Selain biskut raya, rempeyek juga salah satu hidangan yang wajib ada bila tiba hari raya. Memang layan makan kudapan ini dan habis sebalang pun tak sedar.
Kali ini, perkongsian daripada Nur Athiya tentang cara buat rempeyek, resipi dari neneknya. Inilah kudapan yang wajib dia buat setiap tahun.
Bancuhan buat pada sebelah malam. Goreng dulu separuh. Tak tahannya, habis semua kena makan. Nanti lepas sahur, kita sambung goreng. Sebab dah tak ada orang makan, semua berpuasa.
Bahan:
1 bungkus tepung beras
3 sudu besar ketumbar – dikisar
3 sudu besar jintan manis – dikisar
3 sudu besar jintan putih – dikisar
400ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
1 labu bawang putih (tumbuk halus)
Segenggam ikan bilis – dikisar
1 biji telur
1 sudu kecil kapur makan
4 cawan air – bergantung pada kepekatan.
Garam secukup rasa
Ikan bilis
Kacang tanah
Ads
Cara Membuatnya:
Campurkan kesemua bahan di atas.
.
Kacau sebati untuk menjadi bancuhan.
Selepas itu boleh terus goreng.
.
Ads
Kalau tebal boleh tambah air.
Letak ikanbilis dan kacang sebelum menggoreng. (ikan bilis dan kacang mentah)
Siap.
.
.
Mingguan Wanita : Ralit sungguh kalu dapat makan ni. Tak tahannya, tak sempat habis bancuhan, yang bergoreng pun habis sama di makan.
Resipi Mudah ‘Potato Salad’ Sedap Berkrim, Boleh Makan Sejuk Atau Hidang Suam. Jika sesekali ingin ubah selera keluarga, boleh cuba buat ‘potato salad’ atau salad kentang yang sedap dan lemak berkrim ini. Malah boleh dinikmati dalam keadaan suam, mahupun dimakan sejuk-sejuk.
Jika saya sebut kerabu ubi, mungkin akan terasa ‘kampung’nya hidangan ini. Cuba saya sebut potato salad, terus terasa sangat pekan.
Potato salad diperkenalkan oleh peneroka Sepanyol ke Dunia Baharu Eropah pada kurun ke-16. Namun lebih banyak yang kenal potato salad daripada pendatang Jerman ke Amerika.
Memang asalnya makanan kampung dan lama-kelamaan menjadi Amerikana apabila mula ditambah mayonis.
Pertama kali saya tengok potato salad dibuat di rumah Kak Lin. Hayani yang buat dan saya terkejut tengok beliau guna telur rebus.
Kemudian semasa beliau letak lada hitam, beliau sebut,
“Ini petua orang tua-tua sebab ubi angin.”
Hayani memang pandai buat coleslaw dan potato salad. Sedap sungguh.
Pada saya, potato salad ini seperti salad pembawa (carrier salad). Maksudnya salad yang boleh dijadikan alasan untuk masukkan bahan-bahan lain untuk dimakan.
Hendak tambah brokoli celur? Silakan.
Hendak tambah isi ayam? Silakan.
Hendak tambah sosej yang dicincang dan digoreng rangup? Silakan.
Potato salad juga sangat mesra dengan pelbagai rasa dari latar budaya yang berbeza.
Hendak jadikan rasa Asia? Gunakan serai dan halia.
Mahu rasa Mexico? Guna rempah-ratus Cajun atau Tex-Mex yang biasanya ada kayu manis, jintan putih dan cili.
Potato salad juga tidak menyakitkan kepala. Hendak hidang suam, boleh. Jika takut terlambat, buat awal, simpan dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk. Tiada masalah.
Emak tanya semalam, “Cek bubuh apa dalam ni?”
Soalan itu tandanya emak suka. Alhamdulillah. Lulus oleh Ratu.
5 biji ubi kentang – rebus sehingga empuk
4 biji telur – rebus
1 biji bawang besar – cincang halus
¼ biji lobak merah – cincang halus
½ biji cili hidup (merah) – buang biji dan cincang halus
½ biji cili muda (hijau) – buang biji dan cincang halus
2 sudu makan daun bawang – dihiris
2 sudu makan daun sup – dihiris
1 batang saderi – dicincang halus
Jika hendak pedas, biarkan biji cili. Saya lebih kepada mahukan warnanya.
½ cawan mayonis
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk rosemary/ oregano/ Italian herbs
2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 sudu teh gula
2-3 sudu makan cuka/jus lemon/ jus limau nipis
1.Dadukan ubi agak saiz semulut.
2.Lecek telur rebus guna garfu seperti yang kita belajar dalam ERT di sekolah dulu.
3. Kemudian tambah bahan sos salad iaitu mayonis, garam, serbuk rosemary/ oregano/ Italian herbs, serbuk lada hitam kasar, gula, cuka/jus lemon/ jus limau nipis ke dalam telur yang telah dilecek tadi.
4. Masukkan pula sayur-mayur dan gaul rata.
5. Masukkan pula ubi kentang yang didadu tadi dan gaul rata.
6. Siap untuk dihidang atau disimpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup jika mahu makan sejuk.
Berkrim, rasa yang ‘meletus’ dan seronok dapat kunyah-kunyah benda-benda kecil.
Popia sira, boleh dikatakan salah satu kerepek yang paling laris dan digemari sesiapa saja. Rasa pedas, manis-manis, memang lekalah mengunyahnya, satu balang habis pun tak sedar.
Mungkin orang ingat, nak buat popia sira ini agak remeh. Sebenarnya, ia paling senang dan mudah. Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Petua Nak Sedap MI KARI Letak Udang Kering, Kuah Kena Pekat! Mi Kari antara hidangan yang sering disajikan setiap kali tibanya hari raya. Sesuai dihidangkan buat tetamu ketika datang beraya mahupun menu untuk rumah terbuka.
Ada pelbagai resipi dan cara nak buat Mi Kari. Namun salah satu petua nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.
Petua nak sedap mi kari kak yuyu ni satu ja. Udang kering.Lain orang lain cara kan.
1. Blend bawang Besar, bawang putih, halia dan udang kering.
2. Nak rasa lemak-lemak sikit masuk kan seketul buah keras blend sekali.
3. Tumis sampai naik bau dan masukkan cili kering.
4. Dah pecah minyak baru masukkan rempah kari daging campur rempah kari udang.
5. Tumis sampai pecah minyak masukkan segala rencahnya ayam, kerang, sayur-sayur.
6. Kak yuyu letak lobak merah, kobis dan kacang panjang.
7. Lepas tu santan letak lebih sikit sebab mi Kari kuah kena pekat,
kalau ceroi tak lajuuu makan.
8.Fish ball Dan fish cake kak yuyu goreng asing. Tak masak sekali dalam kuah. Saja la nak ada effect rangup-rangup masin.Kalau masak sekali nanti jadi gebu tak syok makan.
Telur rebus jangan lupa na. Bawang goreng, taugeh, cili merah potong Dan limau kasturi jangan lupa untuk meriahkan lagi hidangan.
Alhamdulillah, sedap macam biasa.
Ma, bapak, anak-anak dan suami memang lajuuu menambah.
Mingguan Wanita: Sedapnya nya makan mi kari. Sesuai buat untuk tetamu datang beraya. Nak Mi Kari sedap boleh campur dengan udang kering sikit seperti petua yang dikongsikan ini.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.