kanak-kanak

Rasa simpati terhadap nasib yang menimpa adik Mohd Firdaus Abdullah,12 ini. Disaat anak-anak lain, berpeluang menimba ilmu di sekolah dan bahagia bersama keluarga, dirinya sendirian bergelut dengan kehidupan.

Ibu Ditahan Pihak Berkuasa

Adik Firdaus terpaksa tinggal bersendirian sejak dua minggu lalu selepas ibu kandungnya dipercayai ditahan pihak berkuasa susulan masalah penyalahgunaan dadah. Lebih mengejutkan apabila kanak-kanak yang sudah tidak bersekolah sejak Oktober lalu itu tinggal dalam rumah di Jalan Intan, Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi di Ipoh yang penuh dengan longgokan pakaian terpakai, sampah sarap, selain kotor serta tiada bekalan elektrik dan air.

Ditinggalkan sendirian selama dua minggu, kanak-kanak berusia 12 tahun ini, terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan harian dengan menumpang rumah rakannya di Kampung Sungai Tapah, di sini selama seminggu. Malangnya, anak tunggal itu terpaksa tinggal semula di rumahnya susulan keluarga rakannya pulang ke kampung.

“Sepanjang tempoh seminggu lalu, saya menumpang mandi di stesen-stesen minyak dan tandas awam manakala makanan disediakan bapa saudara yang tinggal di Chemor.

“Rumah yang disewa ibu juga sudah dua tahun tiada bekalan air dan elektrik, malah sewa rumah juga tidak berbayar membuatkan tuan rumah tidak ambil peduli mengenai rumah papan ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Tak Pernah Kenal Ayah Kandung

Kanak-kanak itu berkata, ibu dan bapa tirinya sudah bercerai yang mana kali terakhir dia melihat bapa tiri ketika berusia tujuh tahun, manakala bapa kandung pula tidak pernah dikenalinya.

“Saya tidak tahu ibu saya di mana, namun rakan ibu mengatakan ibu saya kini ditahan di penjara Tapah.

“Hidup kami memang susah sebelum ini. Ibu mengambil upah membersihkan rumah orang dan kami memang menumpang mandi di mana-mana sahaja.

IKLAN

“Orang kata ibu saya hisap dadah, tapi saya tak pernah lihat dia ambil dadah depan saya,” katanya yang mengakui merindui ibunya yang berusia 42 tahun itu.

Kanak-kanak malang itu, akhirnya diselamatkan ahli persatuan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendapat panggilan telefon daripada kanak-kanak itu sendiri kelmarin.

‘Orang Kata Ibu Hisap Dadah, Tapi Tak Pernah Lihat Dia Ambil Dadah Depan Saya’

Bapa Saudara Minta Bantuan

Terdahulu kisah kanak-kanak ini menjadi viral di media sosial, menerusi perkongsian Presiden Persatuan Budak Bas Stand Ipoh, Amiruddin Mohd Daud,58 yang lebih dikenali sebagai Tok Anjang di Facebook.

Menurut Tok Anjang, sebelum ini kenalannya yang juga bapa saudara kanak-kanak terbabit ada menghubunginya meminta bantuan.

IKLAN

“Saya meminta kenalan memberi alamat kanak-kanak itu untuk membantu, namun tidak mendapatnya sebelum terkejut dihubungi seorang kanak-kanak kira-kira 6 petang kelmarin.

“Budak itu memberitahu bapa saudaranya minta hubungi saya, tanpa berlengah saya terus ke Manjoi untuk melihat keadaannya dan ketika sampai saya dapati dia bersama seorang lagi bapa saudaranya yang menetap di Chemor,” katanya.

‘Orang Kata Ibu Hisap Dadah, Tapi Tak Pernah Lihat Dia Ambil Dadah Depan Saya’

Bapa Saudara Tak Mampu Jaga

Menurutnya, bapa saudara kanak-kanak itu memberitahu tidak mampu menjaganya kerana ada keluarga sendiri yang perlu ditanggung.

IKLAN

“Terkejut saya apabila melihat sendiri rumah yang didiami kanak-kanak itu bersendirian yang ternyata tidak sesuai dan tidak selamat didiami kanak-kanak seusianya.

“Itu bukan rumah, tapi tempat sampah yang pastinya berbahaya dengan binatang berbisa dan sebagainya,” katanya.

Ditempatkan Di Rumah Transit

Amiruddin berkata, dia kemudian mengambil kanak-kanak terbabit dan menempatkannya di Rumah Transit Persatuan Budak Bus Stand Ipoh di Taman Lim, di Ipoh sebelum membawanya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam.

“Ada pihak yang sanggup mengambil dan menjaga kanak-kanak itu sebagai anak angkat, namun menurut JKM ia memerlukan persetujuan ibu atau saudara terdekat kanak-kanak itu.

“Buat masa ini, kanak-kanak itu ditempatkan di rumah transit kami, JKM pula merancang untuk menempatkan dia di rumah perlindungan dan saya berharap dia dapat kembali bersekolah serta akan melawatnya selalu kelak,” katanya.

MW: Allahu, semoga nasib adik Mohd Firdaus ini terbela dan mendapat perhatian sewajarnya.Sesungguhnya, anak ini layak mendapat kehidupan yang lebih baik demi masa depannya.

Sumber: Hmetro, Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI