Berkat Gambar Maklong Rimau, Dah 2 Hari Anak Tak Buka Tutup Peti Ais

Macam-macam kisah PKP ini kan. Cerita anak main buka tutup peti ais itu dah jadi satu kemestian. Lagi-lagi bila semua anak-anak kena duduk rumah.

Syera Akarton berkongsi gambar kakaknya memakai sheet mask berupa harimau. Dan nak dijadikan cerita gambar itu, dicetak dan ditampal pada peti ais bahagian sejuk dan beku di rumahnya. Tujuannya bagi mengelakkan anak-anak main buka tutup peti ais berkali-kali.

Dan cara itu ternyata menjadi.

Alhamdulillah, berkat gambar Maklong dia.
Dah 2 hari budak-budak ini tak main buka tutup peti ais.
Biar Maklong kau jadi rimau.
Mak dah pencen.
Tak larat merimau.
Biar gambar buat kerja gituh.”

Dalam perkongsian Syera yang viral itu juga Syera maklumkan tentang sheet mask yang dipakai Maklong Rimau.

Maklong kasi permission guna gambar dia untuk tatapan anak-anak. Maklong kata beli mask kat shopee.”

IKLAN

Berkat Gambar Maklong Rimau, Dah 2 Hari Anak Tak Buka Tutup Peti Ais

Anak Buah Tak Buka Tutup Peti Ais

Dan ini pula respons pemilik topeng muka, Maklong Rimau kepada MW, “Biasalah, anak-anak buat saya tengah banyak akal. Diorang ni makin bijak. Kita tegur pun kejap je dengar. So, kena lah cari inisiatif lain.

Macam-macam cara juga sebenarnya. Tapi ini paling berkesan buat masa ini. Tiap budak tak sama kan. Anak buah saya ni memang takut orang pakai topeng. Itu yang cuba cara ini. Ini pun tak tahu lah berapa lama boleh tahan.”

IKLAN

Kongsi Maklong lagi, anak-anak buahnya ada dua orang. Dia dan adiknya duduk berjauhan. “Suami adik kerja jadi tenaga pengajar dekat IKM, JB.. so kami buat video call. Saya tak ada anak, tumpang kasih dengan diaorang je. Itu yang kami rapat.”

Mask yang dipakai itu memang dibeli untuk rawatan muka. “Sekali buat video call, diaorang takut tengok.”

Dan disebabkan posting itu jugalah gelaran Maklong Rimau melekat padanya. Malah, yang lebih lucu ada di kalangan netizen minta izin gunakan gambar Maklong Rimau, nak tampal pada peti ais rumah mereka. Dan permintaan itu dapat kelulusan daripada Maklong sendiri.

IKLAN

Mana tahu cara itu pun berkesan untuk elak anak-anak buka tutup peti sejuk.

Kemas peti ais guna botol sama warna, barulah nampak luas dan teratur.

MW : Haa.. mak-mak yang ada anak-anak suka main buka tutup peti sejuk tu, bolehlah cuba cara ini ya.

Sumber/Foto : Syera Akarton

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI