
Isi Kandungan
ToggleBudak 10 Tahun Jadi ‘Bidan Terjun’, TENANG Bantu Ibu Bersalin Dengan Selamat. Bukan mudah untuk membantu wanita bersalin, perasaan panik dan cemas pasti ada apatah lagi pada usia kanak-kanak.
Memang mencatat sejarah dan pengalaman tersendiri apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Amerika Syarikat (AS) diangkat sebagai ‘wira’ selepas membantu ibunya melahirkan adik perempuannya di rumah, baru-baru ini.
Bersalin 3 Minggu Lebih Awal
Portal The Independent melaporkan, Miracle Moore dari Missouri berada di rumah bersama ibunya, Viola Fair, pada 23 Oktober lalu, dan membantu ibunya yang bersalin tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat North Country, yang menceritakan kisah itu di halaman Facebooknya, ibu Miracle mengarahkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun untuk menghubungi talian kecemasan 911.
“Hai, saya rasa ibu saya mahu bersalin,” Miracle memulakan panggilan rakaman selama 11 minit kepada talian kecemasan Scott Stranghoener, menurut Today.
Bantu Ibu Bersalin Dengan Bimbingan Operator
Bagaimanapun, Miracle akhirnya datang untuk membantu ibunya dan dengan bimbingan operator panggilan kecemasan, dia membantu ibunya melalui melahirkan adik perempuannya, Jayla.
“Dia memang ‘Miracle’ (ajaib) apabila mendail 911 dan apa yang berlaku seterusnya hanyalah kehebatan.
“Terima kasih kepada suara yang tenang daripada operator 911, Scott, Miracle dapat membantu ibunya melahirkan adik perempuannya, Jayla,” tulis jabatan bomba dan penyelamat di Facebook.
Ikut Arahan Melalui Telefon
Miracle mengikut semua arahan yang diberikan kepadanya melalui telefon.
Menurut catatan Facebook, apabila bayi Jayla dilahirkan, “Miracle berada di sana dengan tuala untuk mengelap mukanya dan untuk membantu merangsangnya supaya dia menangis dan memastikan bayi itu hangat sehingga paramedik tiba”.
Anggota kecemasan tiba beberapa minit kemudian dan mengambil alih tugas kanak-kanak berusia 10 tahun dan membawa ibu dan adik perempuannya yang baru lahir ke hospital, secara selamat dan sihat.
Mesti Baca:“Cuti Tak Diganggu, Ibu Bersalin Dapat Duit Poket RM45K Setahun”, Bestnya Kehidupan Di Norway
Baca Lagi Di Sini:Luluh Hati Ibu, Terkejut Anak 14 Tahun Rupanya Sarat Mengandung, Bersalin Bayi Perempuan!
Artikel Menarik:“Langsung Tak Dapat Melihat, Mendukung Anak Dilahirkan” Isteri KOMA Selepas Bersalin Anak Ketiga!

Mingguan Wanita: Hebat kanak-kanak perempuan ini, walaupun menjadi ‘Bidan Terjun’ namun kekal tenang dan berjaya membantu ibu bersalin dengan selamat walaupun hanya mendengar arahan menerusi telefon.
Sumber: Hmetro, Daily Mail.UK
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Laungan Azan Jentik Hati Wanita Ini Untuk Lebih Kenal Islam

Tidak pernah terlintas di benak fikiran gadis muda yang dahulunya menggunakan nama asal, Ester Michelle anak Peter Alli, 24 tahun, untuk menukar agama kepada agama fitrah iaitu Islam. Dia yang dijaga oleh neneknya suatu masa dahulu di Serian, Sarawak merupakan gadis berketurunan Bidayuh yang menganut agama Kristian.
Pindah ke Semenanjung
Ketika umurnya sembilan tahun, gadis ini bersama adiknya dibawa ke Kuala Lumpur untuk menetap bersama ibunya.
“Saya mengenali Islam dan banyak bercampur dengan orang Melayu setelah saya berpindah ke Kuala Lumpur. Ketika di sekolah khususnya, saya mula bergaul dengan orang Islam. Suatu hari, semasa kali pertukaran pelajaran antara Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam, saya masuk dalam kelas yang mengajar Pendidikan Islam secara sorok-sorok. Dari situ saya mendengar kisah-kisah para Nabi dan Allah dan ia sangat menarik hati saya untuk terus ketahui lebih banyak lagi.
“ Dari situ juga saya tahu tentang penciptaan manusia. Sejak kecil lagi, saya memang pernah terfikir tentang penciptaan manusia. Bagaimana terjadinya manusia di muka bumi ini? Tetapi setelah ustazah dalam kelas tersebut bercerita tentang nabi-nabi, saya masih merasa semua itu hanyalah cerita rekaan semata-mata untuk dijadikan pelajaran dan pengajaran kerana saya menganggap cerita seperti itu macam cerita dongeng yang ada ditayangkan di televisyen dan cerita kartun yang penuh dengan fantasi.
“Ketika saya di kampung, saya tidak pernah dengar kisah nabi dan Allah. Saya hanya mengenali Jesus Christ dan itulah tuhan yang saya selalu tengok di gereja. Biasalah, kita hanya percaya dengan apa yang kita nampak. Sedangkan Allah dan nabi yang ustazah cerita itu semuanya kita tak pernah nampak dalam mana-mana buku,” ujar gadis yang kini sudah menukar namanya kepada Nur Aisyah Maisara, selepas mengucapkan syahadah pada usianya 19 tahun.
Ibu peluk Islam dulu
Hidayah pertama kali menjengah keluarga Maisara ketika usianya 13 tahun, yang mana ketika itu ibunya telah memeluk agama Islam terlebih dahulu. Namun ibu Aisyah sedikit pun tidak memaksa anak-anaknya untuk turut serta sebaliknya menerapkan ajaran agama Islam secara tidak langsung di dalam kehidupan keluarganya itu.
“Semasa umur saya 13 tahun, ibu saya telah memeluk Islam. Saya dan adik tidak ikut ibu kerana bimbang akan dimarahi oleh nenek. Walaupun ibu telah bertukar agama tetapi kami sekeluarga tidak sedikit pun merasa pelik atau rasa berbeza. Masing-masing boleh menerima keadaan tersebut.
“Sekali sekala saya akan baca atau ibu akan berkongsi tentang buku agama yang telah dibaca. Banyak pengajaran yang saya dapat. Ibu tidak pernah bertanya secara terus terang kepada kami adik-beradik, adakah kami mahu ikut agama dia atau tidak kerana ibu mahu kami menilai sendiri dengan mata hati kami. Ibu juga banyak mempraktikkan cara-cara Islam mendidik anak-anak tanpa kami sedari. Ibu banyak mengajar kami tentang akhlak dalam Islam.
“Walaupun Islam itu sudah berada dalam rumah kami, tetapi ketika itu hati saya tidak merasa mahu bertukar agama kerana bagi Islam itu banyak aturannya dan saya tidak mahu bertukar agama kerana manusia. Biarlah saya melakukannya benar-benar dari hati.
Sambung Pelajaran
“Ketika saya berumur 19 tahun, saya menyambung pelajaran saya di tingkatan 6 SMK Taman Melawati. Menjadi pelajar tingkatan 6 yang bakal menduduki STPM bukanlah suatu yang mudah. Tambahan lagi saya merasa rendah diri kerana kawan-kawan saya yang lain semuanya dapat menyambung pelajarannya terus ke universiti.
“ Suatu hari, saya benar-benar dalam keadaan yang sangat tertekan dan sedih kerana saya rasa susahnya menjadi pelajar tingkatan 6. Saya bimbang tidak dapat menggembirakan hati ibu kerana saya adalah anak sulung dan saya perlu berjaya dalam hidup. Semasa saya sedang memikirkan perancangan saya untuk berjaya, tiba-tiba azan asar disiarkan di TV3. Saya merenung ke arah kotak televisyen tersebut dan mendengar azan serta menghayati maksud-maksudnya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Saya tertarik dengan satu baris azan yang bermaksud, “marilah solat menuju kejayaan”. Dari situ saya terfikir, betul ke macam itu caranya jika nak berjaya? Solat? Okaylah aku kena cuba cara tu kalau nak berjaya. Mesti solat. Tapi kena masuk Islam, kena belajar Islam.
“Saya buntu apa yang perlu saya buat. Tetapi hati saya tetap mahu juga buat solat itu kerana bait-bait azan dan maksudnya itu terngiang-ngiang di fikiran saya. Lalu saya menceritakan niat saya untuk masuk Islam kepada ibu. Kebetulan ketika itu ibu mahu ke Terengganu. Jadi saya ikut ibu dan Alhamdulillahlah prosesnya berjalan lancar. Saya mengucapkan kalimah Syahadah pada tarikh lahir saya iaitu 2 Januari. Balik sahaja dari pejabat agama Kuala Terengganu itu, ibu ajar saya mandi wajib, ambil wuduk dan solat. Ibulah yang banyak membantu saya untuk menghafal bacaan-bacaan dalam solat dan cara solat. Hati saya rasa lapang tetapi saya masih berfikir tentang kehidupan yang saya perlu jalani. Hati kecil saya kata, saya mesti mencari sesuatu yang saya perlu dalam hidup,”cerita Maisara bagaimana dirinya mula tertarik dengan agama Islam.
Kehidupan berbeza
Sudah hampir lima tahun Maisara menjadi seorang Muslimah, kehidupannya kini lebih teratur dan punya garis panduan. Baginya banyak perbezaan yang dapat dilihat daripada kehidupan dahulu dan sekarang.
“Kini sudah lima tahun saya hidup sebagai orang Islam, saya merasa ada garis panduan dalam kehidupan. Saya sangat bersyukur. Apabila saya sedih, kini saya tahu saya perlu mencari siapa, mencari Allah dalam solat dan memohon kepada-Nya. Di situ saya dapat ketenangan.

“Banyak sangat perbezaan kehidupan sebagai muslimah dan kehidupan lama saya. Kalau kini, saya sudah tahu betapa berharganya maruah seorang wanita muslimah. Islam benar-benar menjaga hak-hak wanita. Dari segi akhlak mereka, harta mereka, dan keperibadian mereka. Kini penampilan saya lebih terjaga berbanding dulu. Peluang berada di Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA), telah mentarbiahkan penampilan saya dan pemikiran saya. Dulu setelah mengucap kalimah syahadah, saya menutup aurat tetapi bukan menutup dengan cara yang betul, lebih kepada membungkus diri iaitu pakai tudung tetapi baju dan seluar nampak bentuk badan. Ketika itu saya rasa itulah cara tutup aurat.
“ Tapi setelah belajar, barulah saya faham pengertian menutup aurat yang betul dan mengikut syariat. Itulah perbezaan ada ilmu dan tanpa ilmu. Menutup aurat juga bukan lah dari segi penampilan luaran sahaja tetapi begitu juga dengan akhlak kita. Ustaz Ramli selalu berpesan, wanita mesti ada rasa malu. Malu itu merupakan perhiasan wanita. Malu itulah yang menjaga diri wanita daripada diganggu. Betapa besarnya kesan Islam pada diri saya kini,” tambah Maisara.

Syukur dengan kehidupan kini
Mengakui dirinya sangat bersyukur dengan kehidupan yang dijalani pada hari ini, pelajaran awal tentang Islam adalah melalui ibunya dan juga bimbingan yang diperoleh di PUSBA. Selain itu, menyertai kelas dakwah secara berterusan banyak membantu diri gadis ini untuk terus mendalami Islam dengan lebih baik.
“ Saya sangat bersyukur dengan kehidupan sekarang. Sedikit demi sedikit Allah memberikan kebaikan kepada kehidupan saya. Jika dulu saya sangat kecewa kerana tidak dapat menyambung pelajaran saya ke universiti, kini Allah dah makbulkan doa saya.
“ Saya sedang belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi, mengambil Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Multimedia. Saya tidak menyangka Allah akan memberi jalan ini kepada saya. Saya tidak pernah terlintas untuk masuk agama Islam sehinggalah saya menghayati maksud azan tentang kejayaan. Jika dulu saya benar-benar cemburu dengan kejayaan kawan-kawan saya yang lain, kini saya tidak perlu membandingkan diri saya dengan mereka. Saya percaya semuanya atas kehendak Allah. Saya tidak perlu tamak dan cemburu dengan rezeki orang lain kerana Allah telah menentukan rezeki hambanya masing-masing dengan usaha diri sendiri dan semuanya lahir dari hati yang ikhlas bukan kerana ikutan semata-mata.

“Saya yakin hidayah Allah itu hanyalah pinjaman sementara. saya perlu menjaga hidayah yang diberikan oleh Allah dengan sebaik mungkin. Allah telah banyak memberi petunjuk kepada saya, cuma saya tidak dapat menilai dengan baik. Saya bersyukur dengan pilihan saya. Saya harap saya mampu menggenggam agama Islam dengan ilmu sehingga akhir hayat. Saya harap Allah sentiasa menjaga dan melindungi saya serta keluarga kerana iman ini senipis kulit bawang yang mudah koyak dan rapuh. Inilah hikmah yang saya pelajari tentang Islam. Islam banyak mengajar saya tentang kehidupan yang sebenar.Dulu saya hidup seperti saya tidak akan mati meninggalkan dunia tetapi kini saya sedar erti tujuan sebenar hidup. Bukan hanya kerana kejayaan dunia tetapi juga kejayaan akhirat. Ingin berjaya dalam hidup, ingatlah Allah. Mengingati-Nya adalah dengan solat,” akhiri Maisara.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rezeki Pakcik Grab, Dapat Kereta Baru Dari Isteri YouTuber & Bakal Tunai Umrah Ditaja MB Selangor

Isi Kandungan
ToggleRezeki pakcik Grab, dapat kereta baru dari isteri youtuber & bakal tunai umrah ditaja MB Selangor. Sudah tertulis rezekinya. Rezeki berganda di bulan Ramadan.
Di saat insan lain seusianya mungkin hanya ke masjid memenuhkan masa namun pakcik Zulkifli dalam keadaan terbongkok-bongkok gigih menghantar makanan demi kelangsungan kehidupan.
Rezeki Pakcik Grab Dapat Kereta Baru Dari Isteri Youtuber
Walau kudratnya nampak tidak berapa sihat kerana masalah sakit pinggang di hadapinya, tular videonya gigih menghantar makanan dan ia menjadi viral di media sosial.
Susulan video tular ini, isteri kepada Youtuber terkenal, Alieff Irfan iaitu Bella atau nama sebenarnya Nurul Nabilah Aliah Hazman berasa tersentuh hati dan membelikan pakcik Zulkifli sebuah kereta baru iaitu Proton Saga untuk kemudahan pakcik ini bekerja.
Dalam videonya yang viral ditonton 2.4 juta orang itu di akaun Tik Toknya, kelihatan Bella membawa duit tunai dan membelikan kereta hampir bernilai RM40,000 untuk pakcik Zulkifli.
@bellestrelle0 Bila tengok video pakcik grab viral , tiba2 bella teringat dekat kedua atok bella . Masih berusaha mencari rezeki pada usia 68 tahun walaupun keadaan x mengizinkan . Pakcik ni sakit belakang , so doctor sarankan tidak galakkan bawa motor dh So bella decide di bulan puasa yg mulia ini , bella nk kongsi rezeki hadiahkan pakcik sebuah kereta untuk raya . Jadi pakcik dah bleh bergerak dgn kereta lebih selesa dan selamat . Tapi apapun pakcik tetap kena jaga diri . Saya doakan semoga pakcik disihatkan tubuh badan & murah rezeki 🤲🏻 . Nak menitis air mata bella bila tengok reaction pakcik sangat happy 🥹 . Bila kita ade rezeki lebih , x salah kita kongsi dengan orang lain . Bella harap , raya ni pakcik akan jadi lebih happy .. terima kasih pakcik atas perjuangan pakcik selama ni . #fyp #viral #malaysia #bellestrelle #selangorjagaselangor #aylaglow ♬ original sound – bellestrelle
Tulisnya, “bila tengok video pakcik grab viral , tiba-tiba Bella teringat dekat kedua atok Bella. Masih berusaha mencari rezeki pada usia 68 tahun walaupun keadaan tak mengizinkan . Pakcik ni sakit belakang, so doctor sarankan tidak galakkan bawa motor dah.
So Bella decide di bulan puasa yang mulia ini, Bella nak kongsi rezeki hadiahkan pakcik sebuah kereta untuk raya Jadi pakcik dah boleh bergerak dengan kereta lebih selesa dan selamat. Tapi apapun pakcik tetap kena jaga diri. Saya doakan semoga pakcik disihatkan tubuh badan & murah rezeki .
Nak menitis air mata Bella bila tengok reaction pakcik sangat happy. Bila kita ade rezeki lebih, tak salah kita kongsi dengan orang lain.
Bella harap, raya ni pakcik akan jadi lebih happy. Terima kasih pakcik atas perjuangan pakcik selama ni.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Cari Rezeki Lebih Untuk Anak-Anak, Syura Buat Bisnes Tart Nanas Setiap Kali Ramadan
Rezeki Tak Pernah Putus, Resepi KUIH SIPUT Dibuat Jual Tahan Lebih Sebulan!
Asbab Ikhlas SEDEKAH Sejadah Kesayangan, Diberi Balasan Rezeki Tak Disangka!
Bakal Tunai Umrah Ditaja MB Selangor
Ternyata Allah sudah menulis rezeki pakcik Zulkifli lebih dari itu. Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari yang kini berada di Tanah Suci Makkah turut tersentuh hati mendengar kisahnya yang belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci seumur hidupnya.
Dan Amiruddin turut tersentuh hati melihat kesusahan dialaminya dan turut menghadiahkan pakcik Grab tajaan umrah selepas Ramadan nanti.

@amirudinshari Insya-Allah saya akan menaja Pakcik Zulkifli utk menunaikan umrah selepas Raya nanti #fyp #mbselangor #pakcikgrabviral #selangorjagaselangor ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama
Dalam videonya, jelas MB Selangor ini, dirinya mendoakan yang terbaik untuk kesihatan pakcik dan urusan membawa warga emas ini akan dilakukan sekembalinya dirinya ke tanahair pada 21 hb nanti.
Alhamdullilah, inilah dinamakan rezeki tidak tersangka-sangka yang Allah tulis untuk hambanya. Moga dipermudahkan urusan pakcik Zulkilfli di masa akan datang.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masuk Tahun Ke-10 Perkahwinan, Azmi Saat & Isteri Bakal Dapat Anak Pertama!

Isi Kandungan
ToggleSetiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan kehadiran cahayamata sebagai pelengkap dan penyeri dalam kehidupan berkeluarga.Baik cepat mahupun lambat. Hampir 10 tahun menanti penuh sabar, alhamdulillah rezeki buat penyanyi bersuara merdu Azmi Saat dari Caliph Buskers dan isteri, Nazira Muhammad untuk mendapat zuriat akhirnya bakal menjadi nyata.
Menariknya, ‘peHampir 10 tahun menanti penuh sabar, alhamdulillah rezeki buat penyanyi bersuara merdu Azmi Saat dari Caliph Buskers dan isteri, Nazira Muhammad untuk mendapat zuriat akhirnya bakal menjadi nyata.rjalanan’ dan laluan yang dilalui juga tidak mudah. Azmi mengambil pendekatan yang sangat terbaik, dengan selalu bersama-sama dan menggembirakan hati isteri sepanjang mereka berkahwin. Sekalipun, tidak mengabaikan isteri apatah lagi menggunakan alasan anak untuk berkahwin lain.
Berikut perkongsian dari Azmi Saat yang dikongsikan baru-baru ini,
Dulu, waktu 5 tahun awal perkahwinan saya dan isteri, , dia tak marah langsung kalau saya bergurau fasal nak kahwin lain.Kononnya nak carikan dia kawanlah, kasihan dia penat buat kerja seorang-seoranglah, nak bagi dia merasa ada payung emaslah.
Bukan setakat tak marah, malah dia boleh mencabar saya lagi sebab dia tahu saya memang tak berani. Sembang saja kuat.
Gurauan Kahwin Lain
Lepas 5 tahun, kalau saya bergurau hal seperti itu, respond dia dah tak seperti biasa. Selalunya dia akan terdiam. Tak ada lagi kata-kata mencabar apa lagi gelak tawa.Bila perasan begitu, saya cuba kurangkan gurauan-gurauan seperti itu sebab tahu dia tak suka. Tapi, kadang-kadang terlepas juga.
Pada tahun ke lapan perkahwinan, dia hamil tapi tak sampai 2 bulan kandungannya gugur. Mulai dari saat itu, dia selalu termenung bila baru lepas bermain dengan budak kecil, sedih bila terbaca ucapan Selamat Hari Ibu, rasa kecil bila kawan-kawan bersembang fasal anak masing-masing. Apa lagi bila berjumpa dengan saudara-mara yang tak pandai jaga mulut persoalkan bila nak dapat anak. Akan basahlah baju saya dengan airmatanya.
Dia juga selalu sangat bertanya pada saya, “Yang, kalau saya tak dapat beri awak anak, awak akan kahwin lain tak?”
Barulah saya tahu, rupanya dia tak suka gurauan-gurauan seperti itu sebab dia takut saya gunakan alasan anak untuk kahwin lain. Sejak dari itu, saya tak mahu lagi bergurau nak kahwin lagi. Selagi dia hidup, cuma dia seorang isteri saya walau apa pun yang terjadi.
Hidup Tanpa Anak Juga Seronok
Saya cuba hiburkan dia supaya dia tidak kesunyian. Pantang ada masa lapang, pasti saya akan bawa dia bercuti ke hotel-hotel. Saya nak dia tahu, hidup suami isteri tanpa anak juga seronok. Malah mungkin lebih seronok dari orang lain yang ada anak.
Alhamdulillah rasanya hiburan yang saya beri menjadi. Sampai masuk tahun 2021 iaitu tahun ke sepuluh perkahwinan, kami sepakat untuk lupakan fasal anak. Kita cari kebahagiaan berdua sahaja.
Isteri Hamil 4 Bulan
Segala puji bagi Allah. Dialah yang maha mengetahui dan Dialah yang merancang segalanya. Berkat doa yang tak putus-putus dari Emak, keluarga dan orang sekeliling, tak lama lepas kami sepakat begitu, isteri kata dia rasa tak selera makan, selalu rasa nak muntah.
Bila kami pergi buat rawatan, rupanya isteri saya hamil. Sekarang sudah hampir 4 Bulan.
Jujurnya, waktu awal-awal kami dapat berita kehamilan itu, kami tak pun terus gembira. Mungkin sebab dah mula rasa seronok hidup berdua. Bila dah balik rumah, barulah gembira itu datang. Mulalah mencaritahu apa yang perlu untuk orang mengandung dan bersalin.
Saya mohon doa dari kawan-kawan semua, semoga kandungannya sihat, isteri saya sihat dan anak yang lahir nanti akan jadi anak yang soleh.
Saya doakan kepada sesiapa sahaja yang sedang berusaha untuk memperoleh cahaya mata supaya diberikan kesabaran, kekuatan untuk mengharungi apa sahaja ujian sebagai pasangan suami isteri.
Sama-samalah kita bersyukur dengan apa sahaja yang tuhan beri. Banyakkan beristighfar memohon keampunan atas segala dosa, pasti Allah akan tunaikan setiap doa kita.
Mudah-mudahan Allah selalu menyematkan rasa bahagia dalam hati-hati kita walau bagaimana pun keadaan kita.
Baca Lagi Di Sini:
‘Tiada Anak Bukan Hukuman Tuhan’, Lelaki Ini Selit 8 Tip Buat Suami Isteri Yang Down Bila D
MW: Alhamdulillah tahniah buat Azmi Saat dan isteri setelah 10 tahun usia perkahwinan bakal dikurniakan zuriat. Bukan tempoh yang sekejap, tapi tetap berusaha, setia dan gembirakan isteri sepanjang menempuh ujian perkahwinan. Memang terbaik!
Sumber: Azmi Saat
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 12 Jun dan 26 Jun 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI