Sumber Foto : Instagram Eira Syazira

Berkat restu doa Pak Azad itulah antara faktor kejayaan pelakon Eira Syazira. Pasangan suami isteri yang popular di sosial media itu sememangnya sentiasa mencuit hati netizen dengan gelagat mereka sekeluarga.

Pemilik nama sebenar Syazira Shuhaimi yang juga ibu kepad tiga orang anak itu sebenarnya sentiasa mahu mencabar diri terutamanya dalam mengembangkan bakat dimiliki.

Berkat Restu Doa Pak Azad “Jadi Tulang Belakang” Eira Lebarkan Sayap Ke Indonesia

Berkat Restu Doa Pak Azad

Malah wanita hebat ini juga sebenarnya mahu lebih serius merencana kerjayanya dalam bidang nyanyian yang semakin diterima di Indonesia sejak lebih enam tahun lalu. Namun segala perancangan tertangguh hampir tiga tahun akibat pandemik Covid-19.

Menurut wanita yang sentiasa mahu tingkatkan prestasi diri, suaminya, yang juga selesa digelar Pak Azad merupakan insaan yang menjadi tulang belakang dalam kerjayanya.

“Sejak dulu suami sentiasa menjadi tulang belakang saya.

“Dia bagi restu dan sokongan, malah sentiasa mahu melihat saya berada di depan terutamanya ketika mula membina kerjaya di Indonesia.

“Saya percaya apa yang diperoleh sekarang ini adalah berkat daripada restu dan doa beliau pada saya. Saya sentiasa pegang perkara itu,” luahnya seperti mana dipetik menerusi SinarPlus.

Berkat Restu Doa Pak Azad “Jadi Tulang Belakang” Eira Lebarkan Sayap Ke Indonesia

Berkat Restu Doa Pak Azad “Jadi Tulang Belakang” Eira Lebarkan Sayap Ke Indonesia

 

Ramadan Ulang Alik Ke Indonesia

Menurutnya lagi, sepanjang Ramadan akan berulang-alik ke Indonesia sementara menunggu perancangan menetap di negara tersebut menjadi kenyataan.

IKLAN

“Jika semua berjalan lancar saya akan berangkat ke Indonesia dalam masa terdekat setelah pulang bercuti di Malaysia pada penghujung tahun 2019.

“InsyaAllah saya akan menyambut Ramadan di sana yang tentunya memberi rasa berbeza selepas kita semua kini menjalani kehidupan dalam situasi norma baharu.

“Rindu nak raikan Ramadan seperti dulu-dulu, tetapi inilah aturan yang telah ditetapkan Allah SWT dan kita perlu akur untuk jalaninya dengan sebaik mungkin,” ungkapnya yang akan tampil dengan drama baharu lakonannya, Hud yang bakal bersiaran di Awesome TV pada Ramadan ini.

Berkat Restu Doa Pak Azad “Jadi Tulang Belakang” Eira Lebarkan Sayap Ke Indonesia

Rencanakan Semula Kerjaya Seni Tertangguh Di Indonesia

Eira yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Positive Arts Entertainment kerjayanya sebagai penyanyi semakin menyerlah dan mendapat banyak pendedahan di negara seberang.

“Alhamdulillah selepas kerajaan kembali membuka sempadan negara bermula 1 April lalu, saya dapat merencana semula kerjaya seni yang tertangguh di Indonesia.

“Bukan tidak mahu terus berkarya dalam industri tanah air, tetapi saya mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang berbeza dan kebetulannya ditawarkan oleh industri seni di sana iaitu sebagai penyanyi.

IKLAN

“Diam tak diam, sudah enam tahun saya bergelar penyanyi di sana dengan menghasilkan beberapa single termasuk Say, Kau Yang Ku Sayang dan lain-lain,” jelasnya.

Berkat Restu Doa Pak Azad “Jadi Tulang Belakang” Eira Lebarkan Sayap Ke Indonesia

Menarik Lagi: “Arwah Mummy Pesan, Jaga Hati, Perut & Tempat Tidur Suami” Eira Syazira

“Alhamdulillah ‘It’s A Girl’, Ada Harapan Lagi Untuk Anak Lelaki” – Azad Jazmin & Isteri Dapat Anak Ketiga

“Saya Bersyukur Ditemukan Isteri. Dialah ‘Supermom’ Kepada Anak Kami” Azad Jasmin

Mingguan Wanita : Suka tengok Eira Syazira yang tak pernah putus asa dalam mengembangkan minat seninya. 

IKLAN

Sumber Foto : Instagram Eira Syazira

Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.

Syawal ini Aizat terakhir beraya sebagai seorang bujang.

 

Sedapnya sambal belacan ni, makan dengan nasi panas terus terangkat!

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI