
Isi Kandungan
ToggleSetiap kali tibanya musim raya korban, perut lembu antara bahagian kegemaran ramai. Sedap dibuat kerabu, masak lemak cili padi dan sebagainya. Namun proses untuk membersihkannya agak renyah.Jika tidak dibersihkan dengan betul masih meninggalkan kotoran dan sangat berbau.
Menerusi perkongsian di TikTok Mieyra Gani, ada kongsikan cara pantas untuk bersihkan perut lembut ni. Hanya menggunakan waterjet dan kapur. Hasilnya, memang puas hati, bersih, licin dan putih bersih.
Bahan Diperlukan:
Waterjet
Kapur
Cara Membuat:
1. Rendam perut lembu dalam air kapur selama 30 minit. Biarkan seketika.
2. Kemudian, letak perut lembu di belakang kuali. Ia bagi memudahkan proses membersihkan perut lembu dan mengelakkan ia bergerak.
3. Gunakan ‘waterjet’ dan halakan ke arah perut lembu tadi.
4. Buat sehingga bersih.
Siap! Boleh direbus dan masak mengikut citarasa.
@mieyragani dah 30 tahun, kenapala aku baru terfikir nak buat cara ni 😌#fyp #fypシ #fypシ゚viral #harirayaiduladha #raya2023 #perutlembu ♬ original sound – เจ็ทแม่ม
Mesti Baca:Cara BERSIHKAN & RESIPI Perut Lembu Rebus Air Asam Paling Seksi!
Baca Lagi Di Sini:Rebus PERUT Campurkan Bahan Ni, Boleh Hilangkan Bau Hanyir!
Artikel Menarik:Resipi AIR LAWA, Cicah Daging Rebus @ Bakar, Sedap & Padu Mengalahkan Air Asam

Mingguan Wanita:Menarik juga tip yang dikongsikan ini, hasilnya memang elok putih bersih. Guna waterjet dan air kapur je.
Sumber: TikTok Mieyra Gani
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buah Betul-Betul ‘Fresh’, Beli Durian Pastikan Bahagian Tangkai Masih Lagi Bergetah!

Isi Kandungan
ToggleSekarang dah bermula musim durian. Merata jalan peniaga menjual buah durian dengan harga yang boleh tahan mahalnya. Bagi kita yang tak biasa atau kurang pengalaman beli buah durian, memang rugi kalau dapat buah yang tak ‘fresh’ dan tak berkualiti.
Sebenarnya ada beberapa cara untuk pilih buah durian yang elok.Salah satu tip asas dapat menentukan buah durian tersebut masih ‘fresh’ atau tidak boleh lihat pada tompok di tangkai buah tersebut. Pastikan bahagian tangkai durian masih lagi bergetah, barulah ia fresh.
Tip pilih durian yang dikongsikan sendiri oleh anak tokey dan pemilik dusun durian sendiri iaitu Puan Ida Royani boleh dijadikan rujukan.
Sedikit ilmu untuk yang tak biasa dan kurang pengalaman beli durian. Ilmu ni belajar daripada pengalaman hidup. Sebab cheq memang anak tokey dan pemilik dusun durian daripada durian kampung hingga ke variety yang baru.
Bila membeli durian:
1. Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah. Kalau yang baru luruh, pada bulatan tangkai tu akan ada rasa berlendir menandakan buah betul-betul fresh.

2. Jangan tertipu bila penjual cakap baru luruh. Tangkai akan semakin mengecut dan mengecil menandakan buah semakin kurang kualiti.
3. Pilih buah yang tidak pecah bontot. Buah yang baru tak akan pecah. Buah durian akan start merekah hari ke3. Ketika ini rekahan bentuk line di setiap alur pangsa. Semakin merosot kualiti semkin besar rekahan. Kualiti tempoyak je.
4. Jika suka rasa yang lemak manis-manis, pilih duri pendek dan sekata.
5. Jika suka yang jenis manis melenting tetapi ada rasa pahit sedikit, pilih duri yang melengkung sedikit. Biasa berduri panjang seinci.
6. Untuk mengenal pasti buah elok tak rosak atau bena. Cium setiap pangsa buah yang masak. Ada bau daripada setiap pangsa. Ni paling mudah.
7. Bagi yang professional kami akan;
A. Goncang Buah
Buah masak elok terasa ada gegar.
B. Teknik Menggaru Buah
Buah yang masak elok ada bunyi lompong. Manakala buah yang muda bunyi padat.
C. Durian Bukit
Durian bukit berbeza dengan durian kampung daripada saiz (2.5-3.0 kg sebiji dan lebih) tekstur isi, ketebalan isi dan bentuk duri.Duri lebih pendek berbanding durian kampung yang ditanam tanah rata.
D. Tentukan Jenis Warna Isi Durian
Di bahagian tangkai tu kikis. Ada beza warna pada kulit ari durian. Bila kikis sikit dengan kuku boleh tengok kulit ari durian. Ada yang hijau, ada yang coklat. Coklat pun banyak jenis sebb berbeza warna isi. Jika kulit ari kuning, isi juga kuning. Jika dikikis kulit tebal, isi pun tebal. Bagi durian bukit isi tembaga, buah durian sendiri coklat perang Macam tembaga.
Sedikit coretan ilmu dan tip pilih durian daripada seorang anak kebun. Sekadar berkongsi ilmu sahaja.Sebab kesian beli mahal-mahal tapi buruk. Yang menjual tu diaorang bukan pemilik kebun, sebab tu mereka kejar untung.




Baca Lagi Di Sini :
Untunglah Penggemar Durian, Raja Buah Ni Rupa-rupanya Dapat Tenangkan Fikiran Dan Atasi Insomnia
Punyalah Banyak Khasiat Durian Belanda, Patutlah Ramai Yang Suka & Cari Buah Ini!
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian tip pilih durian ini bermanfaat. Jadi bila nak beli durian tu, tip asas pastikan pilih tangkai yang bergetah barulah buahnya fresh, baru luruh.Tak laa rugi beli mahal-mahal tapi buah duriannya dah tak elok.
Sumber: Ida Royani
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cabaran Mama Menyusukan Bayi, Sama Tapi Mungkin Ada Mak-mak Yang Tak Pernah Lalui Pun Situasi Ini

Tak senang tapi ini antara cabaran Mama menyusukan bayi yang kadang orang lain tak lalui dan rasa. Aku bukanlah Mama yang betul-betul 100 peratus beri breasfeeding (BF) pada semua anak. Sebaik je masuk kerja selepas cuti bersalin dua bulan, terus anak minum susu formula (FM). Tapi itu hanya bila dihantar ke rumah pengasuh dan bekalan stok susu tetap diberikan setiap hari sebab pam susu di pejabat. Bila balik ke rumah dan cuti hujung minggu memang susu formula tak ada langsung dalam simpanan.
Di rumah pengasuh pula, satu lagi masalah bila anak tak nak menyusu guna susu botol. Jenuh pengasuh suakan puting susu ke mulut, hanya digigitnya puting susu dengan gusi sahaja. Minum pun bila dia betul-betul dahaga.
Waktu petang, masa untuk ambil anak di rumah pengasuh. Tak sabar nak jumpa si kecik nie. Dari jauh, dia dok perhati je mamanya. Mungkin minta diambilkan. Hilang penat bila tengok wajah anak. Masuk aje dalam kereta, anak mula merengek-rengek. Apalagi, mesti dah tak sabar untuk BF, walhal di rumah pengasuh baru aje lepas minum susu. Dok dalam kereta susukan anak, sudah tentu makan masa lebih 15 minit supaya dia betul-betul kenyang, tidak meragam dan memudahkan kita untuk memandu kereta dengan tenang sampai ke rumah.
Rasanya semua ibu mesti lalui benda yang sama seperti aku. Atau mungkin juga tidak pernah alami seperti yang aku ini. Tapi itulah hakikatnya, bila mama bekerja dan anak-anak perlu di hantar ke rumah pengasuh atau taska.
Anak menangis semasa bawa kereta ke pejabat? Itu sudah perkara biasa bagi aku. Padahal sebelum ke tempat kerja, bagi dia BF kenyang-kenyang. Anak lelaki, mesti kuat menyusu. Bukan dia seorang, abang-abangnya pun sama., setiap kali dalam kereta mesti menangis nak menyusu.
Jalan terbaik, aku sanggup berhenti mana-mana tempat untuk memberi laluan pada si kecil ini. Mujur anak-anak yang lain sudah faham sebab apa mamanya berhenti di tempat letak kereta.
Pernah juga, dalam perjalanan ke tempat kerja waktu pagi. Si kecil menangis, nak menyusu dan sudah tentu dalam masa yang sama nak tidur. Jika berhenti, makan masa lama pula untuk susukan dia.

Biasa kita tengok bila lampu isyarat merah atau abang polis trafik sedang bertugas, orang perempuan mula keluarkan alat mekap, betulkan tudung dan sebagainya. Inilah masa yang diambil oleh mereka bila dalam kesesakan lalu lintas. Lain pula dengan aku, susukan si kecil sekadar untuk hilangkan dahaga dan tidak meragam semasa kita memandu.
Rasanya, demi anak-anak, ibu sanggup buat apa sahaja. Biarlah orang lain cakap apa sebab mereka tidak alami apa yang kita lalu ini. Bab menyusu dalam kereta sudah settle, belum lagi dengar hiruk pikuk anak gaduh sesama mereka dalam kereta. Haru biru di buatnya. Sabarlah mama….
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
TIP KEMAS Keperluan UMRAH, Pergi Tak Berat Balik Beg Tak ‘Beranak’!

Bagi yang pertama kali berpeluang untuk menunaikan umrah di tanah suci memang agak buntu juga untuk menyediakan keperluan yang perlu dibawa. Bukan apa, kalau boleh satu almarilah nak dibawa.
Sebenarnya ada tip ringkas untuk kemas beg dan barang-barang yang diperlu dibawa. Barulah sewaktu pergi beg tak berat dan waktu balik nanti beg pun tak ‘beranak’ atau bertambah-tambah.Namun tip ini juga bergantung pada kesesuaian diri sebagai panduan.
Baca perkongsian tip daripada Puan Zuraida Lazni ini sebagai rujukan;
Tips untuk ke Umrah atau Haji, supaya balik nanti beg tak beranak, bagi Muslimah. Brutal version :
1. Bawa baju untuk 1-2 hari sahaja, selain nya beli je, sebab last-last pun mesti terbeli… eh.. ni cantik nyeeer.. terbeli.
2. Bawa satu sandal saja, tak payah bawak 2-3 kasut. Konon nak mendaki laaa… apa laa.. bawak sandal yang senang nak sodok kaki and yang kat sole ada grip, lantai marble, nak kena balance kalau sole licin, nak bukak-pakai masa masuk keluar masjid. Fast game. Silap-silap sandal tercampak.
3. Bawa satu set telekung saja, tak payah nak konon tukar-tukar telekung, sebab travel agent akan kasi mini telekung, nanti itu-itu jugak yang ko pakai.
4. Bawa disposable panties… dah pakai buang, tak payah sibuk nak cuci. Bawak dari sini, sebab kat sana takde… susah cari. Tanya Pak Arab/Bangladeshi dorang tak faham.
5. Bawa panty liners, sebab kat sana mahal.
6. Bawa sock yang mudah wuduk, jadi tak menyusahkan nak bukak, pakai… kaki basah-basah.
7. Bawa 1-2 helai instant tudung yang panjang, senang sarong untuk pergi makan, so mini telekung tak kotor terpercik Kambing Nasi Arab.
8. Kalau sakit, pergi doctor yang travel agent dah bayar insurance.. free. Jangan beli ubat kat pharmacy… mahal… harga ubat boleh beli satu jubah. Bawak ubat sendiri, especially strepsil, kat sana paling murah is SAR29.
9. Nak beli kurma, kalau boleh jangan beli di Pasar/Ladang Kurma… dah commercialised, their customers are only those yang datang dengan bus. Beli kurma kat wholesale kat mall. Lagi murah. Yang lain2 boleh cari di Bin Dawood.
Bila bag pergi tak berat, balik tak perlu tambah bag. Apasal pergi satu, balik 3, itu tak termasuk handcarry 7 kg. Yang penting, be humble, cepat membantu, ramah, dan selalu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu.
Selalu bersangka baik kepada Allah dalam apa situasi pun. HE IS THE BEST PLANNER.

Semoga bermanfaat!
Mesti Baca:Niat Tunaikan UMRAH Di Tanah Suci, Mulakan Langkah BERDOA Secara Spesifik!
Baca Lagi Di Sini:Rezeki Mentua Baik, Datuk Yusof & Isteri Kesat Air Mata Ucap Selamat Jalan Tunaikan Umrah Buat Puteri Sarah, Cucu
Artikel Menarik:7 Amalan Ini Bila Dilakukan, Dapat Pahala SAMA Macam Buat Haji & Umrah!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian tip ringkas ini membantu para jemaah yang berhasrat untuk kemas bag, pergi ke tanah suci nanti. Apa pun ia hanyalah sebagai panduan, boleh ikut mengikut kesesuaian diri. Jadi takdelah beg tu ‘beranak’, kena caj ekstra pula nanti di lapangan terbang.
Sumber: Zuraida Lazni
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI