Masak sedap kadagkala tak cukup untuk membuat anak-anak tertarik untuk makan masakan yang kita masak. Mak-mak kena kreatif untuk menarik minat

Masak sedap pun kadangkala tak cukup membuat anak-anak tertarik untuk makan masakan yang kita masak. Mak-mak kena kreatif untuk menarik minat anak makan sama ada di rumah atau untuk bekal ke sekolah.

Waaahh!! Comelnya set hidangan bento ini kan? Pasti anak-anak akan tertawan saat melihatnya. Mak-mak boleh bereksperimen mengikut kreativiti masing-masing dalam menghias bento untuk anak-anak sebagai bekal ke sekolah.

MASAK BENTO BAS SEKOLAH

Masak Sedap-Sedap, Hias Bento Cantik-Cantik..Anak Mesti Tertarik!

BAHAN-BAHAN:

3 keping kentang Hashbrown

3 batang sosej (Breakfast Sausage)

2 biji telur puyuh } direbus

1 biji buah tomato segar

½ labu bawang besar

200gm kacang panggang

1 biji Brussel Sprout }rebus

100gm Brokoli  } rebus

Sedikit minyak untuk mengoreng

Sedikit stok ayam

Sedikit mentega

UNTUK HIASAN:

3 batang lidi hiasan } untuk cucuk sosej

Sedikit Rumpai Laut Jepun

1 cawan kertas kecil } untuk letak kacang panggang

CARA MASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan kentang Hashbrown sehingga menjadi kuning keemasan. Ketepikan.
  2. Kemudian ambil sekeping kentang Hashbrown dan bulatkan potongan menjadi dua acuan roda. Ketepikan.
  3. Belah telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu untuk dijadikan roda. Ketepikan.
  4. Rebus sosej ke dalam stok ayam seketika. Bila masak, ketepikan.
  5. Kemudian gaul brokoli dan Brussel Sprout bersama sedikit mentega dan perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
  6. Buah tomato dibelah dua. Separuh dihiris nipis untuk hiasan. Ketepikan.
  7. Manakala yang sebahagian lagi, dipotong empat segi sama dan diperasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Panggang seketika tomato tersebut di atas kuali leper. Ketepikan.
  8. Setelah itu, tumiskan bawang besar bersama kacang panggang di dalam kuali seketika. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  9. Setelah itu, gandingkan kesemua bahan ke dalam bekas makanan mengikut gambar.

Resipi Penkek Souffle Jepun Gebu Gebas Guna Enam Bahan Saja, Anak-Anak Gerenti Suka!

Resipi Kam Heong Lala Ini Buat Shell Out Pun Sedap!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

MASAK BENTO KENTANG LENYEK BERSAMA COLESLAW

Masak Sedap-Sedap, Hias Bento Cantik-Cantik..Anak Mesti Tertarik!

 BAHAN-BAHAN KENTANG LENYEK:

6 biji ubi kentang  } kupas kulit dan rebus sehingga empuk

IKLAN

½ sudu teh susu uht

½ sudu teh serbuk lada sulah

30gm mentega lembut

Sedikit garam

Sedikit lada sulah

BAHAN-BAHAN SOS BAWANG KUNING:

 1 labu bawang Holland (Cincang)

1 sudu makan serbuk pati ayam

½ sudu makan sos tiram

1 sudu teh serbuk lada hitam

30gm tepung gandum

1 liter air

Sedikit minyak untuk menggoreng

BAHAN-BAHAN COLESLAW:

250gm kubis bulat

150gm lobak merah

100gm bawang besar

IKLAN

2 sudu makan mayones

1 sudu teh garam halus

1 sudu teh gula

½ sudu makan cuka sayur

UNTUK HIASAN:

4 potong kentang wedges } digoreng dahulu

Sedikit daun salad

Sedikit kacang badan  } belah dua secara menyerong

Sedikit timun jepun (untuk mata)

CARA MASAK:

  1. Untuk memasak kentang lenyek: Rebus kentang sehingga empuk di dalam periuk berisi air secukupnya.
  2. Setelah masak, tos dan lenyek sehingga halus (boleh gunakan pengisar makanan).
  3. Masukkan susu dan mentega lembut, kisar lagi hingga sebati.
  4. Perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
  5. Untuk menyediakan sos bawang kuning: Tuang sedikit minyak ke dalam kuali, tumiskan bawang Holland sehingga wangi.
  6. Masukkan tepung gandum dan kacau lagi. Tambahkan air dan serbuk pati ayam.
  7. Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam dan masak sehingga mendidih.
  8. Tutup api kemudian kisar kesemua bahan sehingga halus menggunakan pengisar makanan.
  9. Kemudian satukan kentang lenyek dan sos bawang kuning dalam satu bekas. Gaul sebati. Ketepikan dan biar ia sejuk.
  10. Untuk menghidang: Skop Kentang lenyek menggunakan skop ice cream menjadi bentuk bulat.
  11. Letakkan di dalam bekas yang telah disusun dengan daun salad. Jadikan seperti badan dan kepala Landak.
  12. Cucukkan kepingan kacang badam dan jadikan duri Landak.
  13. Potong Ttimun Jepun untuk jadikan bentuk mata.
  14. Letakkan coleslaw di sebelah kentang yang berbentuk Landak.
  15. Hiaskan juga dengan kentang wedges yang telah digoreng.
  16. Sedia dihidangkan.

MASAK BENTO LASAGNA SEAFOOD

Masak Sedap-Sedap, Hias Bento Cantik-Cantik..Anak Mesti Tertarik!

BAHAN-BAHAN:

 BAHAN A:

4 keping kulit lasagna

1 sudu kecil minyak zaitun

Keju mozarela secukupnya (untuk ditabur di atas susunan lasagna nanti)

Air secukupnya

Garam secukup rasa

IKLAN

BAHAN B:

1/2 labu bawang besar  } didadu keci

5 ulas  bawang putih }  dicencang halus

10 batang jejari isi ketam }  potong kecil

10 ekor udang } dipotong kecil

45gm mentega

Sedikit serbuk lada hitam

Sedikit dill, dan basil kering

Garam secukup rasa

BAHAN C (BÉCHAMEL):

400ml susu segar

2 sudu besar tepung gandum  } roux

2 sudu besar mentega } roux

Sedikit serbuk lada hitam

Garam secukup rasa

BAHAN HIASAN:

2 batang jejari ketam

3 ekor udang

2 ekor Chuka Idako

2 biji Brussel Sprout

2 biji Bebola ikan } bentukkan menjadi ikan

Sedikit Rumpai Laut Jepun

CARA MASAK:

  1. Untuk kulit Lasagna: Masukkan air ke dalam periuk dan renjiskan minyak Zaitun ke dalam rebusan. Kemudian masukkan kulit Lasagna dan rebus sehingga lembut.
  2. Angkat dan tos. Ketepikan.
  3. Untuk inti: Cairkan mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan udang dan jejari isi ketam yang telah dipotong. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan garam. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali masukkan daun dill dan basil kering, kacau sekejap dan angkat. Ketepikan.
  7. Untuk membuat bechamel (sos putih): Renehkan susu segar di dalam periuk dan kacau menggunakan ‘hand whisk’.
  8. Dalam bekas lain, satukan mentega dan tepung gandum dan kacau sebati untuk jadikan roux (bahan pemekat).
  9. Masukkan roux ke dalam adunan susu tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
  10. Untuk menyediakan Lasagna: Susun dua keping kulit Lasagna di dalam bekas aluminium bersaiz 20cm. Masukkan sebahagian bahan B dan ratakan.
  11. Kemudian curahkan separuh bechamel di atasnya. Ratakan.
  12. Susun lagi dua keping kulit Lasagna di aatas bechamel. Masukkan baki bahan B dan ratakan.
  13. Seterusnya curahkan semua baki bechamel dan ratakan.
  14. Taburkan keju mozarela hingga menutupi bechamel.
  15. Bakar di dalam ketuhar pembakar dengan suhu 180 darjah Celcius selama 30 minit.
  16. Cara menghidang: Celur jejari ketam, udang, Brussel Sprout dan Chuka Idako. Ketepikan.
  17. Susun udang yang telah dicelur di bahagian belakang.
  18. Gunakan Brussel sprout yang dibelah dua dan silangkan dengan Rumpai Laut Jepun.
  19. Tambahkan Chuka Idako (sotong Jepun) di bahagian depan. Akhir sekali gunakan bebola ikan yang berbentuk ikan untuk disusun di bahagian depan. Sedia dihidangkan.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI