Ads

Cara Mudah Tanam Pokok Pudina, Tinggal Seminggu Tak Bersiram Pun Masih Subur Segar Bugar

tanam pokok pudina

Bagi sesetengah orang, tanam pokok pudina bukan mudah. Ada yang perlu berkali-kali mencuba sampailah akhirnya subur menghijau. Cara tanam pokok pudina yang diajar oleh Ahmad Fadhirul Fitri ini mudah saja.

Kaedah ‘Wicking System’ digunakan untuk merealisasikan impian menanam pokok pudina. Cara ini juga sesuai digunakan pada pokok-pokok lain seperti kesum, cili malah sawi.

Alatan Menanam

tanam pokok pudina

Step By Step

tanam pokok pudina

Masukkan tali mop pada bahagian dasar pasu.

tanam pokok pudina

Masukkan cocopeat(sabut kelapa) dalam pasu

Ads

tanam pokok pudina

Masukkan anak benih

tanam pokok pudina

Bancuh baja AB bersama air dan masukkan ke dalam baldi.

tanam pokok pudina

Ads

Buat lubang overflow pada baldi (untuk lebihan air keluar)

tanam pokok pudina

Masukkan pasu ke dalam baldi.Pastikan tali mop mencecah air

tanam pokok pudina

Ads

Siap!

Nota: Sebaik air kering, masukkan air baru bersama bancuhan baja AB. Baja AB boleh dibeli di nurseri atau secara online.

7 Manfaat Daun Pudina Untuk Masakan

tanam pokok pudina

Daun pudina ini baunya segar macam ubat gigi. Kalau letak dalam air minuman teh O atau soda ais lemon tu memang semerbak enak baunya. Jangan tak tahu banyak rupanya manfaat pudina ini. Bila kita dah berjaya tanam pudina, kita kenalah kerap mencubit-cubit hujungnya supaya pokok pudina kita jadi lebih segar bugar. Perkongsian 7 manfaat pudina dari blog Izhani Ithnin ini mudah untuk suri cuba.

1. Gunakan untuk mewangikan air gula anda. Masak air gula + daun pudina yang dipetik kasar.
2. Garam Kesihatan; Kisar halus daun pudina dan gaul di dalam garam untuk khasiat yang lebih baik.
3. Perhiasan minuman; lagi-lagi untuk minuman sejuk yang berasaskan keluarga limau, daun pudina (pucuk) sesuai untuk tambah rasa ber’angin’ pada minuman.
Tip: Sejukkan hirisan pudina dalam kuib ais. Ianya lagi cantik bila dimasukkan dalam cawan.
4. Kesegaran mulut: kunyah daun pudina secara segar jauh lebih mujarab berbanding gula-gula getah berperisa pudina. Kurangkan gula dalam masakan atau minuman.
5. Campurkan hirisan halus pudina yang dikisar dengan mentega/butter; boleh digunakan untuk menumis masakan goreng, agar lebih garing dan wangi.
6. Untuk dressing salad; kuah salad. Caranya: hirisan pudina + jus lemon + cuka + renjisan minyak zaitun.
7. Taburkan hirisan halus daun pudina pada nasi yang panas sebelum dihidangkan.

Sumber/Foto: FB Ahmad Fadhirul Fitri, yangizhaniithnin.blogspot.my via Mingguan Wanita

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Anak Muda Kahwin

Anak Muda Kahwin Dengan Orang Berusia, Jangan Kutuk Tapi Anggaplah Jodoh

Ramai kutuk bila nampak anak muda kahwin dengan orang dah berusia. Tak perlulah begitu, itu rezeki dia dan macam kita tahu yang urusan jodoh itu ketentuan Ilahi.