Jika suka makan kuih tart tapi malas nak cetak atau sepit adunan, boleh cuba resipi kuih lama ‘Biskut Datin’ ni. Nak buat memang lebih senang dan cepat siap, tak renyah.
Boleh cuba resipi ‘Biskut Datin’ seperti yang dikongsikan oleh Bam Azimadini.
Mula-mula terjumpa biskut ni masa ikut pergi beraya rumah orang. Dalam hati berkata.. rasa macam kuih tart sebab ada jem nanas dalamnya. Agaknya orang ni malas nak cetak, nak sepit sebab tu dia masuk je dalam paper cup lepas tu leperkan.
Kemudian terjumpa posting dalam group ini juga.. rupa-rupanya biskut ni memang ada nama sendiri.. BISKUT DATIN. Hebat juga nama bukan calang-calang.
Beli jem nanas masa nak raya 2021 konon nak cuba buat tapi mood kendur sebab anak-anak tak boleh balik raya sebab pkp. Tangguh ke Raya Haji.. masih lagi pkp. Tangguh ke Deepavali pun tak menjadi. Tunggu pulak Krismas pun tak buat. Akhirnya.. buatlah juga dah masuk 2022. Panjang mukaddimah
1. Ayak tepung.
2. Kacau butter + gula.
3. Masukkan vanila dan telur.
4. Masuk susu dan tepung, sebatikan doh.
5. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan letak di tengah paper cup. Tekan doh pada kertas supaya leper.
6. Letak inti di tengah, lipat 2 paper cup jadi separuh bulatan. Tekan supaya jadi leper.
7. Bakar hingga masak lebih kurang 20 minit.
Ada pelbagai jenis muruku. Selain muruku bulat, ada juga muruku panjang dan leper. Apa kata kali ini kita cuba buat muruku leper pedas rangup.
Resipi dan cara buat muruku ini berbeza sedikit daripada resipi muruku biasa. Sebabnya kali ini kita perlu mencampurkan cili untuk menjadikan muruku itu pedas.
Cara buat muruku ini pula adalah dengan menggunakan acuan leper untuk menghasilkan muruku panjang dan leper.
Apa kata kita buat sendiri muruku leper pedas rangup ini. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Doktor Pushpalatha Rama Rao ini.
Dia telah menggunakan resipi warisan turun-temurun ibunya serta resipinya sendiri bagi menghasilkan muruku leper ini.
“Muruku pedas krispi khas untuk Deepavali! Resipi mak + resipi saya sendiri…memang jadi….mmm….krispi dan rangup!” “Selamat mencuba dan selamat makan!
Resipi Muruku Leper Pedas Rangup
Bahan-bahan
1cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kacang kuda
1/4 cawan tepung jagung (saya tambah sendiri)
1/2 sudu kecil jintan kecil ( ditumbuk)
1/2 sudu kecil bijan putih
1/2 sudu kecil bijian omam ditumbuk ( kalau tak dapat tak apa)
Garam secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar planta
Air secukupnya
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ayam (supaya lebih sedap)
1-Kacau semua bahan-bahan di atas sampai jadi macam doh chappati. Guna acuan leper untuk hasilkan muruku leper yang panjang dan goreng sehingga kuning keemasan.
2-Campurkan kacang tanah dan daun kari yang di goreng dalam muruku tadi. Siap muruku leper pedas rangup.
MW: Muruku ini khas buat kalian yang suka snek atau kudapan pedas. Boleh cuba resipi ini kerana ia adalah resipi turun-temurun dan pastilah menjadi bila dibuat.
Setiap negeri pasti ada keunikan kuih tradisional yang tersendiri. Kuih bunga atau tepung bunga ni merupakan salah satu kuih yang cukup popular bagi orang di Terengganu. Katanya selalu dihidangkan sewaktu makan ketika berbuka puasa. Nak buat kuih ni pula cukup mudah hanya guna 4 bahan.
“Kuih bunga atau tepung bunga. Kuih orang Ganu paling simple dan cepat buat. Tak sampai sejam dah siap guna 4 bahan je, tepung pulut, air, telur dan gula. Ade jugak orang bubuh santan sikit nak bagi lemak tapi kite ikut resepi mak kita. Kecik-kecik dulu suka tolong mok getey kalu bulan pose. Rase die lembut + liat-liat + manis”
Campur air dengan tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sikit lagi.
2. Ambik sikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari. Pastu, celupkan kuih ke dalam telur.
3. Goreng didalam minyak yang panas hingga merekah dan berbunga-bunga. Kalau tak berbunga tak la namanya kuih bunga kan. Jaga-jaga dia meletop sikit..kite pun tekejut.
4. Angkat dan toskan. Salut dengan gula.
Info Ekstra!
Doh yang digentel direbus dulu, dah timbul angkat toskan dalam air biasa bagi sejuk dulu. Nanti dah sejuk sejatkan, baru celup telur dan goreng.Nak sedap dan lemak, telur tu letak garam sikit.
MW: Mudah je rupanya nak buat ‘Tepung Bunga’kuih tradisi negeri Terengganu ni. Guna 4 bahan je dah boleh jadi kuih yang sedap untuk manisan untuk berbuka puasa. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Sajian untuk petang ini KHANOM KHAI NOK GRATAA @ THAI FRIED SWEET POTATO yang enak kalau dimakan bersama kopi o panas. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Hafizah Fiza dari Perlis. Sedap, lemak manis dan ranggup diluar meleleh di dalam! Jom, cuba buat sendiri.
Bahan-bahan:
500grm ubi keledek oren
2 1/4 cawan tepung ubi (225gm)
1/3 cawan tepung gandum (30grm)
1 sudu besar baking powder
4 sudu besar gula putih
1/2 sudu tea garam
Cara Buat:
1. Ubi keledek dikupas dan dipotong kemudian dikukus selama 20 minit.
2. Toskan masukkan ke dalam bekas kemudian lenyet/tumbuk bagi halus.
3. Masukkan semua tepung ubi, gandum, gula, garam dan baking powder gaul bagi sebati.
4. Bentukkan menjadi bulat-bulat, jangan besar sangat sebab bila menggoreng nanti dia akan menggelembung.
5. Jika melekat ditangan pedapkan tepung sedikit di jari. Bulatkan sehingga habis kemudian panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana panas untuk mendapat warna keemasan.
6. Sambil menggoreng bulatkan bola kecil, bila dah kekuning keemasan angkat dan toskan.
7. Sruktur kulit luarnya akan menjadi bulat dan halus sebab kita dah masukkan tepung ubi lebih dari tepung gandum.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.