Datuk Jamal Abdillah bersyukur apabila mengetahui isterinya kini sedang hamil. Menerusi temubual bersama program Wafa TV, penyanyi lagenda itu memanjat rasa kesyukurannya dengan rezeki yang dikurniakan pada usianya 63 tahun.
Datuk Jamal Abdillah Bersyukur Bakal Timang Anak Kelima
Isteri Jamal iaitu Datin Zai Izzati, 26, kini hamil 12 minggu. Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Selain El Issac, pasangan ini mempunyai seorang lagi cahaya mata yang diberi nama Nur Azura Yamani, 1.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.
“Alhamdulillah isteri akan berpangkat sarjan, tiga calit nanti. Nak dapat satu lagi jadi tiga orang anak. Kandungan isteri kini sudah memasuki tiga minggu.
Ads
“Syukur dengan rezeki yang Allah bagi. Kalau boleh, saya nak anak perempuan lagi kerana dah ada tiga anak lelaki sebelum ini,” ungkap Jamal yang sangat seronok apabila mengetahui isterinya hamil dan bakal melahirkan tahun hadapan.
Sementara itu, Izzati, turut meluahkan kegembiraan sama apabila hamil lagi selepas melahirkan cahaya mata keduanya, El Issac Yamani pada 11 November, tahun lalu.
“Alhamdulillah saya kini hamil 12 minggu. Lepas ini bertambah lagilah kerja,” jawab Izzati sewaktu diwawancara oleh Syed Wafa.
Mingguan Wanita : Tahniah Datuk Jamal Abdillah dan Datin Zai Izzati.
Sumber : Wafa TV
Sumber Instagram : Instagram Jamal Abdillah Official & Instagram Zai Izzati
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sherie terharu bantuan segera dihulurkan kepada keluarganya. Malah dirinya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan pasangan suami isteri dari Kumpulan Megaklinik Zafran yang disapa dengan panggilan Abang Long dan Kak Long.
Sebelum ini tular, pelakon Sherie Merlis, 48 telah merayu orang ramai untuk membantunya mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu keluarganya yang terperangkap di dalam rumah, apabila adik perempuannya positif Covid-19.
Pada video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, Sherie menjelaskan, apa yang membuatkan dia buntu apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta adiknya pulang ke rumah dalam keadaan positif Covid-19, sedangkan di rumah mereka turut dihuni 10 ahli keluarga lain, termasuk ibu bapanya yang sakit dan bayi berusia 10 bulan.
Dek kerana rayuan itu juga Fizz Fairuz dan Nafidz Razak dari Kumpulan Megaklinik Zahran telah sudi menghulurkan bantuan dengan kadar segera. Malah adiknya juga telah dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19di Royal Chulan, Kuala Lumpur untuk tempoh 10 hari.
“Selepas menjalani ujian calitan, ahli keluarga lain termasuk saya menjalani kuarantin kendiri di rumah sahaja. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan pada abang long dan kak long dari Kumpulan Megaklinik Zafran, Allah sahaja maha baik balasannya. Terima kasih juga pada Datuk Fizz Fairuz.
“Adik saya rasa bersalah sebab suami dan anaknya dijangkiti. Selepas ujian calitan mereka terus dihantar ke pusat kuarantin. Segala proses dan kerja dipermudahkan, dan saya tenang bila adik pergi ke pusat kuarantin di Royal Chulan, selama 10 hari. Hanya Allah Saja Mampu Membalas semua kebaikan. Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat bila semua dipermudahkan. Terima kasih sangat-sangat.
“Setiap ahli keluarga saya juga ucapkan terima kasih atas tindakan pantas yang diambil. Dan penerangan dari Kumpulan Megakinik Zafran cukup jelas untuk kami disini menjaga diri kitorang.
“Saya juga ingin minta maaf tak dapat layan menjawab panggilan telefon sebab saya sangat sibuk memandangkan saya seorang yang kena buat kerja. Dari memasak, sanitasi rumah, uruskan mak dan anak-anak.
“Saya juga rasa sangat terharu, saya ingatkan tak ada kawan, saya tak jangka akan ada orang ambil berat tentang saya. Saya cuma nak tahu saja ke mana saya boleh mendapatkan rujukan. Alhamdulillah terima kasih sangat-sangat dan kepada siapa yang menghubungi saya nanti saya akan baca dan balas, tunggu saya tenang,” ungkapnya.
Menurut Nafidz Razak kini keluarga Sherie dipantau rapi oleh pasukan Megaklinik Zahran.
“Bila ramai yang tag tentang @sheriemerlis , abglong dan pasukan @kumpulan_megaklinik_zahran terus bergegas untuk melihat sendiri keadaan keluarga sherie. Alhamdulilah semua telah menjalani ujian saringan covid19 dan kini dipantau rapi oleh pasukan Megaklinik Zahran.
“Adik sherie juga telah dibawa ke pusat kuarantin & rawatan covid19 bersama suami dan anak-anak yang positif kerana keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk kuarantin kendiri.
“Terima kasih pada Dato’ @fizzfairuzofficial yang pantas menghubungkan abglong dan sherie. Terima kasih juga kepada pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan @kementeriankesihatanmalaysia yang telah memudahkan segala urusan tadi.
Terima kasih Dr @sazarulzafirah , Dr @muazmahmudm , Matron @ilhamsofiyyah & MA @amirul.aimannn,” tulis Nafidz Razak.
Jika mempunyai rezeki lebih, bersedekah pada ahli keluarga, sahabat handai mahupun golongan yang memerlukan merupakan satu amalan yang mulia. Apatah lagi, amalan ini diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Dalam diam-diam rupanya sudah lebih sebulan komposer, penulis lirik, pelakon dan bekas penyanyi genre Hip Hop, Altimet serta kawan-kawannya aktif memberi bantuan serta sumbangan makanan dan keperluan harian buat golongan yang terkesan di kawasan kejiranannya akibat pandemik Covid-19 ini.
Terbaru, pemilik nama Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 42 sanggup mencatu 30 peratus daripada perbelanjaan makanan keluarga sendiri demi membantu jiran-jirannya yang terjejas.
“Sempena tahun baru Hijrah dan Hari Kebangsaan yang bakal menjelang, disini saya ingin mencatu makanan keluarga saya secara sukarela, dengan niat untuk berkongsi rezeki dengan jiran-jiran yang lebih memerlukan.”
“Kami sekeluarga akan memberi 30% dari perbelanjaan makanan kami ke usaha-usaha menolong jiran-jiran kami dan memasak sekali sehari sahaja.”
Disamping itu, Altimet yang cukup popular dengan lagu “Amboi” ini turut menggalakkan sesiapa sahaja untuk melakukan perkara yang sama, membantu semampunya tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, warna kulit atau pendapat.
“Sesiapa yang nak buat perkara yang sama, salurkan bantuan anda kepada mana mana NGO atau kenalan yang memerlukan. Supaya hajat dan niat kita membantu tercapai. Tiada manusia di Malaysia yang terpaksa berlapar dan dahaga. Selagi kita mampu, menolong jiran-jiran kita tidak harus mengambil kira perbezaan bangsa, agama, warna kulit atau pendapat.”
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, tahniah Altimet atas usaha kecil ini namun besar maknanya bagi golongan yang memerlukan. Semoga ramai antara kita yang dapat mencontohi usaha seperti ini. Malah, tindakan Altimet catu makanan harus berikan pujian.
Kandungan nak masuk 7 bulan, “Semoga Wawa sentiasa dalam lindunganNya, jangan ‘tutup kilang’ ya” begitulah luahan Aeril Zafrel yang mendoakan kesejahteraan dan mengusik isterinya, tatkala berkongsi khabar mengenai kehamilan Wawa Zainal bersama pengikutnya di akaun Instgramnya.
Pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin atau Wawa Zainal,30 ini juga tidak menunggu lama untuk mengesahkan bahawa dirinya sekali lagi berbadan dua.
Ibu kepada tiga orang anak ini mengharapkan doa terbaik daripada orang ramai agar kandungannya yang kini melepasi usia enam bulan itu berada dalam keadaan terbaik sehingga tiba hari kelahiran kelak.
“Sebenarnya, saya memang hamil enam bulan, sudah nak masuk tujuh bulan. Alhamdulillah, keadaan saya OK,” luah Wawa seperti mana dilaporkan oleh Kosmo! Online.
Pasangan bahagi ini telah mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 20 bulan.
Malah suaminya yang juga pelakon dan usahawan berjaya, Aeril Zafrel berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya. Aeril juga meluahkan rasa bersyukur dan memohon doa untuk dikurniakan cahaya mata dimakbulkan.
“Alhamdulillah Ya Allah, doa dimakbulkan, dapat baby nombor empat. Tinggal nak satu saja lagi.
“Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi. Doa yang baik-baik ya. Terima kasih semua.
“Semoga Wawa sentiasa dalam lindungan-Nya. Terima kasih sayang. Jangan ‘tutup kilang’ dulu ya,” tulis Aeril yang sempat bergurau untuk mencukupkan lima orang anak dan meminta Wawa ‘tidak tutup kilang’.
Wawa juga berasa sangat bersyukur dengan rahmat yang dikurniakan Ilahi ini. Malah Wawa, dalam hantaran berasingan turut mengucapkan terima kasih atas doa-doa yang dipanjatkan.
“Alhamdulillah, terima kasih atas doa-doanya. Wawa doakan sesiapa yang masih ikhtiar hamil, dipermudahkan dan anda pun rasa dapat zuriat sendiri suatu hari nanti,” luah ibu yang cukup cantik dan ceria ini.
Sumber Foto : Instagram Aeril Zafrel & Instagram Wawa Zainal
Mingguan Wanita : Tahniah buat Wawa Zainal & Aeril Zafrel. Semoga segala urusan Wawa dipermudahkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!