Senang sekali sebutkan perkataan berpantang. Tapi nak melalui tempoh itu, seksanya isteri berpantang saja yang tahu. Badan itu ibarat baru lepas terjatuh dari satu bangunan yang tinggi dan cuba dipulihkan kembali.
Bayangkanlah.. badan isteri yang masih lemah dalam pantang itu dan perlukan penjagaan rapi, tiba-tiba direntap sesuka hati oleh suami. Asalkan dapat memuaskan nafsu sendiri.
Perkongsian Muna Masrur ini berkisar kisah yang benar-benar berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu. Cerita yang dikongsikan oleh rakannya sendiri membuatkan rasa ngeri yang amat.
Yatim Di Usia 4 Hari
Di bahagian kecemasan zon merah (kritikal), kami terima seorang pesakit ibu muda.Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung 4 hari yang lepas.
Muka nya pucat biru,
Mata hitam nya ke atas,
Bibir nya kebiruan,
Mulut nya berbuih buih,
Badan nya kaku.. sejuk.
Kata si suami, isterinya tiba tiba terkena sawan sewaktu sedang tidur. Dan isterinya juga alami tumpah darah pada waktu yang sama.
Kami staf perubatan bertungkus lumus menstabilkan keadaan ibu yang sangat kritikal masa itu.Bantuan pernafasan segera diberikan.
Dalam masa yang sama doktor lain membuat pemeriksaan di bahagian bawah pesakit untuk melihat kadaran banyak mana darah yang keluar di pad ibu.
Sebaik kain dibuka, didapati habis lencun kain, seluar dalam dan pad dipenuhi darah. Bila doktor memeriksa bahagian jahitan, terlihat sesuatu yang amat mengejutkan beliau.
Ads
Jahitan episiotomi ibu terbuka!
Beliau terkejut bukan kerana luka epi itu terbuka disebabkan benang tertetas,
tapi disebabkan luka terlihat seperti dikoyak koyak kan, dan menjadikan keadaan luka sangat sangat teruk.
Doktor sudah mengandaikan satu perkara ini yang berkemungkinan menjadi penyebab si ibu mengalami pendarahan yang teruk.
Doktor kembali berjumpa si suami.
Jujur Dengan Saya Encik!
Pada masa ini si ibu sedang diberi bantuan pernafasan terus dari peparu dan sedang menerima pemindahan darah dan ubatan lainnya kerana keadaan semakin tenat.
Doktor dengan suara perlahan bertanyakan pada suami:
Ads
“Jujur dengan saya ye encik.”
Encik ada buat hubungan kelamin dengan isteri ke tadi?
“Eh, mana ada doktor. Kan isteri saya baru je bersalin.”
“Encik, saya minta encik berterus terang dengan saya. Luka bahagian tempat jahit koyak rabak. Tak mungkin kalau isteri buat kerja pun,dia akan koyak teruk macam yang saya lihat tadi.”
Si suami akhirnya mengakui yang dia ada melakukan hubungan dengan isteri nya secara paksa.Isterinya meronta ronta tapi dia memaksa.Lepas dia berjaya puaskan keinginannya,dia dapati badan isterinya kejang ,tiba tiba mulut berbuih dan dia terkena sawan.
Allahuakhbar !
Astagfirullah !
Ads
Tiada kata yang mampu diucapkan doktor tersebut.Hanya mampu menahan marah dan kesal.
Sesungguhnya Allah Maha Penyayang, Dia telah menjemput ibu itu kembali ke sisi NYA.
Doktor tidak dapat selamatkan ibu tersebut disebabkan kehilangan darah yang terlalu banyak dan mengakibatkan kegagalan fungsi organ dalam badan.
Ada Hikmah Ibu Ini Pergi
Tiada lagi trauma untuk dia hadapi,
Tiada lagi kesakitan untuk dia rasai.
Tapi kasihan pada anaknya yang masih bayi.
Baru ingin merasai kehangatan air susu ibu,
Baru ingin merasai lembutnya belaian ibu,
Kini sudah menjadi yatim kerana nafsu ayah sendiri.
Manusia bila nafsu menguasai diri, hilang pertimbangan diri.
Kata Muna lagi “Aku yang mendengar ni pun dah rasa nyeri, apalagi saat yang dirasakan arwah ketika dipaksa bersama dalam keadaan luka masih lagi belum sembuh.”
Chef Selebriti Terbaik Dunia, Chef Wan atau nama sebenarnya Dato’ Redzuawan Ismail ini dalam kesibukan mengurus perniagaan restoran terkemukanya. Anak ini tak pernah lelah menjaga ibunya, Mak Ani yang mengalami Dementia.
Bila mana ibunya disahkan mengalami kanser payudara mencecah usia 89 tahun, hati Chef Wan bertambah ‘retak’. Sungguh, ini ujian paling hebat untuknya lalui sebagai anak yang begitu menyayangi ibunya.
Hal ini dikongsikan sendiri oleh Chef Wan di dalam laman instagramnya. Akuinya semalam dia berada di Hospital Glenegles nak ambil result ujian mammogram yang dapat mengesan dan mengesahkan Mak Ani alami kanser payudara.
“Terkejut saya bila doktor dapat kesan 2 ketulan besar dan ia sudahpun merebak sehingga ke kelenjar limfa mak.”
Beberapa hari lalu, Chef Wan ada memandikan ibunya. Setiap kali dia cuba menggosok bahagian itu dengan sabun, Mak Ani akan mengingatkan agar menggosok dengan lembut sebab ia menyakitkan.
Malah, Chef Wan sendiri membuat ujian memeriksa ketulan pada ibunya. Dia minta Mak Ani baring, dengan menggunakan tiga jari, Chef Wan mencari lokasi ketulan. Semakin dalam dia menekan bahagian yang dimaksudkan, semakin Chef Wan merasai ketulan daging atau tisu keras yang besar pada bahagian itu.
Alangkah terkejutnya Chef Wan.
Akuinya, biarpun dia bukan seorang doktor, dia tahu akan penyakit berkenaan. Kefahaman itu diperoleh menerusi pembacaan berkaitan kanser payudara, malah sesetengah informasi berkaitan penyakit ini didapati ketika menerima jemputan membuat demo masakan dalam mana-mana Minggu Kanser negara.
Bila saja dapat kesan ketulan pada Mak Ani, Chef Wan terus membawa ibu berjumpa doktor. Patah hati Chef Wan bila tahu emak sendiri menghidap kanser payudara.
“Sebelum ini cuma dengar kisah sebegini dari kawan-kawan, ibu-ibu mereka malah dari cerita-cerita wayang tapi bila tiba ibu sendiri yang alami, hati saya benar-benar hiba.”
Faktor Umur, Cuma Boleh Beri Ubat
Untuk proses seterusnya, doktor akan menjalankan Pemeriksaan Imbasan CT (CT Scan) untuk mengesan sama ada kanser dah merebak ke beberapa tempat di tubuh ibunya atau sebaliknya.
Bagaimanapun, dengan faktor usia dan saiz tumor yang agak besar, Mak Ani tak boleh menjalani kemoterapi ataupun pembedahan.
Biopsi payudara juga bukan satu pilihan yang boleh dilakukan, memandangkan ianya terlalu menyakitkan untuk Mak Ani yang sudahpun berusia. Malah, tumor yang ada juga terlalu besar.
Apa yang doktor boleh lakukan adalah dengan memberikan ubat-ubatan. Agar usaha itu dapat mengecutkan tumor berkenaan.
“Apa pun Isnin ini selepas CT Scan.. ujian darah yang mana saya kan bawa emak esok.. akan membantu kami memahami dengan lebih lanjut.
Biarpun saya bersedih bagi emak saya malah keluarga saya, namun saya perlu jadi lebih kuat menerima ujian hebat ini dan harunginya hingga ke akhirnya.”
Sesekali Chef Wan bawa Mak Ani ke restoran mewah miliknya.
Mak Ani Bakal Sambut Ulang Tahun Ke-89
Paling penting, saya akan menjaga dan merawat ibu dengan sebaiknya dengan sehabis daya yang mampu.”
Mencurahkan emak dengan kasih sayang, dan memberi keselesaan sehingga ke hujung nafas emak.”
Chef Wan juga memohon agar Allah memberinya kekuatan menghadapi momen paling sedih dalam hidupnya. Dalam masa yang sama, Chef Wan teramat bersyukur kerana Allah memberi keberkatan untuknya menjaga emak selama emaknya masih bernafas.
Chef Wan akur, suatu hari nanti Mak Ani akan meninggalkannya juga. Malah, dalam dua minggu lagi, Mak Ani akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke 90 tahun.
“Jika menurut chinese she already 90 years old. 9 bulan dalam perut tu. I didn’t sleep all nite.” Luah Chef Wan sebak.
Kalau nak tahu rahsia panjang umur, peluklah isteri. Tak perlu stres-stres. Sebabnya pelukan itu akan meredakan tekanan.
Sementara masih hidup ini, amalkanlah tip ini selalu.Sebabnya kajian menunjukkan pelukan ini akan mengeluarkan hormon gembira. Janganlah lokek pelukan, sebabnya bila isteri gembira anda pun bahagia.
Lakukan Ini Semasa Memeluk Isteri
1. Ungkapkan Sayang Di Bibir
Bukan kena keluar duit pun nak kata ‘I Love You’, ‘Saya Sayang Awak’ atau ‘Terima Kasih Sayang’. Cuma modal air liur saja. Kalau semudah itu pun tak boleh buat, macam mana isteri nak memberi kebahagiaan pada keluarga?
2. Gurau Senda
Kalau masa bercinta boleh saja beri ayat-ayat power, bila dah jadi yang sah haruslah lebih hebat ayat powernya ya tak? Jangan ayat ke lain sudah!
3. Pujuk Memujuk
Kadang kala suami tak sedar yang kata-katanya menyakitkan hati isteri. Walaupun isteri tak kata, tapi tak salah minta maaf dan berikan pujukan manja. Isteri akan lebih menghargai nanti.
4. Peluk Cium Tak Salahkan
Biarpun usia perkahwinan dah sampai ke fasa ke matang, jangan malu nak peluk isteri. Sebabnya orang perempuan ini, makin berusia makin sensitif jiwanya. Lagilah bila dia dah faham perangai suaminya macam mana, dia takkan meluah sangat pun ke tak puasan hatinya. Pelukan suami selalunya jadi ubat/penawar hatinya yang hiba itu. Tak perlu lama… seminit dua pun dah memadai.
Bagi seorang isteri, perkahwinan dan rumah tangga adalah segala-galanya. Mereka akan berkorban apa sahaja untuk rumah tangga dengan harapan untuk bahagia. Ada isteri yang bertuah kerana benar-benar merasa bahagia. Ada pula yang meratap hiba kerana perkahwinan itu sudah menjadi neraka dunia.
Namun ramai juga isteri yang tidak pasti perasaan sendiri. Adakah dia bahagia atau sebenarnyasedang sengsara? Bunyinya kedengaran mudah tetapi bisik emosi ini sukar ditafsirkan walaupun oleh tuan punya badan itu sendiri.
Tanda-tanda Emosi Isteri Tak Bahagia
Oleh itu dalam nota kali ini saya kongsikan beberapa tanda-tanda yang sebenarnya memakan perasaan seorang isteri dari dalam. Ianya umpama sel kanser. Hadirnya tidak terasa sehinggalah selepas segala-galanya sudah reput dan terlambat.
Setiap wanita terjun ke alam perkahwinan dengan anggapan dan harapan tinggi kepada pasangan mereka. Anggapan itu terbina hasil daripada analisa sendiri, ‘promosi’ daripada bakal suami atau hasil cadangan daripada rakan-rakan atau keluarga. Semuanya sudah tentu yang baik-baik dan hebat.
Dengan anggapan- anggapan semua itu benar maka tinggilah juga harapan anda untuk bahagia.
Pertama : 2 Tahun Kahwin, Dah Kenal Corak Sebenar Suami
Ramai isteri mengaku bahawa dalam masa dua tahun sahaja, mereka sedar bahawa banyakdaripada apa yang dilihat pada suami tidak secantik yang dipandang. Tidak ada manusia yang sempurna.
Masalah timbul apabila anda terlalu mengharap yang lelaki itu memenuhi segala-gala anggapan dan harapan yang anda bina sebelum berkahwin.
Anda mengungkit dan memprotes kelemahannya sehingga terlupa kebaikan yang tersembunyi. Jika itu yang kerap kali berlaku sekarang maka anda menempah status sebagai isteri yang tidak gembira dalam perkahwinan sendiri.
Kedua : Hati Kecil Mula Meratap Setiap Malam Sebab..
Perkahwinan perlukan pengorbanan. Itu semua orang tahu tetapi pengorbanan itu perlu dilakukan dalam had dan sempadan yang sewajarnya. Ada orang cakap dalam sesebuah rumah tangga pengorbanan dan kebodohan’ itu sempadannya senipis kulit bawang.
Tidak ada erti pengorbanan itu jika hati kecil anda meratap setiap malam kerana sedih dengan pengorbanan yang tidak dipedulikan itu. Anda bukan isteri yang bahagia sekiranya merasa begitu. Sekiranya hal ini sedang berlaku pada anda maka rujuklah kepada pihak yang boleh memberi bantuan.
Hak-hak anda sebagai wanita dan juga sebagai isteri adalah jelas dan perlu dipertahankan. Itu beza antara isteri yang derita dan isteri yang bijaksana.
Ketiga : Selalu Termenung Sendirian Seolah Bermimpi Di Siang Hari
Selalukah anda termenung sendirian dan tertanya-tanya ‘adakah aku gembira atau derita dalam perkahwinan ini?’ Apakah bunyi jawapannya? Adakah anda seperti merenung dua helai kertas laporan dengan terlalu banyak contengan tebal markah merah berbanding dengan markah biru?
Gerak rasa emosi berada di dalam zon separa sedar minda. Ianya tidak boleh dikawal. Anda boleh berpura-pura gembira tetapi bayangan sedih dan hiba dalam mimpi adalah apa yang sebenarnya bersarang tebal dalam fikiran.
Jika anda selalu bermimpi sedih atau ngeri maka itulah bisikan emosi sebenar anda dalam perkahwinan itu. Izinkan saya bertanya, dalam dua minggu lepas bagaimana mimpi anda? Mimpi
yang seronok atau mimpi yang menakutkan?
Orang cakap perkahwinan itu ialah saling melengkapi. Benar sekiranya itu satu perkahwinan yang bahagia. Itu tidak bermakna kita mesti menunggu orang lain datang melengkapi kekurangan yang kita ada sebelum kita boleh merasa bahagia. Seperti yang saya katakan tadi, itu hanya harapan yang belum tentu menjadi kenyataan.
Ini Apa Yang Isteri Perlu Fikir-Fikirkan
Bagaimana jika orang itu datang bukan datang melengkapkan tetapi lebih merosakkan apa yang telah anda miliki? Realitinya kita sendiri yang sebenarnya bertanggungjawab membina kebahagian itu.
Anda boleh mengharap dia berubah menjadi lebih baik tetapi adakah anda mesti merosakkan diri jika dia tidak mahu berubah? Bersedih, meratap dan mengutuk diri kerana merasa diri gagal mengubah perkara yang tidak mampu kita ubah adalah perkara sia-sia.
Sebab itu kita disuruh berusaha dan kemudian berserah kepada Allah SWT untuk menentukan. Namun sebagai hamba-Nya kita diperintahkan untuk redha atas apa takdirnya. Jika takdirnya itu seperti yang kita mahu maka bersyukurlah. Sekira tidak maka sesungguhnya itu adalah yang terbaik dan Dia juga yang Maha Mengetahui.
Penulis : Dr Syed Yusainee Yahaya, merupakan Kaunselor Profesional, Relationship Coach yang juga kolumnis Nota Untuk Isteri di Majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!