Resipi turun temurun. Setiap kali raya, mesti macam-macam hidangan ada atas meja. Menu wajib tentulah rendang, nasi himpit, lontong, kuah kacang dan sebagainya.
Namun, bagi seetengah keluarga akan ada menu ‘special’ iaitu resipi turun temurun dari keluarga. Kalau hidangan ini tak ada, rasa tak lengkap ye! Lagipun, inilah menu wajib ada untuk dhidangkan kepada ahli keluarga dan saudara mara yang datang.
Tak mustahil juga ada resipi rahsia yang menjadikan ia hidangan istimewa juga. Perkongsian kali ini dari Nurhayati Malek dengan resipi turun temurun dari arwah ibunya iaitu satay goreng.
Resipi sate goreng ni memang resipi turun menurun dari arwah Ummi. Memang kegemaran seisi keluarga.
Pada Syawal pertama kebanyakan orang hidangkan rendang, berbeza dengan keluarga kami lebih sukakan ketupat daun kelapa, sate goreng dan sambal kacang.
Tiga lauk itu pun dah cukup dan wajib ada setiap kali raya.
Saudara-mara pun mesti akan cari menu ni kalau datang beraya. Tapi sebenarnya nak buat sate goreng ni tak susah pun tau.
Bahan-bahan:
1kg daging batang pinang
10 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 senduk serbuk kunyit
2 senduk gula putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 senduk minyak untuk menggoreng
Sedikit garam
Cara Membuatnya:
1. Hiriskan daging melintang dari uratnya supaya daging lebih mudah empuk. Hiris nipis-nipis.
.
Ads
2. Kemudian cucikan bersih dan toskan airnya.
.
3. Dalam mangkuk yang berisi daging. Masukkan bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas berserta kunyit. Gaulkan rata. Masukkan sekali dalam 1 senduk serbuk kunyit untuk naikkan warna masakan.
.
4. Masukkan gula dan gaul rata. Ummi selalu pesan kalau nak buat satay ni tak boleh kurang sangat manis sebab satay boleh jadi masam jika gula terlalu sedikit. Cuma jika mahu kurang juga ikut selera masing-masing lah ya.
.
5. Cuci bersih ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kemudian sangai sampai naik bau. Berbeza tau rasanya berbanding beli yang serbuknya sahaja.
.
Ads
6. Setelah disangai, kisarkan kering sehingga halus.
.
7. Masukkan ke dalam daging tadi. Gaulkan rata. Tutupkan daging. Perapkan selama lebih kurang 4 jam. Kalau nak biarkan semalaman pastikan simpan dalam fridge tau.
.
8. Setelah diperap. Masukkan 2 senduk minyak masak dan gorengkan satay tadi. Tutupkan kuali biarkan sehingga daging empuk. Jangan lupa untuk kaupkan selalu di bahagian bawah supaya tidak hangus.
.
Nak masak satay ni memang macam rendang juga. Cuma satay ni akan kering sedikit berbanding rendang.
9. Sementara menunggu satay masak bolehlah rebuskan ketupat segera atau ketupat daun kelapa.
Ads
.
10. Sambal kacang wajib ada tau.
.
11. Alhamdulillah, siap satay goreng. Memang sedap sangat.
Selamat mencuba semua!
Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarhamah Ummi, Easah Ibni Kamsiah.
Mingguan Wanita : Terliur pula tengok ye. Nak kena buat ni nanti.
Mi kuning memang boleh dijadikan stok di rumah. Bosan dengan nasi, boleh lah masak mi rebus, mi bandung, mi goreng dan sebagainya. Inilah bahan yang senang dan cepat untuk dimasak.
Namun, keadaan sekarang, semua harga barang naik. Mulalah mak-mak nak kena berjimat dan kalau boleh semua nak buat sendiri. Tapi memikirkan ada peralatan tertentu yang kena ada agak sukar untuk direalisasikan.
Salah satunya adalah mi kuning. Dah tentu perlukan mesin khas barulah menjadi seperti beli di kedai. Tak perlu pening kepala, boleh saja buat di rumah walaupun tak ada mesin khas untuk membuatnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Siti Ausyah Bujang tentang cara manual buat mi kuning. Memang menjadi dan puas hati.
Mudah rupanya nak buat laksam yang sedap. Laksamnya lembut dan kuahnya berlemak secukup rasa. Lebih penting untuk sukatan 4 orang makan.Sesuai sangat untuk keluarga kecil dan masakan harian.
Boleh cuba resipi laksam yang dikongsikan oleh Puan Nor Aida ini;
Melaksam malam ni. Resepi saya dah pernah share kat sini.Ni saya share resepi untuk makan 4 orang makan.
Bahan-Bahan (Laksam):
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
6 cawan air (3 air panas + 3 air biasa)
2 sudu besar minyak
Cara Membuat:
1.Satukan semua bahan di atas, kacau sampai tak berketul.
2.Kukus dengan pinggan Ikea, saya letak 2 senduk adunan.
3.Kukus sampai gelembung (3minit). Bila angkat, dah suam-suam baru gulung.
Bahan-Bahan (Kuah Laksam):
1 biji kelapa santan
*7 ekor ikan sardin rebus
*2 ulas bawang merah
1 inci lengkuas (ketuk)
gula
garam
1 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
Cara Membuat:
1.Blend bahan yang bertanda *. Masukkan dalam periuk bersama santan. 2.Masukkan bahan-bahan lain yang diatas, kacau sampai mendidih..jangan tinggal nanti berketul.
3.Kemudian perasakan dengan gula dan garam.
Ayam Pandan memang sedap makan dengan pulut kukus, nasi lemak, nasi putih atau dimakan begitu sahaja. Jika ada beli dada ayam boleh buat Resipi Ayam Pandan yang sangat mudah ini. Hanya guna 3 bahan utama dan perap menggunakan perencah bihun goreng je. Namun rasanya sangatlah sedap. Menarik kan!
Boleh cuba resipi Ayam pandan yang sangat mudah ni seperti yang dikongsikan oleh Puan Elaine Tan sebagai panduan;
Saya buat Ayam Pandan dengan Air Fryer (kalau takde air fryer, oven pun boleh)
First time buat, memang sedap!
Bahan-Bahan:
500gm dada ayam (potong ketul) boleh dapat dalam 25 ketul.
2 bungkus Perencah Bihun Goreng Adabi BELI DI SINI
2 sudu besar minyak
Daun pandan
Toothpick/satay stick BELI DI SINI
Cara Membuat:
1.Perap ayam dengan Perencah Bihun Goreng Adabi dengan minyak selama 3 jam.
2.Potong daun pandan.
3.Gulung ayam dengan daun pandan.
4.Cucuk dengan toothpick.
5.Susun dalam air fryer. Masak 20 minit dengan suhu 180°C. Lepas 10 minit, pusingkan ayam.
Mingguan Wanita : Menarik juga resipi Ayam Pandan ni, guna 3 bahan je. Jadi kalau stok dada atau isi ayam banyak di rumah tu, boleh buat resepi yang dikongsikan ni. Memang sedap dan mudah je perap guna perencah bihun goreng.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Pasangan yang kehilangan anak sulung tahun lalu kini dikurniakan tiga puteri hasil IVF Tunku Azizah. Kelahiran ini menjadi pengubat rindu Al-Fateh dan bukti keprihatinan Tengku Ampuan Pahang dalam membantu pasangan yang berjuang mendapatkan zuriat.