Hujung minggu atau musim cuti sekolah, bila anak-anak ada di rumah, mak-mak memang kena sediakan macam-macam makanan. Sebab anak selalu lapar minta macam-macam makanan. Selain hidangan makan berat, kena ada juga kudapan sampingan macam Biskut Cornflakes Nestum ni. Anak-anak gerenti suka lebih-lebih lagi sebab guna cornflakes dan nestum.
Cara nak buat biskut ni pun cukup mudah dan bahan-bahannya pun tak banyak.Lebih menarik, biskut ni rangup dan tak menggunakan tepung langsung seperti dalam kebanyakkan resipi.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Zahidah Kamal ini sebagai rujukan.
“Biskut paling simple dan sedap,tak dapat banyak pun sebab baru keluar oven 2 hero dah amik seorang dekat 3 keping. Resepi dekat bawah ya saya share resepi biskut nya. Saya panggil biskut conflakes nestum or biskut diet,sebab kalau lapar makan biskut ini jadi kenyang.”
Bahan-Bahan:
300g Cornflakes (beli dekat bakery je,kalau nak guna yang kotak pun boleh terpulang)
500g atau 1 peket nestum
6 sudu makan madu
250g atau 1 cawan majerin cap Pelangai (nak guna butter cup ke apa tak kisah)
1/4 cawan gula aising (kalau suka manis boleh tambah,ini sebab mak dan abah tak makan manis kena kurangkan)
Cara Membuat:
1. Ramas conflakes sehingga hancur (ramas manja-manja je) selepas itu masukkan nestum.
2. Gaul madu, gula dan majerin sehingga sebati (guna senduk je)
3. Kemudian masukkan majerin, madu dan gula yang dah sebati ke dalam conflakes dan nestum tadi.
4. Gaul sehingga kelihatan melekat dan basah-basah sikit.
5. Masukkan ke dalam acuan mini muffin dan padatkan dengan cawan.
6. Bakar pada suhu 200°c selama 10 minit.Bergantung pada oven masing-masing (panaskan oven selama 10 minit sebelum tu ye).
Siap! Selamat Mencuba.
Baca Lagi Di Sini: Puding Biskut Cream Crackers Sedap 3 Bahan, Lembut & Lemak Manis!
MW: Mudahnya nak buat biskut Cornflakes Nestum ni. Tak kira anak-anak atau mak-mak pun mesti suka.
Sumber :Nor Zahidah Kamal
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Betul Bakar Kek, Tart, Biskut, Puding Roti, Guna Pemanggang Ajaib
Macam-macam boleh buat dengan pemanggang ajaib ini. Berguna saat mak-mak teringin nak bakar kek, tart, biskut, puding roti mahu kuih tradisi tapi tak ada oven. Syaratnya kena ikut stepnya yang betul. Barulah kek menjadi dengan sedap malah cantik.
Puan Azureen Muffardi cuma menggunakan pemanggang ajaib saja untuk membakar segala jenis kek, tart, biskut, puding roti malah kuih akok yang dihasilkan. Jom! belajar cara betul menggunakan pemanggang bagi menjadi hasilnya.
Katanya, “Saya tak ada oven tapi selama tak ada oven saya bakar kek, tart, biskut, akok, puding roti dan semua yang berasaskan bakar menggunakan PEMANGGANG AJAIB/ KUALI AJAIB/ PERIUK KUKUS.
“JANGAN SEBAB TAK ADA OVEN KITA DOWN”
Panduan Semasa Membakar
√ Semasa membakar, pemanggang perlu ditutup.
√ Gunakan saiz loyang yang sesuai dengan pemanggang yang ada di rumah kita.
√ Jenis pemanggang ajaib yang saya gunakan :
- Tinggi pemanggang ajaib : 7cm
- Saiz loyang untuk bulat : saiz 7
- Saiz loyang untuk petak : 7×7
- Tinggi loyang : 4.5cm
√ Jika adunan kek kita banyak, bahagikan kepada dua. Sebab pemanggang tak besar macam oven.
√ Gunakan api perlahan. Rujuk gambar di atas untuk tengok api besar mana.
Bakar Biskut
- Gunakan kertas minyak kerana tak nak bagi mudah hangus kat dasar biskut. Lagipun, senang nak angkat masuk, angkat keluar biskut tu semua.
- Biskut yang siap dibakar, kena rehatkan dulu di luar sampai sejuk. Bila dah sejuk baru masuk balang. Baru tahu tekstur dia macam mana, lembut atau keras.
Bakar Cupcake
- Tak perlu letak air, sebab kita nak bakar. Bukan nak kukus.
- Bekas aluminium tu boleh digunakan semula.
- Masa diperlukan dalam 15 ke 20 minit. Tengok juga jenis keknya.
Bakar Tart Telur
- Adunan dibakar sekali (shell + tart) sehingga masak untuk elak hangus.
- Anggaran masa 15 minit, boleh check guna lidi.
Bakar Burn Cheese Cake
- Guna loyang masukkan dalam pemanggang. Letak baking paper. Baking paper beli di kedai Eco RM2.10 untuk 5 meter.
- Kejadiannya nanti, burnt tu duduk kat bawah bukan kat atas. Sebab kita tak ada api atas kan. Guna dapur gas api bawah je.
- Check guna lidi nak tahu masak atau tak. Kalau belum sambung lagi bakar.
- Untuk burn cheese cake saya ambil masa dalam sejam plus plus. Nak lagi burn lagi lama masa diambil.
Bakar Kek Minyak
- Pemanggang kena tutup rapat. Tak rapat nanti berwap.
- Api kena kecik (rujuk gambar api di atas).
- Kejadian kek dalam loyang tak perlu dibalikkan.
- Tak perlu pun nak panaskan dulu pemanggang ajaib. Boleh terus bakar.
- Bakar sampai masak.
Bakar Kek Birthday
- Untuk kek akan ambil masa 20 minit, saya akan bukak check guna lidi. Kalau belum masak, sambing masak. Bila dah masak terus angkat dan terbalikkan.
- Untuk kek tinggi buat lapisan demi lapisan.
Bakar Puding Roti
- Guna saiz loyang 32cm, tinggi 7cm.
Semua Ini Bakar Guna Pemanggang Ajaib
Semoga bermanfaat.
Sumber/Foto : Azureen Muffardi
Boleh beli Pemanggang Ajaib Murah di sini: https://invol.co/cl8qant
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mak-Mak Boleh Uruskan Peti Ais Dekat Rumah, Supaya Nampak Kemas & Bersih
Hujung minggu merupakan waktu terbaik mak-mak boleh luangkan masa susun atur dan uruskan barang dalam peti ais di rumah. Sebenarnya ada cara tertentu yang boleh dipraktikkan dalam pengurusan peti ais ini demi memastikan ia kekal bersih dan nampak kemas. Perkongsian tips pengurusan peti ais ini merupakan cara yang dipraktikkan oleh Dr Hani Mynis dirumah beliau. Namun tidak salah mak-mak turut mencuba cara ini dirumah sendiri.
Berikut antara perkongsian beliau sebagai panduan;
#kemasrumahwithhani : Pengurusan Peti Ais
“Seminggu sekali hani akan luangkan sikit masa untuk kemas peti ais. Selalunya hari Khamis lah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dalam peti ais untuk plan minggu depan punya menu pulak.”
Tips Peti Ais Nampak Kemas Dan Bersih:
- Boleh pasang lapik dekat setiap shelf. Sekarang dah trend orang pasang glass wallpaper kan? Cantik-cantik semua. Hani dari 3, 4 tahun dulu memang setia pakai placemats dari mr. diy je. Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats untuk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray ). Lagi pulak hani suka tukar-tukar style kejap corak bunga-bunga kejap corak lain.
- Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dari tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau gelap sangat peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun dekat shelf bawah-bawah dan area belakang.
- Pilih satu atau dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti ais.
- Untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas (dari segi visual).
- Buat pengkhususan setiap shelf untuk letak apa. Optional: labelkan (guna masking tape pun ok).
Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.
Happy Organising
- Hani lebih suka bekas bertapak empat segi dari bulat sebab nampak lebih kemas.
- Hani pilih seragamkan bekas semua berwarna hijau.
- Guna placemats transparent supaya cahaya boleh sampai ke bawah
?Shelf Pertama (Paste) :
Untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih dan bawang putih + halia) letak di shelf paling atas, senang nak ambil sebab ni barang dalam peti ais yang selalu keluar masuk. So letak paling atas senang nak ambil.
?Shelf Kedua (Today) :
Ni bahagian untuk letak protein yang akan dimasak untuk “hari ini”. Sebelum keluar pergi kerja pagi-pagi atau sebelum tidur, protein akan diturunkan dari bahagian freezer ke bahagian chiller dan hani letak kat sini.
?Shelf Kedua (Leftover) :
Ni bahagian untuk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave-able atau tahan panas kukusan. Sebab nak panaskan nanti senang. Seeloknya kalau simpan lauk tu kat bahagian chiller, kena makan lauk tu dalam masa tiga hari. Kalau agak-agak nak simpan lama nak makan balik minggu depan ke, letak kat bahagian freezer.
Kalau hani teringat, akan tulis tarikh lauk guna pelekat je, kalau tak hani just check semula dengan jadual menu mingguan hani bila hani masak lauk tu.
?Shelf Ketiga (Dry Foods) :
Ni bahagian untuk letak makanan kering macam hani simpan ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa. Barang-barang ni sebenarnya boleh je letak luar atau dalam peti ais, takde masalah.
?Shelf Keempat (Vegetables) :
Untuk letak sayur yang guna kan teknik rendaman dan daun-daun (kari, limau, kunyit, kesum dan lain-lain)
?Vegetables Drawer :
Tempat letak sayur-sayur yang dimasukkn dalam ziplock bag. Pastikan sayur dalam ziplock bag tak dihimpap dengan sayur lebih berat atau besar.
BAHAGIAN PINTU PETI AIS:
? Shelf pertama : kawasan paling tak sejuk dalam peti ais. Selalu hani kosongkan takpun hani letak masker homemade.
? Shelf kedua : letak pes-pes lauk (pes tomyam, pes asam rebus) dan cili jeruk.
? Shelf ketiga : Air minuman
? Shelf keempat (condiments) : untuk letak botol sos dan kicap dan juga susu pekat manis
PENGURUSAN PEI AIS YANG BETUL UNTUK BAHAN-BAHAN:
1. SOS
(Sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka).Ada yang suka simpan dekat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.
Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.
2. SUSU
Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpn dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason, tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang.
Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan dekat bahagian pintu. Bahagian pintu suhu nya paling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.
3.TELUR
Cara menyimpan telur dengan betul
Ada dua cara:
1. Simpan Di Luar Peti Ais
Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum best before date).
Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.
Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk.
2. Simpan Dalam Peti Ais (Chiller)
Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.
Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais.
Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.
4.UBAT-UBATAN
Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.
Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasannya lembap. Lagipun dekat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.
So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nanti hani update.
Dulu hani pernah share pengurusan pantri kan? Boleh baca disini:
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber: Dr Hani Mynis
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri PAPADOM Nipis Rangup Di Rumah, Terjamin Halal & Bersih!
Papadom merupakan sejenis keropok nipis dan rangup yang berasal dari India. Biasanya papadom dihidang bersama nasi berperisa seperti nasi beriyani, nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya melengkapkan hidangan.
Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri papadom ini dirumah. Lebih terjamin kebersihan dan status halalnya kerana kita buat sendiri. Malah saiznya juga boleh mengikut citarasa dan pilihan sendiri.
Boleh cuba buat sendiri Papadom seperti yang dikongsikan oleh Encik Roslan Mamak Haji ini. Memang mudah hanya guna 4 bahan.
Bahan-Bahan:
500gm kacang tosai, ditepungkan atau beli terus tepung kacang tosai.
1/2 sudu kecil jintan putih.
1/2 sudu kecil rempah ajowan / lemuju. Biasa digunakan dalam Muruku
1/4 sudu kecil baking powder.
garam ikut rasa sendiri.
Cara Membuat:
1. Adunkan semua bahan-bahan di atas dalam sebuah bekas.
2. Buatkan doh yang agak keras dengan tambahkan sedikit demi sedikit air. Kita kena kurangkan air seberapa yang boleh untuk papadom cepat kering.
3. Selepas buat doh, tutup bekas doh tersebut dan biarkan doh di dalamnya selama 2 jam.
4. Selepas dua jam, masukkan sedikit minyak masak dan lenyekan(tumbuk) dengan anak batu lesong sehingga doh yang agak keras tadi akan menjadi lembut.
5. Jadikan bebola kecil untuk dileperkan seperti roti capati dan saiz mengikut saiz yang anda yang di kehendaki. Jangan tebal seperti capati pulak. Agak ketebalan seperti papadam yang kita beli dikedai sebelum digoreng.
6. Sekiranya semasa leperkan, doh melekat boleh gunakan sedikit miyak dan sapu bekas peleper.
7. Kepingan papadam yang terhasil perlu dikeringkan di panas cahaya matahari selama dua hari.
Info Ekstra!
- Jangan keringkan terlampau sangat nanti papadom anda boleh retak. Anda boleh gunakan berbagai cara.
- Mustahak ialah doh. Kalau tak reti nak lenyek bulat, masukkan dalam mesin buat pasta dan jadikan papadom Malaysia. Kita buat dia bukan dia yang buat kita.
Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Ini Sebab Bahaya Makan PAPADOM, Terlebih Ambil Boleh Buat Perut Berangin
Baca Lagi Di Sini:Memang Layan Makan PANI PURI, Sedap Sangat Rasa Pedas, Masam, Manis!
Artikel Menarik:
Mingguan Wanita: Menariknya. Mudah je nak buat ‘papadom’ ikut resipi ni. Hanya guna 4 bahan je. Lebih terjamin kebersihan dan halalnya bila kita buat sendiri.
Sumber: Roslan Mamak Haji
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI