Jika selalu bila teringin nak minum kopi ‘latte’ kita hanya beli je, sebenarnya kita boleh buat sendiri je di rumah. Memang sedap, jimat dan lebih puas hati bila buat sendiri kopi Latte Ala Kampung ni. Malah lagi lama simpan dalam peti sejuk lagi sedap. Jika nak minum panas-panas, boleh panaskan sekejap. Mudah je!
Bagi peminat kopi, boleh cuba resipi Kopi Latte Ala Kampung yang dikongsikan oleh Puan Madihah Hamid ini sebagai panduan.
Mengopi jom. Kopi Latte Ala Kampung ketagih. Air kopi ni jadi ketagihan seisi keluarga saya.
Bahan-Bahan :
2 sudu besar serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
600ml Susu kotak @ susu segar apa-apa jenama. Paling sedap Meadow, Farm Fresh, Ducthlady
3 sudu Gula melaka/ gula kabung /gula apung /gula merah
400ml Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan air dan kopi ke dalam periuk. Masak kopi sehingga berbuih (gelegak).
2. Biarkan dalam seminit dalam keadaan menggelegak dan tutup api.
3. Kemudian tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi dan masukkan gula.
Ads
4. Panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk dan tutup api.
5. Tuangkan air kopi dan susu dalam jug, pastikan tapis dahulu. Kemudian tuangkan secawan untuk di minum, selebihnya boleh di simpan dalam peti. Saya guna jug ni, anggaran dalam 1 liter.
6. Lagi lama dalam peti lagi sedap. Saya panggil peram kopi. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.
Mingguan Wanita: Bagi peminat kopi dan latte boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang lebih jimat buat sendiri, sedap, nak minum tinggal panaskan je.
Penggemar kentang goreng rangup, anda patut cuba! Ini kali pertama kali buat dan hasilnya menjadi, malah anak-anak cukup suka. Rasanya lebih kurang kerepek kentang Mister Potato yang dijual di kedai tu…
Nak cuba tak? Ok boleh godek bahan dan cara buat yang betul guna resepi Puan Nurafyfah Yacob ini.
Bahan-bahan:
3 biji kentang
2 sudu makan cuka
500ML air
Sedikit perencah manggi kari
Sedikit perencah pasti sedap KNORR
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara nak buat kentang goreng:
1. Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pisau buah.
2. Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi. Perlahankan api, biarkan selama 3 minit.
3. Angkat dan cuci kentang tersebut dan toskan sebelum menggoreng.
4. Panaskan minyak. Goeng dengan api sederhana besar. Bila nampak kekuningan, angkat dan toskan.
5. Tabur sedikit perencah maggi kari dan perencah pasti sedap KNORR atau apa-apa perencah yang anda suka.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Yang mak-mak semua faham, bunga telang kegunaannya sebagai pewarna dalam nasi kerabu. Ada banyak lagi kegunaan bunga telang. Suri anak 4, Puan Liyana Anaqi berkongsi panduan mempelbagaikan kegunaan bunga telang. Resepi aiskrim bunga telang ini tentulah yang paling unik sekali.
Kenapa pula paling unik? Sebab bila bunga telang dimasak sampai jadi pati. Hasilnya boleh dibuat aiskrim ataupun jus untuk minum petang. Macam mana nak dapatkan 3 warna berbeza daripada satu pati bunga telang? Ini panduan yang boleh mak-mak cuba. Mudah saja rupanya.
Cara Buat Aiskrim Bunga Telang
Bunga telang ada banyak. Tapi tak cukup banyak nak buat apa-apa masakan. Nak buat macam mana? Kita kumpul bunga telang, dan buat pati. Kutip saja bunga-bunga ni hari-hari, dan simpan di dalam freezer. Bila sudah cukup kuantitinya, kita buat pati.
Syarat sebelum simpan bunga telang dalam freeze : Pastikan bunga dalam keadaan bersih sebelum simpan. Jika nak basuh selepas dikeluarkan dari freezer, warnanya dah mula turun.
Bila dah cukup, rebus bunga telang untuk mendapatkan warna birunya.
Rebus dengan air tapis. Anggaran air dan bunga ialah 3 : 1. Setiap 3 cawan air untuk 1 cawan bunga. Didihkan dengan api sederhana, sehingga ia menggelegak. Biarkan menggelegak dalam 5 minit sahaja. Makin lama dididihkan makin terasa rumput pada pati. Tutup api dan sejukkan.
Tapis bunganya selepas sejuk. Tengok, warnanya biru pekat.
Boleh simpan dalam bekas. Untuk separuh bekas aiskrim bunga telang, saya dapat sebotol 600ml pati, dan balance semangkuk kecil. Yang balance tu, kita buat minum petang, minum dengan pisang goreng.
Cara Dapatkan 3 Warna Berbeza
Pati yang dicairkan dan guna gula putih biasa = warna BIRU
Bunga telang + gula merah/molasses/ gula organik = warna KEHIJAUAN
Bunga telang + lemon = warna UNGU
Selepas mendapat warna pilihan bolehlah direbus dengan gula. Campurkan sedikit tepung jagung untuk mendapatkan tekstur aiskrim yang lembut. Setelah likat, sejukkan dan masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia.
Simpan aiskrim bunga telang itu dalam peti beku.
Mudah Saja Nak Tanam Pokok Telang, Ini Panduan Asasnya
Tanam di tempat panas.
Masa nak naik kena siram banyak air.
Kena ada tempat untuk pokok ni memanjat. Saya guna pagar yang direcycle.
Kalau bunga ada sikit, boleh kutip dan simpan dalam bekas dalam freezer sampai cukup kuantiti nak dibuat pati.
Sumber / Foto : Puan Liyana Anaqi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi ayam sambal Bali sangat sesuai dimakan bersama nasi panas. Tak perlu lauk lain, hanya dengan satu lauk ini boleh buat kita makan bertambah-tambah. Rasa bumbunya yang harum amat memikat selera.
Kalau mak-mak nak cuba buat, boleh ikut resipi ini. Sukatan satu ekor ayam, ikut setiap satu langkahnya, pasti menjadi. Jom lihat cara penyediaannya.
RESIPI AYAM SAMBAL BALI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
6 batang serai – dititik
8 tangkai daun kari – dilerai
Segenggam cili kering (*)
5 biji bawang besar (*)
5 ulas bawang putih (*)
Sedikit belacan (*)
Kicap masin
1 senduk gula
1 sudu teh garam
(Bahan bertanda (*) perlu dikisar halus)
Ikut Resipi Ini Gerenti Menjadi
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kecil. Basuh, tos kemudian masukkan serbuk kunyit serta garam dengan secukupnya. Gaul rata.
2. Panaskan minyak masak anggaran dua senduk. Goreng ayam yang diperap tadi.
3. Goreng ayam hingga kecut dan separuh garing. Jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan.
4. Dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi, goreng serai yang dititik sampai separa coklat.
5. Masukkan daun kari. Goreng seminit.
6. Seterusnya tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi.
7. Tambahkan garam satu sudu.
8. Masukkan juga 1 senduk gula (jangan risau manis sebab nanti akan seimbangkan rasa dengan kicap).
9. Bila cili semua sudah cukup garing, masukkan kicap dalam 8 kali renjis atau sampai dapat warna maroon/merah gelap macam dalam gambar.
10. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
11. Balik-balikkan ayam bersama kuah selama 10 minit.
12. Ayam sambal Bali siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.