DIY Storage Bench Meja Makan, Mudah Sangat Macam Buat Kotak, Dalam Boleh Simpan Macam-Macam! Sesekali nak ubah ‘wajah’ untuk penstoran dan dekorasi ruang dapur boleh cuba buat sendiri ‘Storage Bench’ ini. Dah ada ukuran yang betul, mudah je nak buat macam pasang kotak. Paling penting boleh simpan macam-macam barang nanti.
Boleh cedok idea yang dikongsikan oleh Puan Siti Nor Mohamedini sebagai panduan;
DIY Storage Bench Untuk Meja Makan, Fefeling Makan Kat Restoran Fast Food
Dah lama mengidam nak ada tempat makan macam ni kat rumah. Tapi belum sampai seru nak buat.
So, memandangkan nanti nak raya, Mokcik usahakan jugak la buat sebelum Ramadhan ritu. Posa-posa tak larat la nak bertukang, kang nak masak lagi mana sempat. Kang orang kat rumah ni berbuka makan habuk kayu plak.
Kali ni Mokcik order 2 keping plywood 18mm dan suruh kilang potong siap-siap ikut lebar. So, Mokcik hanya tinggal potong ikut panjang je la. Kurang la sikit kerja memotong kayu kat depan rumah nanti.
Cara pasang bench ni mudah sangat. Macam buat kotak jek.
Dalam tu boleh la simpan macam-macam.
Satu bench tu Mokcik simpan kerusi makan yang boleh lipat tu.
Satu lagi tu masih kosong, taktau lagi nak letak apa.Nak menyorok dalam tu pon boleh gak.
Ini hasil potongan rangka bench tu. Ada 5 keping untuk setiap satu bench.Penutup dia belum potong masa ni.
Inilah plywood yang dah siap dipotong dan dihantar oleh kilang.
Sangat tepat potongan dia. Rubberwood belakang tu lebihan buat ALMEJA dulu.
Ads
Saya wasap orang kilang plywood tu suruh dia potong ikut macam dalam gambar ni. Saya suruh kilang potong siap-siap ni sebab saya nak kurangkan aktiviti potong plywood kat depan rumah.
So, saya hanya tinggal potong ikut panjang sahaja nanti.
Sudut makan-makan ala restoran fast food.
Ads
Memang tak nak buat yang berkusyen sebab rumah ni ada majikan yang suka creett sana sini.
Kalau buat yang berkusyen mamang lawo.
Ini lah rupa dia bila dibuka.Kayu penutup guna Rubberwood 20mm tu agak berat, lebih kurang 10kg.
Ads
So, tak boleh ikut instruction cara pasang yang diberikan.Kena pasang gas spring tu lebih menegak. Baru la dia lebih ringan dan lebih lembut bila diturunkan.
Kaki meja tu mungkin nak buat lain tengok la kalau rajin.
Mingguan Wanita:Menarik juga idea storage bench dekat meja makan ni. Nampak kemas dan cantik macam makan dekat restoran. Paling penting boleh jadi ruang penstoran berguna.
Rupanya dengan memasang Aluminium Foil ia dapat membantu mengurangkan haba panas dan menyejukkan suhu rumah. Lebih-lebih lagi jika rumah yang menggunakan atap zink mahupun genting serta ruang pengudaraan yang terhad. Suhu panasnya memang boleh tahan tinggi.
Bukan apa, jika nak pasang pendingin hawa agak memerlukan bajet yang besar, malah bil elektrik pun boleh melambung tinggi nanti.
Jika tak berapa nak ada bajet, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Oyeasaari Nordin ini.
Saya bukan tukang atau kontraktor. DIY sebab budget pon tak seberapa. Dok survey-survey cara nak sejukkan rumah sebelum pasang aircond & ventilation fan.
Ni 1st step letak aluminum foil (beli dekat shoppe). Tapi style rumah lama, bahagian bilik, bawah genting terus siling so takde ruang nak masuk macam kebiasaan.
Survey ade 3 cara nak pasang:
1.Buka bumbung
2.Buka siling
3.Tampal je dekat siling.
Tapi semua cara ni tak sesuai. So dok fikir punya fikir, akhirnya dapat la idea macam mana nak buat. Guna PVC pipe. Macam jolok buah mangga, jolok sampai ke papan manis dekat luar. Selepas itu stapler je. Kena buat pagi-pagi kalau matahari naik baru buat mau berkicap dekat atas tu.
Guna stapler gun, tembak dekat kekuda atap.
Keadaan bilik masa tengahari lebih 40° (anggaran saya guna termometer biase je) memang tak selesa.
So sekarang suhu dah normal suhu bilik, next baru pasang aircond baru la jimat elektrik.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika tak berapa nak ada bajet, boleh cuba pasang aluminium foil ini di siling rumah. Ia berkesan dan membantu mengurangkan haba panas sekaligus menyejukkan dalam rumah.
Beberapa hari ini, viral resepi bihun goreng udang kering 12 sudu gula. Pemilik resepi maklumkan, ianya resepi warisan daripada arwah Tok nek nya.
Ramai dah cuba dan akui akan keenakannya. Namun, ada juga yang gagal mendapatkan rasa sedap sebagaimana yang digambarkan oleh mereka yang berjaya.
Sesetengahnya mempersoalkan penggunaan 12 sudu teh gula yang terdapat dalam resepi. Adakah ianya sudu teh atau sudu KFC, iaitu sudu bersaiz kecil yang biasa diperoleh jika membeli ‘fast food’ berkenaan.
Wanita ini, Nieza Nor Hamnira memudahkan anda membuat perbezaan yang ketara antara dua jenis sudu yang dimaksudkan. Terutama jumlah berat gula.
Berat Gula Antara 12 Sudu Teh Dan KFC
Ini beza berat gula di antara 12 sudu teh dan 12 sudu kfc.
25gm ke 28gm (sudu kfc) = 2 sudu besar rata
40gm ke 43gm (sudu teh) = 2 3/4 sudu besar rata
Kalau termasukkan 12 sudu besar, takyah citer lah kan. Itu dah isu lain dah.
Nota :
Raikan persamaan, hormati perbezaan.
Baginya caranya, bagimu caramu.
Bertuah sungguh isteri Syahrul Arizan Ariffin ini. Suami ini sanggup usaha sendiri mendekorasi rumahnya yang sudah berusia lebih 12 tahun.
Walaupun, suami ini terpaksa mengambil masa hampir 10 bulan untuk menyiapkannya sendirian. Ternyata isterinya tetap bahagia dengan hasilnya. Malah, membuatkan isteri sebak hingga nak menangis.
Lebih-lebih lagi bila isteri melihat sendiri usaha 10 bulan suaminya mencantikkan rumah yang sebelum ini biasa-biasa saja.
Nekad Deko Rumah Dan Buat ‘Surprise’ Pada Isteri
Ini yang dikongsikan oleh Syahrul Arizan,
“Sejak PKPD awal tahun lepas saya banyak belajar decorating dari group ini dan sumber Youtube.
Masa tu saya baru ambil rumah ni dari penyewa. Usia rumah dah lebih 12 tahun. Mulanya saya memang tak yakin nak buat kemudian saya nekad nak deco dan buat suprise pad wife.
Usaha 10 Bulan Membuahkan Hasil
Hampir 10 bulan saya datang rumah buat sikit-sikit. Saya beli semua tools & bahan-bahan dari shopee & kedai DIY.
Segalanya saya buat sendiri sampailah mengecat dinding kecuali bahagian siling L shape tu saya upah kontraktor.
Tiba masanya saya jemput wife datang tengok rumah hasil dari tangan bangku saya.
Walaupun hasilnya tak secantik rakan-rakan dalam grup Kelab Kaki Deko, reaksi wife buat saya hampir menitis air mata.
Saya yakin anda juga mampu buat. Mesti berani dan jangan takut gagal.. Sentiasalah berdoa.
Ruang kosong bawah tangga turut dihias dengan dekorasi indah.
Cari wainscoting kayu di sini : https://invol.co/cl997otKongsi Syahrul Arizan lagi, “Hasil deco sendiri.. Kadang-kadang kita sendiri pun tidak percaya apa yang kita mampu hasilkan.. Yang penting kena berani buat, tak jadi buat lagi sampai jadi.”
Mingguan Wanita : Sememangnya cantik sungguh kejadian selepas itu. Macam kerja profesional. Suami yang menggembirakan hati isteri akan serba luas rezekinya. InsyaAllah.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...