Bertabahlah orang kerja KL, gangguan LRT highway jem luar biasa. Ramai lewat 3 jam ke tempat kerja. Penutupan selama seminggu Transit Aliran Ringan (LRT) melibatkan 16 stesen bermula dari Stesen LRT Kelana Jaya hingga ke stese LRT Ampang Park yang bermula semalam membuatkan ramai warga kerja khususnya kotaraya Kuala Lumpur mengeluh.
Ini kerana selain bas disediakan seakan tidak mencukupi, ramai yang akhirnya memilih meggunakan kenderaan sendiri kerana selepas pihak pengendali LRT iaitu Rapid Rail dalam satu kenyataan memaklumkan pihak mereka masih sedang dalam proses bagi mengenal pasti punca gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC pada perkhidmatannya di Laluan Kelana Jaya.
Syarikat itu memaklumkan masalah yang berlaku itu adalah sesuatu yang serius dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
Katanya, gangguan tersebut mengakibatkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren sekali gus menyebabkan tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.
Di sebalik kesulitan ini, apa yang dilalui oleh pengguna jalan raya lain apabila ramai yang menggunakan kenderaan sendiri ialah kebanyakan lebuh raya yang berhubung ke pusat bandar melekat luar biasa.
Ads
Dari satu perkongsian di Tik Tok @Mohd Rifdi Rosli yang berkongsi dari pejabatnya situasi lebuhya AKLEH memperlihatkan suasana pagi itu kenderaan melekat luar biasa. Kesemua empat lorong highway tersebut dipenuhi kenderaan tidak bergerak.
Dari komen diberikan oleh pengguna yang terperangkap, ada memaklumkan perjalanan dari Kajang ke Pantai Dalam mengambil masa tiga jam seolah dari KL ke Melaka. Keluar jam 6.30 pagi dan sampai ke pejabat jama 9.30 pagi. Bahkan ramai mengadu mereka antara terperangkap dalam kesesakan berkenaan.
Ads
Dalam satu komen lain dimaklumkan, uniknya di Malaysia, satu keluarga memiliki 10 kereta (dengan nada lucu) dan ada yang mengakui biasa lewat 30 minit tapi ini sampai tiga jam lewat dari kebiasaan. Jadi harap yang mencari rezeki di ibu kota tu bertabahlah selama seminggu ini.
IFA HADIAHKAN Anak BMW. Penyanyi, pelakon, pengacara wanita penuh kontroversi, Ifa Raziah membuat kejutan dengan menghadiahkan anak lelakinya, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, sebuah kereta jenis BMW.
Perkongsian menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya, Ifa menyatakan kereta mewah itu sempena ulang tahun kelahiran Aqili yang ke-17.
Malah menerusi kapsyen juga Ifa mendoakan agar anak lelakinya diberikan umur yang panjang serta menjadi anak soleh kepada kedua orang tua.
Menerusi video yang tersebut memaparkan reaksi Aqili yang tersenyum gembira selepas memiliki kereta idaman. Malah Ifa juga turut berpesan agar Aqili memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.
Untuk rekod, Ifa pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali namun kedua-duanya berakhir dengan penceraian. Pada tahun 2004, Ifa berkahwin buat kali ketiga dengan Mohd Yani Abdul Rahman dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Shakir Aqili. Selain itu, Ifa juga mempunyai anak angkat perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah.
“HADIAH BMW 🚗 BUAT AQILI @aqili1911
Genaplah usia Anakku ke 17 tahun.❤️
HAPPY BIRTHDAY TO MUHAMMAD SHAKIR AQILI BIN MOHD YANI
“Buah hati Mama & Papa yg tersayang, senyum dan bahagiamu membuat kami semakin kuat. Kami akan memberikan yang terbaik untukmu. Dengan bertambahnya usiamu, semoga aqili semakin cerdas dan semakin membuat Mama & Papa bahagia.
“Happy birthday, sayang. Tak terasa aqili semakin dewasa. Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu. Mama & Papa berharap semoga aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW .. berbakti kepada Mama & Papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat2 Aqili ..
Barakallah fii umrik, anakku yg tersayang. Semoga Allah SWT memberikanmu umur yang panjang dan keberkahan dalam hidupmu. Tidak lupa, semoga selalu dilimpahi rezeki yang berkah dan hati yang selalu bersyukur, semoga aqili menjadi anak yang soleh didunia dan diakhirat .”Aamin Ya Rabbal Alamin,” luah Ifa.
Mnerusi ruangan komen ramai yang mendoakan anak Ifa berjaya dalam SPM.
Dalam usia 15 tahun, anak remaja lain seronok ke sekolah, bermain bersama, ulangkaji mahupun lalui hari-hari yang menggembirakan. Fasa inilah baru bermula peralihan untuk anak menuju remaja.
Tak dapat bayangkan bagaimana dalam usia 15 tahun, dia diduga dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Harus berulang alik ke hospital untuk rawatan dan berjuang untuk teruskan kehidupan.
Kisah perkongsian daripada Ezatul Marini ini tentang adik Akrimi Maswah yang baru usia 15 tahun sedang berjuang untuk melawan kanser yang dihadapinya.
Sebagai pejuang kanser, kehidupan sehari-hari sebenarnya kerapkali menimbulkan kegusaran dan kebimbangan. Sebanyak mana dan sekuat apapun pergantungan kepada rahmat dan kasih-sayang Allah, pasti datang juga perasaan takut sekiranya merasakan kelainan pada tubuh badan.
Setiap hari Kak Ezat mohon pada Allah untuk jangan datangkan semula sel-sel kanser dalam tubuh. Oleh kerana itu, setiap kali menerima berita tentang mereka yang disahkan kanser atau “tewas” dalam perjuangan memerangi sakit yang satu ini, Kak Ezat perlu ambil masa untuk diam dan fikir.
Beberapa bulan lepas, kami di pejabat, dikejutkan dengan berita, anakanda salah seorang dari kakak di pejabat disahkan menjadi pejuang kanser yang Kak Ezat sendiri belum biasa dan tahu tentang jenis dan kategorinya.
.
Allahu Akbar, bukan mudah untuk tuan badan menerima aturan takdir yang ini. Hancur luluh hati dan perasaan mak ayah melihat anak mereka melawan rasa sakit dan tanggungan emosi yang berat.
Kami turut berkongsi perasaan serupa namun apalah yang mampu kami lakukan selain menembak sebanyak doa agar anak ini diberikan kekuatan, kesembuhan total dan kedua ibu bapanya diberikan ketabahan.
Redha? Tabah? Pasrah? Kak Ezat sangat pasti yang kedua ibu bapa anak ini sudah menanamkan semangat-semangat itu dalam diri mereka. Yang Kak Ezat galaukan adalah, emosi dan kekuatan anak ini menanggung segala hadiah dan cinta kasih Allah.
“Dia masih anak-anak. Umurnya baru sahaja 15 tahun, sudah tentulah yang hanya dia fikirkan adalah kesakitan. Dia barangkali belum mampu membina rasa untuk melawan dan memperkukuhkan asbab mengapa perlu berkuat dan bertahan. Allah, sungguh Allah sangat sayangkan dia dan kedua ibu bapanya” itu sahajalah kata-kata yang mampu kami ucapkan bila terkenangkan anak ini.
Baru-baru ini, anak yang sangat kami cintai ini diserang sawan dan perlukan bantuan pernafasan. Kak Ezat sungguh hilang kata-kata. Sepanjang malam hati bimbang dan gundah-gulana.
Menjelang Maghrib, sampai khabar, Alhamdulillah, bantuan pernafasan sudah ditanggalkan dan anak ini kelihatan memberi respon positif. “Ya Allah, jagakanlah Maswah. Beri dia sembuh” sempat terlintas dalam hati doa pendek itu sebelum terlena.
Ibunya kerap berkongsi rasa, mengirim khabar dan meminta dipanjatkan doa serta kekuatan untuk anaknya serta dirinya juga. Kak Ezat cukup mengerti, pada ketika ini, bahu yang dihulur untuk dijadikan tempat bersandar, telinga yang dipinjamkan untuk mendengar, kasut sang ibu yang kita acukan pada kaki sendiri lebih penting dari sebarang bentuk bantuan lain.
Kak Ezat mohon sedalam-dalamnya bantuan semua untuk mendoakan anakanda Akrimi Maswah yang disahkan menghidap Kanser Desmosplastic Small Around Cell Tumour.
Doakan semoga Allah beri dia kekuatan dan ketabahan. Paling utama doakan kesembuhannya. kak Ezat pasti tentu ada doa-doa orang baik di sekeliling Kak Ezat yang Allah bakal makbulkan.
Kirimkanlah sebanyaknya doa untuk anak ini dan juga teruslah berdoa agar kedua ibu bapanya sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menerima tanda cinta Allah ini .
“Buat aktiviti ringan, hafaz surah-surah pendek” Allah! Gambar yang dikirim ibunda Maswah sungguh menyentak tangkai hati.
.
Tanggal 10 November lalu, Akrimi Maswah menyambut hari lahir ke-15. Sebak hari bila dikongsikan, guru dan rakan-rakn sekelas usaha membuat panggilan video untuk raikan Maswah. Rakan-rakan sekolah serta gurunya tidak jemu-jemu mengirim semangat dan sentiasa berhubung dengannya agar anakanda Maswah tetap ceria.
.
.
Paling istimewa, pihak wad juga berbesar hati menghadiahkan kek untuk sambutan ulang tahun anakanda Maswah. Yang utama, senyuman serta keceriaan Maswah memberikan kami harapan dan sedikit kelegaan. Kirimkanlah sebanyaknya doa untuk anak ini dan juga teruslah berdoa agar kedua ibu bapanya sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menerima tanda cinta Allah ini .
Mingguan Wanita : Moga Akrimi Maswah cepat sembuh dan buat mak ayahnya agar tabah hadapi dugaan dan diberi kekuatan dalam menghadapinya.
Shiera syukur Airell selamat. Ibu dan ayah mana yang tidak risau jika anak mereka terlibat dalam kemalangan. Terbaru anak lelaki kepada selebriti Sharifah Shahirah atau Shiera dan Ijoy terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Singapura.
Shiera rasa sangat bersyukur apabila anaknya itu selamat dan hanya mengalami cedera ringan.
Hal tersebut dikongsi sendiri oleh Shiera menerusi kapsyen di Instagramnya;
“Anak aku dlm bas ni pagi tadi
Alhamdullillah ok dah ada kat umah
Dia tak nak cakap dia kata bas rosak
Nasib dia duduk blakang..mak tak renti doa untuk anak anak
Allahuakhbar
Kat jasin,” begitulah luahan Shiera.
Anak lelakinya, Airell Zulkifli antara mangsa dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dengan treler di Kilometer 179, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Jasin, Melaka, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, Airell antara 16 penumpang yang cedera selepas bas ekspres dinaiki dari Singapura menuju ke ibu kota merempuh belakang treler berkenaan.
Terkini menerusi perkongsian di portal berita Shiera memaklumkan Airell patah gigi dan mengalami kecederaan pada bahagian dahi, hidung dan kaki.
“Saya beritahu suami untuk hantar anak pergi buat X-Ray sebab risau walaupun cuma cedera ringan. Alhamdulillah tiada apa yang serius selepas keputusan X-Ray keluar,” kongsi Shiera.
Sebelum ini seperti yang dilaporkan Harian Metro pula, Shiera memaklumkan anaknya itu berada di Singapura sejak Jumaat lalu bagi menghadiri festival animasi.
“Ariel memaklumkan bas lewat beberapa jam kerana rosak. Patutnya suami akan jemput dia jam 5 pagi semalam, tapi bila saya bangun pagi itu, tengok dia masih belum tiba di rumah.
“Petang semalam selepas saya balik kerja, saya nampak ada luka di dahinya. Mulanya dia tutup dengan rambutnya yang agak panjang itu. Bila saya tanya kenapa, dia kata itu jerawat, tapi saya tengok macam luka. Itu saya bertanya sama ada dia bergaduh dengan sesiapa, sudahlah ke Singapura tidak maklumkan kepada saya atau Ijoy.
“Bila kena paksa tanya, saya terus terkejut bila dia bagi tahu bas kemalangan. Terus dia buka cerita sebenar bas bukan rosak tapi kemalangan. Mengucap panjang saya waktu dengar tu.
“Alasan dia tipu saya sebab tak nak risaukan saya. Saya faham walaupun tak cedera parah tapi kenapa kena tipu saya.
“Saya korek juga cerita daripada dia, rupanya lepas kemalangan terus dibawa naik ambulans ke hospital dengan kawan-kawan dia. Dia kata dah buat x-ray semua baik saja. Alhamdulillah, saya bersyukur dengar,” sambungnya.