Pengalaman 20 tahun ‘menenyeh’ kuih siput ini menjadikan ia cantik warna sekata, malah rangup dan sedap. Kuih Siput antara kuih ‘lejen’ tradisional kegemaran ramai. Namun tak mudah nak buat kuih siput ni, dan agak renyah kerana ia perlu ‘ditenyeh’ atau digentel terlebih dahulu sebelum di goreng. Malah jika adunannya salah, membuatkan kuih siput tersebut, jadi keras.

Nak buat kuih siput yang cantik hasil kejadiannya selepas digoreng malah rangup dan sedap boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norismalia Ishak ini.

Ada yang suka tak kuih siput. Makan sedapkan tapi nak menenyeh dia tu la hehehe. Sis dah 20 tahun dok menenyeh ni. Sambil tengok tv sambil potpet ke anak boleh buat ni. Benda yang kita suka buat rasa seronok kan. Rasa sat ja eh dah siap.

Belanga pun memang sangat-sangat lejen. Lebih dari 20 tahun usia belanga tu, dah berapa kali tukar tapi bila goreng kuih siput jadi tak elok. Redho je lah

Bahan-Bahan:

Cabai kering RM2 (rebus dulu)
5 ulas bawang merah
1 labu bawang putih (lebih lagi bagus)
1 bungkus Jintan manis (yang RM1) nak lagi wangi lebihkan tapi jangan banyak nanti pahit
Udang kering RM2
5 batang serai
*Blend semua bahan di atas dan tambah garam

1 Bungkus Tepung Gandum
5 @ 6 sudu besar Marjerin

Cara Membuat:

1. Tuang tepung gandum dlm besen
2. Gaul dengan marjerin pelangi (gaul hingga jadi macam serbuk roti)
3. Nak pedas tambah serbuk cabai, gaul bagi sekata.
4. Tuang bahan blend sikit demi sedikit.
5. Uli doh hingga tak melekat dekat tangan, kemudian bentukkan macam dalam gambar ni.

IKLAN

 


6. Goreng dalam minyak yang banyak, masukkan daun kari semasa menggoreng.


7. Dah kekuningan angkat dan toskan, sejukkan. Tapi saya suka makan suam-suam.

IKLAN

Selamat menenyeh kuih siput, saya halalkan resepi ni.

Baca Lagi Di Sini:
‘Kuih Siput’ Ekspres Paling Senang Nak Buat, Tak Payah Gentel & Tak Perlu Rebus, Goreng Je!

IKLAN

Resepi Kuih Gunting Lejen, Begini Cara Gunting Agar Terbentuk Macam Sampan

Mingguan Wanita: Sedapnya kuih siput, kalau makan payah nak berhenti. Bolehlah cuba buat sendiri & menenyeh kuih siput ni di rumah. Puas hati makan nanti.

Sumber: Norismalia Ishak

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita