Datuk Jamal Abdillah bantu isteri mandi, keperluan lain uruskan anak kecil. Begitulah kasih sayang yang tidak terhingga yang dicurahkan oleh seorang lelaki yang penyayang di mana mampu menjadi suami dan ayah yang baik.
Ringan tulang membantu isteri Datin Zai Izzati Khiruddinmenguruskan anak-anak yang masih kecil, Nur Azura Yamani, 22 bulan dan El Issac Yamani atau Zack yang baharu mencecah sembilan bulan. Apatah lagi kini isterinya sedang hamil tiga bulan.
Datuk Jamal Abdillah Bantu Isteri Mandi, Uruskan Anak Kecil
Malah Jamal juga begitu teruja untuk menimang cahaya mata yang kelima tidak lama lagi. Seperti yang sedia maklum menerusi dua perkahwinan terdahulu penyanyi Kekasih Awal dan Akhir ini dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.
“Saya bersyukur diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi. Ada rakan-rakan saya yang lama menunggu nak dapatkan zuriat, tapi saya pula Allah bagi rezeki dengan jarak dekat setiap anak.
“Ia satu tanggungjawab besar buat saya dan isteri untuk mendidik mereka dengan sebaiknya nanti,” katanya seperti mana dipetik menerusi SinarPlus.
Kasihan Tengok Isteri
Dalam pada itu, Jamal mengakui turut membantu menguruskan anak-anak yang masih kecil bagi meringankan beban isteri.
“Saya kasihan tengok isteri tak menang tangan uruskan anak-anak. Apatah lagi mereka masih menyusu badan dan sentiasa berjaga malam.
“Jadi mana yang boleh saya bantu seperti mandikan anak atau keperluan lain, saya buat. Kami ada pembantu, tetapi dalam soal anak saya suka buat sendiri kerana mahu bina ikatan kasih sayang,” ungkapnya.
Menginjak usia 62 tahun, Jamal juga berkongsi rahsianya kekal sihat. Penyanyi lagenda ini mengamalkan senaman secara konsisten selain memilih pemakanan sihat.
“Kita tak boleh culas, sebaliknya kena buat secara konsisten. Saya sendiri tak pernah tinggalkan amalan bersenam sejak 10 tahun lalu. Malah saya mempunyai beberapa peralatan senaman di rumah.
“Kalau letih nak jogging, saya akan berjalan laju atas treadmill selama setengah jam setiap hari. Ia sangat membantu dan menjadikan saya sentiasa cergas,” katanya yang kini turut berjinak-jinak dalam perniagaan kosmetik di bawah jenama Zarania yang diusahakan bersama pengasas produk kecantikan Natasya.
Sumber : SinarPlus
Ads
Sumber Foto: Instagram Datuk Jamal Abdillah & Instagram Datin Zai Izzati
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Ads
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Mudah je rupanya mak-mak nak buat sendiri tilam bayi ekspress, hanya perlukan sarung bantal, bantal kecil dan tuala mandi sahaja.Paling penting ia menjimatkan kos dan cukup sedang nak buat, hanya perlukan 4 langkah.Kalau waktu-waktu ‘kecemasan’, mak-mak terlupa nak bawa tilam bayi atau nak jimat bajet boleh gunakan cara ini.
Bahan-Bahan:
Sarung Bantal
Tuala mandi saiz sederhana
Bantal Kecil
Cara Membuat:
1.Gulung tuala mandi seperti dibawah dan bentukkan huruf ‘U’ terbalik.
2.Masukkan kedalam sarung bantal yang bersih.
3.Pastikan, tuala mandi tersebut tertutup sempurna.
4.Kemudian, masukkan pula bantal kecil sebagai pelapik pada bahagian tengah.
5.Perkemaskan ia seperti ini.
Siap! Selamat mencuba!
Mudah je kan.Boleh lah letakkan bayi kesayangan, agar dapat tidur dengan lebih selesa dan tidak perlu risau terjatuh lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap kali sebelum tidur, mahupun bangkit dari tidur, selain mengucapkan syukur atas nikmat kehidupan pemberianNya, mak ayah mengharapkan anak-anak membesar jadi anak yang soleh.
Selain mendorong dan tunjukkan jalan kebaikan, jangan pernah mak ayah lupa untuk mendoakan anak-anak. Perkongsikan Nor Fatihahnoorini adalah amalan harian yang dilakukan untuk anak-anaknya.
Anak-anaknya pun seronok bila Umi membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun kepalanya. Minta agar Umi selalu buat, setiap kali mahu ke sekolah. Indahnya.
Inilah amalan yang mak ayah lain boleh sama-sama buat.
DOA ANAK SOLEH
Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan asmaul husna, Ya Fattah Ya Alim Ya Nur Ya Hakim Ya Rashid Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Latif Ya Zaljala liwal ikram YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK ANAK KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)
Pasakkan niat ibu ayah buat anak-anak.
Ya mujib.
Cepat Umi, Letak Tangan Kat Kepala
Petang semalam, selepas makan sebelum ke sekolah agama. Humairaa mendesak saya.
“Umi, cepat la umi. Cepat la. Tangan kat kepala.”
Kalut-kalut menyiapkan mereka saya tidak perasaan lagi.
“Kenapa dengan kepala Humairaa.” tanya saya.
“Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain.”
Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.
Lalu, saya letakkan tangan di ubun-ubun kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.
“Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa.” ujarnya penuh makna.
Subhanallah
Terimalah doa ini.
YA MUJIB
Biasanya bila anak masuk umur 2-4 tahun, semakin susah anak nak tidur sendiri setiap malam. Kasihan kalau mak ayah jenis bekerja, agak penat nak melayan anak yang tengah aktif bermain. Lagi kasihan, sampai jam 2-3 pagi pun anak masih terbeliak biji matanya.
Kadang kalau anak dah banyak tidur siang hari pun boleh jadi punca anak payah tidur malam. Jadi apa peranan mak ayah untuk handle masalah anak susah tidur malam ini?
Mungkin tip yang dikongsikan Doktor Ezairy M.Sallih ini boleh tidurkan anak lebih mudah, nah jemput baca tipnya.
Bagaimana merangsang bayi untuk tidur sendiri?
Persoalan seperti ini sudah tentunya jarang terfikir oleh fikiran kita, betul? Namun percayakah anda bahawa apabila kena pada cara dan langkahnya, anak kita mampu dididik untuk tertidur dengan mudah.
Cuba lihat beberapa perkara ini:
Bawa anak ke bilik tidur lebih awal
Perkara pertama ini penting. Ia amat penting untuk membiasakan anak dan bayi kita bahawa ini adalah masa untuk mereka tidur. Anda akan merangsang anak anda sedari kecil lagi untuk tidur lebih awal. Rangsangan ini amat berharga kerana persediaan sebelum tidur amat diperlukan oleh anak kecil sebelum mereka mampu untuk tidur.
Rutin tidur yang teratur
Ini juga antara perkara paling penting. Langkah yang paling baik ialah mendidik masa untuk anak anda tidur semenjak usia bayi lagi. Ya, bayi memerlukan jangka masa tidur yang lebih lama berbanding dewasa. Tidak sama seperti kita. Cuba latih untuk mereka tidur pada waktu yang sama pada setiap hari, supaya jadual ini akan terus berlaku sehingga mereka meningkat usia.
‘Bedtime routine’ yang konsisten
Ini juga penting. Bagi anda yang mempunyai anak pada usia kanak-kanak, cuba lakukan aktiviti sebelum tidur yang tenang, damai dan mampu merangsang anak-anak untuk tidur. Ini termasuk bercerita, menyanyi, alunan zikir dan sebagainya mengikut kesesuaian. Ia penting untuk mendidik anak-anak bahawa ketika itu adalah masa untuk mereka mulai tidur.
Letak anak anda di atas katil atau tilam ketika mereka mengantuk
Ada ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka untuk terus bermain walaupun mereka sudah kelihatan sangat letih dan mengantuk. Cuba lazimkan dengan meletakkan anak anda di bilik dalam suasana yang sunyi dan tenang sebaik sahaja melihat mereka letih. Secara tidak langsung, kita sedang melatih dan merangsang mereka untuk belajar tidur dengan sendirinya tanpa pengaruh kita.
Cuba kurangkan tabiat menyusukan anak sampai tertidur
Ya, ini merupakan antara langkah yang sering kita lihat dan lakukan sendiri. Ianya tidak salah. Cuma, apabila terlalu kerap anda melakukan cara begini, anda tidak akan langsung memberi peluang kepada anak untuk belajar tertidur tanpa pengaruh luar. Sesekali cuba lepaskan susuan apabila melihat anak sudah sangat letih, biarkan mereka tertidur sendiri.
Ibu bapa sekalian, belajar untuk menenangkan diri sendiri dan seterusnya mudah tidur bagi anak-anak ini sememangnya memerlukan masa, kesabaran, ruang dan tenaga, sama ada bagi ibu, ayah dan bayi itu sendiri. Ada anak yang memerlukan masa yang lebih lama daripada yang lain untuk mempelajarinya. Setiap anak tidak sama.
Bersabar dan teruskan dengan langkah yang anda lakukan sekarang. Lakukanlah dengan cara yang paling tenang, mudah dan penuh kasih-sayang. Sentiasa percaya bahawa suatu hari nanti ianya pasti akan mudah buat anak-anak kita.
Jangan baca saja ya, moga mak ayah boleh amalkan tip ini pada anak-anak kecil yang susah nak tidur malam. Semoga bermnafaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!