Biasanya Yong Taufu dijual di pasar-pasar malam. Jika beli boleh tahan juga harganya, berpuluh ringgit boleh ‘terbang’. Sebenarnya lebih jimat, puas hati makan dan terjamin bersih jika mak-mak buat sendiri Yong taufu di rumah. Boleh pilih nak kuah sup atau sos hitam.
Boleh ikut resipi kuah sup dan sos hitam daripada Puan Nor Husma Husin ini sebagai panduan.
“Ada penggemar yong taufu? Setiap kali teringin nak makan, saya akan masak sendiri. Ahli keluarga saya ramai, kalau beli di luar tak puas makan, kos pun tinggi.”
“Saya nak kongsikan resepi sos (sos hitam) dan kuah sup (hidangan yong taufu dengan kuah sup terkenal di sebelah Johor). Saya mention begini sebab ramai kenalan saya dari negeri lain agak pelik bila tahu yong taufu dimakan dengan sup.”
“Saya kongsikan bahan penyediaan yang sangat jimat dan berpatutan. Anggaran harga bahan memasak hanya RM50 saja (termasuk bahan isian yong taufu ya).”
BAHAN A – SOS HITAM
6 sudu makan taucu
4 sudu makan tepung jagung.
1 cawan kicap cair (kicap lemak manis)
8 sudu sos tiram
8 sudu gula pasir
6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar)
2 ketul kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
Ads
**Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar ya. Cara Membuat:
1.Kisar semua bahan di atas. Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati.
2.Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul.
3.Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan ‘texture’ kuah menjadi sempurna.
Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan ya.
Ads
BAHAN B – KUAH SUP
3 ulas bawang putih – dititik
3 hiris halia
2 ketul kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya
Sedikit gula (terpulang pada citarasa masing-masing)
Daun bawang
Bawang goreng
Air masak (anggaran 1 jug setengah)
Cara Membuat:
1.Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas.
2.Kemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis.
3.Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih.
Kuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong taufu.
MW:Jadi buat mak-mak yang suka makan Yong Taufu, boleh buat sendiri kuah nya di rumah. Lebih menjimatkan dan puas hati makan dengan anak-anak berbanding beli di luar.
Jemput-jemput nasi. Kadang-kadang, pening kepala memikirkan kuih apa yang nak dibaut untuk berbuka, sahur atau buat kudap-kudapan lepas terawih. Memandangkan masih ada baki nasi, bolehlah buat jemput-jemput kan.
Kali ini, Aisyah Humaira berkongsi resipi buat jemput-jemput nasi. Nampak simple tapi mengenyangkan. Paling penting anak-anak pun suka sebab ada jejari ketam lagi kan.
Jemput-jemput Nasi Jejari Ketam, Ranggup Dan Lembut
Ranggup dan lembut di dalam. Sangat sedap dan mengenyangkan. Bolehlah buat nanti untuk anak-anak.
Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 cawan air atau boleh agak-agak
2 1/2 cawan kecil tepung gandum
15 batang crabsticks – di potong kecil
Daun kucai secukupnya – di hiris halus
Sedikit garam serbuk cukup rasa
Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya:
1. Kisar nasi bersama air sehingga lumat dan sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung gandum ke dalam bekas bersama bahan kisar dan semua bahan lain.
3. Kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak dan keperangan.
5. Siap. Sedap cicah dengan sos.
Mingguan Wanita : Simple dan sedap. Buat untuk anak-anak nanti.
Masak sedap pun kadangkala tak cukup membuat anak-anak tertarik untuk makan masakan yang kita masak. Mak-mak kena kreatif untuk menarik minat anak makan sama ada di rumah atau untuk bekal ke sekolah.
Waaahh!! Comelnya set hidangan bento ini kan? Pasti anak-anak akan tertawan saat melihatnya. Mak-mak boleh bereksperimen mengikut kreativiti masing-masing dalam menghias bento untuk anak-anak sebagai bekal ke sekolah.
MASAK BENTO BAS SEKOLAH
BAHAN-BAHAN:
3 keping kentang Hashbrown
3 batang sosej (Breakfast Sausage)
2 biji telur puyuh } direbus
1 biji buah tomato segar
½ labu bawang besar
200gm kacang panggang
1 biji Brussel Sprout }rebus
100gm Brokoli } rebus
Sedikit minyak untuk mengoreng
Sedikit stok ayam
Sedikit mentega
UNTUK HIASAN:
3 batang lidi hiasan } untuk cucuk sosej
Sedikit Rumpai Laut Jepun
1 cawan kertas kecil } untuk letak kacang panggang
CARA MASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan kentang Hashbrown sehingga menjadi kuning keemasan. Ketepikan.
Kemudian ambil sekeping kentang Hashbrown dan bulatkan potongan menjadi dua acuan roda. Ketepikan.
Belah telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu untuk dijadikan roda. Ketepikan.
Rebus sosej ke dalam stok ayam seketika. Bila masak, ketepikan.
Kemudian gaul brokoli dan Brussel Sprout bersama sedikit mentega dan perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
Buah tomato dibelah dua. Separuh dihiris nipis untuk hiasan. Ketepikan.
Manakala yang sebahagian lagi, dipotong empat segi sama dan diperasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Panggang seketika tomato tersebut di atas kuali leper. Ketepikan.
Setelah itu, tumiskan bawang besar bersama kacang panggang di dalam kuali seketika. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
Setelah itu, gandingkan kesemua bahan ke dalam bekas makanan mengikut gambar.
6 biji ubi kentang } kupas kulit dan rebus sehingga empuk
½ sudu teh susu uht
½ sudu teh serbuk lada sulah
30gm mentega lembut
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
BAHAN-BAHAN SOS BAWANG KUNING:
1 labu bawang Holland (Cincang)
1 sudu makan serbuk pati ayam
½ sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
30gm tepung gandum
1 liter air
Sedikit minyak untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN COLESLAW:
250gm kubis bulat
150gm lobak merah
100gm bawang besar
2 sudu makan mayones
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
½ sudu makan cuka sayur
UNTUK HIASAN:
4 potong kentang wedges } digoreng dahulu
Sedikit daun salad
Sedikit kacang badan } belah dua secara menyerong
Sedikit timun jepun (untuk mata)
CARA MASAK:
Untuk memasak kentang lenyek: Rebus kentang sehingga empuk di dalam periuk berisi air secukupnya.
Setelah masak, tos dan lenyek sehingga halus (boleh gunakan pengisar makanan).
Masukkan susu dan mentega lembut, kisar lagi hingga sebati.
Perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
Untuk menyediakan sos bawang kuning: Tuang sedikit minyak ke dalam kuali, tumiskan bawang Holland sehingga wangi.
Masukkan tepung gandum dan kacau lagi. Tambahkan air dan serbuk pati ayam.
Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam dan masak sehingga mendidih.
Tutup api kemudian kisar kesemua bahan sehingga halus menggunakan pengisar makanan.
Kemudian satukan kentang lenyek dan sos bawang kuning dalam satu bekas. Gaul sebati. Ketepikan dan biar ia sejuk.
Untuk menghidang: Skop Kentang lenyek menggunakan skop ice cream menjadi bentuk bulat.
Letakkan di dalam bekas yang telah disusun dengan daun salad. Jadikan seperti badan dan kepala Landak.
Cucukkan kepingan kacang badam dan jadikan duri Landak.
Potong Ttimun Jepun untuk jadikan bentuk mata.
Letakkan coleslaw di sebelah kentang yang berbentuk Landak.
Hiaskan juga dengan kentang wedges yang telah digoreng.
Sedia dihidangkan.
MASAK BENTO LASAGNA SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
4 keping kulit lasagna
1 sudu kecil minyak zaitun
Keju mozarela secukupnya (untuk ditabur di atas susunan lasagna nanti)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN B:
1/2 labu bawang besar } didadu keci
5 ulas bawang putih } dicencang halus
10 batang jejari isi ketam } potong kecil
10 ekor udang } dipotong kecil
45gm mentega
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit dill, dan basil kering
Garam secukup rasa
BAHAN C (BÉCHAMEL):
400ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum } roux
2 sudu besar mentega } roux
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN:
2 batang jejari ketam
3 ekor udang
2 ekor Chuka Idako
2 biji Brussel Sprout
2 biji Bebola ikan } bentukkan menjadi ikan
Sedikit Rumpai Laut Jepun
CARA MASAK:
Untuk kulit Lasagna: Masukkan air ke dalam periuk dan renjiskan minyak Zaitun ke dalam rebusan. Kemudian masukkan kulit Lasagna dan rebus sehingga lembut.
Angkat dan tos. Ketepikan.
Untuk inti: Cairkan mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan udang dan jejari isi ketam yang telah dipotong. Kacau lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan garam. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan daun dill dan basil kering, kacau sekejap dan angkat. Ketepikan.
Untuk membuat bechamel (sos putih): Renehkan susu segar di dalam periuk dan kacau menggunakan ‘hand whisk’.
Dalam bekas lain, satukan mentega dan tepung gandum dan kacau sebati untuk jadikan roux (bahan pemekat).
Masukkan roux ke dalam adunan susu tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
Untuk menyediakan Lasagna: Susun dua keping kulit Lasagna di dalam bekas aluminium bersaiz 20cm. Masukkan sebahagian bahan B dan ratakan.
Kemudian curahkan separuh bechamel di atasnya. Ratakan.
Susun lagi dua keping kulit Lasagna di aatas bechamel. Masukkan baki bahan B dan ratakan.
Seterusnya curahkan semua baki bechamel dan ratakan.
Taburkan keju mozarela hingga menutupi bechamel.
Bakar di dalam ketuhar pembakar dengan suhu 180 darjah Celcius selama 30 minit.
Cara menghidang: Celur jejari ketam, udang, Brussel Sprout dan Chuka Idako. Ketepikan.
Susun udang yang telah dicelur di bahagian belakang.
Gunakan Brussel sprout yang dibelah dua dan silangkan dengan Rumpai Laut Jepun.
Tambahkan Chuka Idako (sotong Jepun) di bahagian depan. Akhir sekali gunakan bebola ikan yang berbentuk ikan untuk disusun di bahagian depan. Sedia dihidangkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jika suka makan kuih tart tapi malas nak cetak atau sepit adunan, boleh cuba resipi kuih lama ‘Biskut Datin’ ni. Nak buat memang lebih senang dan cepat siap, tak renyah.
Boleh cuba resipi ‘Biskut Datin’ seperti yang dikongsikan oleh Bam Azimadini.
Mula-mula terjumpa biskut ni masa ikut pergi beraya rumah orang. Dalam hati berkata.. rasa macam kuih tart sebab ada jem nanas dalamnya. Agaknya orang ni malas nak cetak, nak sepit sebab tu dia masuk je dalam paper cup lepas tu leperkan.
Kemudian terjumpa posting dalam group ini juga.. rupa-rupanya biskut ni memang ada nama sendiri.. BISKUT DATIN. Hebat juga nama bukan calang-calang.
Beli jem nanas masa nak raya 2021 konon nak cuba buat tapi mood kendur sebab anak-anak tak boleh balik raya sebab pkp. Tangguh ke Raya Haji.. masih lagi pkp. Tangguh ke Deepavali pun tak menjadi. Tunggu pulak Krismas pun tak buat. Akhirnya.. buatlah juga dah masuk 2022. Panjang mukaddimah
1. Ayak tepung.
2. Kacau butter + gula.
3. Masukkan vanila dan telur.
4. Masuk susu dan tepung, sebatikan doh.
5. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan letak di tengah paper cup. Tekan doh pada kertas supaya leper.
6. Letak inti di tengah, lipat 2 paper cup jadi separuh bulatan. Tekan supaya jadi leper.
7. Bakar hingga masak lebih kurang 20 minit.
Salah seorang daripada tiga bayi kembar perempuan dilahirkan pramatang di Hospital Melaka berada dalam keadaan membimbangkan. Ketahui perkembangan terkini bayi kembar tiga pramatang kepada pasangan Mohd Fikry Amri dan Sabrina Hakiem.