pewangi-rumah-semulajadi

Pewangi rumah semulajadi atau potpourri dari buah oren dan gabungan bunga cengkih ini mudah saja nak buatnya. Menariknya sebab boleh tahan sehingga sebulan.

Cikgu Nida berkongsi panduan cara membuatnya bagi bau semerbak mewangikan rumah. Sekaligus cantik nak cantikkan potpourri semulajadi ini.

Kongsinya,

Dapur, tandas atau rumah berbau? Atau inginkan aroma semulajadi mengharumi rumah? Sesekali terbau macam dok dalam rumah kayu tepi hutan gitu.

IKLAN

Again,sekali jatuh cinta dengan baunya,mokcik terus setia. Mokcik dengan cinta kan tak boleh dipisahkan. Potpourri dari bahan alami semulajadi.

Cara Buat Pewangi Rumah Semulajadi

Bahan dan caranya mudah saja:

IKLAN
  • Limau oren
  • Bunga cengkih
  • Bunga telur atau bunga hiasan terpakai
  • Lidi sate

Untuk buah oren tu,korang jangan pi beli Sunkist lima nam hengget sebiji tu. Tu untuk makan, boleh makan dengan kulit sekali sebab mahai. Hat tu manis yakmat macam mokcik.

Tapi mokcik beli yang sebungkus dalam lima nam hengget jer. Proses mokcik tunjukkan dalam gambarlah. Kang mokcik beleber kat sini korang tak faham.

IKLAN

Kepada yang alah atau tak sukakan bau bunga cengkih, lupakan saja. Asal jangan kau lupakan nama mokcik, sudah.

Rujuk Step Bergambar Ini

pewangi-semulajadi
Gunakan lidi sate untuk membuat corak diingini.
Cucukkan sedikit untuk membuat lubang bagi memasukkan tangkai bunga cengkih.
Mokcik dah level expert.
Mokcik terus je cucuk bunga cengkih tu.
Tapi kalau korang nak buat macam mokcik,pastikan jari korang demuks macam jari mokcik.
pewangi-semulajadi
Cucukkan bunga cengkih ke dalam lubang tadi.
Alamak mokcik lupa ambik gambar limau yang mokcik dah siap hias cucuk bunga cengkih ni.
Satu dari corak yang ada.
Kat atas sekali tu korang pacak batang bunga telur tu.
Patahkanlah sikit batang tu. Kang tembus ke bawah tercucuk tangan kau pulak.

Kelebihannya :

Potpourri ini tahan sehingga 3 minggu – 1 bulan tanpa memburuk. Proses merempah semulajadi dari bunga cengkih dan gabungan spesies sitrus menjadikan proses awetan yang nyah kuman dan bau.

Awet bau ya. Bukan awet muda macam mokcik. Halah..halah..payah nak buang merepek ni.

Ni mokcik gantung kat bilik.air anak bujang.
Kalau depa pi telan limau tu, saja nak kena cuci mangkuk tandas doblas bulan!
  • Boleh pacakkan batang kulit kayu manis juga sebagai tangkai. Baunya lagi perghh..lebih sedap dari bau ketiak ketika berpeluh menyental periuk kuali kat dapur.
  • Bau kesan masakan di dapur boleh dihilangkan.
  • Bau bilik tidur rasa tenang dengan nyalaan lampu malap-malap gitu, bukak pulak ekon. Huh.
  • Bau tandas paling best sebab tempat sejuk dan agak terkurung, so baunya berlegar di dalamnya sahaja.
  • Baunya bakal mempuakakan hidung korang!
  • Mohon jangan boh celah ketiak.
  • Di larang keras pam dalam lubang tandas, hokey!

Sumber/Foto : Cikgu Nida