Boleh Khayal Layan Konsep Dapur ‘Modern Heritage’ Ini, Macam Cuti Hari-hari

Share

Dapur berkonsep ‘modern heritage’ ini diilhamkan pemiliknya, Nashzelima Ngadmin yang punya pengalaman pengajian di Fakulti Senibina, Perancang & Ukur, UiTM. Tenang sungguh mata bila tengok ruang dapur yang kemas tapi masih mengekalkan unsur-unsur ‘tropical resort’ ini.

Sebab itulah, mata kita rasa macam cuti hari-hari. Inilah kata pemiliknya yang berkongsi pengalaman mereka bentuk ruang dapur idamannya dalam grup Kelab Kaki Deko.

Berkonsepkan ‘Modern Heritage’. Saya banyak menggunakan kayu veneer yang dicer hiram dan warna semula jadi. Moden dari segi detail yang simple dan elemen heritage boleh dilihat dari sudut dekorasi lain

.

Misalnya pada pinggan-pinggan lama, rotan, barang antik dan lain-lain. Bekerja lebih masa dan stress membuatkan saya memilih rekabentuk yang tenang serta mempunyai sedikit unsur-unsur ‘tropical resort’ seolah-olah sedang bercuti setiap hari.

Rujuk Panduan Bergambar Pengubahsuaian Dapur ‘Modern Heritage’

 

Kerja-kerja pemasangan.

 

 

Sabar menanti. Tuhan jer yang tahu.

 

 

Sabar je pekerja saya pasang mosaic ni.. Mula-mula grouting putih lepas tu mosaic yang bahagian atas potong rata. Lepas tu saya suruh dia tukar grouting color dark grey dan biarkan mosaic tu nampak bentuk di bahagian atas.

 

 

Inilah hasilnya. Harap-harap kekal bersih macam dalam gambar. Makan kat luar je laaa..

 

 

Batu lesung yang jarang-jarang berbunyi

 

 

Kuali yang setiasa tergantung.

 

 

Nampaknya dalam ni dah bertambah sekarang. Kena tambah almari lagi.. hehehe

 

 

Berkonsepkan Gerobok lama yang telah dimodenkan.

 

 

Pinggan lama beli dekat Amcorp Mall

 

 

Bakul rotan tempat simpan bawang.

 

 

Pintu sliding yang memisahkan ruang tamu dan dapur untuk mengelakkan anak-anak bulus sibuk nak memasak sekali.

 

Sumber/Foto : Nashzelima Ngadmin

 

 

IKLAN