Setiap kali nak masak untuk keluarga, perkara pertama yang perlu dibuat tentulah kupas bawang Sudah tentulah ia menjadi bahan utama dalam setiap masakan.
Tak mustahil, ada macam-macam cara yang mak-mak gunakan untuk memudahkan kerja. Ada mak-mak yang lebih selesa kupas bawang banyak-banyak, kisar siap-siap dan simpan di dalam peti.
Tak kurang juga yang setiap kali nak masak barulah kupas bawang. Katanya barulah rasa ‘fresh’.
Sebenarnya, nak cepat dalam penyediaan masakan ini bergantung pada mak-mak. Mana yang lebih cepat dan senang. Begitu jugalah dalam penyediaan bawang untuk masakan, masing-masing ada caranya.
Bagi perkongsian daripada Wan Rosni ini bolehlah dijadikan panduan buat mak-mak. Mungkin petua ini sudah lama, tapi tidak salah untuk kita praktikkan.
1. Mula-mula beli bawang kat supermarket mana-mana yang kita suka.
Ads
2. Selepas itu, simpanlah bawang dalam bekas-bekas bawang.
3. Bolehlah kupas bawang untuk stok seminggu. Kalau rasa ahli keluarga ramai, bolehlah kupas banyak sedikit. Minta tolong anak kupas pun boleh. Cepat siap.
4. Selesai kupas bawang, jangan basuh. Biarkan seketika dalam bekas yang dikupas tadi.
5. Ambil bekas yang sesuai. Saya guna bekas bersaiz tinggi. Tujuannya kalau stok kupas bawang itu banyak, muatlah dalam bekas itu.
Ads
6. Kenapa kena guna bekas ini? Sebab ia muat-muat pada pintu peti ais rumah.
TIP:
1. Bila nak masak, barulah keluarkan yang guna saja. Basuh dan potong, kisar atau chop, ikut resipi masakan mak-mak.
2. Kenapa takleh basuh siap-siap? Sebab nanti bawang itu akan lembap dan berair dalam bekas. Nanti ia akan cepat rosak.
#daridapurmama
Ads
Mingguan Wanita : Nak cepat dan mudahkan kerja mak-mak kat dapur.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Jika mak-mak takde bajet nak buat kabinet atau beli almari, boleh DIY je bakul-bakul untuk jadi rak baju. Barulah kain baju yang ada nampak tersusun kemas. Cara nak buat bakul rak baju dari baku baket ni pun cukup mudah. Hanya menggunakan empat bahan sahaja.Manakala saiznya pula besar atau kecil kita boleh tentukan sendiri. Paling penting memang jimat kos, bajet tak sampai beratus-ratus pun.
Perkongsian daripada Puan Juria Sidek ini boleh dijadikan panduan.
Bahan-Bahan:
Bakul bersaiz besar (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
Bakul bersaiz kecil (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
1 paket cable tie
Pisau/gunting (ikut la mana yang senang digunakan)
Cara Membuat:
Potong kanan dan kiri bakul supaya membentuk tingkap. Ruang ini yang akan menjadi bahagian hadapan rak baju.
2. Cantumkan 2 bakul dan ikat dengan cable tie seperti dalam gambar.
3. Potong lebihan cable tie yang terdapat pada bakul yang telah dicantumkan dan lakukan kepada semua bakul yang digunakan.
4. Selesai, ikat secara bertindih pula bakul tersebut menjadi bentuk rak. Tengok dah SIAP!!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak bolehlah cuba buat rak baju daripada bakul bajet ini.Senang dan jimat kos. Kain baju pun tersusun kemas.
Sumber: Juria Sidek
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rupanya masak sambal udang sedap lain macam bila gunakan Cili Kerinting Indonesia. Bukan apa selalunya bila kita tumis sambal menggunakan cili kering, sesekali boleh cuba kelainan guna cili Kerinting indo ini pula.Ramai yang mengakui kesedapannya memang menjadikan sambal lebih lazat. Ia tak berbau dan tak berapa pedas.
Kisahnya kalau kawan-kawan datang mai rumah, sis memang suka masakkan sambal udang. Sampai one of my friends cakap, awat sambal udang ko sedap lain maciam sampai balik rumah aku dok teringat.
Takdak rahsia apa pun, cuma kalo masak sambal sis suka pakai Cili Indo fresh yang panjang-panjang.Cili ni kepedasan dia tahap sederhana, ngam-ngam pedasnya dan rasa pun memang sedap.
Harga mahal sikit laa, biasa kat pasar sampai RM40 sekilo. Kadang sis kirim kat jiran yang meniaga dia dapat murah sikit dalam RM30 sekilo. Lama boleh pakai sekilo tu sebab cili ni ringan, biji pun kurang, buat sambal memang mantap.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang suka masak sambal, boleh cuba kelaianan guna Cili Merah Indo ni. Memang lain macam, luar biasa sedapnya rasa sambal bila guna cili ni.
Janna Nick pilih kediaman idaman suami. Seperti yang diketahui umum, kini pasangan selebriti popular Janna Nick dan suaminya Dini Schatzmann berhijrah sementara di London.
London dan Tenggara terkenal dengan kosnya yang lebih tinggi disebabkan oleh keunggulan ekonomi dan permintaan perumahan. Malah kos sara hidup di sana juga sangatlah tinggi. Terbaru selepas beberapa hari meninjau kediaman untuk di sewa di sana, Janna Nick dan suami telah memilih untuk menghuni kediaman lengkap berperabot dengan kadar sewa RM22,690 sebulan.
Janna Nick Pilih Kediaman Idaman Suami
Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner di akaun Instagramnya berasa gembira apabila menjumpai kediaman idaman suaminya.
“Hari ini pindah rumah. Rasa tak sabar dan gembira. Ini juga kediaman idaman Dini. Selamat datang ke rumah kami.
“Ini Airbnb yang kami sudah tinggal selama dua minggu dan di sana rumah sewa kami. Terima kasih kepada tuan rumah, Dino yang tolong angkat beg,” ujarnya.
Berpindah Sementara Ke UK
Perkongsian sebelum ini Janna Nick memaklumkan dia dan suaminya akan tinggal di luar negara bagi menyambung pengajian. Sebelum ini juga Janna dan Dini sudah meninjau beberapa premis kediaman termasuk berhampiran pusat pengajian pilihan aktres berkenaan sebaik mereka mengambil keputusan untuk berpindah sementara United Kingdom.
Malah Janna juga menerangkan urusan menyewa rumah di negara berkenaan tidak semudah yang disangka kerana terdapat syarat ketat yang perlu dipatuhi. Jika mengikut pertukaran mata wang, kadar sewa rumah di kawasan yang disinggahi mencecah antara RM15,000 hingga RM20,000 sebulan bersandarkan faktor tertentu.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.