Ramai pasangan suami isteri yang mengimpikan untuk memiliki anak kembar. Nampak comel apabila boleh gayakan anak kembar sedondon, malah selalu menjadi perhatian ramai sejak dari kecil.

Berbekalkan pakej wajah yang comel dan cantik, ramai pasangan kembar yang memperolehi rezeki menjadi model, sekaligus mendapat pendapatan sampingan buat si anak.

Kembar Dari Los Angeles

Pasangan kembar perempuan berusia lapan tahun dari Los Angeles (LA), Leah Rose dan Ava Marie, dikenali ramai di Instagram, dikatakan sebagai ‘gadis paling cantik di dunia’ selepas memulakan kerjaya sebagai model seawal usia enam bulan.

Selepas artikel mengenai mereka dipaparkan di DailyMail.com pada Disember 2017, jumlah pengikut di akaun Instagram @clementstwins kini meningkat sehingga 1.2 juta, lapor Daily Mail.

“Ava dan Leah menikmati pelbagai keseronokan, sama ada membeli-belah secara peribadi, menerima hadiah berjenama dari seluruh dunia atau bergambar bersama peminat. Anak perempuan saya mempunyai pengalaman luar biasa setakat ini,” kata ibu pasangan kembar berkenaan, Jaqi Clements, kepada BuzzFeed.

Pasangan Kembar Ini Dikatakan Paling Cantik Di Dunia!
Jaqi Clements, ibu kepada pasangan kembar ini.

Kerja Hujung Minggu

Mereka bersekolah seperti biasa dan jadual bekerja hanya pada waktu petang atau di hujung minggu supaya tidak mengganggu waktu kelas. Seorang guru turut ditempatkan di set lokasi sekiranya mereka terpaksa ponteng sekolah untuk membuat pertunjukan yang diaturkan agensi model mereka, antaranya LA Models, Eris Talent Agency dan God & Beauty. Setakat ini, mereka beraksi untuk La Petite Magazine, pakaian Petite Adele, V…G-A-PORT…R dan Airfish.

IKLAN

Pada hari tidak bekerja, mereka ke latihan renang, kelas tarian atau bermain dengan rakan dalam kawasan kejiranan.

Pasangan Kembar Ini Dikatakan Paling Cantik Di Dunia!
Keluarga bahagia kembar ini.

Ibu Kendalikan Instagram

Walaupun pekerjaan Leah dan Ava membabitkan banyak rakaman foto, ibu merekalah sebenarnya memuat naik maklumat mereka di Instagram dan mengendali akaun berkenaan. Kadangkala dia membiarkan anaknya bertanyakan peminat atau membuat rakaman video secara langsung, tetapi Jaqi bertanggungjawab menapis segala komen.

“Saya pernah memberi idea kepada mereka untuk mencuba bidang peragaan kerana selepas mengikuti kelas tarian dan renang setiap minggu, mereka masih mempunyai masa terluang. Mereka terus melompat kegembiraan dan tidak sabar untuk memulakannya,” katanya.

Leah dan Ava membuat enam kerja dalam tempoh seminggu sebelum perayaan Krismas pada tahun sama malah menurut Jaqi, mereka ‘menyukainya’ setiap minit.

IKLAN

Pasangan kembar itu mendapat pujian dari peminat di Instagram sebagai ‘benar-benar menakjubkan,’ ‘sangat cantik’ dan ‘amat jelita,’ malah dilabel ‘gadis paling cantik di dunia.’ Mereka bukanlah satu-satunya ahli keluarga terbabit dalam bidang itu kerana abang mereka, Chase Robert, juga seorang model di agensi sama.

Pasangan Kembar Ini Dikatakan Paling Cantik Di Dunia!
Chase Robert, turut menjadi model di agensi yang sama seperti adik-adiknya.

Perkara Tidak Menarik

Menurut Jaqi, walaupun anak-anaknya kini terkenal dan mempunyai peluang cerah dalam bidang peragaan, ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan sepanjang masa.

“Seperkara yang tidak menarik mengenai kehidupan baru ini apabila ramai menganggap ibu bapa mengambil kesempatan ‘buat duit’ bagi anak yang bekerja sebegini.

“Perkara ini turut terpalit kepada kami dan mungkin dalam kebanyakan kes, hakikatnya ibu bapa mengeluarkan lebih banyak wang untuk (menyokong minat dan keperluan) anak-anak mereka.

IKLAN

“Ibu bapa melaburkan wang hari ini demi menyokong minat anak mereka, membolehkan mereka menjana wang sendiri digunakan untuk ke kolej, membeli kenderaan atau rumah pada masa hadapan. Jika anda berfikir sebegitu, ia tidaklah seburuk mana,” katanya.

Sebagai ibu, Jaqi turut mempertahankan keluarga terutama anak daripada kecaman negatif pengkritik. Dia juga mengakui pasangan kembar itu turut memakai mekap ketika sesi penggambaran oleh jurusolek profesional, namun menjelaskan: “Ia sebahagian daripada industri berkenaan.”

Baru-baru ini, Jaqi juga melancarkan laman YouTube untuk kembar perempuannya dengan satu daripada video mereka ditonton sehingga 1.6 juta kali.

MW: Tidak dinafikan cantik merupakan suatu perkara yang subjektif. Rezeki pasangan kembar dan keluarga ini dikenali dan menjadi perhatian ramai.

Sumber: Hmetro, Daily Mail, Instagram clementstwins

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI