CARA Simpan LENGKUAS Mudah Guna, Elok Tak Melekat Tahan Berbulan! Lengkuas antara bahan dapur yang sering digunakan dalam masakan. Selalunya kita guna sedikit sahaja, baki lengkuas jadi lembik dan busuk jika salah cara simpan.

Ada caranya untuk menyimpan dengan betul lengkuas ni supaya tahan lama berbulan dan mudah digunakan ketika memasak nanti.

Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Faizah Husain ini sebagai rujukan;

Petua simpan lengkuas. Saja la nak share petua dapur. Rasanya ramai yang dah tau tapi takpe Kakzah bagitau pada hak muda-muda ni.

Lengkuas ni kegunaannya agak jarang juga kan, tapi kalau takde lengkuas tak sedap singgang dan rendang kamu tu dikk. Bau lengkuas ni kalau dalam singgang terus rasa nak ambik nasi.

Lengkuas yang jual kat kedai tu seketul gedabak besaq. Nak guna 5/6 hiris je. Ni Kakzah ajar cara nak simpan lengkuas.

Cara-Caranya:

1. Basuh kesan-kesan tanah dulu, buang kulit, hiris sampai habis dan basuh sekali lagi.
2. Susun hirisan lengkuas dalam bekas leper. Jangan bertindih atau sentuh satu sama lain. Simpan dalam peti beku hingga lengkuas keras macam air batu.
3. Keluarkan dari peti beku terus je masukkan dalam bekas tipuware atau plastik ziplock. Masukkan cepat-cepat sebelum lengkuas berair. Tujuan bekukan supaya bila kita nak ambil untuk masak lengkuas tak melekat satu sama lain. Tak perlu nak defrost semua padahal nak guna 3/4 keping.

CARA Simpan LENGKUAS Mudah Guna, Elok Tak Melekat Tahan Berbulan!

IKLAN

4- Simpan semula dalam peti beku. Tahan selamanya jika anda tak gunakan untuk memasak. Tahan lama dan lebih mudah cara ni berbanding rendam dalam air dan kena tukar air selalu.

Video 1
Proses membekukan lengkuas dan proses nak simpan dalam tipuware.

IKLAN

Video 2
Lengkuas yang dah lama simpan dalam peti sejuk beku. Nak guna ambil je. Tak perlu defrost semua sebab dia tak melekat.

Sekian dari Kakzah dengan ilmu yang tak seberapa ni.

IKLAN

Mesti Baca:Petua Kunyit, Lengkuas, Serai & Halia Kekal Segar Tahan Sehingga 2 Bulan, Lebih Jimat & Tak Membazir!
Baca Lagi Di Sini:CARA Simpan Ayam Elok Seketul-Seketul Tak Melekat, Senang Nak Masak!
Artikel Di Sini:Petua Dedaun Tahan Lama, Tak Kering, Simpan Dalam Freezer, Tak Perlu Rendam Air

Mingguan Wanita: Menarik tip yang dikongsikan ini. Jadi bila beli lengkuas, boleh simpan begini tahan berbulan. Elok tak melekat malah mudah nak gunakan untuk memasak nanti.

Sumber: Faizah Husain

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI