Setiap kali menggoreng nuget atau makanan yang bertepung, mesti akan ada saki bakinya. Macam mana nak bersihkan minyak masak sebab sayang pula nak membuangnya.
Maklum sajalah, sekarang ni semua harga barang keperluan naik. Lebih-lebih lagi barang dapur yang mak-mak selalu guna.
Jadi, daripada membazir begitu saja, ada cara yang boleh membantu mak-mak untuk bersihkan minyak masak. Bolehlah diguna pakai untuk kali kedua.
Paling penting minyak masak itu kembali jernih dan tak adalah serdak-serdak bercampur dengan makanan yang kita goreng dari minyak yang sama.
Cara mudah untuk buang sisa-sisa serdak atau makanan halus yang ada dalam minyak masak hanya menggunakan satu bahan saja.
Mungkin sisa-sisa makanan itu tak boleh diambil dengan menggunakan penapis. Inilah yang patut mak-mak buat.
Ads
Hanya cairkan tepung kanji dan masukkan ke dalam minyak yang mengandungi serbuk dan serdak, sisa gorengan makanan.
.
.
Kacau sebati dan biarkan ia sehingga berketul-ketul. Kiranya sisa makanan itu melekat pada cairan tepung kanji.
.
Ads
Bolehlah angkat bila semua dah terlekat pada tepung kanji tadi.
.
Lihatlah kembali jernih dan boleh masak makanan lain pula.
Mingguan Wanita : Nanti mak-mak bolehlah buat. Rugi pula bila buang lebihan minyak yang baru sekali pakai. Dah la sekarang ni harga minyak pun boleh tahan juga.
Sebenarnya untuk menyiang Ikan keli mahupun apa juga jenis ikan air tawar ada caranya.Ada bahagian darah beku yang perlu dibuang. Jika salah teknik menyiang, ikan yang dimasak pasti akan rasa hanyir dan berbau selepas dimasak.Letaklah macam-macam jenis petua pun untuk hilangkan bau tersebut ia tetap tak hilang.
Menurut perkongsian oleh Aris Farhan yang juga Pengasas, Hamka Freshmart beliau kongsikan cara menyiang ikan keli yang sebenar sebagai rujukan.
Berikut antara perkongsian lelaki ini;
Abang nak kongsi pada kalian khususnya pada anak dara dan anak teruna di luar sana cara asas menyiang ikan keli dan teknik membuang objek (darah beku) hanyir dalamannya. Buat yang gemar makan ikan air tawar seperti keli, patin, dan keturunannya , pasti mahu rasanya yang tidak hanyir dan berbau ketika masak dan makan.
Sebenarnya di dalam perut ikan-ikan seperti ini ada objek utama yang menjadi punya hanyir seekor ikan itu jika tidak dibuang. Buatlah macam mana pun, kalau tidak buang bendalah ini, ia tetap hanyir, percayalah.
Jadi, boleh tengok cara-cara menyiang ikan keli ini pada gambar dibawah. Tetapi ingat, jangan pula cari bendalah hanyir tu dalam ikan yang tidak ada kena mengena seperti ikan Nun, mahu sebesar rumah bendalah hanyir tu. Kahkahkah.
Cara-Caranya:
1. Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, cara mematikannya boleh search di youtube, ada seorang ustaz dari seberang ada mengajarkan kaedah terbaik mematikan tanpa menyeksa ikan ini.
2. Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya. Tapi, kalau kalian nak masak sekali sesungut ini, itu hak kalian. Hahaha.
3. Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau kalian nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.
4. Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni. Jangan masuk dalam sinki pula, tersumbat pula nanti.
5. Ha ini kaedah nak buang objek hanyir tu, engkau tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan bendalah tu.
6. Plup! Maka terkeluarlah objek darah beku hanyir tersebut. Ada dua ya, sebelah kiri dan kanan. Maka buanglah ia. Kalau kau nak bau dulu pun boleh. Hahaha.
7. Ha ini bendanya, selalu berwarna hitam pekat atau keemasan. Ikut jenis ikan tersebut. Bau memang hanyir.
8. Dah dapat sila buang jauh-jauh. Jangan engkau buat batu cincin pula ya. Haha.
9. Akhirnya, baru bersih lagi suci ikan kita. Sudah boleh masak berlada ke, bakar salai ke, atau goreng kunyit sahaja. Selamat mencuba!
Jika ia bermanfaat, mohon share sebanyak mungkin di facebook anda. Terima kasih.
Sumber:Aris Farhan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sayuran hijau Bok choy atau lebih dikenali pak choy mempunyai khasiat yang tersendiri. Sayur pak choy sedap ditumis dengan udang mahupun di celur dan dicurahkan sos tiram bawang putih.Mempunyai daun lebar hijau seperti sayur sawi, namun rasanya lebih manis dan rangup.
Jika suka berkebun dan nak tanam sendiri sayur Pak choy ni, boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Liyana Mohd Poad sebagai rujukan. Tip penting semai Pakchoy selepas keluar daun PENTING bagi ‘Direct’ cahaya matahari jam 8pagi hingga 12 tengahari. Selepas 3 minggu ditanam pakchoy sudah boleh dituai hasilnya.
Cara Tanam Pakchoy
1. Sediakan tanah 6 in 1 dan sekam mentah @cocopeat sebagai media semaian.
2. Masukkan tanah ke dalam besen.Tanam benih pakchoy lebih kurang 0.5cm.
3. Letak di tempat teduh selama 3 hari.
4. Spray sahaja pagi dan petang dalam tempoh semaian ni. Kalau nak siram just siram-siram manja. Jangan terlebih air.
5. Selepas keluar daun, beri cahaya 8-12. Ini sangat-sangat penting. Semaian benih yang tumbuh dengan baik tidak kurus dan tinggi atau kutilang sebaliknya gemuk dan rendah.
6. Selepas dua minggu pindahkan anak pakchoy ke tempat lain untuk ditanam.
7. Sediakan media tanaman 6 in 1, sekam mentah, cocopeat dan pasir. Pindahkan satu satu.Beri full sunlight. Selepas seminggu baru baja.Saya guna tinja kambing dan baja kopi sahaja untuk pakchoy.
8.Selepas 3 minggu ditanam, pakchoy sudah boleh dituai. Jika pakchoy berusia lebih daripada 2 bulan, sayur yang dipetik sudah tua dan batangnya mnjadi keras serta tidak rangup.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Rupanya dengan masukkan sedikit serbuk ‘Bicarbonate Of Soda’, kacang kuda yang dah direndam semalam akan cepat masak, empuk dan cantik kejadiannya. Bukan apa jika salah teknik rebus kacang kuda ni, ia lambat masak, keras dan tak empuk.Malah jika terlebih rebus, ia boleh ‘benyek’ dan hancur pula.
Boleh cuba petua dan cara rebus kacang kuda seperti yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
Ini kali ke 2 rebus kacang kuda. Cepat dimasak, empuk dan cantik kejadiannya dari masak kali pertama bulan Ogos haritu.Dapat petua dari group ini juga cara-cara untuk merebus Kacang kuda. Terima kasih sahabat-sahabat.
Cara-Caranya:
1. Rendam setengah kilo kacang kuda semalaman.
2. Kemudian paginya cuci bersih, toskan, lalu masukkan ke dalam rice cooker.
3. Tambahkan air tapis hingga melepasi aras kacang.
4. On kan suis, masukkan setengah sudu teh serbuk ‘Bicarbonate Of Soda’ (untuk mempercepatkan kacang empuk).
5. Bila telah mendidih masukkan garam, gula dan serbuk kunyit, masak hingga kacang empuk.
6. Bila kacang telah empuk, Offkan suis periuk, angkat periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan.
Mingguan Wanita: Bila nak rebus kacang kuda, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Masukkan serbuk bikarbonat of soda sikit, barulah ia cepat masak, empuk dan cantik kejadiannya!
Percutian hujung tahun merupakan saat paling dinantikan oleh seisi keluarga, di mana kenangan manis dapat dicipta bersama orang tersayang. Namun, untuk memastikan percutian berjalan...