Pendakwah bebas cukup popular masa kini Ustaz Ebit Lew mengutarakan ucapan untuk isteri dalam entri terbaharunya di akaun Facebooknya sempena hari jadi bidadarinya itu. Ebit Lew kini difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan.
Dalam entrinya, Ebit Lew atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau menulis dengan penuh emosi memohon maaf ketiadaan dirinya saat hari jadi isteri. Bukan itu saja malah dengan penuh emosi dirinya juga mengucapkan terima kasih terhadap sumbangan isterinya dalam kehidupan berkeluarga.
Jawapan Isteri Ebit Lew Undang Sebak
Turut mengundang sebak dalam entri tersebut Ebit Lew juga menulis jawapan dari isteri yang cukup menyentuh hati. Isterinya mahu Ebit terus berjuang sebagai hadiah hari jadi terbesar buat bidadarinya itu.
“Selamat hari lahir bidadariku. Sorry sayang abang tiada di rumah. Masih berada jauh. Syukur sempat buat kejutan buatnya. Terima kasih. I love you bidadariku sayang. Rindu teramat sangat.
“Terima kasih Allah memberi diriku bidadari yang sangat baik dan dialah penguat diriku. Kerana Allah semuanya menjadi mudah dan indah. Dialah yang temukan kita. Dialah yang akan menjaga hubungan ini sampai syurga insya-Allah. Terima kasih Allah,” tulis Ebit Lew.
“Tak Apa Abang. Berjuang Abang Hadiah Terbesar Buat Sayang”
Sambung Ebit isterinya menjawab tidak mengapa dan teruskan berjuang.
“Sorry ya sayang. Jawab bidadari saya, takpe abang. Berjuang abang ialah hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan. Tengok ramai anak kecil susah perlu duit pembedahan. Ramai anak hilang tempat bergantung.
“Kehilangan rumah dan tiada sesiapa dalam hidup mereka. Banyak hospital memerlukan bantuan. Berebut-rebut orang minta bantuan. Anak kita ada rumah tempat tinggal Allah bagi. Teruskan abang. Kita kan ada Allah yang sangat sayang kita.
Ads
“Tak pernah lupakan kita. Dia Maha Berkuasa. Anak-anak semua menangis kata. Kasihan anak Palestin ayah. Nanti ayah balik kita jumpa ye. Nanti ayah cerita semua ye.
“Selamat hari lahir bidadariku. I love you,” akhiri Ebit Lew.
Titipan Istimewa Dari Pengikut Laman Sosial Ebit Lew
Manap Abubakar
Sebak membaca posting suami isteri ini, cemburu tak dapat berbuat baik seperti mereka hanya doa yg dapat kami titipkan utuk kedua suami dan anak2 mereka yg hebat ini semoga dilipat gandakan rezeki sentiasa sihat wal’afiat dlm jagaan dan kasih sayang Allah SWT dan Rasulnya.
Khasiah Abdul Rahman
Tak nak ketinggalan utk ucapkn selamat hari lahir istimewa utk bidadari UEL..semoga terus sihat & bhgia disamping suami & kluaga trsayang
MohdBaharum Alum
Anda semua perasan x bahawa rezeki ustaz x pernah putus sbb dia percaya dan yakin jika kita sedekah 1 Allah tambah 10
Selamat hari lahir bidadari Ustaz Ebit liew. Moga Pnjg umr dan dmurahkn rezki
Yan Zalian
Selamat Hari Lahir bidadari Ustaz Ebit Liew semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik.
Philip Lim
Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
Bagai merpati dua sejoli, semoga Ustaz dan bidadari Ustaz terus-menerus dikurniakan keberkatan dan dilimpahi kebahagiaan.
Shahirah Syira
Waaah sama bufday gan kita .. selamat harijadi bidadari ustaz ebit lew .. semoga panjang umurdan permudahkan segala urusan amiiiin
Marliana Hanis
Hebatnya isteri ustaz ebit lew,kentalnya jiwa kerana Allah..Subhanaallah..semoga segala perjalanan kehidupan ustaz sekeluarga di permudahkan semudah2nya
Ads
Mohd Salhizan Saluddin
Sanah helwah bidadari ustaz.. 16 Jun ye.. Subhanallah sama dengan saya.. Semoga dipermudahkan segala urusan. In sya Allah. Aaminn
Wan Roshana
Semoga UEL sentiasa di lindungi Allah swt sepanjang berada di bumi anbia.. Aamiin ya Rabb..
Selamat hari lahir buat bidadari UEL.moga tabah dalam takwa menanti kepulangan UEL yang kini sedang berjihad di bumi Palestin. #Allahuakbar
Mingguan Wanita : Selamat hari jadi juga diucapkan buat bidadari Ustaz Ebit Lew. Teruskan usaha menjadi insan yang terbaik di sisi suami yang berjuang demi agama.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Wan Sharmila selesa kunci mulut. Sejak kebelakangan ini bertebaran gosip tentang hubungan pelakon cantik itu dengan Shuib Sepahtu.
Terbaru Wan Sharmila menepis untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai status hubungannya dengan bapa tunggal kepada empat orang anak itu.
Wan Sharmila Selesa Kunci Mulut
Sebelum ini telah bertebaran khabar angin Wan Sharmila mungkin sedang mengenali Shuib termasuk keluarganya.
Malah menerusi hantaran sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Siti Sarah Raisuddin memaparkan Wan Sharmila menghabiskan masa bersantai dengan anak perempuan arwah Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra.
Seperti mana yang dipetik menerusi Utusan Online, Wan Sharmila tidak mahu memberi ulasan lanjut tentang hal tersebut.
“Macam inilah. Kalau pasal ini, saya tak nak jawab apa-apa.
“Tak nak cakap apa-apa sebab takut tersalah cakap. Takut! Maksud saya, mungkin ada yang saya cakap itu, tujuannya lain.
“Takut Salah, Lebih Baik Jangan Cakap Apa-Apa”
“Tapi bimbang pula yang mendengar, yang membaca, yang mentafsir jadi lain dan akan menyinggung mana-mana pihak.
“Jadi, sebab itulah saya rasa lebih baik jangan cakap apa-apa. Takut salah,” ungkapnya.
Seperti yang difahamkan, Wan Sharmila juga merupakan salah seorang pengguna tudung jenama Loveta yang diusahakan oleh arwah Siti Sarah semasa hayatnya.
“Saya pakai tudung arwah itu sebab tudung dia sangat selesa.
“Sebelum ini pun memang saya pakai, bukan sebab dapat daripada arwah.
“Tapi memang saya beli juga sebelum ini sebagai tanda sokongan.
“Tak nak panjangkan cerita. Doakan yang baik-baik untuk saya, untuk sesiapa pun, dia dan keluarga,” ungkap Wan Sharmila yang terkenal dengan sikapnya yang cukup merendah diri.
Mingguan Wanita: Semoga Wan Sharmila cepat bertemu dengan pasangan yang serasi dan sesuai dengan dirinya sebagai peneman hidup.
Shuk Sahar akui sah bercerai 22 Mac lalu. Selepas melalui kemelut rumah tangga yang agak panjang akhirnya pasangan sensasi Shuk Sahar dan Rossa Sera sudah berpisah.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Shuk Sahar menerusi perkongsian di portal mStar.
Shuk Sahar Akui Sah Bercerai 22 Mac Lalu
Pemilik nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar atau Shuk telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.
Keputusan untuk berpisah telah dibuat atas persetujuan pelawak itu bersama isterinya Rossa Sera. Semua keputusan dicapai selepas mereka pulang mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.
Walau sedih namun Shuk reda mahligai yang dibina berakhir dengan perceraian.
“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu.
“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” kongsinya.
Perbaiki Diri Masing-Masing
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2015 dan memiliki dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi ini walau sudah berpisah namun keduanya masih menjalin hubungan yang baik.
Akui Shuk dia dan Sera sepakat berbaik demi dua orang cahaya mata mereka. Malah mereka juga mengambil keputusan untuk memperbaiki diri masing-masing.
“Sekarang ini saya hanya fokus kepada anak-anak sahaja. Mereka (anak-anak) tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak yang sulung sudah mula sekolah darjah satu.
“Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri.
“Semoga saya akan menjadi orang yang lebih di masa akan datang,” kongsi Shuk yang kini memberikan tumpuan kepada perniagaan produk kecantikan di aplikasi TikTok.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
MUA Bellaz Tumpang REZEKI Anak-Anak, Pengurus Hotel Bagi Bilik Besar Mewah Menghadap Kaabah! Anak-anak memang pembawa rezeki yang tidak disangka-sangka. Kita mak ayah selalunya hanya menumpang rezeki mereka.
Pengalaman manis ini dikongsikan oleh jurusolek dan usahawan terkenal, MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Binti Zulyadaini, 29 sendiri. Ramai mengetahui, MUA Bellaz dan keluarganya ketika ini sedang berada di tanah suci untuk mengerjakan umrah.
Ibu kepada empat orang cahayamata ini sama sekali tidak menyangka, dirinya dan keluarga berpeluang untuk menginap di bilik hotel yang besar, mewah dan eksklusif ketika berada di Mekah. Malah berhadapan dengan permandangan Kaabah dan Masjidil Haram yang sangat cantik asbab kemurahan hati Pengurus hotel dan menumpang rezeki dari anak-anaknya.
Berikut perkongsian dari MUA Bellaz;
MASYALLAH ALHAMDULILAHHHH
Dekat sini baru pukul 11 malam, dekat malaysia dah jam 4pagi. Sajalah bellaz nak berkongsi moments harini. Rezeki sungguhlah terjadi di Mekah harini duk kata dalam hati;
“Uihh sapa laa duduk bilik ni sangat expensive mahal insyallah one day ada rezeki nak gak merasa bawak anak-anak duduk,”
Nak jadikan cerita bilik yang bellaz duduk nak tukaq bilik nak ambik connecting room dengan anak-anak bilik bellaz ambik yang biasa-biasa sahaja. Nak jadi rezeki besaq harini terjumpa manager dari hotel Makkah Clock Royal Tower, A Fairmont Hotel Sir Omar Sherif tu.
Dia tengok anak-anak bellaz dia kata Masyallah dia kata bawak semua anak-anak datang Tanah haram ka? dia cakap omputih weh tapi bellaz paham.
Pastuu dia bagi kami 1 family bilik sebesar mewah laguni merasa Ya Allah aku terkejut wehhhh sebab bilik sangat-sangat besaq. Masyallah tak tau nak kata lagu mana rezeki sungguh tumpang rezeki anak-anak.
Ishh laa kata noh nak terlintas apa dalam hati, fikiran yang baik-baik benda tu jadi weh. Saya tak pernah terbayang nak duduk bilik besar mewah laguni plus Kaabah view sangat-sangat cantik. Masyallah.
Ya Allah, Bellaz nak ucapkan Terima kasih sir Omar dan jugak Fairmont Hotel Mekkah, semoga sir dimurahkan rezeki selalu diberikan kesihatan yang sihat dan business terus maju jaya Amin.
Berikut antara gambar-gambar dalam bilik hotel yang dikongsikan.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah rezeki MUA Bellaz sekeluarga, beruntung dapat menginap di hotel mewah dan ekslusif berhampiran masjidil haram. Memang menumpang rezeki anak-anak sungguh!
Wanita jual daun kering di Tik Tok, siapa sangka "sampah" pun boleh jadi duit. Dalam dunia yang semakin laju dengan teknologi dan persaingan bisnes,...