Konsep berkira sebelum berkahwin tak ramai yang berani praktik. Sebabnya masa bercintan cintun inilah apa saja kekasih hati nak, anda suakan.
Misalnya bila dia mahukan gajet atau beg jenama, anda pun belikanlah. Bila dah kahwin, dah jadi yang sah dan anda tak lagi membeli untuknya. Mulalah keluar ayat, ‘Dulu masa bercinta, semua dapat. Sekarang, kedekut, berkira’
Jangan salahkan pasangan, sebabnya anda juga yang ajar masa dia jadi kekasih anda dulu.
Perkongsian Puan Zuriyati Isa tentang konsep berkira semasa bertunang boleh dilihat sebagai satu tindakan yang bijak. Dan apabila tunang sudah sah menjadi suami hubungan jadi lebih tenang dan mudah, sebab bab berkira sudah dilupuskan dalam hubungan suami isteri ini.
Masa saya bertunang dulu, tunang saya nak beli kereta. Dia perlukan penjamin.
Dia tanya saya, boleh tak saya jadi penjamin dia?
Saya jawab, “Tak.”
Beberapa kawan saya bertanya, “Kenapa kau tak nak jadi penjamin dia? Dia kan tunang kau? Nanti kau juga yang guna kereta tu.”
Selagi masih belum ada akad yang sah, saya tak akan libatkan diri sepenuhnya dalam urusan dia. Begitu juga dengan dia. Apatah lagi urusan berisiko macam jadi penjamin tu.
Jangan salah faham. Tunang saya adalah orang yang saya paling percaya. Saya tak pernah jumpa orang sebaik itu dan saya tak pernah jumpa orang yang saya sangat percaya macam itu.
Tapi saya tak suka buat keputusan ikut perasaan. Kalau saya mahu jadi penjamin, kerana saya mahu jadi penjamin atas perkara-perkara yang saya sudah pertimbangkan. Bukan kerana saya suka dia.
Hal-hal dunia macam ni, apatah lagi melibatkan wang ringgit dan soal hati, sangat mudah memporak perandakan hidup kita.
Ads
Tunang saya pasrah saja bila saya tak nak jadi penjamin dia. Saya pun pasrah saja kalau kami putus hanya semata-mata sebab saya tak nak jadi penjamin
Akhirnya, tunang saya dapat juga beli kereta itu tanpa penjamin. Dan alhamdulillah, kami kahwin juga.
Selepas kahwin, kereta tu kami sama-sama bayar dan tak ada satu pun harta benda kami yang kami berkira nak kongsi sama. Semua kos kerosakan dan maintenance, kami bayar sama-sama. Kadang-kadang, saya bayar saja guna duit gaji saya ebagaimana dia tak pernah berkira memenuhi apa-apa yang saya teringin bila dia mampu.
Alhamdulillah.
Pegang Nasihat Ini
Adik-adik.
Ads
Bercinta ni jangan ikut perasaan. Jangan hanya kerana sayang, kita sanggup buat apa saja untuk dia. Bukanlah maksudnya kita tak nak berkorban langsung. Tapi gunakan akal.
Kita bukan meminta yang buruk-buruk atau nak bersangka yang bukan-bukan. Tapi lebih baik kita mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik.
Jangan kongsi akaun selagi dia belum jadi pasangan sah kita. Kongsi nama beli rumah. Kongsi nama beli kereta. Setuju saja bila diminta jadi guarantor. Hulur saja bila setiap kali dia nak pinjam wang.
Cinta is cinta. Tapi batas tetap batas. Perasaan sayang tidak menjamin yang kita akan bahagia selama-lamanya.
Tapi, bila dia dah sah jadi pasangan kita, jangan ragu-ragu lagi dengan perasaan kita. InsyaAllah, ada pahala yang Allah beri dalam setiap pengorbanan kita untuk dia. Dialah suami kita, isteri kita. Syurga dan neraka kita ada pada dia.
Janganlah sebelum berkahwin bukan main sanggup berkorban dan berikan apa saja. Bila dah kahwin, semua berkira.
Sewaktu ditemubual akui penyanyi Noraniza Idris setelah beberapa kali menolak, akhirnya bersetuju menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) sekali gus menyahut cabaran untuk memberikan sesuatu yang berbeza kepada peminatnya.
Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia dan cukup sinonim dengan perjuangannya memartabatkan lagu daripada genre berkenaan mengakui bukan mudah membuat keputusan menyertai GV7.
Keputusan Saat-Saat Akhir
Menurut Noraniza, 52, setelah mendapat restu daripada suami dan sokongan padu pihak pengurusannya, Mind Order, dia mula terbuka hati.
“Sebenarnya keputusan menyertai GV7 dibuat pada saat-saat akhir. Kalau ikutkan sebelum ini pun, Astro sudah beberapa kali menjemput saya untuk menyertai GV.
“Susah nak terima sebelum ini kerana saya merupakan penggerak tegar lagu Irama Malaysia dan tentunya saya hanya fokus pada irama itu setiap kali buat persembahan pentas. Sedangkan GV mempunyai konsep tersendiri dengan menampilkan seseorang penyanyi itu membuat persembahan dalam tugasan merentasi pelbagai genre. Bagaimanapun, setelah mempertimbangkan banyak perkara, saya akhirnya bersetuju untuk menyahut cabaran ini,” katanya.
Kelas Vokal
Menurut penyanyi yang turut disapa Kak Ani lagi, dia kini gigih membuat persiapan termasuk bakal menghadiri kelas vokal.
“Sepanjang tempoh 33 tahun dalam industri seni, saya tidak pernah belajar vokal dan ini merupakan pengalaman pertama kali buat saya. Demi GV7 saya akan melalui proses ini dan saya juga percaya akan berdepan dengan banyak lagi benda-benda baharu yang mungkin selama ini tidak pernah dilakukan,” ujarnya.
‘Legend’
Mengulas tentang anggapan sesetengah pihak yang mengangap dirinya tidak sesuai menyertai GV7 kerana sudah bertaraf ‘legend’ dalam industri, Noraniza mempunyai pandangannya sendiri.
“Memang saya tak nafikan ramai peminat saya pada mulanya tidak menggalakkan saya menyertai GV. Bagaimanapun saya ada misi tersendiri menerusi penyertaan dalam GV7, di mana saya melihat ia sebagai platform terbaik menarik perhatian beberapa pihak membuka pintu lebih besar kepada perjuangan Irama Malaysia. Saya lebih melihat kepada impak selepas program ini nanti,” luahnya.
Bersedia Terima Kritikan Juri
Diaju adakah dia bersedia untuk menerima sebarang komen dan kritikan juri sepanjang program berkenaan berlangsung, jawab Noraniza;
“Saya tiada masalah dan boleh dengan terbuka kritikan juri profesional kerana pentas itu memang menjadi ruang mereka memberikan kritikan pada persembahan setiap peserta yang terlibat dan mendidik dalam masa sama. Bagaimanapun saya mungkin berdepan sedikit kesukaran untuk membiasakan diri dengan kritikan-kritikan daripada netizen di luar sana. Jadi awal-awal lagi saya motivasikan diri sendiri untuk tidak membaca atau melayan kritikan mereka kerana tidak mahu emosi terpengaruh dengan perkara negatif.”
Sumber Foto: Azrul Rafie – Astro & Instagram Noraniza Idris Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perkhabaran duka yang dikongsi oleh pelakon dan penyanyi yang lakonannya dikenali ramai menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2, Wafariena Roslan atau Wafa tentang pemergiaan kakak tercinta begitu menyentuh hati.
Seperti mana yang dikongsi menerusi Instagram Stories beberapa jam lepas, Wafa berkongsi beberapa keping gambar dan meluahkan;
“Pemergian Yang Dicemburui” Syahid Al-Fatihah.
“Allah bagi pinjam kakak tak lama. Baby comel sangat macam muka kakak”
“Wafa Cantikkan Lagi Kubur Kakak”
Selain itu Wafa juga turut berkongsi gambar tanah perkuburan;
“Nanti Wafa Cantikkan lagi kubur kakak nah. Al Fatihah”.
Ternyata kesedihan Wafa mengundang simpati para pengikutnya di Instagram apatah lagi pemergiaan kakaknya selepas melahirkan bayi kesayangan.
Mohon Doa Agar Baby Isma Zafri Anaqi Cepat Sembuh
Selain itu, Wafa juga turut memohon doa agar bayi arwah kakaknya yang sedang dirawat di wad bernama Isma Zafri Anaqi cepat sembuh.
“Adik baby kena kuat, adik baby ganti mamatau, semua orang tengah tunggu adik baby ni.
“Isma Zafri Anaqi, Nama yang diberikan oleh arwah. Hari ini baby dah bagi sikit tindak balas. Alhamdulillah mohon doa yang membaca. Terima kasih banyak-banyak”.
MW: Salam takziah buat Wafariena dan keluarga semoga tabah menghadapi ujian Allah ini. Semoga roh arwah kakak Wafariena dicucuri rahmat. Kami juga doakan baby Isma Zafri Anaqi juga diberikan kesembuhan segera.
“Hati Saya Dah Berpunya, Tak Berminat Nak Cari No 2,” itu antara reaksi daripada Menteri Kewangan, Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz,48 apabila namanya dikaitkan⠀oleh janji manis scammer.
Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.
Nasihat Jangan Mudah Terpedaya
Dalam perkongsian di Instagram, Tengku Zafrul nyata berasa terkejut apabila ada pihak menabur janji manis dan yang mengaku sebagai ‘Menteri Kewangan’. Beliau turut menasihatkan agar wanita tidak mudah terpedaya dengan penipuan yang dilakukan.
“Saya terkejut bila baca ada wanita terpedaya dengan janji-janji manis scammer yang mengaku Menteri Kewangan sehingga menyerahkan wang sebanyak RM4,200.”⠀
⠀
“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.”ujarnya.⠀
Tak Berminat Cari Isteri No 2
Disamping itu, ayah kepada empat orang cahaya mata ini juga menjelaskan bahawa dirinya tidak berminat untuk berkahwin lain (poligami) malah tak perlu sama sekali menerima ‘tawaran cinta’ untuk menjadi ‘isterinya’.
⠀ “Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2.” ⠀
“Pesanan ini juga khas untuk isteri saya,” ujar beliau.
Untuk makluman, Tengku Zafrul telah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Johanna, yang juga seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan. Pasangan bahagia ini juga dikurniakan dengan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.⠀
Mingguan Wanita: Semoga penerangan ini memberi penjelasan buat wanita, mahupun sesiapa sahaja agar jangan mudah percaya dengan segala ‘janji manis’ yang ditawarkan.
Pilih tema gothic vampire di hari sanding, pengantin akui peminat muzik metal. Sepasang pengantin menjadi tular di media sosial gara-gara memilih tema gothic vampire...