setiap Hari Selepas Solat, Banyak Kelebihannya
Jaga Solat & Berpuasa Tiga Bulan Berturut Sejak Muda, Rahsia Warga Emas Kekal Sihat
Mingguan Wanita : Tenyata bab solat ini bukan sesuatu yang ringan, dalami dan fahami sebaiknya agar solat mak ayah diterima Allah. Insyallah.
Sumber: Ustaz Firdaus Mokhtar
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI