Sakitnya mata bila tengok kuali dan periuk berkerak di dapur. Macam-macam cara dan petua untuk sental dan bersihkan tapi kurang menjadi.
Rupanya ada cara mudah nak sental periuk berkerak ini. Paling penting campuran cucian ini boleh guna untuk sental peralatan dapur lain. Kira boleh buat stoklah untuk cucian lain.
Selalunya, mak-mak akan simpan ubi kentang bersama-sama dengan barang dapur lain seperti bawang merah dan bawang putih. Tak tahannya, baru seminggu dua simpan dah keluar tunas pula.
Konon dengan simpan ubi kentang, bolehlah tahan lama dan tak semua masakan akan guna ubi kentang. Bagaimana nak bagi ubi kentang tahan lama.
Ada caranyan nak simpan ubi kentang supaya tahan lama dan bestnya boleh simpan sampai 4 bulan. Ikuti cara Yatie Eimra ini.
Kentang ni kalau betul cara simpan, boleh bertahan hingga 4 bulan walaupun hanya simpan di dapur.
1. Jangan simpan kentang bersama bawang merah/bawang putih kerana bawang-bawang ini hasilkan gas yang cepatkan kentang bertunas.
2. Kentang perlukan pengudaraan yang cukup. Sebaiknya simpan kentang dalam bakul/jaringan supaya cukup aliran udara.
3. Jangan simpan kentang bersebelahan dapur gas/tempat memasak kerana suhu panas akan cepatkan kentang bertunas. Wap-wap terhasil pula akan sebabkan kelembapan udara tinggi & jadikan kentang mudah berkulat/busuk. Jika ruang dapur terhad, pastikan tempat simpanan kentang tak kena wap panas ketika masak.
4. Penting untuk pastikan kentang di simpan di tempat yang kering tapi tak terlalu terang atau kena cahaya matahari/lampu secara terus.. Jika kentang mula bertunas & berwarna kehijauan, tu tandanya kentang terdedah pada cahaya lampu. Kalau perasan, bukan semua kentang bertunas akan jadi hijau. Biasanya kentang jadi hijau sebab kena banyak cahaya. Warna hijau tu sebenarnya klorofil, terhasil akibat proses fotosintesis.
5. Jika tempat simpanan kentang pada tempat agak terang & kena cahaya yang banyak, boleh juga tutup sedikit lapisan atas kentang dengan kain guni/burlap ataupun kain muslin. Tujuannya supaya cahaya tak kena secara langsung pada kentang tapi dalam masa yang sama kentang masih dapat pengudaraan yang baik.
.
Elakkan Simpan Cara Ini
1. Sesekali periksa keadaan kentang & gunakan kentang yang mula bertunas dulu.
2. Jangan Simpan Kentang Mentah Dalam Peti Sejuk
Sesetengah orang gemar simpan kentang mentah dalam peti sejuk untuk panjangkan hayat kentang. Tapi sebenarnya bila kentang disimpan dalam peti sejuk (terutama dalam tempoh yang lama), suhu sejuk akan tukarkan kandungan kanji dalam kentang kepada gula. Akibatnya..
a) Rasa kentang akan jadi lebih manis
b) Kentang akan berwarna kehitaman semasa dimasak akibat gula dalam kentang dikaramelkan
c) Kentang yang disimpan dalam peti sejuk mempunyai kandungan gula yang tinggi, jadinya cara ini sangat tak digalakkan bagi mereka yang perlu kawal pengambilan gula terutama yang mengalami masalah diabetes, ibu² mengandung yang mengalami GDM, dll.
d) Kandungan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan kandungan toksin akrilamida lebih tinggi (bila kentang dimasak dengan suhu tinggi)
P/S: Saya simpan kentang dalam bakul & anyam sendiri jer penutup dari tali hemp dengan bahagian tepi (atas) dibiarkan kosong. Boleh cover sikit kentang dengan kain guni/kain muslin tapi pastikan tak mengganggu pengudaraan
Disclaimer: Sy bukan galakkan orang simpan kentang lama-lama ye. Tapi sy beri tip cara simpan kentang supaya tak bertunas terlalu awal/lebih cepat dari masa yang sepatutnya.
Mingguan Wanita : Kalau dah bertunas dah tentu tak elok digunakan. Sekurangnya, cara ini boleh elak pembaziran.
Bila pakai barang kemas, nampak berseri-seri dengan kilauan emas dan cahaya putih atau dipanggil krom yang menyaluti emas tersebut. Jangan ingat itu emas putih pula.
Mulalah ingat, krom yang ada pada barang kemas itu akan buatkan harga yang nak dijual kemudian hari akan jadi lebih murah.
Sedangkan ada krom atau tidak, nilai barang kemas itu tetap sama. Ia hanyalah cat yang menyaluti pada barang kemas itu saja.
Kena tahu beza antara krom dan emas putih. Inilah penjelasan dari NonaEmas Nonagold.
Ramai lagi yang tak tahu beza, apa itu krom dan apa itu emas putih.
Sebenarnya, yuang berwarna putih pada emas itu adalah krom dan bukannya emas putih.
Warna itu tidak akan jejaskan berat emas dan nilainya tidak akan turun jika barang kemas ada krom.
Pernah ada isu tentang hal ini di sebuah kedai barang kemas:
“Lu ada kaler putih, jadi emas lu wa bayar rendah”
Tu kata Ah Bee tauke emas kat Pekan tu. Ingat, jangan terpedaya. Tidak sama sekali.
Nilainya tetap sama sebab krom sekadar cat, nak naikkan seri wajah barang kemas yang anda punya.
Itu sahaja, dan kalau nak tahu jika barang kemas anda tak ada krom,bila dihantar pada tukang krom semula untuk catkan, harganya boleh tahan juga terutamanya untuk bayaran upahnya.
Jadi, jangan tahut beli barang kemas yang ada krom.
.
Tengok gambar kat atas tu, ada krom beratnya 10.60gram, dah pelanggan suruh Mak buang krom, haa ada berat berubah?
Takde kan?
Krom nii sangat cantik dan takkan jejaskan nilai ikut gram, tapi biasa upah barang ada krom lebih tinggi, macam kita fotostat kertas hitam putih atau fotostat kaler, mana lagi mahal?
Krom dan bulu mata palsu itu beza yang amat, bulu mata palsu beratkan mata, tapi krom tak kacau pun berat emas.
Mingguan Wanita : Bila ada krom inilah buat ia bertambah seri dan mungkin orang ingat itu emas putih pula.
Ramai yang sedia maklum penggunaan air fryer dapat menjimatkan penggunaan minyak dan masakan pun lebih sihat. Jika di rumah ada air fryer, penting ambil tahu ‘pantang larang’ penggunaannya. Barulah air fryer yang dibeli dapat tahan lama dan tak mudah rosak.
Pastikan AF berada 15 cm atau lebih jarak dari dinding dan sekeliling. AF boleh cair jika berlaku pantulan haba.
Timer dilarang undur sebab akan mudah rosak. Jika masakan dah masak tetapi minit masih berjalan, boleh tarik keluarkan loyang. Pemanasan akan terhenti (kalau jenama Tefal). Tutup suis dan biarkan minit tersebut kembali ke kosong dengan sendiri.
Jangan tutup suis semasa sedang memasak, sudah tentu kita akan keluarkan loyang sebab nak cek makanan masak tau tak, masa tu la pemanasan akan terhenti, boleh la tutup suis. Apa-apa pun ikut la kesesuaian AF masing-masing. Cuma elakkan paksa timer kembali ke 0.
Jangan masukkan bahan ringan mudah terbang dalam AF kerana di dalam AF ada putaran angin yang kuat. Bahan ringan akan terbang dan terbakar bila terkena pemanas. Contohnya kulit popia, kertas pelapik. Akan menyebabkan AF akan terbakar.
Jangan terus basuh bekas nonstick sewaktu panas. Nonstick akan cepat tertanggal.
Elakkan air didalam air fryer, masak maggi tak sesuai guna AF. Nama lagi fryer bukan steam, bukan rebus.
Kuantiti makanan yang dimasak boleh mempengaruhi penggunaan suhu dan masa. Contoh analogi, goreng 1 biji karipap sahaja dan goreng 4 biji karipap serentak. Guna suhu dan masa yang sama, karipap mana akan hangus atau masak dahulu? Yang penting kena try and error. Belajar dari pengalaman.
Saiz AF juga memainkan peranan. Sebagai analogi, pada suhu 37C anda berada di dalam bilik kecil 10 minit seorang diri dan pada suhu 37C anda berada di dalam dewan besar 10 minit seorang diri. Yang mana akan berpeluh lebih banyak? Bezakan.
Begitu juga dengan di dalam AF. Nak makan 2 orang tapi AF 5.8 liter. Dan nak makan 6 orang tapi AF 1.8 liter. Macam mana nak urus? Jom fikir.
Boleh lap pemanas yang berlingkar macam ubat nyamuk tu dengan tisu basah. Kalau ada kotoran, jangan siram air. Kotoran apa? Mungkin minyak atau air dari ayam bakar terpercik. Jangan pasang suis, pastikan AF tak digunakan dalam tempoh tertentu sebelum dan selepas lap. Jangan la lepas masak terus lap atau lepas lap terus guna. Pastikan ia kering semasa nak guna. Guna wet tisu biasa untuk lap, jangan guna ada perisa strawberry atau alkohol.
Makanan beku boleh masuk AF terus, asalkan tak bercantum satu sama lain.
Pengguna juga harus tahu kegunaan AF yang sebenar. Di bawah ini merupakan contoh cara penggunakan yang salah:
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang ada ‘air fryer’dekat rumah tu, sila ambil perhatian tip dan panduan yang dikongsikan ini. Barulah ‘Air fryer’ yang digunakan tahan lama dan tak mudah rosak.