Berkahwin atas dasar suka sama suka dan benar-benar mengenali hati budi dan perangai masing-masing, ia boleh menghasilkan sifat kasih, setia, bertanggungjawab dan fokus untuk menjaga kebajikan pasangan, menghiburkan dan saling melengkapi. Tapi, kahwin atas dasar keluarga, semua ini boleh dipupuk. Paling penting, kita dapat menerima pasangan tanpa syarat untuk membina keluarga yang bahagia hingga ke jannah. Inilah antara perkongsian daripada Dr. Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga.

Bila Pasangan Dah Tak Mula Banyak Cakap, Ada Perkara Dia Pendamlah Tu

Kenal Luar Dalam

Namun, dalam menikmati kehidupan bahagia itu, tidak selalunya indah, ada cabaran dan dugaan yang dilalui untuk mencapak kebahagiaan itu.

Tidak bermakna, kita dah berkahwin selama 10 tahun, 20 tahun dah kenal sikap pasangan. Sebenarnya, masih banyak yang kita tak tahu tentang pasangan. Cuba tengok, adakah kita betul-betul kenal pasangan?

IKLAN
  • Sejauh mana kamu tahu hobinya
  • Kamu tahu warna kegemarannya
  • Kamu tahu penyakit yang dialaminya
  • Kamu tahu cara gaya dia bercakap
  • Kamu tahu cara gaya dia berfikir
  • Kamu tahu latar belakang keluarganya
  • Kamu tahu latar belakang akademiknya
  • Kamu tahu kecerdasan fizikalnya
  • Kamu tahu tahap ego kendirinya
  • Kamu tahu cita-citanya
  • Kamu tahu lagu kegemarannya
  • Kamu tahu minat sukannya
  • Kamu tahu minatnya dalam aspek berpakaian
  • Kamu tahu makanan kegemarannya
  • Kamu tahu tahap kecerdasan berbahasanya
  • Kamu tahu karakternya ketika bekerja
  • Kamu tahu minat membacanya
  • Kamu tahu tahap keilmuannya
  • Kamu tahu sejarah latar belakang hidupnya

Proses mengenali hati budi pasangan memerlukan cara, masa dan adabnya untuk memahami dan mencungkil karakter sebenar pasangan masing-masing.

Tanpa ilmu dan kemahiran, akan menerbitkan sikap tak selesa pasangan, rasa marah dan tidak selamat pula. Seterusnya, mengenali dan memahami karakter pasangan anda memerlukan anda berjiwa besar dan penyayang. Ia sangat penting bagi mengelak persepsi negatif atau buruk sangka pasangan anda. Niat yang baik kalau tak betul caranya juga akan mengundang konflik.

IKLAN

Jangan Berahsia

Tak mustahil, ada sesetengah pasangan suka berahsia. Bila keadaan ini berlaku, mulalah pasangan memandang serong kononnya pasangan menduakan dirinya.

Sebenarnya,bukan sebab ada orang ketiga tetapi mungkin ada masalah lain yang pasangan tidak mahu berkongsi, bimbang pasangan akan tertekan dan kecewa. Mungkin ini isu yang ada pasangan suka berahsia kerana:

IKLAN
  • Mengalami penyakit misalnya sakit dada atau jantung

  • Mengalami bebanan hutang personal

  • Perasaan dendam akibat dibuli semasa zaman kanak-kanak

  • Perasaan dendam akibat difitnah oleh orang tertentu

  • Mengalami kegagalan di dalam akademik semasa bersekolah rendah atau menengah

  • Mengalami rasa diri tidak berguna dan hina tanpa sebab (penyakit kecelaruan emosi)

Jadi, tidak mustahil ada pasangan yang mula kelihatan suka termenung, bercakap seorang diri dan kadang-kala mudah marah-marah, kita terus beranggapan pasangan ada skandal atau buat salah di belakang kita.

Sebagai manusia, kita tidak sempurna dan tidak bebas daripada melakukan salah dan silap, sejak sebelum kahwin hinggalah sudah kahwin. Jangan jadikan kita seorang ‘perfectionist’ atau ‘idealist’. Jauhi sikap berburuk sangka dalam hubungan suami isteri. Jika setiap pasangan suka berfikiran terbuka, pemaaf dan positif, akan menjadikan situasi;

  • Rumah tangga yang harmoni

  • Rumah tangga yang bertoleransi

  • Rumah tangga yang bersatu

  • Rumah tangga yang bahagia

  • Rumah tangga yang diberkati Ilahi

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI