DIY Almari Tudung Isteri Guna Paip PVC, Elok Tersimpan Kemas Tersusun! Biasanya bila tudung-tudung banyak dan berlambak di rumah, memang payah nak menyimpannya dengan kemas tersusun dan mudah dicari. Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan tudung-tudung elok tersimpan dan kemas tersusun.

DIY buat almari tudung sendiri je di rumah, guna paip PVC dan papan lapis. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, malah memang jimat kos.

Ikut cara yang dikongsikan oleh Shafiq Abdul Hamid ini.

Siapa tak sayang bini ooi. Almari Tudung DIY untuk bini pakai paip PVC je.Baru la muat tudung-tudung kita yang berlambak-lambak tu. Barang-barang simple je cari dekat kedai hardware.

Bahan Diperlukan:

Paip PVC 2 batang 19 kaki, potong 6 inci (RM76)
Pemegang pintu 2 buah (RM4)
Papan lapis 12mm (RM65)
Engsel (RM4)
Syelek Kayu 1 liter (RM20)

Cara Membuat:

1. Sediakan paip PVC, potong enam inci setiap satu.

DIY Almari Tudung Isteri Guna Paip PVC, Elok Tersimpan Kemas Tersusun!

2. Buat ukuran pada papan lapis, pasang pemegang pintu dan engsel.

IKLAN

3. Kemudian sapu syelek kayu supaya almari nampak lebih menyerlah dan biarkan kering.

DIY Almari Tudung Isteri Guna Paip PVC, Elok Tersimpan Kemas Tersusun!

4. Susunkan paip PVC tadi dan boleh simpan tudung di dalam almari tersebut.

DIY Almari Tudung Isteri Guna Paip PVC, Elok Tersimpan Kemas Tersusun!

IKLAN

 

DIY Almari Tudung Isteri Guna Paip PVC, Elok Tersimpan Kemas Tersusun!

Siap! Selamat Mencuba!

IKLAN

Total kos hanya RM109 je tapi cinta terhadap isteri tiada nilainya.

Mesti Baca:DIY Perangkap CICAK Mudah Jimat Kos, Guna Kotak & Double Sided Tape!
Baca Lagi Di Sini:Tak Memaksa Anak Bertudung Ketika Kecil, Bila Sampai Waktu Wajiblah Pakai
Artikel Menarik:Rupanya Boleh Hilangkan Kesan Minyak Peluh Pada Tudung Guna BEDAK!

Mingguan Wanita: Memang kreatif sungguh, buat almari tudung sendiri di rumah. Hasilnya tudung-tudung pun elok tersimpan dan kemas tersusun. Encik suami yang pandai bertukang tu, boleh cuba buat sendiri untuk isteri tersayang.

Sumber: Shafiq Abdul Hamid

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI