DJ Lin berkongsi rezeki dengan saudara mara, mahu anak teruskan amalan bersedekah. 1 Syawal pasti memahat detik indah pada setiap umat Islam.
Malah ibu tunggal yang juga pemilik nama sebenar Roslinda Abdul Majid atau lebih popular dengan panggilan DJ Lin juga bermurah hati dengan mengamalkan sedekah ketika menziarahi sudara mara yang uzur.
Malah penyampai radio Suria FM ini juga mahu anak-anaknya juga meneruskan amalan bersedekah akepada mereka yang kurang bernasib baik. Wanita yang kuat bekerja itu mahu anak-anaknya tahu, amalan berkenaan sememangnya dituntut agama.
DJ Lin Berkongsi Rezeki Dengan Saudara Mara
Ketika bertemu dengan DJ Lin baru-baru ini, ibu kepada Nureen Aresya, 21, dan Nazren Asyran, 19, seperti mana orang lain begitu teruja untuk pulang ke kampung menziarahi sanak saudara yang telah lama tidak bertemu.
“Tahun ini saya agak sibuk dengan urusan kerja dan hanya dapat cuti raya beberapa hari sahaja. Namun saya mahu mengambil kesempatan itu untuk melawat sanak saudara yang sudah uzur dan berusia dengan berkongsi sedikit rezeki serta kegembiraan bersama mereka.
Ads
“Saya mahu jejak mereka yang sudah lama tidak berjumpa, sekali gus memberikan contoh pada anak-anak saya agar meneruskan amalan tersebut sampai bila-bila,” luah DJ Lin yang bakal berangkat ke Eropah pada minggu kedua Syawal bagi mengikuti Persidangan Radio Eropah yang berlangsung di Sweden.
Raikan 1 Syawal Bersama Ibu Di JB
Seperti mana yang diketahui ramai, ibu kepada DJ Lin kurang sihat. Kesempatan pulang berhari raya bersama bonda tercinta sangatlah ditunggu-tunggu.
“Keadaan kesihatan ibu sekarang tidak begitu baik di mana dia kini mengalami strok, selain menjalani rawatan dialisis sejak empat tahun lalu.
“Saya dan adik-beradik yang lain memainkan peranan sendiri membuat pelbagai persiapan untuk menyambut raya seperti keperluan ibu, kelengkapan rumah, juadah dan sebagainya.
Ads
“Apatah lagi ibu lebih suka anak-anak menyediakan sendiri juadah berbanding membeli yang telah siap.
“Jadi kami akan masak dan anyam ketupat sama-sama setiap kali menjelang raya, tidak kiralah sibuk macam mana sekali pun,” kata DJ Lin yang tetap meluangkan masa bersama ibu tersayang walaupun dirinya terlalu sibuk bekerja.
Kadang-kadang manusia ini sanggup memberi alasan tidak masuk akal demi melepaskan diri daripada dihukum. Namun tindakan kurang bijak ini telah menjerat dirinya apabila pihak berkuasa dapat hidu dia menipu.
Seorang lelaki semata-mata nak elak saman, sanggup menipu dirinya positif Covid-19 di Beijing, China.
Seorang Lelaki Sanggup Menipu Positif Covid-19
Sanggup menipu dijangkiti Covid-19. Itu temberang seorang lelaki di China bagi melepaskan diri dari disaman pihak berkuasa.
Global Times melaporkan, insiden itu berlaku apabila lelaki dari Yancheng, wilayah Jiangsu, timur China itu ditahan polis apabila tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.
Dia kemudiannya bertindak menipu polis kononnya dirinya dijangkiti Covid-19 bagi melepaskan diri dari dikenakan sebarang hukuman.
Lelaki itu bernama Hao, dia ditahan pihak berkuasa ketika melakukan kesalahan itu.
Semata-mata Nak Elak Saman
Dia turut didapati melanggar peraturan apabila membonceng individu dewasa kerana hanya kanak-kanak berusia bawah 16 tahun saja dibenarkan menjadi pembonceng.
Bagaimanapun lelaki itu tidak mahu menerima saman itu, sambil memaklumkan dia dijangkiti Covid-19.
Terkejut dengan dakwaan itu, polis bertanya kepada Hao sebanyak dua kali bagi pengesahan dan lelaki itu tetap menegaskan dakwaannya itu.
Namun, tembelang Hao terbongkar ketika polis membuat pemeriksaan di jabatan kawalan dan pencegahan epidemik tempatan, dia mengaku hanya berbohong.
Akibat perbuatannya itu, Hao ditahan selama tujuh hari kerana menghalang tugas pasukan polis.
Bagaimanapun, warganet tidak berpuas hati dengan hukuman itu kerana beranggapan masih tidak setimpal.
MW: Sebelum lakukan sesuatu, fikir dahulu kesannya. Jangan kerana ingin melepaskan diri daripada hukuman, sanggup menipu dan mengaibkan diri. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Lelaki berstatus suami orang ditangkap berkhalwat di rumah janda. Seorang wanita berstatus janda dan teman lelakinya yang juga merupakan suami orang ditahan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat di sebuah kediaman di daerah ini awal pagi tadi.
Lelaki Berstatus Suami Orang Ditangkap Berkhalwat Di Rumah Janda
Serbuan dilakukan kira-kira jam 1.20 pagi susulan aduan orang awam yang memaklumkan kehadiran seorang lelaki ke rumah wanita terbabit.
Menurut kenyataan rasmi JAINJ, pihaknya menemui sebuah kenderaan yang diletakkan berhampiran kediaman wanita berumur 48 tahun itu sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.
“Hasil pemeriksaan dalam rumah mendapati terdapat seorang lelaki berusia 59 tahun yang merupakan suami orang. Ketika diminta, dia gagal mengemukakan bukti hubungan mahram atau dokumen perkahwinan yang sah dengan wanita berkenaan,” jelas kenyataan itu.
Penguatkuasa menyerbu rumah didiami janda selepas disyaki berdua-duaan dengan suami orang. Foto Ihsan JAINJ
Difahamkan, lelaki terbabit tinggal berdekatan dan dipercayai keluar dari rumah tanpa pengetahuan isterinya dengan alasan kononnya mahu memancing atau bertemu rakan di restoran.
Kedua-dua mereka telah dibawa ke Balai Polis Kluang bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
Rata-rata warganet menganggap foto berkenaan keterlaluan dan tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Malah merasakan pemiliknya berniat mahukan ‘viral’ semata-mata.
Menerusi Harian Metro, pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26 mengakui akan kesilapannya itu.
“Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung.”
Ini Penjelasan Pemilik Butik Pengantin
Kata Nur Amirah, foto berkenaan dirakam pada hari Ahad yang lalu di kawasan perkuburan Kristian Batu Pahat.
Akuinya lagi, wanita yang memakai baju songket pengantin itu bukanlah pengantin sebenar, tetapi model. Untuk mendapatkan kelainan dalam fotografi itulah mereka mengambil inspirasi dari luar negara.
“Bagi saya, ambil gambar dalam hutan, di tepi sungai atau pantai tu dah jadi kebiasaan. Saya mahu cari kelainan, lari daripada kebiasaan. Menerusi carian di internet, banyak gambar model pengantin dari luar negara di kawasan perkuburan. Jadi, saya ambil inspirasi daripada Mat Salleh yang buat fotografi macam tu. Kubur-kubur mereka pun nampak cantik untuk dijadikan lokasi pengambaran.” jelas pemilik ini di Mstar.
Idea asalnya, mereka mahu membuat tema gothic tetapi tiada baju yang sesuai. Jadi, mereka meneruskan fotografi dengan menggunakan baju pengantin untuk menjimatkan kos.
“Tolong jangan salahkan model itu.” Pintanya yang mengakui kesilapan yang berlaku berpunca dari dirinya sendiri.
Dia tidak pun ada niat untuk tujuan pemasaran, apatah lagi memainkan mana-mana agama. Sebaliknya, sekadar suka-suka ketika memuat naik gambar berkenaan.
Apa yang dilakukannya itu adalah untuk mencari pengalaman baru untuk kelainan. Sama sekali tidak ada perkaitan dengan yang masih hidup tau yang telah meninggal dunia. Nur Amirah yang mengakui kesilapannya memberi jaminan tidak mengulangi kesilapan seperti itu. Malah dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
MW :Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk semua. Berhati-hatilah dalam mengejar ‘glamour’ di media sosial.
Sumber/Foto : Harian Metro, Mstar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!