“Ketupat Cantik” Buat Pakai Daun Kelapa, Nak Sedap Wajib Guna Santan Frozen! Memang cantik sungguh dan comel-comel bentuk ‘ketupat cantik’ atau ketupat pusar yang dikongsikan ini. Lain daripada yang lain.
Nak buatnya memang agak renyah namun berbaloi dengan hasilnya dan rasanya pun sedap.
Ikut cara yang dikongsikan oleh puan Sekin Orkid ini sebagai rujukan;
Selamat hari raya aidilfitri 2023. Upgrade nama “Ketupat Cantik”
100pcs je nak anyam 3jam. Belum proses masuk pulut & nak masak lagi..proses buat leceh bila makan sekejap. Nak buat ketupat palas tak reti buatlah guna daun kelapa. Nak sedap santan tak boleh ceroi naa wajib buat frozen bile nak makan defrost then kukus.
Bahan-Bahan:
1kg pulut boleh dpt 49-50 biji bergantung size kelongsong.
Saya suka guna pulut susu
Isian pulut separuh kelongsong
Ads
Cara Membuat:
Rebus sampai santan keluar minyak & hampir kering tak perlu kering sangat.
Resipi Mudah ‘Potato Salad’ Sedap Berkrim, Boleh Makan Sejuk Atau Hidang Suam. Jika sesekali ingin ubah selera keluarga, boleh cuba buat ‘potato salad’ atau salad kentang yang sedap dan lemak berkrim ini. Malah boleh dinikmati dalam keadaan suam, mahupun dimakan sejuk-sejuk.
Jika saya sebut kerabu ubi, mungkin akan terasa ‘kampung’nya hidangan ini. Cuba saya sebut potato salad, terus terasa sangat pekan.
Potato salad diperkenalkan oleh peneroka Sepanyol ke Dunia Baharu Eropah pada kurun ke-16. Namun lebih banyak yang kenal potato salad daripada pendatang Jerman ke Amerika.
Memang asalnya makanan kampung dan lama-kelamaan menjadi Amerikana apabila mula ditambah mayonis.
Pertama kali saya tengok potato salad dibuat di rumah Kak Lin. Hayani yang buat dan saya terkejut tengok beliau guna telur rebus.
Kemudian semasa beliau letak lada hitam, beliau sebut,
“Ini petua orang tua-tua sebab ubi angin.”
Hayani memang pandai buat coleslaw dan potato salad. Sedap sungguh.
Pada saya, potato salad ini seperti salad pembawa (carrier salad). Maksudnya salad yang boleh dijadikan alasan untuk masukkan bahan-bahan lain untuk dimakan.
Hendak tambah brokoli celur? Silakan.
Hendak tambah isi ayam? Silakan.
Hendak tambah sosej yang dicincang dan digoreng rangup? Silakan.
Potato salad juga sangat mesra dengan pelbagai rasa dari latar budaya yang berbeza.
Hendak jadikan rasa Asia? Gunakan serai dan halia.
Mahu rasa Mexico? Guna rempah-ratus Cajun atau Tex-Mex yang biasanya ada kayu manis, jintan putih dan cili.
Potato salad juga tidak menyakitkan kepala. Hendak hidang suam, boleh. Jika takut terlambat, buat awal, simpan dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk. Tiada masalah.
Emak tanya semalam, “Cek bubuh apa dalam ni?”
Soalan itu tandanya emak suka. Alhamdulillah. Lulus oleh Ratu.
5 biji ubi kentang – rebus sehingga empuk
4 biji telur – rebus
1 biji bawang besar – cincang halus
¼ biji lobak merah – cincang halus
½ biji cili hidup (merah) – buang biji dan cincang halus
½ biji cili muda (hijau) – buang biji dan cincang halus
2 sudu makan daun bawang – dihiris
2 sudu makan daun sup – dihiris
1 batang saderi – dicincang halus
Jika hendak pedas, biarkan biji cili. Saya lebih kepada mahukan warnanya.
½ cawan mayonis
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk rosemary/ oregano/ Italian herbs
2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 sudu teh gula
2-3 sudu makan cuka/jus lemon/ jus limau nipis
1.Dadukan ubi agak saiz semulut.
2.Lecek telur rebus guna garfu seperti yang kita belajar dalam ERT di sekolah dulu.
3. Kemudian tambah bahan sos salad iaitu mayonis, garam, serbuk rosemary/ oregano/ Italian herbs, serbuk lada hitam kasar, gula, cuka/jus lemon/ jus limau nipis ke dalam telur yang telah dilecek tadi.
4. Masukkan pula sayur-mayur dan gaul rata.
5. Masukkan pula ubi kentang yang didadu tadi dan gaul rata.
6. Siap untuk dihidang atau disimpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup jika mahu makan sejuk.
Berkrim, rasa yang ‘meletus’ dan seronok dapat kunyah-kunyah benda-benda kecil.
Resepi Puding Jagung Lembut, Sedap Lemak Manis Berkrim Untuk Loyang 8 Inci. Sesekali ingin buat pencuci mulut di rumah boleh cuba resipi puding jagung yang dikongsikan ini. Sesuai buat untuk pencuci mulut ketika berbuka puasa dan sewaktu mengadakan rumah terbuka di Hari Raya. Memang sedap, lembut, lemak manis dan berkrim.
Seperti dijanjikan saya nak share resepi mudah, siapa-siapa pun boleh buat tau.
Resepi Puding Jagung by Mr. Ali (LOYANG 8 inci)
4 cawan air
1 tin susu cair
10 gram serbuk agar-agar
180 g gula
3 sudu makan tepung custard
2 sudu makan kordial jagung
1 tin jagung manis creamy
1 tin jagung manis ( optional)
satu sudu kecil garam
1. Masukkan semua bahan kecuali garam.
2. Kacau sebati dulu semua.
3. Baru hidupkan api perlahan.
4. Kacau hingga mendidih, dah mendidih biarkan selama 1-2 minit, lepas tu baru tutup api.
5. Masukkan 1 sudu kecil garam dan sebatikan.
6. Sejukkan dalam peti selama 4 jam.
(Agar-agar resepi saya ni memang lembut jadi kena handle hati-hati tau sikit, saya masukkan agar-agar sebab saya tak berapa suka texture kasar bila guna tepung custard banyak, jadi saya kurangkan sikit dan gantikan dengan agar-agar).
Selain biskut raya, rempeyek juga salah satu hidangan yang wajib ada bila tiba hari raya. Memang layan makan kudapan ini dan habis sebalang pun tak sedar.
Kali ini, perkongsian daripada Nur Athiya tentang cara buat rempeyek, resipi dari neneknya. Inilah kudapan yang wajib dia buat setiap tahun.
Bancuhan buat pada sebelah malam. Goreng dulu separuh. Tak tahannya, habis semua kena makan. Nanti lepas sahur, kita sambung goreng. Sebab dah tak ada orang makan, semua berpuasa.
Bahan:
1 bungkus tepung beras
3 sudu besar ketumbar – dikisar
3 sudu besar jintan manis – dikisar
3 sudu besar jintan putih – dikisar
400ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
1 labu bawang putih (tumbuk halus)
Segenggam ikan bilis – dikisar
1 biji telur
1 sudu kecil kapur makan
4 cawan air – bergantung pada kepekatan.
Garam secukup rasa
Ikan bilis
Kacang tanah
Cara Membuatnya:
Campurkan kesemua bahan di atas.
.
Kacau sebati untuk menjadi bancuhan.
Selepas itu boleh terus goreng.
.
Kalau tebal boleh tambah air.
Letak ikanbilis dan kacang sebelum menggoreng. (ikan bilis dan kacang mentah)
Siap.
.
.
Mingguan Wanita : Ralit sungguh kalu dapat makan ni. Tak tahannya, tak sempat habis bancuhan, yang bergoreng pun habis sama di makan.