Bila pakai barang kemas, nampak berseri-seri dengan kilauan emas dan cahaya putih atau dipanggil krom yang menyaluti emas tersebut. Jangan ingat itu emas putih pula.
Mulalah ingat, krom yang ada pada barang kemas itu akan buatkan harga yang nak dijual kemudian hari akan jadi lebih murah.
Sedangkan ada krom atau tidak, nilai barang kemas itu tetap sama. Ia hanyalah cat yang menyaluti pada barang kemas itu saja.
Kena tahu beza antara krom dan emas putih. Inilah penjelasan dari NonaEmas Nonagold.
Ramai lagi yang tak tahu beza, apa itu krom dan apa itu emas putih.
Ads
Sebenarnya, yuang berwarna putih pada emas itu adalah krom dan bukannya emas putih.
Warna itu tidak akan jejaskan berat emas dan nilainya tidak akan turun jika barang kemas ada krom.
Pernah ada isu tentang hal ini di sebuah kedai barang kemas:
“Lu ada kaler putih, jadi emas lu wa bayar rendah”
Tu kata Ah Bee tauke emas kat Pekan tu. Ingat, jangan terpedaya. Tidak sama sekali.
Nilainya tetap sama sebab krom sekadar cat, nak naikkan seri wajah barang kemas yang anda punya.
Ads
Itu sahaja, dan kalau nak tahu jika barang kemas anda tak ada krom,bila dihantar pada tukang krom semula untuk catkan, harganya boleh tahan juga terutamanya untuk bayaran upahnya.
Jadi, jangan tahut beli barang kemas yang ada krom.
.
Tengok gambar kat atas tu, ada krom beratnya 10.60gram, dah pelanggan suruh Mak buang krom, haa ada berat berubah?
Ads
Takde kan?
Krom nii sangat cantik dan takkan jejaskan nilai ikut gram, tapi biasa upah barang ada krom lebih tinggi, macam kita fotostat kertas hitam putih atau fotostat kaler, mana lagi mahal?
Krom dan bulu mata palsu itu beza yang amat, bulu mata palsu beratkan mata, tapi krom tak kacau pun berat emas.
Mingguan Wanita : Bila ada krom inilah buat ia bertambah seri dan mungkin orang ingat itu emas putih pula.
Rasanya, semua mak memang suka menanam. Macam-macam cara dan baja yang digunakan untuk memastikan pokok atau tanaman subur. Malah, ada yang buat baja sendiri untuk tanaman.
Ada sesetengah tanaman itu memang mudah hidup dan merimbun. Malah, tanaman dan pokok inilah boleh membantu digunakan untuk dijadikan bahan masakan sehari-hari. Cili, daun limau purut, serai, daun pandan dan sebagainya adalah tanaman yang mesti ada kan!
Bagi mak yang jadikan hobi atau sekadar untuk memenuhkan tanah yang ada di hadapan rumah atau menanam dalam pasu, mesti menggunakan baja untuk membantu meyuburkan tanaman.
Malah, tak dinafikan ada baja yang memang kita tak tahu kandungannya sehinggakan tanaman atau pokok sefgar merimbun. Risau ia mengandungi bahan kimia. Bahaya pula nanti.
Buat Baja Bawang
Perkongsian daripada Ummi Haziq ini boleh membantu untuk mak yang ingin pokok subur, sekaligus bebas kimia yang boleh membahayakan kesihatan keluarga.
“Di sini, saya kongsikan cara nak buat baja semulajadi buat anda yang nak berjinak menjadi ahli kebun sekangkang kera. Apa yang penting bahan yang digunakan bahan organik untuk kita tanam pokok sendiri. Bebas racun dan bahan kimia.”
Letakkan gula merah ke dalam bekas berselang seli dengan bawang dan diakhiri dengan gula merah.
Tutup bekas dengan tisu dapur dan tutup @ boleh juga ikat dengan kain (untuk pengudaraan dan juga elakkan dimasuki lalat)
Tandakan tarikh.
Selepas seminggu boleh ditapis dan diambil cairan sahaja.
*Lebihan bahan tapis boleh buang di sekeliling umbi-umbi pokok dengan jarak sejengkal dari pokok.
Cara Guna
5 ml untuk satu liter air tanpa klorin (untuk elakkan mikroorganisma mati), gunakan air hujan atau air perigi atau sungai, air cuckoo, air coway atau yang seangkatan.
Semburkan pada daun, batang dan media tanaman.
*Untuk baja bawang putih juga gunakan kaedah yang sama.
*Untuk baja bawang merah membantu menggalakkan pertumbuhan akar
*Bagi baja bawang putih untuk kawalan serangga secara organik.
MW: Ada banyak cara nak pastikan tanaman mak-mak ni hidup subur. Mudah sangat. Syok, bila dah subur, main petik je kan untuk memasak.
Hutang wajib di bayar walaupun tidak dituntut. Itulah yang sering kita dengar kan. Walaupun hutang hanya RM1, wajib bayar dan jangan nak memperlekehkan dan ia perkara biasa sahaja.
Boleh dikatakan, hidup kita ini banyak hutang. Hutang rumah dan kereta adalah yang paling utama. Ini belum termasuk hutang-hutang lain. Pening memikirkan pasal hutang nie. Beruntungnya kalau hidup tak ada hutang. Senang hati.
Perkongsian daripada Eyfa Amir mungkin boleh membantu mak-mak dan keluarga di luar sana untuk bebas hutang. Terpaksalah korbankan apa yang tidak penting demi untuk melunaskan hutang yang ada.
3 Tip
Disclaimer: Ni adalah pengalaman saya sendiri. Mungkin result nya berbeza dengan anda.
Sebenarnya saya dah mula plan untuk setelkan hutang sejak 7 tahun lepas. Tapi proses tu lambat sebab tak tahu Debt Buster Method.
Rupanya bila dah belajar restructure semula kewangan peribadi, baru nampak nak buat macam mana. So memang all out la 2 bulan ni.
Jangan risau kalau gaji kecil ATAU takde bisnes besar DAN jangan risau kalau takde support anda.
Sebab ada jalannya. Cuma step dia agak panjang. Tapi saya kongsikan 3 tip mudah ni kat anda semua:
1. Tuliskan semua hutang a) Wajib tulis semua hutang dan jumlah baki b) Pilih hutang mana nak setel dulu c) Saya sendiri bincang dengan coach kewangan hutang mana yang patut setel dulu d) Fokus untuk setelkan satu hutang dulu
2. Kurangkan belanja a) Stop beli tudung baru b) Stop beli baju baru c) Stop beli kasut baru d) Stop/kurangkan makan luar e) Stop merokok kalau anda perokok f) Stop scroll shoppee, lazada dan lain-lain g) Kawal belanja sedia ada
3. Tambah pendapatan a) Ramai stuck dekat sini sebenarnya b) Nak tambah pendapatan ada kaedah dan seninya c) Ada 5 kaedah untuk tambah pendapatan d) Setiap kaedah ada prosesnya e) Kalau betul cara insyaallah boleh dapat lebih 10k
Alhamdulillah saya dah buat dan berjaya setelkan hutang RM20K yang mengganggu hidup saya. Lebih sakit hati kalau hutang disebabkan orang lain.
Bila hutang selesai, memang tidur lena la. Dan duit lebihan yang patut bayar hutang saya boleh guna untuk benda yang lebih bermanfaat. Best kannn.
MW: Tip nombor 2 tu betul sangat. Moga ia bermanfaat untuk semua. Bolehlah cuba nanti.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...