‘Gambar Pertama Bidadariku Berhijab..’ Sweet Ucapan Hari Lahir Suami Hazlin Hussain

Kedua pasangan suami isteri ini merupakan pembaca berita terkenal, Mior Abdul Malek Raiyani dan Hazlin Hussain. Lima tahun mendirikan rumah tangga, Mior masih ingat kali pertama bakal isteri (waktu itu) mengenakan tudung buat pertama kalinya.

Jika anda peminat program 999, tentu nama Hazlin Hussain ini melekat di sanubari. Pengganti personaliti TV Zakiah Anas bagi program berkenaan ini juga punya pesonanya yang tersendiri ketika mengacara. Hazlin mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2015.

‘Gambar Pertama Bidadariku Berhijab..’ Sweet Ucapan Hari Lahir Suami Hazlin Hussain

Semalam merupakan hari lahirnya. Dan suami ini, memuatnaik sekeping gambar mereka berdua. Dengan caption yang memaklumkan itulah kali pertama isterinya berhijab. Betapa bermaknanya gambar itu, kerana kegembiraan terpancar sehingga kedua-duanya bengkak mata menangis kesyukuran.

Gambar Pertama Bidadariku Berhijab

‘Gambar Pertama Bidadariku Berhijab..’ Sweet Ucapan Hari Lahir Suami Hazlin Hussain

Kongsi Mior,

IKLAN

Gambar hari pertama bidadariku ini berhijab. Tiba-tiba dengar suara dia di luar ofis. Intai kat pintu kaca nampak ada sorang wanita berhijab tengah berbual tapi takkan lah dia sebab takde hint apa-apa pun padahal baru je lepak.

Saya pun keluar dan panggil. Betul memang dia. BFF sy ni dah berhijab hari tu. Masa tu rasa nak peluk sebab terlalu happy tapi tak boleh la kan. Hahaha.. Hanya mampu menangis gembira dan syukur, dua-dua orang ni. Tu yang mata dua-dua bengkak.

Hari ni (ketika catatan ditulis pada 16 Disember 2020) hari jadi bidadari saya ni. Sengaja saya pilih foto ini sebab ceritanya sangat istimewa untuk saya. Dari semalam dah banyak kali wish dekat dia sampai dia kata berapa kali nak hari jadi ni?

So apa kata korang pulak sambung wish dekat dia sampai esok.”

IKLAN

Jodoh rakan sekelas, ini tip untuk suami isteri elak rasa bosan hidup bersama.

Hazlin & Mior, Bertahun Berkawan, Jodoh Depan Mata

‘Gambar Pertama Bidadariku Berhijab..’ Sweet Ucapan Hari Lahir Suami Hazlin Hussain
Kenangan baca berita bersama.

Kedua pasangan suami isteri ini sebelum diijabkabulkan merupakan kawan baik lebih dari 10 tahun. Malah, mereka sendiri tidak menyangka dalam berkawan lama rupanya jodoh masing-masing ada di depan mata.

13 Disember 2015.. hari ini ulang tahun ke-5 masjid kecil kami berdua. 5 tahun yang sarat dengan kuliah rumah tangga untuk kami melengkapi antara kami. Allah telah kurniakan saya seorang wanita hebat yang mengisi setiap lompong kelemahan diri.

IKLAN

“Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”
Surah Ar-Rahman

Permaisuriku @hazlinhussain teruslah menjadi insan hebat yang memberi inspirasi. Moga ia menjadi asbab dirimu menjadi sebahagian daripada isinya Syurga Firdaus..” Yang mencintaimu; Yom.

MW : Bahagia rasa bila suami hargai dengan ucapan hari lahir yang sweet sebegini.

Sumber/Foto : Mior Abdul Malek Raiyani

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI