Bila dah berkahwin dan jadi suami orang, buat cara macam sudah beristeri. Bukannya macam bujang dulu, seronok sana-sini. Batas pergaulan dengan wanita lain harus dijaga. Tiada istilah suka-suka, bukan betul-betul kerana ada hati yang perlu dijaga iaitu isteri.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya wahai suami sekalian:
“Ala, suka-suka jer…bukan betul-betul pun”
Lawak juga dengan kaum sendiri ini… Bila isteri tanya kenapa banyak komen dekat sosial media perempuan lain, siap emoji-emoji bagai. 
Jawapannya “Ala, suka-suka je…”

Memang Suka-Suka, Tak Jaga Pergaulan

Nowadays, memang kita orang lelaki ini suka-suka saja komen dekat media sosial perempuan lain?
Kalau isteri sendiri tag ilmu, tak adanya nak baca… Kalau isteri sendiri tag information apa-apa, tak adanya nak tengok… Bila kandungan posting itu panjang, terus komen,
“Lukis boleh tak?”
Tapi kalau bukan isteri yang post, benda tak lawak pun jadi lawak… Kalau bukan isteri yang post, benda tak minat pun jadi minat… Tengok orang korek telaga pun jadi seronok, boleh tengok sampai habis data… Interested gila… Sebab orang lain post, perempuan pulak tu…
Nak-nak yang single mingle, lawa… Comfirm “See First”…
Pantang awek tu update apa-apa, cepat saja komennya, cepat je like-nya… Awek itu ada masalah, cepat saja bagi nasihat, pendapat dan pandangan… Tapi masalah dekat rumah, dia tak nak ambil tahu… Dia tak peduli…
Baca Juga Di Sini:
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Suka-Suka Pun Tak Boleh, Pergaulan Kena Jaga

Isteri nampak, isteri tegur…
“Suka-suka pun tak boleh? Nak abang buat betul-betul?”
Itu sajalah ugutan orang lelaki… Tak kena dekat batang hidung kau bang, bolehlah main ugut-ugut ini… Isteri kau tiru buat macam itu, harap-harap kau bolehlah terima alasan “suka-suka” macam yang kau bagi itu…
Bila dah jadi suami, buat cara macam sudah beristeri… Pergaulan kena jaga walaupun di alam maya… Apa yang kita buat itu, kalau isteri tak nampak pun, orang lain nampak… Lambat-laun, sampai juga dekat pengetahuan isteri…
Nak isteri terima dengan berlapang dada dan terbuka serta bersangka baik akan perangai sebegini?

Suka-suka Tak Halalkan Perbuatan Tak Jaga Pergaulan

Mustahil kot, impossible…suka-suka bukanlah boleh digunakan sebagai alasan utk “membenarkan” atau “menghalalkan” perbuatan tersebut… Isteri mesti terasa bila mana orang yang dia sayang, “bermesra” dengan orang lain… Terang-terangan dalam sosial media pulak tu…
Fikir logik pun sudah tahu jawapan baik atau buruk, salah atau tak salah perbuatan tu… Tak perlu diterangkan dengan lebih lanjut lagi…
MW: Tak bermakna suami tak boleh bersosial langsung di media sosial, banyak kan kawan-kawan lelaki. Jadi komen kawan-kawan lelaki, hati isteri pun tak sakit. Bayangkan kalau isteri suka-suka bermesra dengan orang lain di media sosial. Pasti tak suka kan? Renung-renungkan ya wahai suami.