Sebaik sedar dari tidur, perkara pertama yang mak-mak fikir tentulah hidangan untuk keluarga. Sudah tentulah tempat pertama yang dituju adalah dapur. Inilah tempat yang banyak masa dihabiskan oleh mak-mak.
Begitu juga, kalau mak-mak nak beli rumah, perkara pertama yang difikirkan adalah keluasan dapur. Kalau ada duit lebih, dapurlah tempat yang mesti awal-awal untuk di ubahsuai, lebih-lebih lagi mak-mak yang suka masak. Betul tak?
Namun, tak kisahlah dapur itu kecil atau besar, paling penting mak-mak nak tengok dapur sentiasa kemas sebaik digunakan. Segala barang, periuk kuali, pinggan mangkuk dibersihkan dan tiada yang tertinggal di dalam sinki.
Mahunya, sebelum tidur pun, mak-mak akan pastikan dapur sentiasa bersih. Barulah boleh tidur dengan lena dan tenang.
Perkongsian daripada #Superdaddy ini ada benarnya tentang dapur boleh menentukan mood mak-mak seharian. Janganlah anak cuba nak berselerak dan janganlah sesekali nak tinggal pinggan kotor di dalam sinki.
Antara benda yang aku paling malas, namun aku paksa diri buat setiap malam adalah kemas dapur.
Kenapa aku paksa diri?
Sebab, dapur ni menentukan mood aku esok pagi. Kalau bangun pagi pergi dapur dan tengok segala mangkuk pinggan dalam sinki dan segala mak nenek benda ada atas table top tu maka aku terus hilang mood.
Ads
Bukan setakat hilang mood, stres pun ada, malas pun ada dan meluat pun ikut serta.
Mood pagi biasanya akan menentukan mood kita seharian. Jadi sebolehnya aku nak mood pagi aku best-best sahaja. Bangun pagi ke dapur nampak semua kemas, elok maka semangat sikit nak buat sarapan, semangat nak plan masak apa dan rasa semangat sikit nak mulakan hari.
Anak-anak bangun dan terus sepahkan living room tu pun aku cool jer sebab mood aku baik. Tapi kalau dapur berselerak dan budak-budak tu tambah lagi sepah maka beranginlah aku hari tu.
Nadi Rumah
Dapur ni bagi aku adalah nadi sebuah rumah atau ibarat “engine room” bagi sebuah kapal. Kalau yang ni semua ok, Insya-Allah yang lain ikut ok.
Sebab tu walaupun malas tahap tak boleh bincang dah atau aku tertidur awal, aku akan bangun malam dan gagahkan diri turun ke bawah dan kemaskan jugak.
Sesungguhnya dapur itu pemberi bahagia.
Majulah dapur untuk keluarga.
P/s. Para suami yang asyik geledah dapur lewat malam tu mohon kemas balik dan basuh pinggan lepas makan supaya isteri korang tak bad mood esok pagi.
Sekian.
#SuperDaddy
MW: Dapur bukan hanya nadi rumah, tapi ia adalah tempat yang beri rezeki pada keluarga. Oprang tua-tua cukup marah kalau dapur tak dibersihkan sebelum tidur. Nanti syaitan-syaitan datang menghinggap.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Ads
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
1. JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021. ( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Geramnya mak ayah bila anak tak duduk diam. Ada saja benda yang nak dibuatnya. Mak ayah marah, sekejap saja dia diam. Lepas tu buat balik.
Ini belum lagi anak-anak bergabung sesama mereka. Boleh huru hara rumah. Lepas tu, mulalah dengar salah seorang daripada mereka menangis. Adalah perkara yang tak puas hati.
Biarlah anak tak duduk diam dan melasak sana sini. Itu tandanya anak bijak dan sel-sel otak mereka berhubung. Seperti apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini
Tak boleh diam walau sekejap, ada je kaki nak merayap, ada saja tangan nak mengisai.
Itulah ciri-ciri budak bijak!
Ingat senang ke nak sentiasa aktif & sentiasa ada je benda yang nak di buat.
Semua ini perlukan otak yang aktif.
Kalau otak pasif badan anak tak bergerak, kaki dia tak nak merayap dan tangan dia memang malas nak mengisai.
Bonus, makin banyak kita bagi anak bergerak makin bijak dia akan jadi. Serius!
a) Setiap kali badan dia bergerak, banyak sel otak baru akan terhasil.
b) Semakin banyak dia cuba benda baru, semakin banyak sel sel otak berhubung.
c) Bahkan jika bahagian badan kanan banyak bergerak, makin cekap otak kiri dia jadi.
d) Jika bahagian badan kiri yang banyak bergerak, otak kanan pula makin cekap.
e) Mana-mana badan gerak pun, tetap otak juga dapat banyak manfaat.
Mana tak bijaknya anak kita tu.
Makin melasak, makin panjang akal jadinya.
Kalau dinding tak kena conteng, sofa tak kena lompat atau mainan tak bersepah, tak cukup bijak lagi la tu. Bagi dia melasak lebih lagi ye.
Wallahu A’lam.
Mingguan Wanita : Betul tu. Bagilah dia melasak, asalkan tidak melukakan badan sudah!
Segala yang berlaku dalam kehidupan kita, semuanya adalah ‘bersebab’. Sebab DIA tahu kita mampu atau tidak untuk melaluinya. Begitu juga jodoh kita dengan pasangan. Semuanya kerana bersebab.
Pernah kita dengar dan lihat, bercinta bagaik nak ‘rak’ dan bertahun-tahun lamanya. Akhirnya, pasangan ini bertemu jodoh dengan orang lain. Sebab apa? Semuanya kerana SEBAB.
Begitu juga dalam memperolehi rezeki. Sesetengah orang ada yang tidak berkahwin lagi kerana duit tidak cukup dan bimbang bila berkahwin tidak mampu untuk menyara keluarga. Ada juga yang sudah berkahwin tapi rezeki sentiasa tersekat.
Apa yang boleh dikatakan, semua itu berlaku kerana SEBAB. Kerana SEBAB inilah ia menjadi satu rezeki. Apa yang boleh dikatakan, setiap yang berlaku itu, usahlah mengeluh dan Allah lebih mengetahui segalanya. Teruskan kehidupan dengan lebih baik.
Perkongsian daripada Imam Muda Hassan Adli ini boleh dijadikan panduan untuk suami isteri, lebih-lebih lagi dalam bab-bab rezeki. Sebab, jika isteri terluka, rezeki suami boleh terhalang. Sebab itu jugalah ia menjadi salah satu pintu rezeki.
Isteri ibarat penarik rezeki bagi si suami. Terlukanya hati isteri maka akan terhalanglah rezeki suami.
Kenapa kita berkahwin? SEBAB apa?
SEBAB Dia nak luaskan rezeki suami.
Tahukah kita di saat kita menikah, sebenarnya Allah telah melipatgandakan rezeki kita. Dia mengurniakan isteri dan anak dalam tanggung jawab kita. Maka Dia juga menitipkan rezeki mereka di tangan kita. Jika sebelumnya kita miskin Allah akan mencukupkan rezeki setelah kita berkahwin.
Firman Allah, “Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan, JIKA MEREKA MISKIN MAKA ALLAH AKAN MENJADIKANNYA KAYA dari kurniaNya karena Allah itu adalah Maha Luas PemberianNya lagi Maha Mengetahui” (Surah An Nur : 32)
Jangan Main-main
Jadi, jangan main-main dengan SEBAB-SEBAB yang berlaku dalam kehidupan kerana setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita ada sebabnya yang tak terjangkau dek akal.
SEBAB adalah salah satu kunci kepada pintu rezeki.
Hassan Adli
Suami yang banyak dosa dengan isteri
#jiwatenang
MW: Kalau buat isteri rasa sedih dan terluka pun boleh jadi asbab rezeki terhalang..ingat tu wahai suami.
Mengandung dan beranak bukanlah hal yang besar tetapi bab mendidik anak adalah bahagian paling sukar apatah lagi kita di akhir zaman dan zaman moden sekarang ini.
Mungkin setengah orang tidak peka bila bertanya soal menambah anak kerana masing-masing pasti ada pegangannya dalam hidup termasuklah hal anak.
Bukan mudah mendidik dalam dunia moden, namun jika anda seorang mak,ayah yang berjaya mendidik anak secukupnya makan tiada salahnya beranak ramai. Segalanya bergantung kepada kemampuan dan juga rezeki daripada Allah SWT juga.
Jangan pula kita tidak mahu beranak ramai, menyalahkan orang beranak ramai. Masing-masing miliki pilihan masing-masing dan acuan hidup sendiri. Jadi berbalik pada mak,ayah sama ada memilih untuk beranak ramai atau sedikit.
Tapi bab mendidik dan membesarkan anak… Itu part paling sukar sekali sebenarnya.
Kalau masih belum berjaya didik boboiboy kuasa 2 ini (anak lelaki sedia ada). Lebih baik jangan berangan nak tambah lagi.
Jaga amanah yang dianugerahkan ini betul-betul dulu.
Duit bukan isu utama rezeki buat anak itu ada, ulat celah batu pun boleh hidup insyallah.
Tapi ini bab mendidik, membesarkan nak menjawab kat akhirat nanti.
Akhlaknya, Agamanya, Ilmunya, jati dirinya.
Diri sendiri pun banyak khilaf yang nak betulkan.
Tipulah kalau tak pernah rasa fail as mother.
Tipulah kalau tak pernah rasa tak layak pun jadi mak sebenarnya,
Tipulah kalau tak pernah rasa kena marah sebab anak,
Tipulah kalau tak pernah nangis sebab anak,
Tipulah kalau tak pernah rasa stres dan murung.
Tipulah kalau tak rasa struggle cari duit untuk anak.
Tipulah kalau tak rasa gagal kawal marah.
Didik cara nabi ?
Masih jauh tersasar, masih menggali ilmu parenting.
Jadi nak tambah anak lagi ke?
Officially jawab nanti dulu.
Anak itu anugerah, anak itu rezeki,
Anak itu amanah, anak itu ujian.
Anak tu membebankan kah?
Tak, dia tak membebankan tapi dia datang dengan pakej cabaran.
Cabaran bukan dari anak itu sendiri saja, tapi kau faham-faham sajalah kita di akhir zaman.
Cabaran dari segenap sudut menyerang anak kita. Kesihatan, ideologi, fahaman, politik, psikologi, spiritual, kognitif, komunikasi, teknologi dan banyak lagi.
Dua orang yang ada ini baru peringkat tumbuh pucuk, belum jadi putik pun,
tunggu masa dia jadi rebung untuk dilenturkan.
Kalau sudah nampak rebung mula ikut alur lentur, barulah kita tambah rezeki lagi ya.
Hak suami untuk dilayan dan dibelai isteri.
Tapi hak untuk mengandung & beranak itu hak isteri.
Dia pun sama-sama berjuang mendidik dan menjaga dua urang anak yang diamanahkan ini. Semestinya suamilah yang paling kuat berjuang, cabaran dia lebih getir lagi.
Sebab bukan mendidik anak-anak saja, malah perlu tarbiah isterinya yang banyak khilaf dan selalu beremosi ini. Dosa kami dia akan tanggung nanti jika dia tak jaga betul-betul. Belum kira lagi urusan nafkah, & tanggungjawab kepada ibu bapa.
Bercinta, berkahwin, ada anak memang indah, jangan fikir seronok saja tapi amanah buat ala kadar saja.
MW: Jika mak, ayah mampu beranak ramai tidak ada salahnya. Yeng penting bagi sesebuah keluarga, beranak ramai atau sedikit perlukan persetujuan kedua-dua belah pihak, sama ada dari pihak isteri atau suami. Barulah tak terbeban jika dikurniakan anak kelak kerana masing-masing setuju.