Berjaya turunkan berat badan sebanyak 75 kilogram, suami hadiahkan isteri sebentuk cincin berlian. Hebat pasangan ini, demi memenuhi permintaan suami, seorang isteri nekad kuruskan badan.
Kalau macam ini, mungkin ramai isteri yang sanggup berdiet semata-mata inginkan cincin berlian. Barulah berbaloi tahan nafsu makan jika cincin berlian menjadi galang gantinya. Betul tak?
Suami Hadiahkan Isteri
Seorang wanita dari Taiwan menerima hadiah berupa sebentuk cincin berlian daripada suaminya sebagai ‘ganjaran’ kerana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 75 kilogram (kg), lapor program berita Liputan 6 hari ini.
Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, suami wanita itu berkongsikan mengenai bagaimana isterinya berjaya menurunkan berat badan kepada 55 kg dalam masa dua tahun.
Sebentuk Cincin Berlian
“Dua tahun lalu, isteri bertanya kepada saya, hadiah apa yang saya mahu pada hari ulang tahun kelahiran saya.
Ads
“Saya menjawab ‘tiada apa’, namun secara spontan saya bertanyakan kepadanya, sama ada dia boleh cuba menurunkan berat badan demi saya, sekali dalam seumur hidupnya,” tulis lelaki tersebut.
Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 75 Kilogram
Menurut lelaki itu, selepas dicabar, isterinya berusaha untuk menurunkan berat badan dengan cara mengamalkan pemakanan yang seimbang.
“Selepas dua tahun, dia akhirnya berjaya menurunkan sebanyak 75 kg daripada 130 kg sebelum ini,” kata lelaki itu.
Isterinya kemudiannya dihadiahkan dengan sebentuk cincin berlian satu karat seperti yang dia janjikan. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kalau ramai suami yang macam ni, mungkin sang suami tak berfikir dua kali turunkan berat badan. Barulah bersemangat isteri hendak kuruskan badan.
Masih bersambung dengan isu bawa anak beraya ke rumah orang, kali ini teguran daripada ibu anak empat Puan Muna Faizura, fokusnya lebih kepada mak ayah yang rasa fitrah anak itu bermain.
Walau ada yang raa tak setuju, dia tetap memberikan teguran secara terbuka kepada mak ayah yang sepatutnya ada masa pantau anak bermain dalam rumah orang walau sibuk makan-makan dan menyembang dengan tuan rumah.
Nah, jemput berlapang dada kejap…
Kalau Bawa Anak Beraya
To all DEFENSIVE PARENTS out there, sila laaaa digest dengan hati yang terbuka. (Ini merujuk kepada anak-anak yang normal bukan autism)
Bila timbul isu anak-anak “nakal” beraya kat rumah orang, geram pula tengok ada yang komen salahkan tuan rumah.
Kes Flat screen Tv pecah
“Kenapa tak sangkut je tv?” – Ada la sebab tuan rumah tu tersendiri. Bukan semua rumah, TV tu letak kat area dinding. One of my friend letak TV atas rak dekat pembahagi ruang kayu antara ruang tamu dan ruang makan. Faham?
Kes ikan mati sebab overdose makanan ikan
“Kenapa tak simpan je makanan ikan elok-elok?” Guysss, kitorang pernah kena situasi ni 5-6 tahun lepas. Bila tengok je kana-kanak macam excited nak bagi makan ikan, kitorang pantau lepas tu sorok bekas tu. masuk kejap je rumah, my sister dah jerit-jerit sebab kanak-kanak riang tu pegi kutip batu-batu kecik tepi kolam, baling-baling kat ikan tu pula! Dah nak suruh tuan rumah simpan semua batu-batu tu pula ke??
Kes Kucing Mati dalam besen
Memang sadis, dah la kucing duduk dalam bilik atas, pun tak selamat. Nak salahkan apa pula? “Tuan rumah kena simpan baldi??”
Ni semua kisah yang diviralkan dan banyak lagi “untold story” dalam Whatsapp group masing-masing kan ataupun cerita turun temurun dari family. Benda ni dah lama berlaku tapi tengok macam makin parah.
Memang Anak Suka Bermain Tapi…
Mungkin ada mak ayah di luar sana rasa memang itu lah dunia anak kecil. Namun bagi wanita ini, mak ayah patut didik anak sejak kecil untuk belajar lebih beradab dan tidak bertindak melampau sewaktu bermain di rumah orang.
Anak-anak adalah hasil didikan kita, jangan bagi alasan mudah “kanak-anak memang nakal.”
Fitrah mereka suka main dan teroka. Tapi “permaian dan penerokaan” mereka HARUS dipantau sebab akal mereka tak panjang lagi.
Agak-agak lama tak nampak kelibat pegi cari. 5 min anak senyap je, pegi intai anak tgh buat apa. Jangan biarkan kanak-kanak unattended. Tu pun susah nak hadam ke? Anak-anak adalah tanggungjawab kita, bukan tanggungjawab jiran/babysitter/orang lain.
Paling tak sedap dengar, ada yang cakap viral-viral kisah-kisah macam ni, akan putuskan silaturrahim sebab semua simpan anak duk rumah je. Kurung anak-anak yang “nakal” ni.
Terimalah Teguran Dengan Hati Terbuka
Dear Parents, please la buka mata hati sikit. Kenapa tak ambil jalan yang positif? Bila ada jemputan, dituntut untuk memenuhi jemputan. Makan-makan dan berbual sejam dua, bila tengok anak dah start nak buat agenda masing-masing, cepat-cepat wrap up and balik. Tuan rumah pun faham bila bagi alasan anak-anak dah abis tempoh “behave”. Tak susah kan?
Kita pun as an adult, behave la dengan cara yang betul. Makan berpada-pada supaya boleh pantau anak-anak sekali. Ini time makan tak toleh kiri kanan ataupun macam pengantin, nak makan beradap tanpa ganguan, agak-agak masih lapar, balik boleh drive thru mcd.
Semua tak sempurna, terima teguran secara terbuka. Fikir-fikir kan lah. Kenapa sekarang masyarakat kite makin ‘sakit’ .. kurang adab, kurang humanity, self centred people makin ramai sampaikan guilty conscious pun dah makin hilang.
Haaa… macam mana mak ayah yang ada anak kecil-kecil, agak-agak anda dah lulus bab mendidik anak-anak? Jom ubah apa yang silap. Bukan untuk orang lain tapi demi masa depan anak-anak juga.
Nota:
Hakak dulu cukup takut duduk tepi mak kalau makan rumah orang, andai silap gaya macam kes tumpahkan air… kejap mendapat CUBITAN KETAM daripada mak. Kenangan sangat! Tapi itulah yang mendidik Hakak jadi lebih berhati-hati kalau berjalan ke rumah orang. Alhamdulillah…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami meninggal dunia kerana jangkitan Covid-19 di kilang, pampasan tidak mampu gantikan nyawa mereka yang terkorban.
Mana mungkin wang mampu menggantikan nyawa. Tindakan majikan yang tetap meneruskan operasi kilang walaupun diarahkan untuk menutup operasi memberi impak apabila 16 orang daripada pekerjanya telah meninggal dunia.
16 Pekerja Jadi Korban Covid-19
“Mereka mungkin tidak mengerti nilai nyawa 16 mangsa termasuk arwah suami saya yang terkorban akibat jangkitan Covid-19 kerana mereka tidak mengharungi detik yang kami lalui ini,” kata Nancy Endi, 41.
Nancy berkata, suaminya, Hani Sha’ari, 43, adalah mangsa ke-16 terkorban akibat jangkitan Covid-19 ketika bekerja sebagai ketua juruteknik di sebuah syarikat elektronik di Tanjung Agas, Tangkak, Johor.
Menurutnya, suami yang disahkan positif Covid-19 pada 13 Julai lalu dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, 16 Julai sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Melaka pada 19 Julai lalu.
Katanya, pada 19 Julai lalu, dia dan dua anak berusia 4 dan 12 tahun turut disahkan positif Covid-19 manakala dua lagi anaknya didapati negatif.
Kali Terakhir Bertemu Suami
“Kali terakhir kami bertemu dengan arwah suami adalah sebelum dibawa ke MITC manakala ketika saya dan anak mula dikuarantin di MITC pada 20 Julai lalu, suami sudah dirujuk ke hospital kerana keadaannya tidak stabil.
“Ada ketikanya, dia mampu ketawa ketika berkomunikasi menerusi telefon, malah dia juga pernah juga tercungap-cungap ketika berbual kerana dakwa sesak nafas,” katanya.
Nancy berkata, kali terakhir berbual dengan suami pada tengah hari 26 Julai lalu dan bercadang membuat panggilan video pada waktu malam hari berkenaan bagi mengubati rindu terhadap teman hidupnya.
Bagaimanapun, katanya, pada jam 10 malam pada 26 Julai lalu dia menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan suami terpaksa ditidurkan. Katanya, dia hanya mampu berdoa setiap hari supaya suami diberi kesembuhan.
Suami Meninggal Kerana Jangkitan Covid-19 Di Kilang
“Bagaimanapun, Allah lebih menyayanginya. Pada awal pagi hari ini iaitu pada jam 5.40 pagi, saya menerima khabar berkaitan pemergian suami.
“Arwah suami seorang yang penyayang dan suka bermanja dengan saya, saya tidak sangka tiba-tiba dia sudah dijemput Ilahi serta pesanan terakhirnya adalah supaya saya menjaga anak dan solat.
“Yang paling saya terkilan, saya tidak mampu melihat dan memeluk jenazahnya buat kali terakhir serta jenazah akan dikebumikan jam 8.30 malam ini (semalam) di tanah perkuburan di Melaka.
“Arwah suami dari Bukit Gambir dan sekurang-kurangnya adik-beradik serta anak sulung kami dibenarkan hadir ke majlis pengebumian,” katanya.
Pampasan Tidak Mampu Gantikan Nyawa Terkorban
Nancy bercadang menyaman majikan suami yang tidak menutup operasi kilang walaupun terdapat kes jangkitan Covid-19 di premis berkenaan.
“Bukan seorang atau dua, sudah 16 orang meninggal dunia dan adalah majikan fikir pampasan dapat menggantikan nyawa yang terkorban termasuk suami yang sudah bekerja selama 23 tahun.
“Saya dari Indonesia tiada pengalaman bekerja dan buntu memikirkan nasib anak kerana semua masih bersekolah dan mereka juga dalam tekanan kerana kehilangan insan kesayangan yang tiada pengganti.
“Doktor juga menyatakan darah saya masih ada kuman dan saya kuatkan semangat demi anak,” katanya ketika dihubungi.
Ambil Tindakan Tegas
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (Perimau) Johor, Mohd Ridhwan Othman berkata, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan sesuai sebelum bencana menimpa kumpulan pekerja kilang berkenaan semakin buruk.
“Kami menggesa kementerian berkaitan mengambil kira nasib pekerja dan keluarga masing-masing.
“Kami bukan meminta kilang itu ditutup 14 tahun sebaliknya 14 hari demi keselamatan ramai.
“Setakat ini, masih tiada tindakan terhadap pemilik dan pengusaha kilang berkenaan oleh pihak berkuasa, ia seharusnya ditutup bagi memberi ruang kepada siasatan dan proses sanitasi,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga kematian Hani Sha’ari mendapat pembelaan yang sewajarnya dan buat isteri serta keluarganya semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Kes tak nak balik rumah mentua tiba-tiba ini biasanya ada sebab, bukan sengaja buat dan pentingkan diri sendiri. Orang kata, bila hati dah terusik, payah nak sembuh balik.
Dan sekali pun dah maafkan, tetapi dalam hati tetap ada secebis kesan ‘retak’. Nak-nak pula kalau berkait soal hati. Atau boleh jadi pasangan kita berkira sangat nak balik kampung belah kita sebab pernah berlaku macam yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini.
Balik Rumah Mentua
Kadang-kadang ada yang fikir macam ini, tak nak balik rumah mentua sebab tak selesa, rasa terasing, tak tahu nak menyembang dengan siapa, rasa macam dipulaukan, tak tahu nak buat apa, tak faham apa yang dituturkan mereka yang disebelah sana dan sebagainya.
Biasa lah, habis tu tak kan nak balik asing-asing setiap kali cuti perayaan atau cuti sekolah?
Setiap pasangan ada keluarga masing-masing kan? Ada kampung masing-masing. Kalau kita rasa macam itu bila balik sebelah si dia, dia pun rasa benda yang sama bila balik belah kita.
Semak Punca Kenapa Si Dia Tak Suka
Cuma kita kena fikir satu benda, bila kita balik ke kampung isteri, dia gembira tak? Perbuatan kita itu mampu menggembirakan isteri tak? Kita bagi dia jumpa orang tua dia, adik beradik dia, balik ke rumah yang mana dia dibesarkan.
Sudah tentu dia suka, itu tempat asalnya.
Jadi kita tahu atau tak untuk nak buat apa, nak sembang dengan siapa, benda-benda macam ini, kalau boleh kita bersabar dan pejam mata kejap. Bukannya lama, 2,3 hari sahaja. Cari lah sesuatu untuk dibuat, baca paper ke, main dengan anak ke, berkebun ke, apa-apa saja yang boleh dibuat sepanjang duduk di rumah mentua.
Kalau itu dapat menggembirakan hati isteri, why not kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...