Kebahagiaan dan kemewahan adalah dua cara yang berbeza. Mungkin ada keluarga bahagia tapi hidup seadanya. Ada yang mewah tapi tak bahagia. Sebab itulah, dalam hidup keluarga, kena cari harta untuk kesenangan dan meneruskan kehidupan yang mendatang.
Namun, jangan ingat cari harta ini hanya pada seorang yang bergelar lelaki atau suami. Sementelah soerang isteri rumah hanya serahkan segalanya pada suami. Dengan kata lain bergantung harap padanya semata-mata.
Kadang-kadang, kita tak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang. Ditakdirkan berlaku perpisahan atau kematian pada pasangan, pada siapa yang kita harapkan. Sebabnya sebelum ini hanya suami saja yang menanggungnya.
Bukan bermakna, semua isteri harus bekerja untuk cari harta sendiri. Sebenarnya ada cara lain yang boleh isteri lakukan atau mendapatkan harta sendiri, walaupun tidak bekerja.
Inilah yang dikatakan oleh Anie Alja dalam perkongsiannya. Bila sudah berkahwin, sebagai isteri jangan serahkan segalanya pada suami semata-mata. Cari harta sendiri untuk persiapan diri. Kita tak tahu jodoh kita dengan pasangan. Minta dijauhkan dari yang tidak diingini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Mak Ayah Meninggal Serentak, Fahami Pembahagian Harta Pusaka, Jagalah Kebajikan Anak Kecil
Bila Isteri Meninggal, Bukan Semua Harta Milik Suami Tapi Ada Hak Waris Lain
Info Lebih Menarik DI SINI
Cari Harta Sendiri Sebagai Persiapan Diri
Semakin banyak terbaca nasihat minah-minah yang suruh perempuan cari harta sendiri sebelum kahwin. Poin paling bernas, kalau kena cerai, kita taklah jadi anjing kurap.
Ya, baca sekali tak salah. Bernas pun nasihat itu. Kita belajar tinggi-tinggi, harus ada kerjaya sendiri, ada harta sendiri. Suami tak boleh sentuh. Wah, gagah sangat bunyinya. Matang sangatlah buat perancangan. Sediakan payung gerai warna pelangi sebelum ‘berjudi’ dalam sebuah perkahwinan.
Dalam buku tulisan HAMKA berkenan perempuan, beliau kata hanya agama Islam memartabatkan kedudukan orang perempuan dalam masyarakat. Antaranya, kalau kita ada mak ayah mampu dan berharta. Harta kita, bukan milik suami walaupun kita sah dimiliki atas lafaz akad.
Kalau perempuan orang putih, bila berkahwin, habis semua harta tok nek mak pak, jadi harta suami. Sudahlah kena tukar nama bapa, ambik nama keluarga lelaki, harta benda pun sama, semua berpindah tangan.
Kita orang Islam, harta mak ayah tetap harta kita (perempuan) walaupun suami ‘mengecek’. Jangan bagilah. Harta kita cari, lagilah bukan milik suami kalau kita beli sebelum menikah dengan dia. Dan kita jangan bodoh buat pinjaman sebab sayang paa suami sampai tak beragak-agak.
Masalah sekarang, selepas kahwin ada isteri yang terkena virus ‘ikut saja kata suami. Tak boleh berfikir, hilang ingatan, buang kawan dan buang mak ayah, tukar nama ayah ke nama suami. Itu dah kenapa? Agama Islam tak suruh tukar nama ayah sendiri ke nama keluarga suami? Kenapa buat?
Selepas itu, isteri buat persiapan takut-takut kena cerai oleh suami. Kalau kahwin dengan hujung-hujung akal akan ‘kena cerai’, selepas itu beriya-iya kumpul harta, baik jangan kahwin. Bahaya. The seed is already in you, it will grow.
Bila dengan suami sendiri pun tak percaya, ‘dia akan ceraikan aku’, baik sorok beli rumah, beli emas, sorok itu dan sorok ini. Bayangkan bagaimana cara kalian bermuafakat dalam sebuah perkahwinan. Jangkaan kita itu akan SAMPAI, suatu hari nanti. Ya, lambat atau cepat saja sebab dalam hati sentias fikir keburukan suami dan risau akan kena cerai.
Buat Terbaik
Percaya pada pasangan, buat yang terbaik dan buat persiapan dalam mengurus harta.
Betul, isteri wajib ada duit sendiri tapi tak semestinya kena kerja luar. Duit boleh datang dalam bentuk elaun/nafkah suamii, tak salah pun. Bukan cari duit sebab takut kena cerai. Buatlah bisnes pun, bukan sebab takut kena cerai.
Buat wasiat, buat tabung kecemasan, tabung pelajaran anak-anak. Ambil insurans dan ambil MRTA, buka fail harta sepencarian. Banyak cara lain, selain menakutkan perempuan cari harta sebelum kahwin.
Sebelum kahwin perempuan cukup pandai belajar tinggi, beli harta, cari serba-serbi, lepas kahwin terus berubah tak boleh fikir.
Kenapa?
Sumber: Anie Alja
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI