Buat Sendiri Minuman ‘APPLE CIDER’ Sedap Tanpa Alkohol, Rasa Manis Epal & Rempah Ratus! Jika di rumah banyak buah epal yang tak termakan, sampai naik layu dibuatnya boleh cuba buat minuman ‘apple cider’ ini .
Mungkin ramai yang keliru apple cider ini, tak sama seperti Apple cider vinegar. Apple cider vinegar beralkohol dan dibiarkan teroksida (alkohol meruap).Manakala Apple Cider ini pula boleh diminum terus. Memang sedap diminum suam-suam, rasa manis epal dengan aroma rempah ratus.
Boleh cuba buat sendiri ‘Apple Cider’ sedap tanpa alkohol ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Hazneza binti Abdul Hamid ini sebagai panduan.
Jom kita ke benua Amerika Utara (North Amerika) yang merangkumi Amerika dan Kanada.
Apple cider. Jika melihat definisi, minuman beralkohol yang diperam dan ada ketikanya dijadikan bergas.Namun begitu, di Amerika Utara, apple cider lebih kerap dibuat tanpa alkohol untuk minuman seisi keluarga.
Ya, minuman ini biasanya diminum panas.
Bulan Oktober ialah musim luruh di Kanada dan di Vancouver ialah masa kami menyambut Festival epal.Dalam khemah besar dibawa beratus-ratus jenis epal untuk dirasa. Bayar sepuluh dolar dan masuklah berjalan dalam khemah itu dalam barisan yang seperti ular.
Dari satu meja ke satu meja merasa hirisan epal satu persatu.Pada masa ini ketara beza mereka yang profesional sama ada chef, pakar pastri, pembuat champagne atau pembuat cider dengan kami yang tidak tahu apa-apa.
Naik bingung merasa epal yang pelbagai nama dan pelbagai guna. Ada epal Granny Smith yang hijau. Rasanya yang sedikit masam dan manis serta tekstur yang kuat sesuai dibuat pai. Epal royal gala yang gebu sesuai untuk masakan dibuat sos. Honey crisp yang comel, rapuh dan manis elok dinikmati begitu sahaja tanpa dibuang kulitnya pun.
Orang lain yang profesional bawa buku nota. Sambil makan sambil mencatat nama dan gunanya epal yang mereka rasa.
Kami? Makan, makan, dan makan dengan gembira. Kagum dengan kebesaran Allah mencipta buah yang nampak sama namun berbeza rasa.
Sampai di pintu keluar khemah, ada borang untuk menempah epal yang berkenan di hati. Bukan beli sebungkus dua, ini beli sekarton terus.Kami tidak beli apa-apa. Kenyang makan dalam khemah saja.
Buat Apple Cider Sendiri Di Rumah
Pernah tak di rumah anda ada sesuatu yang asyik duduk saja atas meja atau di dapur. Tiada siapa yang menunjukkan minat hendak makan atau buat apa-apa.
Ads
Kemudian, apabila anda terdetik hendak buat sesuatu dengan makanan/ bahan tersebut, ada sahaja yang hendak makan, hendak rasa dan macam-macam.
Begitulah halnya epal di rumah kami kali ini. Tiada siapa nampak berminat.Asalnya saya hendak buat pai, applesauce dan cider. Namun sebiji demi sebiji kena culik. Akhirnya cider yang sempat. Alhamdulillah.
Bahan-Bahan:
7 Biji Epal Granny Smith dan Royal Gala
2 sudu makan Gula (jika mahu)
2 inci Kulit kayu manis
3-5 kuntum Bunga cengkih (sebenarnya mereka guna allspice tetapi bunga cengkih lebih mudah didapati di Malaysia)
Air
Cara Membuat:
1. Sebelum kupas, sudah tinggal enam. Selepas kupas, sebiji lagi kena culik.
2. Sebelum hilang semua, lebih baik saya bertindak segera. Dadukan epal dan masukkan dalam blender.
Ads
3. Tambah air secukupnya. Blend.
4. Boleh tapis sekarang atau masak terus dengan pulpa epal dan tapis kemudian.
5. Saya masak terus epal yang dimesin dan saya tambah sekali ganda air (sebab ramai nak minum).Saranan saya, hanya tambah sedikit sahaja air supaya rasa epal lebih kuat. Kemudian, masukkan gula, kulit kayu manis dan bunga cengkih.
Ads
6. Panaskan atas api perlahan sehingga mendidih tetapi tidak perlu sampai menggelegak. Boleh minum terus atau tapis sehingga jernih.
Saya tapis sekali dengan penapis teh yang dari kain (seperti di kedai mamak tu).
7. Hidangkan panas atau suam. Manis epal dan rempah-ratus yang hangat memang sedap ketika hujan atau mengeteh (mengepal?) sambil borak-borak.
Info Ekstra!
Minum tanpa ditapis lagi bagus penuh serat yang bagus untuk usus.
Minum dalam masa seminggu sebab kita tak letak apa-apa pengawet.
Asalkan bau dan rasanya sama, in shaa Allah selamat untuk diminum.Jika mula bergas atau masam lain macam, elakkan. Maknanya sudah rosak.
Boleh simpan dalam peti sejuk macam jus biasa. Apabila hendak minum boleh panaskan atau jika suka, minum sejuk.
Jika hendak jadikan jem/ applesauce, letak sedikit sahaja air semasa blend (asal mesin boleh jalan) atau guna food processor.
Tambah sedikit gula perang dan jus lemon, serbuk kayu manis (supaya tiada yang ketul-ketul), serbuk buah pala secubit dan serbuk bunga cengkih.Masak sehingga kering air atau kepekatan yang disukai.
Jika guna rempah-ratus whole (kulit kayu manis/ bunga cengkih), keluarkan lepas masak.
Mingguan Wanita: Menarik resipi minuman Apple cider ini. Banyak buah epal di rumah, yang tak habis makan tu boleh cuba buat apple cider ni. Memang sedap diminum suam, rasa manis epal dan rempah ratus.
Bila masuk cerita bab dapur, pastinya ramai nak tahu cara praktikal yang mudahkan kerja mak-mak di dapur. Tambahan pula kalau anda jenis keluar bekerja. Betul tak?
Haaa… ini tip ringkas dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je…
1.Daun sup
Pastikan pokok daun sup di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais.
Caranya:
Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.
Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.
2.Lengkuas dan Serai
Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.
Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.
Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.
3.Cili api dan Lada Merah
Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.
Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.
Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.
Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.
Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesekali memang teringin nak minum ‘air mahal’ pelbagai jenis di kedai kopi terkenal. Jika beli sebekas boleh ‘pejam mata’ lagi harganya namun kalau anak ramai, dah berapa pula jumlah kosnya. Nak jimat dan puas hati minum, mak-mak memang kena buat sendiri di rumah. Guna 3 bahan je, dah boleh buat ‘air mahal’ rasa ala-ala Choc Cream Chip di Starbucks.
Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Mohd Fadzil ini.
Resepi untuk orang yang selalu craving air mahal, benda boleh buat sendiri buat apa beli
Bahan-Bahan:
Susu coklat (saya guna Farm Fresh Premium Choc Milk, Tak Manis Tak Muak, SEDAP!
Choc chip (Lebihan buat biskut raya)
Ais
Cara Membuat:
Masukkan semua bahan-bahan dalam blender dan kisar halus.
Senang je kan, rasa ala-ala Choc Cream Chip starbucks. Tambah topping whipping cream, so yummyyyy.
Kalau nak rasa Java Chip (Mocha) boleh tambah Cafe Latte Farm Fresh.
Rupanya bila buat sendiri ‘peanut butter’ nak dapatkan tekstur yang halus dan cantik berminyak macam ni, kena ‘blend’ lama sikit dan berkali-kali.
Bukan apa, peanut butter bila kita beli boleh tahan juga harganya. Sedangkan nak buat sendiri sangatlah mudah dan lebih menjimatkan. Malah kita boleh kawal sendiri rasanya tak perlu letak gula, garam, minyak mahupun pengawet serta perisa tambahan. Pastinya lebih menyihatkan.
Boleh ikut cara buat peanut butter homemade seperti yang dikongsikan oleh Puan Nurul Zhafarina ini.
Alhamdulillah menjadi jugak peanut butter sihat homemade .
tak ada GULA
tak ada GARAM
tak ada MINYAK
Peanut butter sihat ni harganya agak mahal dijual jadi kalau buat sendiri lebih jimat . Nak buat pon tak susah . Boleh cuba buat.
Kacang Tanah secukupnya
* Saya beli yang mentah. Kacang shandong tiada kulit.
Cara Membuat:
1.Sangai guna air fryer pada suhu 180c selama 15-18 minit.
2.Kemudian, sejukkan kacang.Wajib tunggu kacang sejuk dulu supaya mudah keluar minyak nanti.
3. Setelah itu kisar halus. Saya guna blender kering.Bila kita blend nanti kacang tu akan keluarkan minyak.
4. Masukkan dalam botol. Siap!
Info Ekstra!
Kacang dah sedia berminyak. Bila blend dia akan keluarkan minyak sendiri.
Kena blend lama sikit nak bagi tekstur macam ni. Bila kacang tu melekat kaup balik guna Spatula, kisar lagi sampai dia bergegar kental pastu kisar lagi dia akan nampak hasilnya.
Mingguan Wanita: Mudah je buat peanut butter sendiri di rumah. Kalau nak tekstur halus cantik berminyak macam ni, pastikan blend lama sikit dan berkali-kali. Memang sedap, jimat dan pastinya lebih menyihatkan.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.