“Macam mana ni sayang, saya teringin sangat nak anak lelaki…”

“Tak apalah, usaha dulu, mana tahu rezeki akan datang kita dapat merasa anak lelaki pula. Cuba tanya orang lama sikit, apa rahsia yang paling berkesan nak dapat anak perempuan.”

Haaa… inilah realitinya! Anak perempuan sudah berderet, ibu dan suami teringin pula memiliki anak lelaki. Kononnya untuk kelahiran kali ini jika dapat bayi lelaki, ibu berjanji tidak akan mengandung lagi. Namun anak yang dilahirkan masih perempuan, terpaksa ibu mengandung lagi walaupun jarak umur anak begitu dekat.

Tak payah risau sangat, ibu boleh merancang kehamilan untuk memiliki jantina bayi yang diingini dengan berusaha membuat perkara di bawah ini. Semoga usaha ini akan diberkati dan dapatlah ibu memiliki jantina anak yang dikehendaki. Antara kaedah semula jadi yang boleh dipraktikkan…

1. Pilih Makanan

Bagi mendapatkan anak perempuan, suami harus makan lebih banyak makanan beralkali. Manakala ibu pula makanlah lebih banyak makanan berasid. Jika mahu anak lelaki pula, suami perlu makan makanan berasid dan isteri pula makan makanan beralkali. Makanan beralkali terdiri daripada sayur-sayuran,  buah-buahan, putih telur, susu dan banyak lagi. Makanan berasid pula termasuklah daging, makanan laut dan lain-lain.

2. Bergantung jumlah seks

Jika ibu dan suami kerap melakukan hubungan intim sebelum datang haid, ia meningkatkan peluang untuk ibu berdua mendapat anak perempuan. Tetapi jika anda berdua bersama selepas tempoh haid iaitu hari ke-11 hingga ke-16, ibu berupaya memperoleh anak lelaki.

IKLAN

3. Kedalaman alat kemaluan

Suami tidak perlu memasukkan alat kemaluan terlalu dalam ke vagina ibu jika mahukan anak perempuan. Namun, jika mahukan anak lelaki, lakukanlah perkara yang sebaliknya. Kromosom X diandaikan mampu berlari pantas dan mempunyai stamina yang kuat manakala kromosom Y pula adalah sebaliknya. Atas sebab itulah, suami perlu memasukkan alat kemaluan lebih dalam agar memudahkan usaha untuk mendapatkan anak lelaki.

4. Kemuncak klimaks

Usaha mendapatkan anak perempuan ini memerlukan suami perlu klimaks terlebih dahulu sebelum isteri. Hal ini kerana ketika isteri mengalami klimaks, isteri mengeluarkan cecair beralkali. jika sebaliknya, di mana suami klimaks selepas isteri, ibu mungkin boleh mendapatkan anak lelaki.

5. Persediaan isteri

Sebelum melakukan hubungan intim, ibu boleh melakukan alternatif sendiri dengan membasuh vagina menggunakan satu sudu cuka bersama semangkuk air jika mahukan anak perempuan. Namun, jika mahukan anak lelaki, cuci vagina menggunakan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya vagina lebih beralkali.

IKLAN

6. Kedudukan

Keadaan suami yang berada di bawah dan isteri di atas ketika melakukan hubungan intim dapat membantu ibu memiliki anak perempuan. Jika kedudukan ibu dan suami bertentangan iaitu isteri di bawah dan suami di atas, ini membolehkan ibu mendapat anak lelaki.

 

Kalau Nak Jantina Anak Berbeza, Laki Bini Kena Usahakan 6 Cara Ini Setiap Kali ‘Bersama’!

IKLAN

 

Atau ada sesetengah orang suka guna kaedah kalendar Cina ini. Anda boleh memilih jantina bayi samada lelaki atau perempuan yang menjadi pilihan anda mengikut carta ini. Sebagai contoh, jika anda menginginkan bayi lelaki ketika anda berusia 25 tahun, pilihlahannya adalah bulan Febuari, Mac, Jun, Ogos, September, Oktober,November atau Disember dan sebaliknya jika anda menginginkan bayi perempuan. Sekiranya anda ingin melahirkan bayi anda pada bulan september pada tahun berikutnya, anda hendaklah berusaha sembilan bulan lebih awal iaitu pada disember tahun sebelumnya.

Apapun, terpulang kepada individu tersebut samada percaya atau tidak dan perlu diingatkan kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Sama ada lelaki atau perempuan bayi tersebut, asalkan bayi tersebut sihat dan cukup sifat, ia sangat memadai. Kita harus bersyukur dengan rezeki tersebut kerana banyak lagi pasangan yang tidak boleh melahirkan zuriat.

Ya, lelaki atau perempuan itu semua satu anugerah. Tetapi tak salah jika kita berusaha untuk dapatkan kelainan. Moga info ini bermanfaat buat ibu dah ayah yang mahukan anak berbeza jantina. Dan paling penting jangan lupa mohon pada Pencipta!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI